Wednesday, August 26, 2009

Alea positive H1N1

Nak terduduk I bila Dr kat Damansara Specialist Hospital confirmedkan yang my "little lahling nottie" Ten-ten positive H1N1. Dalam dok jaga2 tu, langsung tak bawak ke mana2 , apatah lagi ke shopping complex, tempat mainan bebudak apa lagi, dapat juga dia virus tu. Paling jauhpun, ke Selayang, tempat lain, memang tak gipun. I memang langsung tak expect sebab tengok si Alea ni biasa jer, memang adalah demamnya tapi biasa2 jer. Temperaturepun dwindle antara 36.6C to 37.3C, belum masuk paras demam betul2 sebab dok bagi ubat yang hubby ambik kat Klinik Junina, everything is under control. Malam Selasa tupun, temperature ok, tak hit lagi 38.0C. Alih-alih malam tadi bila I sampai rumah, si Soraya cakap, "mummy, just now papa took Alea to hospital, the doctor had to swab her nose, nanti Doctor will call to tell the results". Hah, apsal pulak ... rupa2nya lepas Maghrib tadi, temperature Alea shoot up to almost 39C and since she is under 5 yrs old, is better to rush her to the hospital, just to make sure that she's free from H1N1. Bila I dengar apa yang Soraya bagitau tu, berdegup kencang jantung I. Dalam hati I dok doa "janganlah kena, tolonglah Allah, janganlah positif, tolonglah, kesianlah kat anak aku". Tetapi nak buat camnerkan, dah semuanya kententuan Allah. By 10.45pm, hubby informed that Alea memang positive H1N1 and he needed to go to the hospital ambik ubat "anti viral fluhalt" kat spital dan bermulalah episod "home-quarantine" untuk me and Alea. Soraya ngan yang lelainnya, ada their own advantage sebab dorang dulu pernah ambil "flu jab" masa nak gi holiday ke Turki. Mintak2 immune system dia remained ok.

Kesian betul kat anak dara I ni, nasib baik Alea bukan jenis yang merengek2. Tapi paling kesian bila nak bagi ubat "fluhalt" tu, memang pahit yang amat sesangat. First day ok sebab dia tak tahu rasanya, masuk yang second capsule tulah yang dia berkelingtau lari lintang pukang. Anak2 dara I memang senang makan ubat tapi dengan "fluhalt" ni memang surrender punya, "no wan mamee, no wan mamee, pis mamee, no wan no wan" (don't want mummy, please mummy, don't want, don't want). Cuba cakap kat I, mak mana yang tak menangis bila anak dok merayu2 macam tu. "Mummy tahu, memang pahit, mummy tak boleh buat apa2, Alea kena makan jugak, Alea nak baikkan". Memandangkan I will be with her "around the clock", I pun phobia jugak sebab the possibility for me to get this virus memang very high. Apa taknya, we have to share the same room, the same bed and the same bathroom and the only thing to prevent me from this, pakai mask jerlah sebab Drpun tak bagi I any prevention medication. I berserah jer pada Allah dan mintak dijauhkanlah virus ni dari keluarga I terutamanya anak2 dara I.

Tuesday, August 25, 2009

Mummykan "kodokut"

"Mummy, I posa today, so mummy, how much you want to give me for each day I puasa".
"Well kakak, I give you RM1.00 lah each day".
"Aiyaa, so bad one".
"Okaylah, I upkan sikit to RM1.50. Alright kan?"
"So littlelah".
"Why not, mummy kan "kodokut" so mummy kenalah jaga mummynya title "kodokut" tu ... he ... he ... he".

Alang2 orang dah bagi gelaran "kodukut" kat I, seantero dunia tau you, baiklah I botul2 jadi "kodokut". Tapi ngan anak sendiri taklah, takkan I begitu kejam sekali. Untuk anak2 segalanya mungkin tapi berpada2, takut spoillah pulak.

Risau mummy kalau anak2 demam

Semalam Alea tak sihat. Walaupun demam biasa tapi disebabkan heboh la ni pasal H1N1 yang semakin teruk, I jadi triple risaulah pulak. Nasib baik ada ubat sebab papa dah bawa gi klinik petang tu. Kesian mummy tengok adek, kuyu jer mata anak mummy tapi active tetap active. Mukapun merah, bibirpun merah jugak. Badan pulak dedar tapi bila check temperature taklah sampai ke tahap demam, still maintain 36.6 to 37.o. Bak Dewi cakap, "panas dalam tu kak". Panas dalam ker panas luar ker, mummy mesti berjaga2. Takuttt beb, apa2 jadi kat anak2 dara I, "boleh pengsan mummy". So, malam tadi, I pun tido2 ayam jer. Sekejap tido, sekejap jaga. Bila jaga, mula2 sekali I rasa kepala, kemudian leher, badan dan tapak kaki. Kalau kaki panas tu oklah. Selalu kalau tido, we all tido dalam gelap gelita tapi semalam, siap pasang lampu bilik air, lampu tidor yang halau nyamuk tu, tak cukup lagi, standby kan torchlight satu, air asam jawa ngan towel dan yang paling penting alat nak check temperature badanlah. I dah plan kalau temperature shoot above 38, I nak masukkan "ubat bontot" jer, sekurang2nya panas boleh kebah dan yang paling I takut sekali "kalau I tertidor dan tak sedar ... nauzubillah". Tapi nasib baiklah, takda apa2, cuma sekali-sekala batuk dan hidung tersumbat jer ... lagipun sebelum tidor malam tadi, I dah suruh Dewi bagi makan ubat dulu.

Camnerpun, tengahari tadi, sebelum kuar keje, I dah pesan ratusan kali kat Dewi, "apa2 Dewi call kakak, jangan tidak, kalau nak cepat, call papa Alea, ofis dia dekat jer kat sini, ok. Soraya jangan bagi kuar, duduk rumah jer." Mata si kechik masa I nak kuar tadipun, still kuyu and mintak2 janganlah demam anak mummy ni berlarutan.



p/s: Tetiap hari I memang tak sabar nak balik rumah sebab rasa missed sangat2 ngan anak2 dara I.

Monday, August 24, 2009

Everything is so "unsangkarable"

Memang tak dinafikan apa yang kawan I si "Samdol Ala Kadol" cakap, "Allah kalau nak tunjuk, dalam seminit boleh berubah beb, jangan buat memain". Memanglah, dah dinamapun kuasa Allah, I tahu segala yang berlaku mesti ada sebabnya macam orang putih cakaplah "things happen for a reason" and balasan atau hikmahnya "antara lambat ngan cepat jer". Bukan apa, macam I lah, sejak dua tiga bulan lepas, I memang curious sesangat2 nak tahu satu benda ni, dulu I dah dapat dah, tapi misplaced terus hilang, so, at the end of the day, confirmedlah yang memang I takkan dapat apa yang I nak tu. Tup ... tup ... tup ... satu hari tu, benda yang I nak tu tak disangka2 datang kat I, betul2 kat depan mata. Berisytifar I kejap, kuasa Allah gitu ... walaupun bukan sekelip mata tapi I percaya doa I termakbul jugak ... datang depan mata you... terbentang satu ... satu ...
memang "unsangkarable" sungguh.

Lagi satu, I memang nak sangat dapatkan "minyak kibas", bukan apa untuk halau binatang2 bisa kat rumah I, contohnya yang panjang menjalar tu ler. Manalah nak dapat, sebab minyak tu cuma dijual kat Tanah Arab or Mekah jer. Sekali lagi tup...tup...tup ... kawan I bagitau dia nak pi buat umrah. Alhamdullilah, so the unsangkarable one, I memang tak harap langsung nak dapatkan "minyak kibas" tu, tetiba bila kawan I cakap nak gi buat umrah, terus I tanya,"Kalau tak keberatan, Kak Aje nak kirim belikan minyak kibas, yang kechikpun cukuplah, itupun kalau tak menyusahkan tapi kalau misal kata minyak tu terlalu busuk sehingga menggangu ataupun susah nak disimpan dalam beg, tak payah belipun takapa, Kak Aje tak kechik hati sebab Kak Aje faham nak bawak minyak macam ni dalam beg susah". Seriously, kalau dia tak dapat belikan pun takpa, bukan rezeki I nak buat camner. Tapi, Alhamdullilah lagi sekali, dapat jugak I "minyak kibas" tu. Cuma, belum berkesempatan menggunakannya lagi, lagipun kena telefon Makdak dulu sebab Makdak jer yang tahu cara2 nak mengapplykannya sebab nanti kalau salah, mana pulak I nak cekau minyak ni ... kena tunggu orang gi Mekahlah pulak. Itulah, kenkadang, kita ni jenis yang tak sabar, kalau boleh tu, lepas doa jer terus nak dapat apa yang kita hajati, manalah bolehkan. Setiap sesuatu tu mesti ada balasan dan petunjuknya and again "antara cepat dan lambat jer" Allah nak bagi. Everything is so "unsangkarable".

p/s: Begitu terharu sekali bila dengar kenkawan Kak Aje yang ke Mekah, tetiba teringatkan Kak Aje di sana dan seterusnya mendoakan kesejahteraan Kak Aje anak beranak. Terima kasih dan orang tua2 cakap kalau seseorang itu terbayang muka kita kat Mekah, insyallah tanda2nya kita juga akan menjejakkan kaki di Tanah Suci itu satu hari nanti. Amin .....

Tapak tangan kanan I dok gatai

Sejak Khamis lepas, tapak tangan belah kanan I dok gatai memanjang, dah tak larat nak garuk, sampai merah2, rupa2nya I nak dapat duit beb. Sapa sangkakan, last Saturday, lepas jer bukak posa, ada orang bayar hutang kat I. Hutang lama tapi I sentiasa mengingatkan dia. Taklah banyak, tapi oklah jugak, itu baru separuh, ada separuh lagi, kiranya lepaslah kalau nak beli baju raya anak. Kali ni, sesapa saja nak bayar hutang kat I, I ambik jer tak kira banyak ker sikit ker, belasah jer. Bukan senang orang nak bayar hutang beb. Kalau tak diingatkan nanti takut lupalah pulak. Sebenarnya ramai yang berhutang ngan I, ada yang ciput dan ada yang yang boleh dikelaskan sebagai "banyaklah jugak". Kalau nak dikirakan, boleh jadik "jutawan kechik" I ni kalau semua yang hutang ngan I, bayar serentak. Pada I tak kira, hutang tu ciput ker, besar ker, janji mesti dan wajib makronah kena bayar.

Ingat lagi kata2 seseorang itu yang I tak akan lupa sampai mati , "manusia berpegang pada janji dan itulah kelebihan manusia berbanding makhluk Allah yang lain".

Saturday, August 22, 2009

Selamat berpuasa semua

Hari ini hari pertama bulan Ramadhan dan dengan itu I ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang "teraccident singgah atau menyekodeng" kat blog I ni. Semoga Ramadhan kali ini dapat dilalui dengan penuh barakah walaupun ia mungkin jauh berbeza untuk I ngan anak2 berbanding tahun-tahun terdahulu. Semoga Allah akan memudahkan perjalanan hidup dan memurahkan lagi rezeki I ngan anak2. Amin ...


p/s : Kenkawan akak tergelak besar bila akak cakap yang akak akan masak dengan air tangan akak sendiri, jamu dorang makan kat umah akak dan bersenang lenang tanpa gangguan kalau apa yang akak hajatkan dimakbulkan Allah. Memang rasanya tak mungkin tapi manalah tahukan .... qadak dan qadar di tangan ALLAH

Friday, August 21, 2009

Konsert "Arabian Nite" kakak called off

Kesian anak dara I, seminggu dok practice non-stop for her "Arabian Nite" concert, sampai serak2lah suara, last2 sekali concert tu yang sepatutnya diadakan malam ni, kena called off due to the H1N1 pandemic. Masuk ni dah dua kali kena postponed. Sepatutnya awal Ogos, then brought forward to tonite tapi nak buat camner, daripada merebak tak tentu pasal, baik called off awal2. According to Soraya, ada tiga ke empat orang kat sekolah dia yang dah contracted to H1N1 so hari ni, dia tak gi sekolahlah. "Many of my friends cried mummy when they heard the announcement saying that the concert tak jadi. Ashley told me when she went to the toilet, she saw many other girls crying. I also cried". I tahu Soraya was so dissapointed so I cakap kat dia nicely, "Alah, relaxlah kakak, I'm sure, there will be on on another date, you have to understand that these H1N1 is very dangerous, it can spread so quickly, imagine mummy, papa, adek and all the other parents inside one hall, nanti tak pasal2 semua dapat. I do not want that to happen to my family especially you and adek".

Sampai time nak tidorpun, Soraya tak abih2 cakap pasal concert dia tu sampai si adik Alea bising2 ,"Mamee, Yaya ... diddo ... mamee, Yaya.... diddo (mummy, yaya, tidorlah). Masa tu dah pukul 12 pm lebih. "I cannot sleeplah mummy, just now I sleep from 3.30pm to 6.30pm". Memangpun, kalau I jadi Sorayapun tentu I frust jugak. "You know, I already buy black shoes for the concert. How eeer mummy, my friend Maxine want to change school to government school, so later when she is already at the new school, she cannot act in the concert. How eer mummy"?" "I'm sure your school will reconsider sebab diapun dah spent a lot for the costumes right, you don't worrylah, she will be therelah in the concert".

Every year sekolah anak dara I buat konsert besar2an, kena bayar lagi RM10 each to those parents yang nak attend. Last year Soraya punya konsert titled "Mulan", dia pegang tanglung, sebijik macam anak Jepun and this year she is in the choir team. I tahu sebab tetiap malam dok practice ngan "nottie" girl I dalam bilik I depan cermin, melalak2 nyanyi lagu Alladin ...."a whole new world ... I can show you the world; shining, shimeering, splendid; tell me, princess, now when did; you last let your heard decide ..... A whole new world ....

Thursday, August 20, 2009

Si kechik mummy dah kurang mengeruk

Alhamdullillah, si kechik "nottie" Alea I tu dah kurang sangat mengeruknya (menggaru ler). Tak tahulah, sama ada combination skincare gel/cream yang hubby dok ambik kat klinik ker atau cream/shower gel Centhapyil yang I or hubby dok beli kat farmasi ker atau sejak I guna tepung ubi kayu buat bedak yang I beli kat supermarket jer, dok sapu sebelum and selepas mandi. Memang dah nampak OK, tak lagi nampak dia dok mengeruk2 sakan. Kalau tidak, siang memang kurang, malam jer, bila nak tido, kesian I tengok, dok mengeruk kat semua pelipat badan, tempat yang berpeluh gitu. Doktor dok pesan jangan banyak guna aircond, angin aircond tu kering tapi kalau tak pasang aircond, semata2 kipas jer, macam dalam mickrowavelah pulak bilik I. Selalunya I yang tolong kerukkan sebab kalau dia keruk, memang bersemangatnye sampai tinggal parutlah gitu. I selalunya tak keruk ngan kuku tapi I guna tapak tangan jer, layangkan pelan2 dan buat secara lembut, lama2 si kechik nipun khayal dan terus lena. Tetiap malam I buat, dah jadi macam "duty" lah pulak. Si kechik I ni, ada ezcema, nasib baiklah Dr kata ezcema akan hilang at certain2 age. I memang percaya tu sebab kakak dulupun macam Alea tapi bila dah besar ni, hilang terus, cuma yang tinggal sinus jer, asyik bersin, bersin, bersin, asal pagi jer bersin, dah tak tahu nak buat apa.

Tapi, I rasalah sejak si Dewi dok lumur badan Alea ni ngan tepung ubi kayu, nampak dah kurang bebenor. Sesekali mengeruk tu adalah, tapi biasalah, normallah tu. Kalau betullah, mujarab, syukur, alhamdullilah sungguh. Aleapun jenis tak kisah, lumurlah dia camner sekalipun, diam jer ... agaknya diapun dah rasa"letih" sangat sebab dok asyik mengeruk. Dah banyak kali si Alea ni, we all bawak gi klinik, abih ubat, datang balik ruam2 keringnya tu and jadi pulak kat bahagian pelipat jer. Tepung ubi nipun ok, bila kita dok lumur hari2, kulitpun jadi licin, cuma I kena sapu Vitamin E banyak2 sebab nak hilangkan parut. Bukan tu aje, kulit Alea ni memang sensitif, kena gigit nyamukpun ...hah ngko sedebuk naik bengkak and anak dara ni apa lagi mengeruklah sampai kuar darah, itu yang tinggal parut tu. "Ntahlah, masa ngandungkan Alea dulu, macam2 jenis vitamin mummy makan, yang kecil, yang besar, yang pahit yang manis, semua mummy telan tapi kulit Alea still sensitif sangat." Kadang2 heran bin ajaib juga tengok anak2 abang I kat Johor, berendamlah ko dalam longkang ke pasir sekalipun, takde mendenya, kebal sungguh.

Harap2 kali ni, biarlah betul2 baik, "kesian kat anak mummy, mummy pun dah tak tahu nak buat apa kat adek. Mummy tak kisah, ubat tu murah ke mahal ke, yang penting anak mummy sihat walafiat".

Tuesday, August 18, 2009

Rezeki I masih di sini

I pernah plan nak opt (early retirement) once I reached 40. Cadangnya kalau dah duduk rumah, senanglah nak hantar, ambik anak sekolah, bersenang lenang dan spend more time ngan anak dan takyah nak fikir pasal kerja, pasal exam dan macam2 lagilah. Cukuplah apa yang ada. Tapi boleh ke I duduk kat umah, setakat seminggu dua oklah, memanglah syok tapi kalau dah masuk bertahun2, boleh "bengong" jugak dibuatnya. Kita dah biasa pegang duit sendiri, dah biasa kerja, aleh2 duduk rumahlah pulak. Aduhhhh .... part lain ok, part tang duit tulah yang buat I fikir balik. Sekarang ni, I bebas nak beli apa sahaja yang terlintas kat kepala. Kalau gi window shopping, tetiba rasa nak beli baju anak, ambil jer, tak banyak kisah tapi kalau esok2 tak pegang duit sendiri, takkan asyik nak mintak duit kat hubby kot. Boleh memang boleh, dah jadi tanggungjawab dia tapi kalau setakat benda2 kechik nak mintak jugak, payahlah sikit especially kalau kena mengena ngan kita sendiri macam nak gi facial ker, waxing ker, saloon ker, manicure or pedicure ker. Sekali sekala, expenses yang ringan2 oklah tapi yang berat2 tu macam duit kereta, yuran sekolah anak, medical anak, duit rumah, groceries, tu memang tak mampulah. So, I rasa eloklah I keje, setidak2nya boleh juga membantu especially dalam ekonomi sekarang ni yang tidak menentu.

Arwah father I pernah pesan, "Kalau boleh kerjalah, jangan berhenti, sebab kita sendiri tak tahu untung nasib kita di masa akan datang. Sekurang2nya kalau kerja, kita pegang duit sendiri, tak menyusahkan orang. Orang masa senang, ramailah yang dekat, kalau dah susah, sendirian berhad jerlah". Kawan seofis I pun ada nasihat, "Ko punya future cerah kat sini. Rezeki masing2 beb, ko nak duduk rumahpun buat apa, sekurang2nya kalau terus kerja, mana tahu mencanak dorang naikkan pangkat ko". Memang betul apa yang kawan I cakap tu sebab I masih ada berbelas tahun kat sini, kalau dapat gred lebih tinggi, tinggi jugaklah lagi pencen I nanti. Kalau difikirkan balik, "Yerlah, aku duduk rumahpun buat apa, maid ada nak kemas rumah, cuci baju dan masak. Daripada aku membongkang kat rumah, baik aku kerja, dapat duit, lagipun, sapa nak bagi aku duit yang aku dapat macam tetiap bulan tu kannn".

Lagi satu, mana I nak campakkan baju kerja I yang berlemari2 dan kasut yang berkotak2 tu, takkan duduk rumah nak pakai baju kurung "Thai Silk" macam ala-ala mak2 datin pulak. Ohhh .... tidak, I kalau duduk rumah, lagi ringkas lagi best, lagi senang. Lainlah kalau I ada business, bolehlah jugak dijadikan alasan. Tapi, I ni bukannya ada jiwa businesswomanpun, semuanya nak pakai mudah. Yerlah, kalau buat business, macam2 kena plan, overheadlah, debit kreditlah, hujung bulan tak tahu balik modal ke tidak lagi. Kalau kerja macam I sekarang, "sah dan sahih" tetiap bulan dah tentu dapat gaji, kerjapun senang, banyak pulak masa nak berblogging sementara dok tunggu "story" masuk. Apa lagi yang I nak, patut bersyukurlah kann. Kalau duduk rumahpun, I nak bergosip ngan sapakan, takkan hari2 nak berlepak ngan kenkawan kat luar, takkan hari2 nak berbowling ke or berkaraoke ker, dorangpun ada keje nak buat. Lagi satu mentality orang yang tak keje ni lain sikit especially yang ala2 "tai2", balik2 borak pasal "You tahu, last week I gi holiday kat London", "Baju I nikan I beli kat Paris tau" ," "Tengoklah beg LV baru ni, I baru belilah .... bla ...bla...bla ...boleh belahlah".

So, I memang bersyukur kepada ALLAH SWT kerana I tak jadi terburu-buru buat pilihan untuk early retirement itu. Memang rugi kalau difikirkan balik sebab dahlah "otak nanti berkarat sebab lama tak dipraktikkan" dan yang paling penting I akan miss kenkawan yang ada kat sini sebab kitorang dah jadi macam "satu keluarga" . Insyallah, selagi I diperlukan di sini, I akan terus berada di sini sebab di sinilah punca rezeki tambahan untuk I ngan anak2. Amin ....

Monday, August 17, 2009

I prefer face-to face rather than facebook

Anak dara I si Soraya sibuk dok suruh I sign up for a "Facebook" account so that she can communicate through on line with me. But then again, I'm not interested. As for nowlah, but in the near future tak tahulah lagi. Sekarang ni, kat ofis I, majority ada "FaceBook". Kenkadang I tengok kawan I yang duduk kat sebelah dok "tersongeh2 sensorang". "Best tau Kak Aje, sign up jer, takyah letak gambar sendiripun takpa, sayapun letak gambar kenkawan jer, gambar saya takdapun". "

Macam I habaq kat Soraya, "Takpalah kakak, nantilah, later2lah mummy sign up jadi your friend, not now. Right now I prefer face-to-face ngan you jer. Youpun kalau nak gi mana2 informlah mummy, bukannyer mummy nak sekatpun, bagi tau jer". Lagipun, bila I skodeng kat "FaceBook" anak dara I tu, dah ramaipun kenkawan dia.
Anak dara I ni memang dah advance sungguh and kenkadang tu I rasa dia lebih celik IT daripada I ni. Anyway, good for her lah ...

Bercintanya nak balik

Sabtu and Ahad, I tido kat umah mak kat Selayang. Bila dah dua hari berkubang kat situ, bencinta (benci/cinta) betul nak balik umah, padahal tak sampaipun 20 minit driving kalau tak jam. Tak balik ke, rumah sendiri. Siap cakap kat Dewi, "Wi, malas sungguh kakak nak drive balik". "Sayapun macam tu jugak kak, aman kat sini, tapi kalau tak balik nanti, kain bertimbun2 saya nak basuh". Betul jugak, kesian pulak kat dia, berlama2 kat dalam bilik air tu. Tanya pulak kat Alea, "Al, nak balik tak" and jawapan standard dia, "No wan, no wan". Si kechik ni tak kisah sangat, dalam "no wan, no wan" dia, cempung jer bawak masuk kete, diamlah dia. Memang betul, malas bangat nak balik. Kalau tak ingatkan si Soraya sekolah harini, harus bermalam lagilah I ngan anak2 kat umah mak.

Hari Sabtu, I pegi rumah mak Ipun dah petang sebab paginya ada boling. SIL and mak I masak laksa lagi, lepas tu goreng cempedak. Uhhh ....sedap sungguh. Dalam kul 8.30 malam jer, mak I dah siap bentangkan toto kat ruang tamu rumah, siap ngan bantal selimut lagi. Semua pakat nak bergelimpang baring kat luar jer, ramai2. "Amboi awalnya siap tempat tido, dah jadi macam makwa Lipahlah pulak, apa2pun, tempat tido dulu dibagi keutamaan". Tapi, bagus jugak, sebabnya dalam kul 9.30pm, semua dah terbaring sebabnya kul 10pm kat Astro104, ada citer "Hantu Raya".

Esok paginya (Ahad), ramai2 kuar gi breakfast kat Leha Kelfood, Taman Melati. Oklah, nak kata sedap ... so ...so jerlah. Tengah hari pulak, masak simple2 jer sebab mak I ada kenduri kat surau, dorang buat gotong royong sembahyang hajat nak jauhkan H1N1 dan kenduri sambut posa, semua dijemput, antara nak gi ngan tidak jer. Petang pulak, ada cousin I jemput kenduri masuk rumah baru kat Seri Petaling, memang cadang nak gipun. Aleapun seronok kat rumah mak I sebab boifren dia si Adam aka "Bob-Beder" ada. Apa yang si "Bob-Beder" ni suruh, si gelfren ni ikut jer, suara memang tak bunyi langsung. "Makngah dah cakap kat ibu, kalau Adam nak kahwin ngan Alea, kena belajar rajin2, mahal anak makngah ni, Adam kena jadi orang kaya raya dulu tau". Dalam ramai2 cousin, Alea serasi ngan Adam. Itu kalau berdua, tapi bila datang "monster2" yang lain, jadi benda lainlah pulak, "bergaduhlah, bertendang2lah". "Alea, jangan kawan ngan Kimi tau, kawan kita jer", ikutlah si anak dara I ni, dia sorang jer pompuan, yang lain jantan. Kenkadang, bila dah ramai2 tu, adalak team2nya, Team Alah, Team B lah. Apa yang penting bagi I, asalkan si kechik ni happy dah. Buat masa ni, kalau boleh I taknak bawak si kechik ni gi mana2 shopping complexs, takut ngan H1N1. Part gaduh2 ni, biasalah, dah namapun bebudak, setakat gaduh2 tu biasalah, kejap gaduh, kejap baik. Yang cousin2 si jantan nipun, bila Alea bawak toys mainan masak2, siap dorang sekali main masak2, bagi baby minumlah, hidang air kat sama2 doranglah ... itulah I cakap, kalau dah nama budak, budaklah jugak.

Itulah pasal, bila tiba nak balik rumah sendiri, malaslah pulak. Bukan malas sebenarnya tapi entahlah ....camnerpun "rumah itu syurgaku".

Friday, August 14, 2009

Kalaulah aku "kaya$ raya$"

Bestkan kalau kita banyak duit "kayas rayas" gitu. Banyak benda boleh buat. Tidur diselimuti duit, takyah nak fikir apa2 dah sebab dah terlalu "kayas rayas". Orang perlakukanlah apa2 kat kitapun ... buat dekkk jer sebab dah "kayas rayas". Hidup anak beranak pun dah okay sebab tak payah nak harapkan duit orang lain, sebabnya dah "kayas rayas". Apa saja rasa nak buat, kiranya "on jer", dah "kayas rayas"lah katakan. Ohhh .... alangkah seronoknya jika segala ini menjadi kenyataan, yerlah duit dalam bank "juta-jutaan, melimpah ruah dan sentiasa beranak pinak", kiranya "tak abih makan gitu". Masa nilah, orang tak kenal, jadi kenal, orang tak sukapun jadi suka, orangpun ambik berat sungguhlah sebab dah "kayas rayas". Duit berkepuk2 lagi, kiranya kocek tu sentiasa kembunglah. "Ok, nak apa, ambik jerr ... yang muka tebal 20 incipun dah tak malu2 lagi mintak hadiah, tak kiralah hadiah besday ka, hadiah dapat anak ka ... apa susah tak bagi kang, kata kodokutlah pulak, so bagi aje sebab dah "kayas rayas" gitu. "Eee... tapi malulah kan ada ker mintak hadiah kat orang" (sampai la la ni pun, spesies cam ni no shy shy, no shame shame one). Macam Donald Trump, melambong2 orang dok membodek, sebab mamat tu "kayas rayas", kalau setakat Donald Trumpet ke Donald Duck ke, aci potong kuku, tak sapa angkat pot kat diapun. Kenkadang bila I tengok reality show artis2 Hollywood kat TV macam "Life in the Fabulous Lane- Kimora Lee Simmons; Snoopy Dog; Denise Richards "Its Complicated"; and Living with the Kardashians" -- best sesangat gitu, especially bila tengok rumah dorang, cantik bangat, kayas rayas sungguh ....... interiornya lagilah pulak ....

I, berangan jerlah ....

Cakap pasal rumah, memang I teringin sangat nak buat renovation especially tang bilik anak2 I dan bilik I sendiri. Bilik Soraya ngan Alea, rasanya I nak tarik ke belakang lagi and bilik airpun boleh dipindahkan, buat cantik2 sikit. Memang so the lapang one, taklah bersempit-sempit gitu. Katil bilik Alea dan Sorayapun pakai single bed jer tapi yang class sikitlah so that ada tempat untuk letak meja ke kabinet buku ke or apa2 ajer, tambah2 pulak kenkawan kakak kenkadang suka datang berkumpul kat umah tu. Senang2 , panggil jer Eric Leong, abih citer. Guest room tak payah sebab bukannya ada orang datang rumah I pun. Mak and adik beradik I sendiripun kalau datang tak tidor rumah I sebab rumah dorang kat Selayang jer, tak sampai 20 minute driving. Bilik I pulak macam yang I cakap dululah, renovate biar nampak canggih dan luas. Katil lak tukar ke King size, taklah bersempit2 tido and built-in cabinet tambah lagi so that I boleh sumbatkan apa2 yang patut, jadi taklah nampak semak sangat. Bilik air I pulak buat "ala-ala hotel". Pendek kata, kalau masuk bilik I tu rasa macam "a house in a house".

Kat bahagian ruang tengah atas pulak, buat lagi built-in cabinet bawah tangga ke bilik komputer tu. Barang yang tak guna "tutup mata" jer buang. Yang mana nak guna, sorok jer dalam kabinet tu. TV pulak takyah, sebab semua bilik dah ada TV memasing, siap Astro lagi, cuma letak kerusi urut yang bagak tu jer kat situ. Bilik komputer atas pulak, takyah nak renovate apa2, kemas jer. Toys yang berkotak2 tu derma jerlah kat sesapa ataupun eksport jer kat Selayang. Buat library jer kat atas tu. Mana2 story books I ngan Soraya tu susun cantik2. Labelkan lagi. Baju Soraya yang berkotak2 tu jugak, pilih2, yang mana Alea boleh pakai ... ambik, yang tak boleh ... sedekahkan jerlah. Memang sayangpun, sebab semua brandednyer tapi daripada menyemak baik disedekah, Aleapun bukannya boleh dapat adik lagi. Kilang dengan rasminya dah tutup.

Itulah, antara "angan2 Minah Jenin" I kalau I "kayas rayas". Kalau "kayas rayas" , memang boleh buatnyer, bukan setakat kecil-kecilan tapi besar2ran, "major renovation" lagi, renovate the whole house gitu. Boleh beli rumah lain yang lebih besar tapi I dah suka duduk rumah ni, banyak kenangan manis, dekat pulak ngan pak guard dan lagipun, anak dua orang jer, takyah rumah besar2, susah nak "maintenance". Insyallah, mana tahu satu hari nanti, kot2 I dapat "rezeki terpijak". Rezeki kat tangan ALLAH. Manalah tahu jugak ada jutawan yang tetiba rasa dia dah terlampau banyak duit, disedekahnya satu dua ketul juta kat I. Tak rejeki tu ... kita hidup ni kenalah jugak ada "angan2 Minah Jenin" barulah hidup lebih thrill. Camnerpun, walaupun dah memang "sah dan sahih" I bukannya "kayas rayas", tapi I tetap bersyukur dengan apa yang ada. Duit yang ada tu memanglah "tak boleh nak buat selimut tapi alhamdullilah, lebih daripada mencukupi buat masa ni, walaupun adalah satu dua "bank" yang dok "calling2 sayang", sebab satu dua hari jer terlewat bayar. Berkira sungguh ... yang hutang juta-juta taklah cari yang ciput2 ni yang hari2 dok calling2.

Oklah, back to the main subject ... oh alangkah bestttttnya kalau I "KAYA$$$$$$ RAYA$$$$$".

P/S : Terperanjat katak I dengar pasal ada yang terdesak mintak hadiah untuk besday. Mintak pulak yang brandednyer beb ... kalau tak mampu, buat ajelah cara tak mampu ... Takkan orang yang bercerita kat I tu berbohong pulak.

Pergi Tak Kembali - Al-Fatihah

Saban tahun setiap malam Hari Raya pertama, kelunakan suara Ustaz Asri mengalunkan gema takbir Hari Raya Aildifitri memecah corong TV dan radio kebanyakan rumah kita. Suara emas penyanyi yang juga ketua kumpulan Rabbani itu sangat menusuk kalbu sehinggakan tidak hairanlah biarpun sudah hampir dua dekad berjuang sebagai penyanyi nasyid, figura yang terkenal dengan sikap rendah diri itu tidak pernah sunyi dalam industri muzik tempatan. Semalam adalah hari terakhir untuk kita menyaksikan keletah dan senyum manis beliau. Menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung, selepas ini hanya rakaman aluan takbir raya dan lagu2nya sahaja akan menjadi pelepas rindu para peminat nasyid tanahair kepadanya.

Al-Fatihah buat arwah Mohd. Asri Ibrahim.
Pastinya lirik puitis penuh sentuhan rohani di bawah ini cukup untuk mengingatkan kita tentang kematian dan bekalan yang perlu dipersiapkan setiap makhluk bernama manusia.

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
sayunya alunan suara
cemas di dada ... lemah tak bermaya
terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
berpisahlah kita selamanya
kita tak sama nasib di sana
baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
sejahtera bahagia pulang ... ke sana

Sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak dan isteri
apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
soal bicara terus bermula
sesal dan insaf dah tak berguna lagi
hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiring doa dan air mata
yang pergi takkan kembali lagi ....

Thursday, August 13, 2009

Seminar mengkuruskan wang

Kawan I call ajak I gi seminar menguruskan wang Jumaat ni. I jawab balik, "bertambah kuruslah wang aku, kalau seminar menggemokkan wang, aku naklah, takkan ko tak tahu yang aku ni pompuan mata duitan".

Well, apa2pun "duit ni berhantu", banyak mana kita keluarkan dari bank hari tu, banyak tulah jugak yang kuar. By the way, kawan I si Pah pun tak lupa mengingatkan I thru her SMS, "amboi champ, senyap jer, kena belanja kenkawan ni". There, I dah agak dah, "pantang dengar orang jadi champ, mesti nak pekena jugak".

Menang duit bowling yang ciput tu pun, kena belanja jugak ker???

Wednesday, August 12, 2009

Sayang Alea mummy

Semalam I balik keje lewat sikit. Rasanya dalam kul 10.15pm baru tiba rumah. Sampai rumah, terus masuk bilik. Waduhhh ... macam tongkang pecah dibuatnya Alea. Dengan kereta tolak kaki dia, dengan toys masak2 bersepah lerah penuh atas katil I, ngan laptop mainan dia, ngan dua baby toys dia dok tengah minum susu ... rasa nak marah tak jadilah marah pulak bila si kechik ni tetiba jer terkam nak peluk I. NO...NO.. I sesekali takkan marah si "nottie" I ni, cuma I cakap, "Alea, bilik mummy dah takde rupa bilik dah. Kemas cepat, lepas mummy kuar bilik air nanti, mummy nak tengok semuanya kemas. Masukkan toys you dalam beg "Ten-ten" yang mummy beli tu. Kita tido awal sikit, mummy letih sungguh hari ini."

Hampeh ... bila aje I kuar bilik air, satupun tak kurang. Macam mana yang I tengok sebelum I masuk bilik air, macam tulah jugak I tengok lepas kuar bilik air. Macam mana tunggang langgang kereta tolak dia, macam tulah rupanya, sikit tak ubah. Tapi yang kelakarnya, I tengok si "nottie" I ni dok sibuk menyimpan baju yang dalam bakul (baju yang digosok) ke dalam lemari. Tahu pulak dia kat mana nak letak panties, towel, baju tidor dan yang mengagumkan I, tertonggeng2 dia kat lemari sebelah TV I dok nak masukkan cadar dan selimut.

Kenkadang kesian I tengok Alea ni, takde kawan. Itu sebabnya, I tak sabar nak masuklah dia ke sekolah tahun depan so that dia boleh bergaul ngan ramai kawan. Kalau I masukkan dia ke sekolah tahun nipun tak guna sebab dia takleh lancar bercakap lagi. Dengan kakak (Soraya), takleh dekat langsung, asyik kena buli jer ngan adek dan itu sebabnya kakak kenkadang taknak main ngan adek. "Takpalah adek, mummy ngan kak Wiwi ada, kawan jer ngan mummy okay. Selagi you nak main dalam bilik mummy, mainlah sepuas2 hati you, mummy tak kisahpun. Kalau ngan orang lain mummy boleh beralah, takkan ngan anak kesayangan mummy ni mummy takleh nak beralahkannnn".

Biar bercerai mati

Pagi tadi, around kul 8.09am, kat handphone I ada dua "missed call" and bila check rupanya my mum. So, dalam kul 8.45 am, I "return call" kat my mum tapi my SIL yang jawab. "Sapa call Angah pagi tadi Tie ... oh mak... apa hal". "Takda, nak bagi tau Cikgu Lan dah meninggal kul 4 pagi tadi, sesak nafas, Abang Ali call, cakap kejap jer". "Tak gi ker". "Camner nak gi, mak tak sihat, Rizalpun tak sihat, kaki dia bengkak". Innalillah...hiwainnailaihirojiun ... takziah kepada Cikgu Zah (isteri Cikgu Zailan). Semoga Cikgu Zah tabah menghadapi dugaan dan arwah Cikgu Lan ditempatkan bersama orang2 beriman. Alfatihah .....

Cikgu Lan ialah orang kampung arwah ayah I, orang Penang. Walaupun hanya berjiran tetapi dah jadi macam adik beradik. Apa saja kenduri yang kitorang buat kat Selayang, tak kiralah kenduri kahwin ker, atau kenduri makan2 ke, kalau tak jadi halangan, Cikgu Lan dan Cikgu Zah mesti datang. Masa I kahwin 17 tahun dulupun, rasanya Cikgu Zah pun ada dok tolong2 buat touch-up kat I nyer hantaran. Apa yang I suka ngan Cikgu Zah ni, walaupun dia anak orang berada, dia memang tak sombong, merendah diri lagi. Cikgu Lan dan keluarganya camnerpun lebih rapat ngan cousin2 Penang I macam Kak Ani ngan Kak Yam. According tu my mum, last sekali dia jumpa Cikgu Lan masa kenduri kahwin anak Abang Ali about 2-3 months back. I pulak last jumpa dia masa Kak Ani buat makan2 kat Subang Jaya, rasa2nya lama jugaklah tu ...

Bila aje my mum bagitahu Cikgu Lan dah takda, terkedu kejap, "senang aje sekarang orang nak pegi, takyah nak tunggu tua gayut, yang muda2pun tak tentu lagi". Rasa2nya Cikgu Lanpun sama ada baru cecah 50 ataupun late 40's. Kira mudalah lagi bagi seorang lelaki.
Bagi Cikgu Zah ngan anak2, mesti sedih sesangat dan rasa kehilangan terutama sekali tak lama lagi nak puasa dan lepas tu Hari Raya. Sabar jerlah, sekurang2nya Cikgu Lan sebagai seorang suami telah menunaikan segala janji2nya semasa berakad nikah atau sepanjang hidup bersama dulu untuk menjaga anak isterinya sampai ke akhir hayatnya. Itulah yang patut kita syukurkan kepada Allah S.W.T kerana mempunyai kasih sayang suami yang sejati, yang sentiasa berada di samping anak isteri semasa sakit dan sihat, masa senang dan susah sehingga dia menutup mata. Kita yang hidup ni hanya boleh mendoakan kesejahteraannya di dunia yang lagi satu.

Bak kawan I cakap, "Lebih baik bercerai mati daripada bercerai hidup". Dalam maksud dia, jomlah kita renung2kan .....

Tuesday, August 11, 2009

Baju tidor "Disney Princess" Alea

Manalah I nak cari baju tidor "Disney Princess" saiz si kechik "nottie" Alea I tu. Jaya Jusco and Reject Shop kat One Utama dah gi, Parkson kat One Utama and The Mallpun dah gi tapi yang ada saiz "S" , besar sangat macam untuk umur 5-6 tahun. Silap I lah jugak, sebelum ni I ada beli dua pasang kat "Reject Shop" Kepong tapi tak tahu apsal I "bengung" sikit masa tu, patut belilah yang untuk 3-4 tahun tapi I gasak beli yang untuk 2-3 tahun. Apa, awak tak ingat ke anak awak tu macam "baby gorilla", aduhhh ..." mummy, mummy, what is happening to you, what on earth are you thinking". Nak gi "Reject Shop" kat Kepong tu memang "mintak ampun sesangat2" sebab I pegi hari tupun ikut SIL , agaknya kalau ikut I "sampai kiamat pun tak gi" sebab bukannya laluan dan dalam "territory" I pun.

Si kechik ni pun, sejak I beli nighties tu, yang dua pasang tulah yang diulang2. Malam pertama dia pakai tu, I dah nampak macam "balut nangka", memang a bit ketat especially kat bahagian ketiak, perutpun nampak bulat jerr ... tapi dia suka betul sebab ada gambar "princess" (entah apa namanya Aurora ke Bell, lebih kurang macam tulah). Adalah papa belikan baju tidor "Ben-10" tapi yang satu tu yang warna hitam, kainnya panas (kain macam baju bola) dan tak "sesuwei benor" untuk buat tido, tambah2 lagi si Alea ni ada eczema, kalau panas nanti dia asyik dok "menggaru jer". So, dah beberapa hari ni I dok promise kat si kechik "nottie" I ni, "Alea, nanti mummy beli yang besar sikit, for a time being, adek pakai baju tidor lainlah dulu". "No wan, no wan (don't want, don't want (sambil buat muncung yang boleh gantung hanger gitu). Alamak, manalah I nak cari lagi. I ingat semua Reject Shop mesti ada tapi rupa2 tak semuanya ada. Frust betul ... nanti I "cuba terai" kat Reject Shop Ampang Pointlah pulak. "Kesian kat anak mummy ni, mummy tahu adek tak selesa, suruh pakai baju tido yang lain taknak, nak yang ada "princess" tu lah jugak".

I sebenarnya kenkadang "mengejar masa", tak sempat nak lari ke sana, lari ke sini. Dulu bila ada shift kul 4, memang best, banyak benda boleh buat tapi sekarang ni susahlah sikit. Camnerpun adek, "don' t be khuatir, walau lautan api sekalipun, mummy akan redah untuk anak mummy ni, kakakpun mummy kena beli baju tidor baru especially yang ada seluar panjang tapi kakak cerewet sikit, kena bawak dia sekali, baru senang nak beli apa2pun".

Soalannya, "bilalah I nak redah lautan api tu yekk"??? Minggu depanlah kot sebab next Wednesday I off. Ingat bawak adek sekalilah ....

Monday, August 10, 2009

Barack bukannyer Barrack

Dah banyak kali I dok tegur bebudak kat tempat I ni, make sure spelling nama orang mesti betul, tak boleh tidak, mesti betul ... "wajib makronah". Yerlah, kalau nama kita orang eja salah, mesti marahkan, contohnya Zulfakar jadi Zulzakar, mana orang tu tak bengang. Kita yang check "copies" nipun kenkadang hangin jugak bila memasing "take things for granted" . "Alah, subs ada, dorang boleh check". ""Kepala hatoklah, sekali sekala bolehlah, kalau kita tak terlepas pandang, kalau terlepas pandang kalu, yang kena jawab si "gate-keeper"lah, so untuk sekelian kalinya, tolonglah eja dan check betul2 nama si polan2 ni, especially kalau kita dengar nama tu pelik sangat ataupun yang tak penah kita dengar".

Paling terbaru, nama si AS President, Barack Obama. Dah banyak kali I terjumpa "copies" yang nama tu disalah eja Barack jadi Barrack. "Hallo, wake up kenkawan, B..A..R..A..C..K bukannya B...A..R...R..A..C..K, yang "barrack" tu "berek, berek, berek polis, berek askar, berek bujang, berek kelamin" ... aduh, ya ampunn kakek2, abang2, kakak2 ... dah tak larat nak cakap, sampai berbuih mulut akak".

We are the champions

This song memang suitable to celebrate our victory:

"We are the champions - my friends,
And we'll keep fighthing till the end -
We are the champions -
We are the champions -
No time for losers
Cause we are the champions - of the world - "

Semalam, ada bowling intermedia, organised by Bank Islam kat Berjaya Times Square. My office hantar dua team and myself in the "A" team. I awal2 dah cakap kat "team kapitan", "Letak Kak Lin kat mana2 teampun ok, tak kisah team A ke team B". Tapi jangan maree ... team I jadi "champion" and menang 800 hengget, tapi bila dibahagi empat, dapatlah 200 hengget sorang. Oklah tu, duit jugak ... sapa nak bagi macam tu jer. Dahlah main free, dapat pulak makan minum free. Yang penting menang dan yang paling terpenting dapat kalahkan Harian Metro and Berita Harian yang dok monitor our games -- game-by-game. Kalau dalam mana2 intermedia, selalunya Berita Harian or the NSTP grouplah yang selalu jadi champion, sebabnya dorang memang hantar yang kuat bangat. Hadiah memang tak kisah sangat tapi "pride" tu yang penting beb. Tapi yang tak bestnya, lane selalu buat hal, asyik rosak... rosak ... dan rosak. Bila dah baling, score tak masuk, kenkadang tu belumpun buat second throw, score dah masuklah tapi tak betullah pulak. Patutnya, lane canggih camtu, jagalah baik2. Lagi kelakar, abih jer satu game, sepatutnya secara automatic, bahagian kaunter dah dapat results, ni tak, staff dialah pulak kena buat, take down secara manual. Aper2pun, Alhamdullilah, I pun happy jugak, sekurang2nya I played very well semalam, taklah memalukan sangat. Frust beb, kalau kita bowl teruk, orang lain dok coverkan kita ... lepas tu menanglah pulak ... rasanya macam tak gamak nak ambik hadiah tu. .

Ini kalau Pah tahu memang dia akan kutuk I kaw2nyer, "Alah, aku ngan Jam takde, itulah yang kau dapat balun tu." And I ngan slumber dekk akan jawab balik, "Well, rejeki beb, sapa suruh korang jual mahal, aku yang untung dapat cash lagi ... he ... he ... he ..., rejeki ... rejeki ".

Saturday, August 8, 2009

Memasingnya style and citarasa

Sambil dok tunggu "story" masuk, sempat jugak I berskodeng2 kat blog kenkawan I yang lain, blog hiburan (local and international) and politics. Saja suka2 tengok "style and lenggok bahasa" yang dorang guna. Macam2 pesen. Ada yang guna bahasa yang so "the canggih one" dan ada yang "sempoi dan bersahaja tapi catchy". Ada yang Englishnya "so the very bombastic mr fantastic" (kagum gitu kalau baca) dan ada yang "manglish jer", asalkan orang faham. Macam kawan I cakaplah "writing is very subjective, memasing ada style and citarasa yang tersendiri, so kita takleh nak kondem sebab tak tentu lagi writing kita tu baguslah sesangat2nya". Mungkin pada kita bagus dan ok, pada orang lain pulak tak ok. Tapi apa hak kita nak mengutuk cara orang menulis, dia punya sukalah macam mana dia nak construct ayat sendiri. I pulak prefer to write with bahasa yang macam kita cakap hari2 kat rumah, a bit santai dan tidak memboringkan. Paling penting "tidak terlalu stiff". Lainlah kalau kita ni academician ke, nak mendidik, so kenalah berhati2 dengan nahu, grammar dan cara penyampaiannya. Subjectpun mestilah yang serious jer and of course, without any doubt, blog macam ni memang "sesuwei bebenor" dengan dorang yang sukakan "heavy2 stuff" dan yang sentiasa perasan bagus. I pulak "once a while" bolehlah, tapi kalau tetiap hari dok "melongok" kat blog segini, boleh "bengung akak dibuatnya".

Begitu jugak dengan layout and settings. Ada yang terlalu simple dan ada yang berwarna-warni, siap ngan bunga dan reben2 lagi. Tak cukup ngan tu, ada iklan bagai, kiranya penuhlah satu page. For me, layout and settings memang penting, kalau too crowdedpun, memang nampak semak sangat dan kalau berbunga2an pula, macam "mat or minah bunga"lah pulak. Nak bacapun berserabut sebab dah ditenggelami oleh segala "design mak nenek" yang ada. Tapi again, citarasa orang kita takleh nak sanggah, "dah dorang suka macam tu, nak buat camnerkan".

Yahoo, laptop I dah wokay ...

Semalam I tak keje, so I cadanglah nak call TM nak tanya pasai apa laptop I masih takleh diconnectkan ke internet. Overhaul, dah overhaul dah, hubby yang tolong. Thanks dahling. Tetiap hari, I dok merungut kat Soraya, "lecehlah, mummy takleh nak guna laptop mummy." "You can borrow mine". Baiknya anak dara I tapi bak I katalah, "tak selesa nak guna orang punya, apatah lagi nak ambik orang punya walaupun hak anak sendiri". So, lepas jer breakfast, dengan penuh semangat "proton waja", I ambik laptop, terus charge, lepas tu ambil phone, semua dah set ... then onkan laptop. Oklah, sebelum call TM tu, I pun rasa "why not I terai nasib" , jadik I pun "test tengok" dulu, click kat Mozilla Firefox and tup ... tup ... tup ... terus "terconnect" ke internet. Waduhhh ... pelik bin ajaib jugak, padahal, sebelum tu I dah cuba banyak kali, tak boleh, boleh ... tertiba hari ni, bolehlah pulak.

Yahoo, laptop I dah wokay, dah boleh di"connect" bukannya di"konek" tau ... pronounce tu biar betul-betul .....

Thursday, August 6, 2009

Wa layan "rock kapak" beb

Pagi tadi, gara2 melayan "rock kapak" kat Hot.FM, hampir2 I bertekak dengan budak tol kat Damansara pasal "Smart Tag" I tetiba tak berfungsi. Mana taknya, lagu2nyer semua jiwang lagi bernostalgia beb, tak sama ngan yang sekarang ni. Puas dua tiga kali I "gostan" kereta, dok menayangkan kad "Smart Tag" kat detectornya, aleh2 kat monitor tu cakap "no Smart Tag", mana tak hangin, pada hal, baru jap2 tadi, reload 50 hengget ... akak ulang 50 hengget beb. I pun honklah kete I and lambai kat budak tol, tapi ada ke patut budak tol tu jerit kat I, "akak guna terbalik, itu sebabnya tak boleh". I apa lagi, jerit baliklah, "takleh cakap baik2 ke". Tapi memang betulpun, salah I, guna dah bertahun2, camner boleh tak perasan,"buat malu company jer, tapi slumber dek jer taknak ngaku, itulah layan "rock kapak" punya pasal". Mesti budak tol tu cakap, "nampak jer vogue, nak guna kadpun tak reti". Nak buat camner dek oi, "tengah layan perasaan... hi...hi...hi".

Berbalik pada "rock kapak" tadi, lagu2 dia memang best, senang pulak tu nak ngikut. Masa hantar Soraya pagi tadi, si FBI and Fafau tengah layan lagu "Umpama Mimpi Dalam Mimpi" (Medicine), apa lagi, I pun ikut melalak sama , betul tak betul, belasah jerr sampai Soraya cakap, "lagu apalah ni mummy". "Ni lagu zaman mummy muda2 dulu, zaman mummy belajar dolu2" . Caller yang call in pun, memasing kelakar betul, mengimbau balik kenangan dulu2. Rasanya caller2 tu semuanya bebaya I lah jugak ... kurang lebih. Tapi rugilah, I tak sempat dengar sampai segmen tu abih sebab dah sampai ke destinasi yang dituju. Kalau tak, lagi jiwang beb. Sekali sekala dengar balik lagu2 zaman dulu, memang best. In fact, masa I singgah nak beli breakfast, ada satu kete Kancil tu , pasang radio punyalah kuat, sama macam I rupanya, dok tengah jiwang layan "rock kapak" jugak.

Ingat lagi masa zaman I belajar, masa jalan nak gi dewan makan (jauh beb ... nun kena panjat bukit nak gi makan, by the time balik ke blok balik, laparlah semula), bebudak lelaki yang lepak tepi jalan kat blok we all tu, bukan main lagi, dok main gitar sambil memekak. Itu belum pasang radio lagi, waduuhhhh ... sampai ke blok pompuan boleh dengar. Tambah kalau yang tengah bercintan-cintun, punyerlah jiwang habihhhh....Paling menjadi siulan masa zaman I tu dulu ialah lagu Fantasia Bulan Madu (Search), Dari Sinar Mata (Bumiputera Rockers), Srikandi Cintaku (Bloodshed) dan yang paling nostalgia untuk I ialah Sentuhan Kecundang (Ekamatra). Banyak lagi tapi I dah tak berapa ingat.

Tertanya2 jugak pasai apa depa panggil "rock kapak" yekk????

Wednesday, August 5, 2009

Rindu kat "geng lima sekawan"

Ke mana agaknya kenkawan I masa zaman sekolah menengah kat SRMGSKL dulu. Masa Form Sixth, I ingat lagi we all selalu berlima -- myself, Saliza, Rosma, Zaharah and Ruzana. Selalu buat study group sama2, stay back lepas sekolah. Jangan maree ... study kat Masjid Negara lagi, nak dapat berkatlah katakan. Dalam ramai2 tu, rasanya Rosmalah paling menonjol dan yang paling kuat study pulak si Ruzana. Dan semuanya bertudung kecualilah I ni (entahlah belum dapat seru lagi kotttt ... sampailah la ni).

Kalaulah dapat buat reunionkan seronok, ni tak dah lost contact langsung. Agak2 dah berapa anak2 dorang, still "maintenance" ke or dah banyak berubah seiring dengan usia kitorang sekarang yang memasing dah masuk "40 carat". Kalau tak silap I, semua kenkawan I ni jadi ce'ekgu. I ingat lagi, lepas dapat result STPM, memasing apply nak jadi ce'ekgu termasuklah I (sebenarnya I tak minat langsung jadi ce'ekgu). Masa tu memang senang nak jadi ce'ekgu, so semua dapat gi interview, ce'ekgu English lagi. Bila dapat results interview, tak silap I, Zaharah, Ruzana and Saliza kena kursus kat Maktab Perguruan Kedah nun, Rosma kat Penang kot and I dapat kat MP Tanjung Malim tapi I tak pegi pun sebab at the same time I dapat buat Mass Comm kat Shah Alam, dekat sikit and Rosma pun I dengar tak gi sebab dia dapat offer universiti (lupa universiti mana tapi still ambik kursus pendidikan). I pun heran kenkawan I yang tiga lagi tu tak pulak tersangkut mana2 universiti tapi Zaharah, Ruzana and Saliza, katanya lepas abih kursus kat MP, terus apply buat degree pendidikan kat USM, so "setakat yang I tahu sekarang ni, dorang ni semuanya ce'ekgulah, I aje yang jadi penjaga pagar "gate-keeper" kehormat.

Last sekali I jumpa Ruzana masa adik I kahwin (lupa lak si AA ke Jija), rasanya masa tu anak dia tiga orang, kechik2 lagi. In fact, masa dia kahwin kat Wangsa Maju dulupun I pegi sebabnya I ngan Ruzana tinggal berjiran kat Istana dulu, so mak dia kenallah ngan mak I. Dia kahwinpun ngan ekspatriat. Yang lelainnya, memang I tak dengar khabar langsung. Itulah macam yang I cakap, kalau dapat buat reunion, mesti best kannn...kannn. Mesti banyak cerita ni and soalan pertama dan wajib dorang mesti, "Ko bila nak pakai tudung?" Kwang ....kwang....kwang ....

Tuesday, August 4, 2009

Takkan nak kena "toilet-trained" jugak

Kalau bebudak kalu, bolehlah kita marah, tapi kalau memasing dah tua2 belaka, dah jadi mak2 orangpun, masih tak reti2 jugak guna toilet, tak tahulah apa lagi I nak cakap. Nak salahkan managementpun tak boleh. Toiletpun dah cantik, siap ngan cleaner lagi. Tapi kalau nak difikir2kan, cantik macam manapun toilet, letaklah 10 cleaner sekalipun, kalau orang2 yang menggunakannya tak reti2 nak memanfaatkannya, tak reti nak jaga kebersihan, satu senpun tak guna. Bengang tak kalau masuk jer toilet, tengok mangkuk singki penuh dengan foodnya leftovers, rambut berselirat sana sini and toilet paperpun dihumbankannya dalam singki tu. Itu belum lagi tisu melimpah bertaburan kuar dari tong sampah. Yang "malaun" yang buang leftovers tu buanglah kat pantri ke, kat tong sampah ke kan boleh. Apa gunanya management buat pantry cantik2, siap ngan "kabinet merah ang-ang" lagi, cucilah pinggan mangkuk kat situ, ini tidak, kat singki toilet jugaknya dibuang. Kalau lepas buang tu, cuci elok2, takpa jugak, ni tak dibiarkanlah "bermenyak-menyak" gitu. Eee....geli gelemanlah tengok. Bukan apa, malulah kat visitors yang datang, yang tetiba nak gi toilet, tengoklah toilet macam tu, adusssss .... so the big kemaluan one. Sapa yang malu, "kita dan organisasi jugakkan...kan...kan... kan".

Itu belum masuk dalam bilik kechik lagi ... oohhh, lagilah parah. Ada dua pilihan, kalau rasa nak gi toilet cangkung, pegilah .... mesti ada punya, janganlah pulak awak duduk mencangkung atas toilet bowl duduk, "bangang ke bodoh tu". Penat orang yang menampal poster "cara-cara menggunakan tandas " dalam toilet tu, rupanya takda sapa yang dulik. Apa taknya, bila masuk jer nampaklah bekas tapak kasut atas toilet bowl tu. Ehh ... tolonglah, kat rumahpun macam ni ke dorang treat toilet dorang. Pengotornya. Itu belum intai dalam bowl lagi, adalak kadang2 tisu dibuangnya ke dalam bowl tu. Mana tak tersumbat. Itu takpe lagi, adalah pulak "harta karun". Part2 "harta karun" ni I belum lagi terjumpa tapi mungkin ada kalau tak takkan ada notis tertampal kat belakang pintu toilet pasal jangan tinggalkan "harta karun-marun ni". Tapi paling menggelikan jugak tu, ada pulak yang suka meludah dan berkahak dalam bilik kechik tu. Kadang2 tak sangkalah, orang pompuan ni tak reti2 ke guna toilet. Part melaram, wow....takleh nak lawan, tapi part2 nak guna toilet , takkanlah management kena buat kursus "toilet-trained" kot.

Frankly speakinglah, I kalau nak terkuncil sesangat2lah baru I gi toilet kat level I, kalau tak I rather go to tingkat yang lain, jauh lebih bersih. Mungkinkah disebabkan terlalu ramai yang menggunakan toilet kat level I tu yang membuatkan toilet tu kotor? Rasanya tak jugak kalau memasing tahu tanggungjawab memasing, insyallah, toilet itu akan sentiasa bersih walaupun 100 orang menggunakannya. Nak sesaja menuding jari kat sesapapun takleh jugak, sebab kita sendiri tak tahu dan yang tahu si empunya diri sajalah. Dah ramai yang komplen, jadi kitapun tak tahu sapa "malaun" yang memang tak reti nak jaga kebersihan ni.

So, walau di mana saja kita berada, marilah, kita sama-sama menjaga kebersihan toilet kita seperti mana notis berbingkai cantik yang tergantung kat dalam toilet tu "Please keep our toilet clean". Macam mana kita jaga dan bersihkan toilet kat rumah, macam tulah jugak kita jaga public toilet kat ofis kita ni yekk ....

Monday, August 3, 2009

Sejuk hati mummy

Rentetan daripada dua hari I demam tu, I just nak luahkan perasaan hati I sebagai seorang ibu. Dalam dok sakit " kepala ngap-ngap" tu, terharu dan sejuk sungguh hati I bila masa time we all nak tidor, tetiba Soraya cakap kat I, "Mummy, I love you, mummy sakit, I jaga mummy". La, I ingat dia dah tido, selubung bagai nak rak, tak tahan sejuk katanya. Yerlah, apa taknya, dengan aircond and ceiling fan full blast. I pun bila kakak cakap macam tu, spontaneously I reply ,"Thanks dahling, love you too, betul ke kakak nak jaga mummy, adik nak jaga mummy tak dik?". I tanya Alea yang duduk tak diam "macam ulat belencas" kat sebelah I ni, and macam biasa, jawapan standard si kechik tu, "No, no wan, want diddoo (No, don't want, want tidor).

Si kechik ni sorang, dua hari I "terbongkang", dua harilah juga "berkubang" dalam bilik I. Dia turun bila nak makan jer. Keje si Alea ni, sikit2 cium, sikit2 cium I, kenkadang naik rimas I tapi I tak kisah sebab si kechik ni seolah2 nak bagitahu kat I, "mummy, don't leave me ok". "Hello, I masih waras, takkanlah I nak tinggalkan anak2 comel I macam tu aje". Cium kat mulut ke, muka ke, takper lagi, kenkadang kaki dan tangan I pun dia nak cium. Masa I dok terbaring tulah, sibuklah, nak cium kaki I, "eh, adik ni, dah banyak sangat tengok citer Hindustan ni". Yangggggg, mameeee ......

Berbalik pada kakak, I tak tahulah apasal bila Soraya cakap macam tu I jadi poyolah pulak. Berderai-derai air mata I jatuh, takleh nak disekat-sekat lagi. Shreek ...shreek ...shreek, macam sedut siput sedutlah pulak, apataknya, dengan air mata, dengan hingus penuh hidung, tisu pulak takda, sebab taknak bagi Soraya tau, I bantai pakai kain selimut jerlah lap "two in one". "Why mummy cry?" . "Mana ada mummy cry, selsemalah, jom tido, dah kul brapa dah ni". Sapa sangkakan, I lagilah tak sangka, tapi sememangnya anak pompuan ni memang sensitif. Dalam dok suka lawan cakap I, rupanya ada terselit perasaan sayang yang teramat kat I. Terima kasih anak2 mummy ... Kak Yaya and Alealah penghibur mummy tatkala mummy berduka dan bersedih.

Dua hari akak "terbongkang"

Last week, Thursday and Friday, I was on MC. "Terbongkang" dua hari kat bilik, tak bangun2. Sakit kepala yang amat-amat ... apa taknya, bila bangun jer, rasa macam nak tumbang, rasa pitam, rasa berpinar-pinar. Apa yang sempat I capai ialah handphone, nak inform KakDah yang I MC. I seboleh2nya kalau larat gi kerja, I pegi sebab kitorang sekarang ni "under staff" tapi kalau difikirkan balik "buat apa menyusahkan diri sendiri, memang betul sakit bukannya dibuat2". Rasanya abih sebotol minyak angin cap kapak I dok sapu kat leher dan tengkok, nak redakan sakit kepala sementara tunggu adik I datang nak suruh hantar gi klinik. Mujurlah, ada dua orang anak dara I, berkelitin kat katil I. Memasing nak tunjuk simpati. "Thank you so much, sayang2 mummy".

Sorayapun terpaksa ponteng sekolah sebab chauffeur takleh nak hantar. Nasib baik, dia baru aje abih assesment. Si kechik pulak, dok main masak2 ngan mainannya yang bersepah lerah atas katil I, sibuklah dok nak menyuap I makan . "Adik, mummy nak tido kejap ok, mummy tak larat ni, adik masak dulu, nanti mummy makan ok". Lega betul dapat baring. Tengkok rasa sejuk dan berangin jer ngan sapuan minyak cap kapak. Selalunya, ubat sakit kepala baring jerr, sambil tu I mintak si Dewi buatkan milo dan bakar roti ... bukan apa kalau muntah, adalah benda yang kuar daripada muntah kosong jer ... sakit woooo... Tapi, kali ni memang teruk, selalunya lepas muntah, legalah sikit, ini langsung tak lega2. According tu Doktor, selain daripada pressure, I dapat "muscle stress", so I need to take a rest for a day or two. Tapi yang menghappykan I, dalam dua hari I sakit tu, berat I turun ke I punya ideal weight 58 kg. Waduhh ... bukan senang beb tapi dua hari jer, masuk hari Ahad, dah balik ke asal. Bak kata "Wat asal balik hasil" jerr. Oh yer, dalam dua hari I tak sihat tu, banyak betul SMS I terima, antaranya, selain dari bank dok call, assistant Dr Kim Wong dok dua tiga kali remind I yang "dah about time for another papsmear". Oh, dah setahun rupanya. I bab2 ni memang ambik berat sikit, maklumlah dah masuk "40 carat".

Balik pada sakit kepala tadi, sebenarnya, hari Rabu lagi I dah rasa tak sedap badan. I rather have selesema (not H1N1) or batuk tapi bila sakit or pening kepala, memang I surrender sebab langsung takleh nak buat apa. Pagi tu ok lagi so I gagahkan jugak gi kerja. Bukan apa, tempat I memang kekurangan orang. Sorang cuti panjang, sorang off, jadi tinggal empat orang and kalau I MC, tinggallah tiga orang. Nak taknak gilah jugak. Tapi tengah hari dah rasa lain macam, I pun naik baring kat surau, siap pesan kat Zai, kalau ada story, "SMS jer Kak Aje ok". Dalam2 tak sihat tu, sempat jugak I clearkan tiga "copies". Muntah dah banyak kali, dah sampai dah takde benda nak dimuntahkan. Last2 sekali, I cakap kat Zai, "Rasanya Kak Aje dah tak tahan lagi, Kak Aje rasa nak balik jer, nak mintak kat Boss". So dalam kul 6 ptg, I pun belah balik, bagi ke tak bagi ke, I nekad jugak akan balik sebab kalau kat ofispun memang I dah tak boleh nak buat aper, rasa berpinar2 jer. Sekarang ni, apa yang I boleh buat, cuma doa yang I boleh drive dan selamat sampai kat umah.

So, morale of the story, kalau rasa sakit tu, MC jerlah. "Takyahlah nak sibuk2 kesiankan orang, kesian jerlah kat diri sendiri tu dulu. Sebabnya kalau apa2 jadi kat awak, awak yang tanggung sorang2, orang lain mana tahu".

I thank Allah for everyday things

I terbaca kata-kata peninggalan arwah Yasmin Ahmad baru-baru ini. For me it's simple yet with profound meaning.

"I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh and the ability to eat dan drink".