Monday, November 29, 2010

May Mr LC rest in peace

Jumaat lepas, pagi2 lagi I dikezutkan dengan berita paling mengezutkan. Sebelum tuh, si Liza sebelum menyampaikan berita terkezut tuh, siap marah2 lagi, telpon berkali2, tak sorangpun jawab. Bukan I sorang jer yang dia telpon, kenkawan lainpun tak angkat jugak. Mana taknya, pepagi buta telpon, orang dok terbongkang atas katil lagi, tambah2 I nih, tengah sedap memeluk si anak dara kechik I Alea, hari pulak hujan renyai2 kat luar, siap pasang aircond lagi, h/phone pula dalam silent mode, manalah nak dengar. Khabar sedih yang diterima pagi tuh ialah kawan sekerja I, Mr Lim (English subs) meninggal dalam kapalterbang, perjalanan balik dari London ke Kuala Lumpur. Tersentap kejaplah I. I dengar ramai yang meraung sebab Mr Lim orangnya, sebaik2 manusia, uhh tidak, hekk pun tidak. Suara memang langsung tak berbunyi, apa tah lagi kalau nak mengata2 orang, bukan dalam kamus dialah. Memang betul orang cakap, orang yang baik selalu akan pergi dulu. Sebelum nih, kawan seboling I, arwah Syarif, pun baik orangnya, sembahyang tak pernah tinggal, cakappun selalu berhemah, Allah ambik dia dulu. Semoga arwahpun berada di tempat orang-orang beriman.

Berbalik pada Mr Lim nih, memang jarang dia bercakap tapi kalau jumpa kat luar, selalu dia angkat tangan. Ingat lagi seminggu sebelum dia ke London (pergi atas tugasan), kami kat desk siap berlawak2 lagi dengan dia, "Oh Mr Lim. you going to London to visit the Queen, send our regardslah". Menyengih jer dia. Tambah pulak seorang lagi, "Oh, jangan lupa visit William and Kate Middleton, they just got engaged". "Nolah, not Middleton, "Tepiton", jawab pulak si Hawa. Semua nih masih lagi terngiang2. Ingat lagi, masa I nak exam harituh, esok nak exam, malam tuh I masih lagi keje and bila I nak balik, siap cakap, "All the best ok, I pray, all of you pass your exam". "Thank you, thank you". Aduh, terharu sungguh I masa tuh. Semua ini dah jadi kenang-kenangan, takda lagi pakar rujuk untuk IT dan chess. "May you rest in peace Datuk Lim ...."

Friday, November 19, 2010

Mutiara doa (4)


DOA KETIKA SESUATU PENYAKIT MEREBAK:

"Aku berlindung membenteng diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

DOA APABILA MELIHAT ORANG MENDAPAT BENCANA:
"Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah diuji dengannya; dan telah memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang".
DOA KETIKA MENDENGAR KEMATIAN ATAU KEMALANGAN:

"Bahawasanya kami kepunyaan Allah dan bahawasanya kami akan kembali kepadaNya".

Mutiara Doa (3)


DOA MEMOHON AKHLAK TERBAIK DAN REZEKI YANG BERKAT:

"Ya Allah, semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikan keselamatan".

DOA MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN:

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendakki".

DOA MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA KERUNSINGAN:

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada Mu daripada perasaan penakuat dan bakhil dan aku berlindung kepada Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang".

DOA MENGELAK MUDARAT:

"Dengan nama Allah yang dengan namaNya itu tidak akan mendatangkan mudarat sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

DOA KETIKA KELUAR RUMAH:

"Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku menyerahkan diri kepada Allah, tiada daya upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua".

DOA KETIKA SUKAR MENYELESAIKAN SESUATU URUSAN:

"Wahai Tuhanku, tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendakki".

Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha


Semalam Hari Raya AidilAdha. Sempena dengan sambutan ini, I nak ucapkan "Selamat Hari Raya AidilAdha, Maaf Dzahir dan Batin". Sorrylah, terlewat sehari. Semalam kat rumah I, takda internet, itulah sebabnya postpone ke hari nih.

Pada mereka yang buat Qurban, buatlah Qurban dengan ikhlas, di luar dan di dalam. Jangan di luar jer nampak suci plastik, agar orang memuja memuji tetapi di dalam tuh hitam pekat. Sekali lagi, untuk semua umat Islam, "Selamat Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir dan Batin".

Tuesday, November 16, 2010

Mutiara Doa (2)


DOA KETIKA DUKACITA DAN SEDIH:

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuan Mu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atas ku hukumanMu terhadapku, aku memohoan kepada Mu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diri Mu atau Engkau turunkan di dalam kitab Mu , atau Engkau mengajarnya kepada seseorang daripada makhluk Mu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku".


DOA (SELAWAT) MOHON REZEKI YANG LUAS DAN AKHLAK YANG BAIK:

"Ya Allah, semoga Engkau melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang dengannya dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya serta berikalan keselamatan"

Saturday, November 13, 2010

Mutiara Doa (1)


DOA KETIKA DITIMPA BENCANA:

"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung Lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang Agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia."

"Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon, maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau".

"Tiada Tuhan yang berhak disembah, melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong daripada orang yang zalim."

"Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukan Nya dengan sesuatu".

DOA MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN:

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendakki".

DOA MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH

"Ya Allah, kami menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya masuklah kami ke dalam golongan mereka yang rugi" (Surah al-A'raf ayat 23).

DOA KELUAR RUMAH AGAR MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH ATAS HARTA BENDA DAN KELUARGA

"Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku menyerah diri kepada Allah, tiada ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua".