Wednesday, March 31, 2010

Bayar zakat RM888

Semalam, cammana tah tetibar jer datang pulak penyakit rajin I nak isi borang incometax untuk tahun 2009. Selalunya "last2 minute" baru nak isi tapi entah dari duduk goyang kaki jer, baiklah I buat kira-kira sikit. Tahu tak berapa I dah bayar untuk zakat pendapatan I tahun lepas. Jeng ... jeng ... jeng 888 hengget. Cantikkan nombor tuh, tambah2 pula I buat untuk kebaikan dan kebajikan, harap2 akan berlimpah ruahlah lagi rezeki I. Tahun ni, dah masuk empat tahunlah I buat pembayaran zakat melalui potongan gaji, senang sikit, takyah nak susah payah kira. Selalu, sebelum2nya I kira sendiri dan untuk tak bagi rasa was2, I lebihkan sikit. Orang kata biar berlebih jangan berkurang dan I "lamsam" kan sekali dengan duit2 saving I yang idaklah berapa banyak tuh dan I "akadkan" pada emak I suruh tolong dia bagi kat Yang Ghafor untuk diagih2kan di kampung. Lebih afdal sebab Yang tahu sapa yang berhak dapat duit tu dan secara tak langsung tanggungjawab I pun dah terlangsai. Part barang kemaspun, I taknah lupa tetapi memandangkan I banyak melaram "white gold" berbanding "yellow gold", so tetiap tahun bayaran zakat barang kemas I ni lebih kurang sama jer. Zakat ni memang penting tetapi kenkadang "people take things for granted", buat2 lupa dan paling teruk langsung tak bayar. Tapi tak rugipun kalau bayar, sebabnya kenkadang time kita rasa kita macam "betul2 sesak dan kering-kontang", tapi esok2nya tetiba jer orang bagi duit (i.e bayar hutang). Ada yang kata itu berkat doa orang yang dapat zakat kita ... wallahhuallam ... itulah keberkatannya.

Bercakap pasal zakat ni, teringat I pada sorang kawan I yang masih "single mingle tapi kayas gilers". Umurnya lebih kurang baya I, nak kata tak cantik, cantik sikit daripada I sebab I cantik banyak, badan pulak sedang2 jer (idakklah gumuk cam I nih) tapi tulah yang herannya takkan takda langsung "jants" berkenan. Gaji minah nih memang I takleh lawanlah, kiranya segala savings dia tuh "tak abih makan beberapa keturunan". Apataknya, kedekut yang teramat, beli baju kat "Reject Shop" jer. I tahulah sebab I pernah kuar shopping ngan dia. Berkira sungguh minah sekoq nih. Tapi itulah nasib dia selalu tak berapa baik. Bayangkan ada sekali tuh Toyota Camry dia yang dipark kat dalam kawasan rumah sendiri kena pecah, lepas tuh accidentlah pulak, terus tukar kereta pakai Harrier. Masa awal2 pakai Harrier, cermin kereta minah nih kena ketok masa berhenti kat traffic light, briefcase dibawak lari, tak lama kemudian, masa dia park kereta kat MidValley (kalau tak silaplah) kereta tu pulak hilang dicuri orang. Lama jugak baru jumpa tersadai kat Ampang. Ingat lagi, masa dia dok bercerita kat I, tak tahulah pulak macam mana I boleh terlepas cakap, "aku rasa ngko nih tak bayar zakat, itulah sebabnya macam2 jadi kat ngko, kalau ngko congak balik apa yang kau dah rugi tuh aku rasa sama jer dengan jumlah yang patut ngko bayar buat zakat ngko". Hisshh ... hisssh .... "lasernya mulut akak ni, takda insurans langsung tapi betul hape akak cakap".

Monday, March 29, 2010

Bil letrik berhebu hengget

Terjojol bijik mata I bila tengok bil letrik rumah I bulan ni cecah hampir RM1,400. Bior bebenor, dudukpun berapa kerat jer kat umah ni, apipun rasa tak guna banyak manapun. Aircond dan TV walaupun tetiap bilik ada, bukannya selalu gunapun, cuma yang sentiasa "running" dua fridge besar kat dapor, satu kat bilik Soraya, satu kat bilik I, washing machine dan dryer jer, itupun mustahillah boleh jadik segitu mahal. Kalau nak dikirakan betul2 , rasanya takkanlah sampai berhebu2 hengget, mengalahkan kilang papan yang kat depan rumah mak I kat Selayanglah pulak. Tetiap bulan, rasanya memang tak sampaipun RM150 hengget. Sorrylah, part2 bil ni bukannya "territory" I, hubby yang tukang bayornya. Kalau nak kata disebabkan baru tukar meter dua tiga bulan lepas, rasanya ok jer, figurenya "tak laripun" dan "tak banyak different" langsung. Entahlah, bengong I kejap dan sempatlah pulak tu SMS kat hubby suruh dia check, kot2 orang yang check meter tu "mata dia kero sikit" or hubby sendiri terlupa bayor. But, according to kawan2 opis I yang kaya lagi bijaksana, dorang kata selalunya, kalau tukar meter baru, "bukan suka2 sahaja company nak tukar tau, depa caj sama, baik you check, silap2 untuk meter baru tu, you kena bayar dalam 500-600 henggetlah". "Oh ... ye ker, idoklah teman tau, ingat depa bagi free jer, teman seronoklah, nanti balik teman check balik bil tu ... huhhh, tak pasal2 melayang berhebu2 hengget, kalau teman beli "Thai Silk" tu, harus dapat berkodi2, setahun tak abih melaram".

Wednesday, March 24, 2010

Bebudak sekarang

Bebudak sekarang ni so the very canggih and "terrer the merrer one". Ajar kejap jer ... zazzzz .... zuzzzz .... zappppp .... terus lekat kat "memory card dorang". Dari devices yang serba serbi advance sampailah kelaku yang bukan2, cepat jer otak tu tangkap tapi bila part2 "ngaji quran ker muqaddam ker" liat yang amat, ada jer alasan. Takyah orang lain, anak dara kechik I sendiri si "Alea Aliyut Kuat Kontut", handphone I tu dah jadi macam toys dia. Tahu pulak tu kalau nak dengar lagu ker, main game ker, pandai jer nak tekan kat mana. Kagum I tengok, tahu pula tu tang mana nak delete gambar, nak kuatkan volume ... dah tu cari lagu "feveret" pun terrer jugak ... siap melalak lagi "I no wan, I no wan but you" (lagu Wonder Girls). Mummynya pulak, dari handphone semahal2 alam sampailah yang paling ciput yang digunakan sekarang ni, setakat hantar SMS and jawab telpon jer, features2 lain dalam handphone tu "haram ... hampeh, sikitpun tak reti nak dimanfaatkan". Tapi siaplah, bila I nak guna balik h/phone tuh, check punya check, ntah apa2 MMSlah, SMSlah yang si kechik ni dah hantar "ikut dan jer". Yang selalu jadi mangsa MMS, SMS "tah apa2" tu mestilah nama contact I yang paling awal or yang last sekali I call. Lepas tuh pulak, macam2 features tetiba jer hilang ataupun tetiba jer "terset", paling buat I terkezut bunyi alarm clock h/phone tetengah malam buta berbunyi, memang terperanjat badaknya, kalau sesapa ada heart attack tu, rasanya dan "Qoluinnalillah ....".

Oh yer, by the way, memandangkan kat rumah I ni dah ada satu bilik kosong extra, I rasa2 nak jadikan bilik ni "bilik permainan" dan bilik lepaking untuk anak2 dara I lah. Takyahlah nak bersempit2 lagi dalam bilik Soraya. I rasa pun takyahlah ada guest room, bukan sesapa nak datangpun. Kalau ada guest datangpun, dorang boleh tido dalam "bilik permainan" ni. Kat bilik ni nanti, senanglah anak2 dara I nak buat homework, berbaring2, berlasak2. Bukannya nak buat renovation apapun, cuma nak bentang alas buluh, letak meja belajar kechik (yang stylo punyalah), hias sana sikit, sini sikit dan lepas tu susun cantik2 toys Alea, masukklan segala kereta tolak kaki dia dalam bilik tuh, abih citer. Bila nak buat??? Tak tahu lagi sebab nak tunggu bilik tu betul2 kosong dan katil besar kat bilik tu pulak I nak postkan kat Selayang. Kalau boleh ruang kat tengah bawah tangga ke bilik atas komputer tu I nak kosong, tinggalkan kerusi urut bagak tu jer. Huuuuuh .... sayup saujana mata memandang .....

Monday, March 22, 2010

Akak ber"berokbeng"lah pulak

Pagi tadi lepas hantar Alea, dengan penuh semangat yang berkobar2, I pun gilah One Utama. Tujuannya ialah nak beli "berokbeng" (broadband) untuk "konekkan" laptop I ngan internet. Rasa2 dah almost setahun laptop I takleh "dikonekkan" kat Internet. Kesiankan kat laptop I tuh, kalaulah laptop tuh manusia, dah lama "bersarang lelabah". Entahlah, laptop murah I ker yang buat hal or memang "Streamyx" tu takleh pakai. Pelikkan, ambik pakej yang paling "mehe" tapi "satu sengpun tak guna". So, dengan khidmat nasihat cousin I si Neddy ngan adik ipar I, Yati, agar "eloklah I beralih ke berokbeng", I pun rasa "why not give it a try", bolehlah I usung gi Selayang sekali sekala. I tak kisah, broadband DiGi ker, Maxis ker ataupun Celcom, "janji murah". Kebetulan I pegi lak ngan adik I si Azean pagi tadi, terkezut berok dia bila sampai jer kat kedai DiGi tuh, memula sekali yang I tanya kat staff situ, "Dik, akak mahu beli broadband, yang unlimited punya tapi akak nak yang paling paling murah sekali ok". "Apalah angah ni, buat malu jer, nak yang unlimited tapi kedekut, nak yang paling murah pulak tuh, apa kelas, buat sendirilah". "Yerlah, dah Kak Yati pesan mintak yang unlimitednya, bos diapun pakai yang murah jer. Lagipun bukannya angah nak guna selalu, sekali sekala jer, membazir jer kalau bayar yang mehe". Tapi biasalah I nikan cepat terpengaruh lebih2 lagi kalau staff kat situ pandai pulak "mengayat". "Kak, kalau yang paling murahpun tak guna kak, 3.0 gig jer, baik terus ambil yang mahal sikit, dapat modem free lepas tuh 10 gig lagi, setakat beza 15 ringgit jer, lekat celah gigi akak jer, rugi kak kalau tak ambil". "Yerlahhh, pandailah ngkau".

Huhhhhh, nak yang paling murah konon, last2 sekali I "terambik" jugak pakej yang "mehe sikit". Itulah I ni, cepat benor "tersongsang dari matlamat asalnya". Congak punya congak, oklah, taklah mehe manapun, kalau tak duit tupun melayang ntah ke mana, sedar2 dah abih. Bila balik, I pun terus "konekkan" laptop I tu kat internet dan "yahoooo, laptop I dah dapat konek, udah tak bersawang lagi, bolehlah I berinternet balik".

Wednesday, March 17, 2010

Enjoy and have fun

Sejak Dewi cakap dia nak sambung kontrak for another two years, happy dan lega sangat I. Sambung bukan setakat sambung jer tau, I kena tambah 200 hengget lagi kat gaji dia. Maknanya, dalam sebulan, gaji si Dewi ni boleh kalahlah gaji kerani2 kat opis gomen. Takpalah, tambahpun, tambahlah, daripada I kena leburkan 7-8 hebu hengget kat agensi nak cari maid baru. Itu takpa lagi, kalau dapat maid ok, alhamdullilah, kalau sebaliknya, boleh pitam I. Biarlah rugi sikit daripada tanggung masalah lain. Kalau difikir balik, bukan ada kerjapun kat rumah I, setakat basuh kain dan kemas rumah jer (itupun takyah tetiap hari), tapi yang paling penting si Dewi ni dah sesuwei ngan I dan anak2 terutamanya si kechik, Alea. Makan minum pakai anak2 semua teratur, kemas dan tip-top, semua beres dari hujung kaki sampai hujung kepala. Apalah tambahan 200 hengget tu jika dibandingkan dengan apa yang dia telah bantu I selama ini dari segi penjagaan anak2. Nak harapkan I, bolehlah tapi I nikan "bekerjaya walaupun tak ambitious mana", kerja tak tentu masa pulak tu, susahlah sikit. Lagi satu, dalam dua tahun ni, I takyahlah ambik cuti banyak2, lagipun tak gi holiday mana2pun. Boleh simpan cuti sebabnya esok2 kalau si Dewi dah nekad nak balik Indon "for good" (takkan selamanya dia nak duduk ngan I kan), I boleh ambik cuti lama sikit, dalam sebulan dua sebab nak train maid baru, bukan senang lol ...

Lagi satu, cuti sekolah ni, kat rumah I takda orang, cuma I anak beranak jer ... ohhh ... so the very free one, rasa seronok sangat tapi I rasa lagi happy kalau Soraya ada, baru pakej tu lengkap. Tapi, biasalah Soraya kalau cuti sekolah, memang dia takdanyer. "Kakak, adik ngan mummy rindu sangat kat kakak, cepatlah kakak balik". Itulah orang kata, "you lose some, you gain some". Tapi yang fentingnya "I am cuciing my tangan and now I'm passing the baton to someone else ... good luck and all the best beb .... enjoy and have fun. Now ok lagi kot, later2 tengoklah ... rimas beb, wa cakap lu".

Sungguh tak patut

Sejak dua menjak ni, kita sering terbaca dalam sokkhabar, anak2 dilarikan emak/bapa ke luar negara. Ini lebih menyulitkan kalau melibatkan kes cerai berai dan ditambah pula kalau kahwin antara dua benua. Paling terbaru, kalau tak salah I kes anak dibawa lari bapa ke luar negara iaitu ke Belgium dan Indonesia. Kesiankan, yang tentu jadi mangsa mestilah anak. Keliru si anak dan tambah confuse lagi kalau ada pulak campurtangan orang lain yang sepatutnya memberikan nasihat tetapi jadi sebaliknya pulak ... dengan kata lain "bersekongkol sama dan mahu tunjuk bagus kat semua orang". Kesian kat emak yang ngandungkannya. Tak ada perasaan ker orang yang terlibat sama tu dan paling tak boleh terima akal "sanggup tu pulak memisahkan anak dari ibu dan kakak/abang dari adek ... memang sungguh2 tak patut, nak salahkan anak memang tak boleh, apa yang dorang tahu, ikut jerlah. Orang Penang cakap "akai depa yang bersekongkol macam ni sebenaqnya letak kat lutut, diri rasa baguih tapi hampeh".

Monday, March 15, 2010

I miss Kakak so much

Minggu ini minggu cuti sekolah. Setiap kali kalau cuti sekolah, kalau Soraya gi holiday, tak kiralah dalam negara ke luar negara, I taklah rasa miss dia sangat tapi kali ni I really missed her so much. Dah masuk empat hari tak jumpa, suarapun tak dengar. Bukan I sorang jer yang rindu tapi I rasa adikpun miss her so much. Kesiankan kat adik ...

Wednesday, March 10, 2010

Itulah kisahnya

Pagi tadi masa bangun tido, semua orang dah takda. Ada yang dah gi kerja dan ada yang dah kuar bersantai, so yang tinggal kat rumah cuma I ngan anak2 jerlah plus si Dewi. Anak2 dara I yang dua orang tu, tak gi sekolah hari ni. Si Alea pepagi lagi lepas minum susu sibuk dok tanya I , "Mamee, gi toyah (sekolah)". "Hari ni adik takyah gi toyah, mummy tak sihatlah, kakakpun tak gi toyah". Lepas tu, I pun tarik selimut, terus tido balik. Bila sedar, I tengok Alea dah sibuk susun buku2 ABC dia atas katil dan tak lama kemudian si Sorayapun masuk bilik I. "Morning kakak, dah lama kakak bangun". "Dah lama mummy, jom adik go to my room, mummy want to sleep, mummy not feeling well". "Go adik, follow kakak, kakak can you wake me up at 10.30 ok". Sebenarnya, I bukannya nak tidor sangat, cuma nak baring dan bermalas2 saja atas katil sebab pagipun masih awal. Dah puas berguling sana, berguling sini, I pun bangun dan tak lama kendian, masuklah anak2 dara I. Dua2 dah mandi, dah cantikpun. Entahlah, bila dah tinggal hanya anak beranak dalam rumah ni, I rasa bebas dan happy sangat. I think it is about time for us to live among ourselves anak beranak jer macam family2 lain. I rasa dengan cara inilah baru I boleh bentuk anak2 dara I ikut acuan I sendiri. Happy sangat I boleh sama2 tengok Tv dalam bilik si Soraya, bergomol, bergurau senda sambil tengok movie Hindustan "Kuch Kuch Hoi Tahe" sampai lambatlah I masuk opis hari ni. Siap tukar nama lagi, si kakak Anjeli dan si adik, Anjelia. Bukannya I boleh buat selalupun ... kesian kat I kan. "Kakak, bestkan kalau tetiap malam bila mummy balik jer ofis, mummy boleh masuk bilik you, tengok2 homework you kan. Mummy ni langsung takda masa ngan you, terukkan mummy ni".

Dalam hal ni, I takleh nak salahkan sesapa, salahkan diri I sendiri. Terngiang2 lagi lima ke enam tahun lepas, kenkawan I kat opis especially KakDah ngan KakMona dah awal2 cakap kat I, "Jangan AA, nanti you balik susah, sekarang ni ok, lama2 esok, you tengoklah nanti". "Takpa, takkan punya boleh jadi gitu, I tak cayalah, niat I ikhlas, suci dalam debu lagi". Yerlah, memang "nawaitu" cam gitu. Tapi nah ngko, tengoklah sekarang, suci dalam debu kebendanyer ... sekarang ngko yang tanggung sendiri, padan dengan muka ngko .....

Tuesday, March 9, 2010

Survey parking lagi

I ni memang spesies yang "very the determined one". Dalam apa2 halpun, misalnya kalau I kena pegi satu-satu tempat tu, I mesti pegi "recce" dulu. Paling penting, top in the list, I kena make sure parking senang dan dekat. Dah kena gi sensorang so I have to make sure betul2 ok dan I sendiri rasa selamat. Bukan apa, I ni jenis penakut, tambah2 kalau "mejelis" tu abih larut malam. I selalunya bukannya pegi "mejelis dinner" tapi lebih pada "bowling tournament". Biasalah organiser selalu buat lepas keje. Kalau tempat yang I besa pegi takpa, kalau tempat "jin bertendang" haru-birulah I. So, untuk sekelian kalinyalah, hari ni sekali lagi lepas hantar Alea sekolah, tugas I ialah menyurvey parking kat One Utama. Jumaat ni I ada bowling. Malam pulak tu, kalau siang I tak kisah sangat. Hari tuh dah survey tapi I tak puas hati selagi I dapat cari yang betul2 dekat ngan lift ke bowling alley. Sebelum ni memang kat lift tapi I kena berasak2 pulak dengan orang yang nak tengok wayang. Lagipun, lift kat bahagian tu cinonit dan "very the slow one". So hari ni, I gi survey kat Basement 1 (B1), Basement 2 (B2) dan Level 3, siap ambil zone parking lagi, biar lagi senang kerja I. Kalau parking kat B1 and B2, zone parking dia ialah BH, BJ (warna oren), BK and BL (warna hijau) dan kalau kat Level 3, park jer dekat ngan fitness centre, abih citer. Kalau nasib I baik, dapat parking betul2 mengadap lift, kuar kete jer, alangkah bertuahnya badan I ni. Tak macam kenkawan I yang lain "dorang very the brutal one, park kat ceruk manapun tak kisah punya sebab kalau jantan nampak dorangpun dah lari lintang pukang", I pulak terbalik sikit "very the feminine, nak datang bowlingpun, kena make sure semua "prim-n-proper", dan paling penakut yang teramat". "Abih, akak nak buat camner, dah sejak azali akak cam ni".

Bercakap pasal bowling ni, Ahad lepas kitorang (ofis I lah) ada buat monthly bowling league. Jangan marah, I dapat mengalahkan semua "jants2 (jantan2) macho" kat tempat keje I nilah. "Apa tak vangganyer, bukan senang nak kalahkan jants2 ni". Memang I tak sangka sungguh sebabnya the first two games memang bowl macam "palat" punya, tapi masuk yang third, fourth, fifth and sixthnyer, I mula memecut bagai nak rak "mengalah kuda liar setahun tak mengawan". Yerlah, apataknya, memasing kejar mengejar, points memasing pun dekat2 tapi disebabkan I ni "antara insan terpilih dan orang yang beriman", maka rezeki tu dapat kat I lah ... hi ...hi ...sorry yek semua. I memang nak menang sebab nak naikkan balik position I yang dah melorot bulan lepas. Bayangkan daripada top 10 merudum ke tempat belas2, mana I tak geram ... so bulan ni, naik baliklah gamaknyer ....

Thursday, March 4, 2010

Hilang respect

Kenkadang manusia sekeliling kita sendiri yang menjadikan kita tetiba hilang rasa respect dan hilang rasa hormat. Itulah yang I rasakan sekarang. I sudah hilang respect dan tiada lagi rasa hormat yang selama ini menjadi pegangan hidup I. Lebih baik I berdiam diri dan "tak angkat pot". Lagipun, I tak nampak sebarang kerugian kerana selama inipun takda sapa yang membantu tatkala I betul2 mengharapkan pertolongan bahkan yang paling menusuk kalbu hingga ke akar umbi, ada yang sanggup bersengkokol. Takpalah, dorang tak rasa, dorang tak tahu. Cuma yang paling I kesalkan, selama ini, sesia sahaja apa yang I "nawaitu"kan. Sia2 sahaja keikhlasan yang diberikan dan dibalas dengan "tuduhan2" yang kurang menyenangkan. Camnerpun terima kasih banyak2. I tidak pernah mintak Allah membalasnya, sekadar cukuplah dengan Dia memurah, memberkati rezeki I dan memudahkan perjalanan hidup I walaupun sesukar mana sekalipun I diuji. Pelikkan manusia ni, kita buat dengan ikhlas orang pulak rasa kita tidak ikhlas dan tidak pernah ikhlas. Jadi, apakah ukuran yang boleh dibuat agar keikhlasan itu dapat diperlihatkan. Adakah kita perlu sentiasa war2kan, ataukah perlu kita tulis di dahi untuk dipaparkan kepada orang ramai sebab kalau itulah kehendaknya maka pada I ia bukanlah keikhlasan namanya tapi lebih kepada menunjuk2 . Keikhlasan itu datang dari hati nurani yang suci datang dari dalam ... tapi itulah kehidupan serba tak kena dibuatnya, ibarat "ditelan mati emak, diluah mati bapa" .

Wednesday, March 3, 2010

Me and the "Mak Dats"

Untuk aktiviti sukan I cuma aktif dalam bowling jer, so dalam seminggu mesti "full"nyer. Mana taknya, I ada morning league bowling Selasa (kat club) dan Khamis ( One Utama) dan petang Jumaat, malam Sabtupun kat One Utama. Yerlah, dalam I dok melopong jer kat umah tu sementara nak tunggu ambik Alea sekolah dan masuk keje tengah hari, baik I joined league2 ni. Selalunya yang hari Selasa I sempat ambik anak tapi yang Khamisnyer, I suruh hubby ambik sebab selalunya we all abih lewat sikit. Morning league ni normallynya di kalangan housewives yang tak bekerja (yang laki kayas rayas) , selalunya yang join "mak2 dat" (mak datin) aka "tai-tai" yang boring duduk rumah dan tak ada aktiviti2 lain. I jer yang tersesat dalam golongan tu sebabnya I ni bekerja tapi in "shift hours" dan cuma ada gelaran "bini orang" jer. Best jugak "laga2 bahu dan laga2 pipi" ngan "mak2 dat" ni dan tengok gelagat dorang. "Wa cakap lu, datang nak berbowling jer, tapi dressing kenkadang macam nak gi dinner, glamour abih. Yang branded jangan cakaplah, dari hujung kaki sampai hujung kepala. Rambut pulak, macam lepas set gitu, beralun2 dan berkaler2pul lagi. Itu belum handbang ngan kasut, "wajib makronah" harus matching. Jangan tak percaya ada seorang "mak dat" ni umur dah 53 tahun tapi body pehhhh ....cam anak dara siot ... siap pakai G-string lagi (bukan apa I ternampak masa dia tertonggeng2 nak pakai socks). Lagi best, memasing ada drebar tolong seret beg bowling, abih jer boling dah siap drebar tunggu nak angkut balik. Akak ni jer yang dok seret beg bowling sendiri, ulang alik. "Mak2 Dat" ni walaupun "ikan gelama" abih, tapi memasing baik hati cuma yang tak larat bila time lepak2, "main subject" mesti borak part "branded2 item". Yang sorang ni beli kat Paris, yang sorang ni beli kat London, yang sorang ni beli kat Hong Kong. Memasing dok tayang menayang. Akak ajer yang beli kat KLCC or Pavillion or Starhills. Nasib baik jugaklah I ada series or handbag collection, bolehlah I usung atau tukar ganti sekali sekala. Taklah nampak "cokiah" sangat. Camnerpun part "general knowledge" zero, tapi tak semualah, ada gak yang "terrer the merrer". One thing I notice, pasal apa "Mak2 Dat" ni kena "dress to kill" walaupun setakat berboling jer sebabnya they have to bersaing sesama sendiri. Yerlah, takkan awak nak pakai selekeh kot sedangkan "Mak2 Dat" lain yang datang "melaram abih", mestilah dorang nak tunjuk sapa pakai yang "paling terbranded" punyer. Satu lagi sebab depa ni tak bekerja so bila lagi nak pakai lelawa macam ni, time2 seginilah selain dari attend dinner, teman hubby memasing tapi takkan dinner tetiap malam kott....

I ingat lagi masa zaman dok hantar Soraya gi kelas kat Bangsar dolu2, mummy2 yang antor anak bukan main lagi bergaya sakan. "Nah engko ... kasut lima inci tinggi, mesti yang branded punya, bajupun macam2 pesyen gitu, ada yang seksi ada yang tak seksi tapi kira "up-to-date" abih" padahal hantar anak gi montessory aje lepas tu lepaklah kat Coffee Bean ker, Starbucks ker dua tiga jam sementara anak nak kuar kelas. Kiranya beli baju "mehe2" tu cuma nak pakai tayang masa time2 segini jer. Kesian kan kat dorang ni. Lagi satu, nak berbelanjapun "takleh sesuka hati" sebab harapkan duit laki sebab "yang kaya/cari duit laki bukannya bini (bini tunjuk lagak dan berlagak jer)" , so POKOKnya kalau kita pegang duit sendiri, tak harap duit sesapa (duit hubby tu dah jadi tanggungjawab dialah nak bagi) ... anytime boleh horaaa beb ..... Nasib baiklah I kerja kalau tak baju2 glamour I yang berlemari2 tuh cuma I boleh tayang masa hantar/ambik anak sekolah atau gi beraktiviti bowling jerlahhhh .....

Monday, March 1, 2010

Kad kredit

Terperanjat badak I Sabtu lepas bila staff kat Citibank tu kata I sudah terlebih bayar Rm2,000 untuk Gold Card I. Kalau sehengget dua takpalah juga, ini lebih satu hebu hengget, mana akak tak terkezut. Camner boleh jadi gitu yek. Asalnya, bila I tengok bil, kat bahagian column payment RM2,000 tu ada tulih CR. I dok tertanya2 apa menatangnya CR tu, so I gilah singgah Citibank kat Damansara Perdana sebab I ni memang jenis spesis yang begitu curious. Kalau boleh "dan-dan" tu jugak nak tahu. Nasib baik akak bukan yang jenis menyerang, akak tanya lagi staff tu ngan lemah gemelai lagi. Bila staff tu tengok I terlopong, dia cakap kat I suruh transfer jer kat kad kredit satu lagi. Tapi macam mana nak transfer sebab kad satu lagi tu pun ada CR RM50 hengget. Sampai sut, I masih lagi heran, camner I boleh terlebih bayar yekkk.

Alah, tapi kejap jer tu, bila I tahu ada extra duit dalam kredit kad I, apa lagi I pun terus "brooooom" pergi workshop, boleh I tukar battery kete, dah tentu 400 hengget melayang dan paling terperanjat wiper kereta akakpun sampai 400 hengget. "Aduh mehenya, wiper emas ker". Itu takpa lagi, sempat lagi tuh singgah Poh Kong kat The Mall. I cadang nak beli bracelet dengan extra loceng (dalam lima ker enam) tapi nak tahu satu loceng cinonet tupun rega RM120 tak campur ngan pencakuk dia, kalau lima ker enam, cuba darab ... so akakpun beristiharaqlah kejap kat kedai emas tu dan bila dah congak2 ..."so the expensive one", baik takyah, lain kali jerlahh ....

Next round for check-up

Sabtu depan, I kena bawak anak dara kechik I, Alea for the next round check-up eczema dia. Kali ni dah masuk tiga kali. Alhamdullilah, so far, so good, dah tak mengeruk2 lagi. Kiranya, dah nampak baik. Bayangkan dah berapa banyak pakar I jumpa, last2nya kat kawasan Sentul gak yang sesuwei ngan Alea ni. I tak kisah abih berapa banyak tapi yang fentingnya, si kechik I ni sembuh. Memanglah Tuan Doktor cakap boleh sembuh sepenuhnya tapi nak tunggu dia sampai umur tujuh tawon rasa lambat sangat. Camnerpun, harus wajiblah, Sabtu ni kitaorang kena tunggu dua jam lagi baru dapat jumpa Dr. "Wa cakap lu, ramai betul patient sampai terkeluar2 orang yang menunggunya". Dah nak tutuppun kenkadang, bertali-tali arus lagi orang datang. Patient pulak bukannya sekitar KL, ada yang datang sejauh dari Penang ngan Perak lagi. Kali ni, I dah pesan kat Dewi, bawak bekal jer, kalau lapar boleh makan terutamanya si kechik tu (sebenarnya mummy yang lebih2nya). Hari tuh masa gi kenduri Chu Padilah, ada terjumpa cousin I, si Nadirah, terus I cakap kat Nadirah, "Nadirah, nanti Sabtu angah call dulu, bagi nombor atas sikit yek". Tersongeh2 jer si Nadirah "uhh tidak ... hikk pun tidak". Alangkan Pak Panjangpun yang bakal jadi pak mentua Tuan Doktor itupun kena tunggu dua tiga jam jugak, apatah lagi I yang tak ada kena mengena ni. Takpalah, dua jam ker, tiga jam, no hal one, I, kalau untuk anak2, apa saja I akan buat kalau ada kelapangan (untuk rekreasi dan riadah) tapi kalau bab2 sakit deman ni (with immediate effect, tak tunggu2 dah). Itu sebabnya darah I jadi mendidih bila baca pasal budak umur tiga tahun mati kena sepak terajang macam bola dek boifrend mak sendiri. Sampai hati betul. Seriously I cakap, anak2 dara I kalau kena ketit nyamuk, I ligan nyamuk tu sampai I dapat bunuh. Takkan I biarkan hatta sebesar hamapun hinggap kat badan anak2 dara I apatah lagi sepak terajang. Akan I terajang balik orang yang terajang anak I tu. "Maafkan akak yer, akak terlebih emosilah pulak". Hukumnya simple jer, kalau nak cakap I brutal, cakaplah, campak jer si pembunuh kejam tu dalam penjara biar dikerjakan oleh banduan2 kat situ. Kita pakat tengok lepas tu tepuk tangan ramai and bila dah mampus, campak jer kat kandang rimau, biar disiat2 nyer ... padan ngan muka engkau..