Saturday, May 29, 2010

What comes around goes around

I telah dijemput untuk ke majlis wedding reception esok (Sunday, May 30th) oleh someone yang kiranya rapat jugak ngan family I. Bukan rapat jugak, memang rapat bebenorlah. So, bukan saja I dijemput, malah the whole family. Awal2 lagi I dah cakap kat mak Selayang, "Mak nak pegi, pegilah, saya memang taknak dan takkan pegi, saya taknak bersekongkol". Dari awal perancangan lagi, I memang menjauhkan diri sejauh2nya, taknak terbabit langsung. Buat apa kita "turut bergumbira atas kesedihan orang lain", lebih2 lagi bila kita kenal pulak ngan "kakak" yang tidak tahu menahu tuh. Betul kawan I cakap, "orang pompuan jugak yang akan menyakiti hati pompuan yang lain". Pada I, sepatut2nya tak perlu diadakan majlis besar2an langsung, cukup sekadar "yang mana perlu mengikut hukum hakam" demi menjaga hati orang lain yang sememangnya tidak tahu menahu langsung akan perancangan ini. Masa tak tahu ok tapi kalau dah dapat tahu "rasa pilunya sampai ke tulang hitam". Dahlah, masa ke Perlis dulu, satu rombongan cik Kiah, ini apatah lagi esok, siap jemput Tan2 Sri dan Datuk2 Seri bagai, kiranya meriah abih. Nasib baik, buat kat "semejid", kalau kat hotel, harus ada "sesi karaoke" lagi. I cakap kat Mak I, "seronok sungguh dorang yer, tak terlintas langsung ker kalau benda tuh jadi kat kita, dunia ni bulat, bila2 jer benda yang sama boleh jadik kat kita". Ntahlah ... dunia, dunia, wang dan kekayaan tu kenkadang boleh membutakan hati dan perasaan orang. Anyway I percaya "what comes around, goes around ...."

Thursday, May 27, 2010

Facebook, time to sign up

Zaman facebook dah nak berlalu, barulah I nak sign up. Bukan apa kenkawan I dok sibuk suruh buka account facebook. Memasing sibuk dok tayang facebook memasing dan pada masa yang sama jugak sibuk memerli I. Kata dorang I "tak celik ITlah, buta ITlah, spesis zaman batulah, anti-sosiallah, tak mengikuti zaman siberlah ... isshhh macam2 lagi" sampai "cairlah tahi telinga" I nih. "Apalah ngko Lin, anak ngko si Sorayapun ada facebook, mummy dia jer yang hidup zaman batu". Bukannya I taknak ada facebook tapi ada sekali tuh I "tertengok sesuatu" kat facebook kawan I yang boleh membuatkan jantung I luruh seketika. Anyway, atas desakan kenkawan dan juga atas perkembangan arus pembaharuan yang tidak berketepian dan agar kenkawan tidak perli I lagi, "I pun sign uplah untuk account facebook, so lepas ni bolehlah eksyen sama KakMona, KakDah, KakNas, KakLat dan Mrs Robbie ... akak nak letak gambar Angelina Jolie lagi ....hi hi hi."

Seminggu Alea tak sekolah

Sepanjang minggu nih, anak dara kechik I tak pergi sekolah dan sepanjang minggu nih lah jugak, kerja dia asyik tengok kartun, kartun, kartun. Kejap channel 616, kejap 615, kejap 613, lepas tuh balik ke channel 616, asyik pusing balik-pusing balik, channel yang sama jugak. Lepas tuh kalau dah boring, abih semua buku "A,B,C", "1,23" dan "kalering" disepah2kannya untuk dibuat "conteng-conteng". Kenkadang kesian tengok dia, takda kawan2 and I pulak keja sampai malam. Selalu bila sampai rumah, si kechik ni dah tido.
"Seronok yer adik duduk rumah, tak gi sekolah".
"Aya demam (Alea demam)".
Memangpun Alea demam sejak Sabtu lepas and I ambik keputusan sepanjang minggu nih, takyahlah dia pegi sekolah. Lagipun, hari Selasa memang takyah pegi cuma those yang involved dalam "school trip" jer kena ada kat sekolah, hari Rabu cikgu bagi cuti rehat dan Jumaat dah public holiday, kiranya dua hari jerlah anak dara I nih "ponteng sekolah". I bukannya nak galakkan si kechik nih tak gi sekolah cuma I taknak demam dia merebak tu aje. Maklumlah sekarang nih musim tak menentu, bila datang panas, bahangnya "lak lil lak lik gitu" dan bila musim hujan pulak, sejuk tak menentu. Kalau boleh I nak make sure yang Alea dah "betul2 ok" barulah dia boleh pergi sekolah balik. Yang paling best jugak, sepanjang minggu Alea tak sekolah nih, I anak beranak boleh bangun lewat, kiranya "tido sampai tak hengat dunia"lah.

Tuesday, May 25, 2010

Dewi aka Kak Wiwi

Dewi aka Kak Wiwi seperti mana yang dipanggil anak dara kechik I, Alea ialah pembantu rumah I yang berasal dari Indonesia. Berusia dalam lingkungan 35 tahun dan sudah mempunyai seorang anak yang berusia 11 tahun. Dewi sudah bekerja dengan I hampir empat tahun iaitu seusia dengan Alea. Alhamdullilah, Dewi banyak membantu dalam tugasan seharian I di rumah. Kiranya, kalau dia takda, I boleh "patah tangan patah kaki" dan Alea boleh "kurus kering"lah dibuatnya. Apataknya, hanya Kak Wiwi nilah yang pandai "layanzzz" Alea mamam. Sebelum dia bekerja dengan I, Dewi pernah kerja dengan majikan Pakistan yang merupakan seorang doktor dan kemudiannya doktor itu balik ke negara asalnya. Boleh dikatakan Dewi ni cekap dalam pengurusan rumah - dari menjaga anak, membasuh, memasak, mengemas, berkebun hinggalah kepada kerja tukang menukang. Part2 pasang lampu, betulkan gate dan kadang2 singki air, "setakat kochik2" tuh takyah panggil handyman melainkan kalau ada "problem kronik". I nih jenih majikan yang tak "berapa fussy" sebab pada I yang penting Dewi ni dapat jaga anak I dengan baik. So far, jagaan anak2 "tip top". Memandangkan I nih seorang wanita bekerjaya (eewahhh), so pembantu rumah amat penting untuk I. Lainlah yang mengharap duit laki semata2 dan hanya duduk mengangkang kat rumah, memanglah tak perlukan khidmat pembantu rumah. Selain dari jaga anak, part memasak dan membasuh tuh, tak berat sangat memandangkan hanya dua tiga kerat jer dalam rumah nih. Mengemas rumahpun, dua atau tiga minggu sekalipun dah lebih daripada cukup sebab takda sapa yang buat "kecah"pun. Kalau I ada kat rumah, lebih banyak masa I "berkubang" dalam bilik, Alea dah tentu "bawah ketiak" I semedang, so tingkat bawah takda orang usikpun. I tak penah halang maid I ni daripada berehat. Yerlah, dia bukannya robot, nak jugak berehat, bersantai sambil menonton. Kat rumah I nih ada tiga Astro berasingan so Astro yang kat tingkat bawah tuh, khas untuk si Dewi ni tengok sinetron. Kalau pegi mana2pun, mesti I angkut sekali si Dewi nih. Part2 makan kat hotel kalu, memang tak penah miss, duduk semeja lagi, apatah lagi pegi berholidaying. Ada sesetengah majikan tuh, dorang rasa "terhina sangat" kalau duduk semeja ngan pembantu rumah .... pirrah, kentutpun sama busuk, tak setaraf konon ... hey, lu ambik cermin lu suluh muka lu dekat itu cerminlah ....

Monday, May 24, 2010

Kesian Alea mummy

"Kesian anak mummy nih, anak mummy demam ye".
"Mamee nak gi ner ni (mummy nak pegi mana)."
"Mummy nak gi work, petang nanti mummy balik ok, adik duduk ngan Kak Wiwi".
"No wan, no wan, nak duduk ngan mamee".
Walaupun berat hati I nak meninggalkan si kechik nih, tapi I terpaksa gak gi kerja and I pesan kat Dewi, "apa2 call kakak, jangan tak call".

Ntahlah, tetiba jer badan anak dara kechik I, si Alea dedar sejak Sabtu lagi. Nasib baik ada ubat extra I ambik kat klinik Junina. Semalam dah ok sikit, bila malam panas balik. So, pagi tadi, I smskan kat teacher dia yang Alea tak sihat dan terus I bawak si kechik ni gi klinik. Dalam pada dia dok melompat2 main kat klinik tuh, rupa2nya bila diambik temperature dah lebih 38 degrees. Apa lagi doktorpun bagi "ubat bontot" sebab Alea ni dah ada "history fit" masa dia umur dalam setahun lebih. Doktor cakap kat I, Alea akan "bebas fit" bila umurnya dah lebih lima tahun. I pasal bab "fit2" ni, I phobia sikit sebab masa Alea "kena fit" dulu, I memang gabra abih. Seperti biasalah, kalau anak2 demam, I selalu "tido2 ayam" jer. Setiap sejam dua, I chek suhu badan and "ubat bontot" memang selalu standby. Bila temperature shoot jer 38 ke atas, I sumbat jer "ubat bontot" sebab Alea nih dia rimas kalau I dok lap badan dia ngan air. Selalunya, kalau lap badan, demam baik, selesemalah pulak datang. So, malam nih, I tak tido lagilah dan rasa2nya seminggulah jugak Alea tak gi sekolah. "Kesian anak mummy nih, anak2 mummy tak kira kakak ker adik ker, kalau boleh, mummy nak jaga sampai abih hayat mummy ...."

Rezeki lagi

Itulah rezeki namanya. Sabtu, I belanja mak Selayang I makan, Ahad pulak I menang bowling, prizes plus cash worth 500 hengget. Oklah tuh, betul tak I cakap, tak rugi kalau kita menyedekah kat orang, janji mesti tulus ikhlas ... insyaallah, Allah akan balas, tak banyak, sikitpun jadilah. Duit hadiah menang tu pulak, I buat belanja dapor, kiranya rezeki I tak lari ke manalah. Selalunya, apa2 cash prize, I akan beli something yang boleh I guna, contohnya barang elektrik tetapi memandangkan barang elektrik I yang I menang boling tournament2 yang sebelum2 nih masih berlambak-lambak tidak digunakan, so duit tuh I "konarkan" guna beli barang2 daporlah. Kenkadang I tak fahamlah, ada sesetengah orang tuh, kedekut sungguh nak kuarkan duit, bukan selalupun belanja, sekali-sekali. Ini tak, asyik dok tunggu orang lain belanja jer ... mana boleh beb, kitapun mestilah ada segan silu sekali sekala. Seriously, I kalau orang yang sama asyik kuarkan duit blanja makan, naik segan jugak. I, insyallah, untuk mak Selayang, sikitpun I tak kedekut, itupun kalau I berduit. Yerlah, bila kita berduit, buat cara berduit, tapi kalau tak berduit, kita tunggu sampai berduit. I selalu pesan kat adik pompuan I, bagilah duit kat mak sekali-sekala, tak banyak sikitpun jadilah, sebabnya duit yang kita bagi itu memberkatkan lagi rezeki kita.

Ni nak citer sikit pasal bowling hari Ahad tuh. "Wa cakap lu, proud abih wa bila semua bos2 besar wa turun tengok wa bowl, tambah2 jadi champion lagi. Tak cukup ngan tuh, wa jadi pemain terbaik pompuan lagi, mengalahkan saingan terdekat wa, si Pah". Kan ker best, kalau selain exam jadi kriteria untuk naik setakuk, apa salahnya pihak management jadikan bidang sukan ni also one of the criteria. I pun dah pass exam jugak tapi "second batch". Bukan setakat pass, I pun involved actively dalam sports, kat situ, dah ada dua kriteria penting untuk dipertimbangkan. I rasa I lebih banyak "bergesel bahu" dengan para CEOs dan menaikkan "nama organisasi" di mata2 media massa yang lain kalau nak dibandingkan dengan depa2 yang naik setakuk sebab pass exam "first batch" tetapi cuma "terceruk kat opis" tuh. Part2 keje, I rasa sama jer, kalau tak takkan I dapat khidmat cemerlang sampai dua ker tiga kali (lupalah pulak, sebab dah lama dapat). Wa cakap lu, yang pastinya bukan sekali ... tak baguih lagi ker tuh untuk dipertimbangkan .....

Friday, May 21, 2010

Plan divert to Melting Pot

Rancangan I nak lunch di "Hard Rock Cafe" Sabtu nih tak jadi, so I kena divert plan tu ke Melting Potlah pulak but still kat Concorde Hotel, dekat ngan "Hak Wok Kefe" si Alea. Sebabnya, mak Selayang kata dia tak selesa makan kat situ. Tuh tempat orang muda2 "cocok langit" tak sesuwei ngan orang tua macam dia. Oklah, no hal one, banyak tempat dining lain. Terpulang pada mak I, I tak kisah, janji dapat belanja mak I tuh makan sebab tak lama lagipun "besday" dia. Yerlah, orang tua mana nak selesa kalau makan tempat yang kelilingnya ada "botol air buih2". I explain kat mak I nih, tempat tuh "happening" malam jer, siangnya macam "family restaurant", macam tempat2 lain jugak. Anyway, I faham sebabnya mak I nih selalu gi mengaji, dengar ceramah, jadi "part2 hukum hakam nih" dia takleh nak "compromise". The reason I bawak mak Selayang kat situ supaya dia tengok sendiri macam mana ropanya "Cafe Batu Keras" tuh. Selalu dia tengok tempat2 "happening" cam ginih dalam TV jer, so kali ini I nak dia tengok secara "life"lah. Camnerpun, itu semua tak kisah, janji I dapat pegi jugak "HRC" nih lepas lunch kat Melting Pot. Sebabnya I nak cari mug dan t-shirt HRC Kuala Lumpur yang baru. Kalau mak I nak jengok kejap pun ok, kalau taknak jengokpun, takpa, I takkan paksapun. So, HRC, here we come ...

Thursday, May 20, 2010

Untung atas angin

Selama nih memang I dah rugi banyak. Bayangkan dah berbulan2 I beli "cordial suplement" I dengan rega 160 hengget, alih2 , hari tuh, I ternampak botol cordial yang sama atas meja kawan opis I. Tak tahu, camner boleh tergerak hati nak tanya kat dia, ropa2nya bini dia jadi dealer cordial suplement nih. Alahai, punyalah susah I cari sampai kat Amcorp Mall, ropa2nya dealar ada dekat depan mata jer. Nak tahu tak, bini dia cuma jual sebotol 110 hengget, tak ambik untung langsung. Waduh ... punyalah banyak bezanya, sebotol tahan 15 hari, maknanya sebulan I spend 320 hengget. Dah tu, bukannya boleh selalu dapat, asyik abih stok memanjang. Kordial ni memang "very the good one" especially untuk I nih yang memang tak makan supplement lain. Kalau diingat2kan balik, betul2 kakak Amcorp Mall tu untung atas angin ajer selama nih ....

Tuesday, May 18, 2010

Alea's educational trip

Selasa depan, sekolah SR anak dara kechik I si Alea, organise "an educational trip" ke stesen bomba dan kilang "cekelat". Those yang nak gi trip tu kena bayar 40 hengget and lunch pulak kat McDonalds. Part bayar tu memang I tak kisah sangat sebab setakat "lekat celah gigi" jer tapi "timing" tu yang merisaukan I. Pada hari trip tuh, bebudak kena berkumpul pukul 8 pagi dan tiba balik ke sekolah kul 3 petang. "Wuiiii ... takleh jadi nih, bukan apa lama sangat tuh and anak dara I ni part nak "mamam", cerewet sikit, cuma Kak Wiwi jer yang tahu "layanzzz". I tanya pendapat Dewi dan Dewi cakap "lama sangat tuh kak, takut perut Alea masuk angin, memang sekolah bagi makan McDonalds tapi Alea akan makan sikit jer. Lagi satu Alea pakai pampers lagi kak, sapa nak salin, takut merah pulak pepek dia". Betul juga, so, I "made up my mind", lain kali jerlah Alea join the trip, tunggu besar sikit. Si kechik nih, tetiap hari bila balik sekolah, mesti tanya I, "Mamee, nak wit, nak bagi toyah" (mummy, nak duit, nak bagi sekolah). "Adik nak buat apa ngan duit tuh". "Nak gi topping (nak shopping). Kwang ... kwang ... kwang ...

Lunch di "Hak Wok Kepe"

Sabtu depan nih, I plan nak bawak mak Selayang ngan rombongan cik Kiah I lunch kat "Hard Rock Cafe" di Concorde Hotel. Si kechik I, Alea panggil "Hak Wok Kepe". Saja jer nak bawak mak I tuh "jalan2 cari makan", sebab masa "Mother's Day" hari tuh, patutnya I nak bawak makan di "One World Hotel" tapi dek sebabkan dah "full house", tak jadilah pulak. Anyway, makan kat "peeping2 restoran" harituh pun ok jugak. Bukan apa, rezeki I bulan nih, memanglah murah sangat. Duit "backdated yearly increament" I pun kiranya tak abih lagi. Hiss ... belagak sungguh. Tapi orang kata kalau belanja mak makan, lagilah murah rezeki I. Biar mak Selayang tuh rasa "happening sikit". Biar dia rasa dan tengok sendiri macam mana ropanya "Hard Rock Cafe" tuh. Jangan dia "terkezut badak" dahlah. Anyway, setakat belanja mak sorang aje, berapa hengget jerlah nak luak duit I. Lagipun, masa tuh dah dapat gaji. Selalu kalau bawak kuar makan2, mesti mak I makan makanan "orang melayu" ngan minuman wajib dia "air sirap" kali nih I nak suruh dia makan "makanan omputih" lah pulak. Sekali sekala, apa salahnya ubah seleralah pulak. Sebenar dah lama I plan nak lunch kat situ tapi asyik sibuk memanjang ngan bowling, tulah yang asyik delay ... delay ... delay. So harap2 kali nih mesti jadik punya ........

Monday, May 17, 2010

"Slumber Nite" yg "selamba abih"

Malam Sabtu lepas, kelab "pompuan" opis I buat "Ladies Nite" bertemakan "Slumber Nite". Memang selamba abih. Bayangkanlah kita pegi dinner, takyah sibuk nak pakai baju "lap lip lap lip", takyah nak set rambut bagai dan takyah nak mekap "ala2 tepung gomak". Sarungkan aje baju tidor. Sesapa yang tido tak pakai apa2, datang bogel jerlah ... okay ape, lebih kurang sama jer patternnya. So, malam tuh, berpesyen2 baju tidorlah yang dipergayakan. Dari baju kelawar, pyjamas cotton, t-shirt nipih "Hello Kitty", track bottom, pesen ala kimono sampailah kat baju satin mengerlip dan beropol... semua ada. Kiranya kalau orang jantan tengok ... meliyorkanlah jugak. Paling best semuanya sporting, apatah lagi yang organise "Slumber Nite" nih geng2 happening kat opis, jadi bertambah happeninglah jadiknya. Sapa sangka, dari yang paling berpangkat superior hinggalah yang ke peringkat bawahan, semua sama naik, semua enjoy sakan. Part makan pulak ... oh mak datok, makanan berlambak2 dan pelbagai jenih sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu sebab dah terlampau banyak dan sedap2. I macam biasalah, bila ada function2 macam ginih, I jarang makan banyak tapi bila sampai rumah "menyesallah pulak sebab tak melatak tadih". For those yang nak bermalam kat hotel nihpun boleh jugak sebab pihak hotel bagi dalam RM80 semalam kalau tak silaplah. Macam2 acara/game diatur. Antaranya catwalk yang dimenangi oleh editor bahagian Rencana, Puan RM (wa cakap lu daring abih ... especially part yang last tuh, ada bukak2 beb) acara rebut bantal dimenangi oleh kerani bahagian admin dan acara2 lain seperti performance and miming serta teka watak "filim" dimenangi oleh "Team rogna purple". Acara selingan, biasalah "karaoke" dan cabutan bertuah. Part hadiah, macam yang I pernah tulih dalam entry terdahulu, sesapa yang mengorganise event kat ofis I nih, prizes memang "tip-top". Macam biasa, semua orang dapat, cuma hadiah yang berbeza2, ada yang mahal dan ada yang murah. Grand prize microwave and I pulak, memandangkan nama I antara yang terawal dicabut, so hadiahnya "a bit ciputla". I dapat mangkuk seramik buat perhiasan ... oklah, isi cantik, kotakpun berflower2 gituh. I malam tuh kejenya dok gelakkan orang tapi bila kena menari atas pentas, "tetiba jer I jadi kayu ... tak retilah beb tapi belasah jugak sebab nak menang". Tapi yang kelakarnya, ada sorang kakak nih, dia staff kat Kelang ... "wa cakap luh, Inul pun boleh nangis tengok dia bukan aje gelek punggung, siap goyang tetek lagi, bergeter-geter". Rata2, semua orang happy sebabnya, apart from "ahli kelab" we all juga jemput "those pompuan2 yang dah lama meninggalkan ofis atas sebab pencen awal atau lain2" dan tidak ketinggalan wifey2 yang hubby memasing kerja kat opis tuh. Itulah semangat ofis I, tak kira apa juga function, spouses masing2 turut diberi keutamaan untuk turut serta. Next function yang akan diorganisekan oleh "kelab pompuan" I ni ialah "Bershopping sampai pengsan kat Bandung". So ... yuk kawan2, apa tungguk lagi ... daftar namanya bangat ....

Friday, May 14, 2010

Sedihnya hati

Tengah hari tadi, masa ambil si anak dara kechik I, Alea, macam biasalah time balik tu we all akan lalu backlane sekolah dia untuk "bai-bai" satu grup kenkawan si kechik nih untuk pegi ke nurseri (khas untuk working parents) yang letak tak jauh dari sekolah. Memang dah jadi routine, mesti ada part "bai-bai" nih and soalan yang sama akan ditanya oleh Alea, "ni, nak gi aner nih" ( ni semua nak pegi mana) and macam biasa I akan explain, "your friends semua nak gi nursery, dorang tinggal kat situ kejap because their mummy and daddy working, petang baru your friend balik". Ntah macam mana pulak hari nih, I tercepatlah pulak naikkan cermin belakang, jadi dia tak sempatlah lama sikit nak "bai-bai" kenkawan dia. Nak tahu si kechik ni cakap apa kat I, "Mamee ni a'at, mamee ni a'at (Mummy ni jahat). Mungkin dia tak tahu or faham apa dia cakap tapi tak pasal2 I rasa sedih sesangat ... sampai hati adik cakap mummy macam tuh, harituhpun Kak Yaya cakap "something" yang buat hati mummy terusik, punyalah mummy menatang adik ngan kakak macam menyak yang penuh, adik cakap mummy macam tuh ... uhuk ... uhuk ... uhuk ...

Thursday, May 13, 2010

Jantung I dag dig dug

Dah dua hari berturut2, jantung I asyik berdag dig dug. Apa taknya, bahana si "Thomas aka Kepala Hidang punya Cuplah". I memang jarang tengok badminton sebab I tahu Mesia ni lebih kalah daripada menangnya. Bukan itu aje, "hukum-hakam" badmintonpun langsung I tak tahu. Dua hari ni lah, baru I tahu bila bola tuh offside ke tak offside, itupun lepas I tanya kawan I yang bermastautin di meja Internasional. Bukan taknak tengok, tapi menyakitkan hati aje, so, daripada I kena sakit jantung tak pasal2 gol nanti, baik toksah tengok langsung. Tapikan tahun ni, nak tak nak, I terpaksa tertengok jugak, yerlah, dah TV kat opis I tuh tercongok kat sebelah I, peminat badminton pulak duduk keliling, mata I yang taknak tengokpun kenkadang terkelinglah jugak. Kacau betul "Piala Kepala Hidang" nilah. Selama nih, memang TV tu I yang "kongker", nak nak lagi pukul 6.30-7.30 (slot Akasia - Adamaya) dan 7.30-8.oo pm (citer Nenek Kebaya ... harus takleh tinggalnya). Apa tak geramnya, bila tengok players main game macam ala2 "itik patah pinggang", cuma "latuk si linjang lo" (jinjang joe) tu jer yang boleh harap. Memang patutpun dia dapat "Latuk". Single kedua pulak dah masuk zaman "otai", gantung jer reket tuh dan paling best single yang ketiga ... ngko dah tahu ngko ada advantage, kaki panjang, tangan panjang, mukapun panjang ... ngko belasah jerlah si pendek dari Jepun tuh ... nih tidak ... ngko ingat nih masa training ker apa. Cuba cakap kat I, sapa tak sakit jiwa tengok.

Monday, May 10, 2010

All the "jants" kena topple

Semalam (Sunday), we all ada boling tournament, anjuran kelab kat opis I. "Macam bagus aka macam star" jer I, game start kul 10.00 am tapi kul 10.00 am tuh, I masih lagi tercangak2 kat jalan raya dok cari "venue" tournament. Selalunya, I "recce" dulu kalau I tak biasa sangat dengan tempat tuh tapi itulah berlagak lagi, I ingat kacang jer cari "venue" tuh sebabnya I pernah "bermastautin" kat kawasan tu dulu. Waduhhh ... happening abih, boleh "sesat-mesat" I dibuatnya. Dah lain sungguh. Jalan yang dulu lurus, sekarang nih dah bersimpang-siur, kiranya kalau salah masuk simpang, memang alamatnya "ntah ke mana sesat melarat". Manager dah dua tiga kali "calling2" suruh cepat, kalau lambat, dorang bagi "blind score" jer. "Kak Lin kat maner nih, game dah nak start, cepat sikit, kalau tak, bagi blind score jer". Mana boleh, disebabkan "blind score" tu nanti I boleh "jatuh merudum". Nawaitu I dari rumah, tahun ni, I nak jadi juara, kalau boleh mengalahkan semua "jantan2 macho" aka "the jants" ofis I tuh sebabnya tahun lepas, I tak dapat apa2pun ... hampeh gitu.

By the time I sampai, team I dah nak masuk balingan frame kedua. Nasib baik team I nih pakai taktik main lambat2 sebabnya kalau dah masuk frame ketiga, I kena tunggu sampai dorang abih and I cuma dapat "blind score" jerlah. Dengan muka "selamba kodok", I pun join jer walaupun telinga I dah merah menyala sebab yang lain dok memerli. Alhamdullilah, I bowl begitu "cemerlang, gemilang dan terbilang" dengan total pin fall untuk five games 908, maknanya I sapu bersih semua ... dari single, double, team and also high game/high series. Paling memeranjatkan dan unsangkarable, I sudah topple dan belasah abih "all the jants" yang memang perasan "very terrer de merrer". Bayangkan bila score sheet ditampalkan, beza total pin fall I ngan individu "jants" si HH, almost 50 pins beza ... wa cakap lu, wa sudah basuh semua "the jants" dan dengan rasminya crown championship kembali ke tangan I. Harap2 hadiahnya bestlah, kalau dapat cash lagi bagus. Macam I cakap dalam entry I sebelum nih, part2 hadiah, selalunya organiser tidak pernah menghampakan. Oklah, let me list down apa yang I dah kumpul sepanjang I berbowling. Microwave (dua bijik), fridge kechik (dua bijik), rice cooker (2), steam cooker, slow cooker (satu), table fan, standing fan, tower fan, kettle, toaster (2), sandwiches maker (2), steam iron, iron tak stim (masing2 2), video player (3), boiling termos (3) dan banyak lagi yang I tak ingat. Apa kata kali ni, I nak suggest suruh organiser hadiahkan Vision ker, Corelle ker, Pyrex ker ... bestnya kalau dapat satu set ....

A mummy's love is priceless

Semalam Hari Ibu. Sempena hari yang begitu istimewa ini, I ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada mak I kat Selayang dan juga mak mertua I serta semua mummy2 di seluruh dunia. Untuk kedua2 ibu, I ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala kebaikan dan jasa yang telah dicurahkan, hanya Allah yang akan membalasnya. Untuk mak Selayang, kami adik beradik bawak dia makan kat restoran "peeping-peeping". Memula I cadang nak bawak emak I gi makan kat Hotel One World tapi dah penuh bila I call nak buat reservation. Nasib baik, malamnya, my brother pulak call, kata nak bawak mak terai kat restoran "peeping2" tulah, ok jugak, why not. Lagi satu, adik beradik I nyer style, suka makan "berhidang", kiranya, orang kata puaslah makan walaupun habih berhebu hengget. Makan kat hotel pulak, memanglah "glamer and class abih", tapi rasa macam tak bebaloi dengan "pitih" yang dikeluarkan. Bukan apa, dek terlampau banyak sangat pilihan, tak tahu nak makan apa ... last2 sekali makan "seciput" jer, bila balik rumah baru rasa menyesal "pasal apa aku tak melantak betul2 tadi".

Anak2 dara I pulak, si kakak, Soraya ucapkan "Happy Mother's Day" via SMS dan adik pulak, siap buat kad "I love Mummy" kat sekolah nak bagi mummylah tuh. "Thank You, sayang2 mummy". Kenkadang, memang tak dinafikan, sikap dan kata anak2 boleh buat kita berjauh hati dan berkecil hati. Ada satu occasion tu yang membuat I "kecik dan berjauh hati" sampai sekarang. Ntahlah, nak ambik hati sangatpun, bebudak ... ntah tahu, ntah tidak, apa yang dorang perkatakan. Tapi, "mummy is always a mummy, they will forgive and forget". So, untuk Soraya and Alea, "no matter what happens, mummy will always love both of you ... sayang sangat sangat, dunia dan akhirat ..."

Friday, May 7, 2010

Alea mummy clever already

Bulan Jun nanti, genaplah Alea empat tawon. Kalau dibandingkan ngan anak orang lain, mungkin Alea taklah sepandai anak2 dorang tapi sebagai mummy I rasa proudlah sebab Alea dah mula pandai kira "one, two, three" and baca "A,B,C". Memandangkan I jarang ada masa ngan si kechik ni so, kalau I tak kerja I "make an effort" to ajar dia apa yang patut. Macam semalam, I buat "kaler2" ngan si kechik. "Ok, Adik, give me green, give me yellow, give me blue and so on and soforth". Dia dah kenal "rogna" and "very the cermat one" bila menulih. Contohnya, kalau tulis "A,B,C" or "1,2,3". betul2 tulih dalam kotak kecik yang disediakan. Itu masa dia buat sorang2lah tapi bila I tegur, "Adik, you buat very neatlah", mulalah angin naik kepala, tetiba tulisan or "kalering" yang cantik, dah jadi tak cantik. So, I tahulah, masa dia buat apa2, jangan tegur dulu, dah abih kalu, baru cakap or puji si kechik nik, "Wah, adik, mummy bagi you five star". Clap ...clap ...clap (tepuk tanganlah tuh). Nawaitu I jugak, bila dia dah masuk lima tawon, I nak pastikan dia mengaji Quran dan by tujuh tawon, dah boleh sembahyang bagai ... watammat. This time "I want to make it real", make sure si kechik ni betul2 mengaji, jangan dok nak ikut cakap dia aje. Lagipun, I dah cakap kat neighbour I si Yasmin yang nanti I nak letakkan Alea ngaji sama2 ngan her boys. By the way, cakap pasal cermat nih, bukan setakat menulis jer, part bila ambik baju dalam lemaripun, bukan jenih yang "menyepah", ambik ngan cermat gituh sebab I selalu pesan kat si kechik nih, "Kesian kat Kak Wiwi kalau adek suka gabung2 (sepah2kan) baju, nanti Kak Wiwi kena kemas balik".

Camnerpun, si kechik ni still pelat. Speaking Londonpun tak sefasih dan selancar si kakak, Soraya. Contohnya, "Mummy, I wan wear pampers, no wan shi shi in toiyet (mummy, I want to wear pampers, don't want to buang air ini the toilet". "Mamee, not nais (mummy, not nice)". "I wan to woh heend (want to wash hands)". "Mamee, I wan ship (sleep) or mamee I wan yink (drink). "Mamee, nak gi ner, nak work? (mummy nak gi mana, nak gi work). "Mamee, teng yu (mummy thank you). Oklah tuh, cakaplah jugak, jangan tak cakap langsung. Part speaking London tuh, I tak kisah sangat sebab lama2 si Kechik ni boleh "catch up", macam si Soraya dululah, mula2 biasa jer, lama2 "berabuk" lah ... nanti jenuh pula melayan..."kita cakap sepatah, sepuluh patah pulak nanti menjawabnya". Itulah anak2, macam mana dorang buat kat kitapun, kita akan terus sayang mereka dunia dan akhirat. Tapi kenkadang I rasa sedih sangat, sebabnya dalam dunia nih, ada jugak orang yang gamak pisahkan anak ngan ibu, kakak ngan adik ... dan apa2pun untuk kakak Soraya dan adik Alea, mummy will love both of you forever and ever, till death do us apart... biarpun jauh di mata, kedua2nya sentiasa dekat di hati mummy.

Thursday, May 6, 2010

Hangat hati

I rasa part2 prizes or door gifts, memang tak boleh lawan ofis I. Normally, kalau ofis I organise apa2pun, you just name it, tak kiralah , dinner, luncheon, kursus, meeting or game tournaments, hadiah memang kelasnya. Contohnya, kalau ada AGM "persatuan pompuan" kat ofis I, door gift paling tak kurangpun mesti beg mengkuang "rogna rogni" siap ngan macam2 majalah bacaan harian, buku resepi, apron dan macam2 lagi dan yang paling latestnya, kami dapat "Tupperware". Kalau dinner pulak, lagi best sebabnya "sponsorship" amat meriah. Dari barangan elektrik, voucer makan kat hotel, voucer minyak hinggalah ke tiket percutian. Hamper jangan cakaplah, berlambak-lambak. Ada sekali tuh, terlampau banyak sangat sponsorship, "lucky draw" yang tak abih buat kat annual dinner dibawa pulak ke ofis, buatlah "lucky draw" pulak kat ofis. Memang "happening abih" dan yang paling penting semua orang dapat. I rasa I dapat iron ker or rice cooker, jadilah daripada tak dapat langsung. Kalau tournament2 biasa, selalunya electrical item dan organiser biasanya bagi kat semua orang yang participate so that semua orang happy and feel appreciated. I pun tak kisah dapat apapun, dapat "bekas plastik tiga beradik" yang rega tak sampai 20 henggetpun, I dah happy bangat. Paling tinggi hadiah yang pernah ofis I bagi ialah masa finale bowling, dapat kalung mutiara rega RM20 hebu hengget. Masa finale nih, I dapat printer dan duit "ratusan" ringgitlah jugak dan slow cooker. Yang terbaru, I dapat "fruit mixer" masa join boling untuk "persatuan pompuan" I untuk wakili peringkat agensi. Bukan nak cakap apa, kat rumah I, dah penuh ngan elektrical item yang I menang masa main bowling, kiranya dah takyah beli apa2pun.

Itulah, sebab dek selalu terbiasa ngan hadiah yang best2, sedih pulak bila dapat hadiah "ciput" bila main bowling peringkat agensi untuk wakil ke peringkat kebangsaan. Rasanya tak berbaloi langsung ngan keringat yang dicurahkan. Bayangkanlah bukannya kata organiser takda duit, duit berlambak2, duit game kita bayar, apalah salahnya, bagi hadiah yang ok sikit. Kalau susah2 bagi piala kecil and cash pun dah mencukupi. Mana I tak hangat hati, masa ofis I jadi "juara peringkat agensi', kitorang cuma dapat "travelling beg murah" yang reganya mungkin tak sampai 40 hengget, beg letak kasut "ntah ape2 ntah"dan satu hamper milo "secoit" yang kena kongsi empat orang. Nak kena carut ke aper tuh. Paling latest semalam, I participate bowling tournament peringkat kebangsaan dan "very the unsangkarable", I ngan team jadi "champion". Bayangkanlah state2 lain hantar team yang "very the power mower" and my team yang "very the kerdil one" menang gitu. Thanks to my driver - Kim dari Balai Seni Lukis yang memang bowl "bagus giler" and of course co-drivernya I lah yang turut membantu, bersekali ngan Asmah dari Finas dan Yanti dari Filem Negara. " Thanks geng, we really bowled well yesterday". Nak tahu apa hadiahnya? Medal bodoh yang talinya pun nak putus dan cash 800 hengget (memula kami dengar 1000 hengget, lagilah suka, dapat 250 hengget sorangpun tak kisah, last2 bila announce cuma 800 hengget). Itu takpa lagi, yang buat hati I nih menggelegak ialah, medal bodoh bagi kami tapi duit cash 800 hengget tuh pihak yang mengator kami nih "nak hold dulu". Apa kejadahnya, bagi jerlah 200 hengget sorang, apa pulak nak hold2. Kalau medal bodoh tuh, ambillah ngko bawak balik, sikit I "tak angkat pot" tapi part duit apsal pulak nak hold2. Ropa2nya, pihak yang mengantor kami nih nak "pau" 200 hengget daripada 800 hengget, nak masukkan dalam tabung persatuan kononnya, maknanya kami dapat 150 hengget sorang jerlah. "Boleh belah, ada ker patut, kita berbowl bagai nak rak, naikkan nama kementerian lagi, alih2 duit seciput tuhpun nak di "kawtim" , memang tak patut, tak ada hati perut langsung". Mintak maaf cakap, duit bahagian I tuh I tak akan halalkan dunia dan akhirat, setiap orang yang menggunakannya tanggunglah dosa dorang sapa yang ngambiknya tuh ...

Tuesday, May 4, 2010

Geli taik telinga

Semalam, masa hantar si kechik gi sekolah, as usual (cakap omputihlah pulak) I dengar radio HotFM. Kebetulan pagi semalam, dua penyampai fofularnya FF and FBI ada bawak tetamu yang menang anugerah apa tah (tak hengat) baru2 nih. I tak berapa perasan sapa tetamu2 dorang tapi sorang tu penyanyi pompuan baru yang nyanyi lagu meleweh2, nak kata rap, tak rap, nak kata bercakap, idaklah jugak tapi kalau dengar lagu dia, naik meleleh jugaklah taik telinga. Apa ke nama lagunya ... oh ... bulan (lebih kurang gituhlah). Menurut kata si FF, penyanyi pompuan baru ni menang sampai empat anugerah. Itulah dunia, separuh orang punyalah payah nak jadi penyanyi. Kena masuk realiti showlah, mentor menteelah tapi si budak pompuan ni, tetiba jer menjelma ... ntah dari planet mana. Oklah, nak buat macam mana, dah "rejeki" orang, takkan kita nak "jeles" pulak. So, si FF ni tanyalah si budak pompuan nih, lebih kurang gini, "Tahniahlah menang, tidor tak malam tadi or lena tak malam tadi, takpa, takpa, tapi yang penting, pagi ni mandi tak". Jawablah si budak pompuan ni dengan gelak gedik2, "Mandi? Ofs korse" (of course lah tu ... tapi cara dia nyebut tuh orang Amerika sendiri boleh nangis dengar slang yang bergulung lidah tuh). Rasa nak termuntah taik I dengar. Dalam hati I, boleh blahlah, mungkinlah dia memang cakap omputih "berabuk abih" tapi takyahlah nak "seleng meleng" nih. Telinga I nih dah puas dengar "slang bergulung" kat opis I, cukup2lah tuh. Tak boleh ker "you just relaxs, be yourself, takyah nak lebih2, geli tau taik telinga orang yang mendengarnya".

Monday, May 3, 2010

Rezeki "ibu duit"

Sabtu lepas, I ngan rombongan cik kiah balik Selayang. So, masa kat sana, kitorang berboraklah pasal "ibu duit". Menurut SIL and mak I, duit yang dikategorikan sebagai "ibu duit" ialah duit orang "bayar hutang" masa kito dok tengah sibuk "soru sapedek" bukannya duit "betting" dibuat "ibu duit". Oh ... itu ker konsepnya ... selama ni I tersilaplah. I dok ingat apa jenis duit orang "ngolor" masa dok tengah "melantak sakan", boleh dibuat "ibu duit". Sia2 jerlah usaha I "membalut dan menyelofen tape ibu duit" yang I dah sorokkan dalam one of the compartments dalam wallet LV I. Cadangnya, balik rumah nanti, kalau singgah Giant, bolehlah I belanja buat beli barang apa yang patut. By the way, masa kat Selayang tu jugaklah, I dapat satu surat nih dari bank. Nak tahu isi surat tuh? Bank tu cakap kat I yang I ada dividen yang masih belum dituntut berjumlah lebih kurang 800 hengget. Weii ... 800 hengget weii, sapa nak bagi and I pun tak sangka yang bank tu nak bagi dividen kat simpanan I yang tak seberapa tuh. So, pagi tadi, lepas jer hantor si kechik ke sekolah, I terus "berambat" ke Damansara Uptown. Oii ... pasal duit, laju jer gear. Tepat kul 9.30 pagi, dah terpacak I kat bank tuh, kira2nya I lah "the first customer". Sempat tanya si cashier tuh, "Encik, dividen berapa lama akak tak ambik yer sebabnya saving akak bukannya banyakpun". "Lama jugak kak". "Lain kali, boleh tak masukkan terus dalam akaun, tak payahlah akak datang ambil tapi hari nih bagi akak cash jerlah". "Baiklah kak, on top daripada RM800 nih, ada extra lagi Rm200". "Hahh ... bior benor mana datang pulak RM200 tuh". "Bank kira sekali yang paling latest". Wah ... wa cakap lu, hari nih, memang rezeki wa, wa ingat 800 hengget jer tapi wa dapat another 200 hengget, jadi semuanya 1,000 hengget. Fikir punya fikir, mungkin ini rezeki "ibu duit" I, so tak jadilah I belanja "ibu duit" I tuh. Memanglah syirik kalau kita percaya, tapi apa salahnya I simpan jerlah "ibu duit" I tuh, mana tahu tengah "sesak-mesak", boleh jugak buat belanja ... hi...hi...hi...

Hubby-Wifey 18th annivessary

Pejam celik, pejam celik, dah masuk 18 tahun I ngan hubby "together-gether". Kalau diikutkan usia perkahwinan kami ini, anak sulung patut dah masuk 17 tahun tapi disebabkan rezeki dapat anak lambat, maka anak dara besar kami si Soraya, baru menginjak usia 10 tahun dan si kechik Alea pulak 4 tawun. Takpelah, itulah yang dinamakan rezeki. Sempena sambutan ulangtahun ke-18 ini, I sebenarnya tak mengharapkan apa2 dari hubby tapi hantaran sejambangan bunga dengan 18 kuntum bunga ros beserta dengan teddy bear ke pejabat I kira-kira pukul 3 ptg tadi cukup mengharukan I. Rasa hubby begitu dekat sekali dengan I pada saat itu. Bagaimanapun, sekali lagi ingin I memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana masih mengekalkan hubungan kami sebagai "hubby-wifey" dan semoga jodoh kami akan terus berpanjangan dan diberkati Allah. Untuk hubby, "terima kasih atas segala2nya".