Wednesday, June 30, 2010

Perginya seorang rakan

Rasanya, I jarang menangis kalau ada sesapa yang meninggal kecuali keluarga terdekat. Sedih memang ada tapi mengalir air mata, rasanya memang jarang sekali. Tetapi berita yang I dapat pagi tadi dari HH menyatakan seorang rakan sepejabat dan juga rakan bowling kami, Syarif (dari bahagian TV) telah meninggal dunia pada awal pagi, betul2 menyentap hati. Rasa macam mimpi gituh. Bila I baca SMS tuh, air mata I tak semena2 mengalir. Sedih, sedih dan sedih sangat. Kami group bowling nih memang akrab sekali, macam adik beradik dan I diibaratkan seumpama "kakak sulung" sebab I sorang jer yang dah melewati usia 40 carat. "Innalillahhiwainnailaihirojiun, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman". Walaupun baru kenal dalam tempoh dua atau tiga tahun nih, secara lahiriah Syarif merupakan seorang kawan yang baik sekali, humble, kelakar, family man tetapi agak pendiam. Setiap kali ada league bowling, arwah akan usunglah "rombongan cik kiahnya" iaitu tiga orang anak - kakak (8 tahun), abang (6 tahun) dan adik (tak sampai setahun) serta isterinya yang cantik gebu, Aishah. Semalam lagi HH dah SMS kat I yang Syarif telah dimasukkan ke unit ICU hospital kat Kelang. Petikan SMS itu berbunyi, "Masih kritikal, tidak sedarkan diri dan bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen. Hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat. Dos sedia ada tidak cukup kuat, kena tunggu sepupunya (seorang doktor) bawa dos yang lebih kuat dari HKL". Terpana I kejap, "Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau pelihara dan selamatkanlah sahabat ku itu sebab dia seorang yang teramat baik sekali".

Sebenarnya, kami sendiri tak tahu arwah sakit apa tetapi last sekali I jumpa arwah masa kitorang buat meeting bowling, kira2 tiga minggu lepas. Memang dia nampak kurus sangat dan muka cekung sikit. Ingat lagi, masa arwah bagi MC kat si Zubir and we all AJK sebagai bukti yang arwah sakit dan membolehkan arwah ber post-bowl. I secara berlawak cakap kat dia, "Oklah, I ngan berat hati bagi you post-bowllah, tapi jangan bowl bagus2 sebab I satu mata jer extra dari you". Yerlah, dalam league bowling nih, I dengan arwah tengah "fight" untuk ranking nombor tiga. Rasanya, masa meeting tuh, I ada tanya, "You sakit apa Syarif, nampak kurus sikit". "Demam, takleh bangun tapi sekarang dah ok sikit". Lepas meeting tu lama jugak I tak jumpa arwah, adalah beberapa hari tuh langsung tak nampak kereta BMW dia kat basement sebab I selalu gak park "sebelah menyebelah so that kete I tak boring, bolehlah bersembang2 ngan kereta dia". Satu lagi yang paling I kesal, sebab I tak dapat gi melawat jenazah sebab jenazah dibawa balik ke Banting yang "memanglah bukan territory" I. I takut kalau I pegi jugak "sampai jenazah dah dikebumikan, I masih tak tiba2 sebab dah sesat mesat". Insyallah, kalau diizinkan Allah, I akan menziarahi isterinya Aishah sebab I kenal dorang anak beranak. Sekali lagi untuk arwah Syarif, "Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang berimam" dan yang pastinya arwah sememangnya seorang yang kuat beribadah. Untuk isterinya Aisyah, "Semoga tabah menghadapi segala dugaan dan jadilah seorang yang kuat demi anak2 ...."

Monday, June 28, 2010

Bulan nih "kopak" abih

Rasanya, bulan nih I "kopak" abih tapi "still boleh bernafas pelan2" lagi. Ntahlah, duit nih memang "berhantu", kuarkan pagi, petang dah langsai. Tak tahulah, ada jer yang nak kena berbayor. Tak pasal2 jugak, bulan nihlah jugak kena renew driving license, nak "overhaul" gigi lagi (kalau tak buat kalu, nak pakai jangka panjang), servis kereta, insurans lagi, beli tu, beli nih ... Ada yang bayar cash tapi paling banyak "menyain" jerlah. Buat masa nih, I belum lagi kuarkan duit gaji yang baru I dapat minggu lepas. I nak tunggu statement dari Citibank dulu, barulah I nak buat "adjustment". Memula I nak langsaikan dulu hutang kredit kad, lepas tuh barulah I nak "stabil"kan balik financial I nih. Nak taknak, kena jugak mintak tolong hubby. Kalau boleh I tak suka nak mintak tolong orang. Lecehlah, kalau dulu I tak "terlalu baik, naif dan percayakan orang" bagi hutang segala bagai duit I, I memang tak akan menyusahkan sesapa. Betul orang cakap, part2 hutang nih, jangan percayakan orang, hatta adik beradik sendiri. Hutang yang konon nak bayar dalam dua tiga bulan, dah beranak jadi bertahun2. Ni ntah bilalah I nak dapat balik duit2 I tuh, agak2 sampai kuching bertanduk kot. Paling latest, I kena bayar duit income tax, dorang tersalah kira katanya. Aduh ... tak pasal2, melayang duit I. Saving, memang ada tapi kalau boleh I taknak sentuh langsung saving I tuh sampai end of this year tapi rasa2nya kalau takda cara lain, terpaksalah jugak nampaknya ... last resort, omputih cakap. Camnerpun, dalam "kopak2" nih, I ingat sebelum posa, I nak buat makan2 kenduri kesyukuran kat rumah mak I Selayang. Saje jer nak bersyukur atas nikmat yang Allah dah berikan pada I dan anak2 walaupun dalam kami mengharungi segala kesulitan dan dugaan. Kenkadang rasa marah jugak kat Allah atas segala dugaan tapi I cepat2 beristifar ... well, I believe everything happens for a reason ...

Sunday, June 27, 2010

Alea's 4th "burst day"



Hari ni 27 Jun, hari jadi Alea. Pejam celik, pejam celik, rupa2nya dah empat tawon I "memburst"kan Alea ke dunia ini. Walaupun hari nih "burst day" dia, I dah "pre-celebratekan" kat sekolah dia pada hari Jumaat lagi. Siap bertemakan "Ben 10", dari kek "Four Arm" yang I tempah kat Secret Recipe sampailah ke goodies2 semua ada "Ben-10"nya character. Pinggan, balllon semuanya pun ada gambar "Ben-10". Memang kena berbelanja lebih sikit tapi I puas hati sebab si kechik nih happy sangat sebab bila buat kat sekolah, "wajib makronah" kenkawan mesti ramai punya. Memula ingat nak buat kat rumah, panggil kenkawan sekolah dia tapi I rasa tak semua boleh datang, so I "made up my mind", eloklah "berbesday party " kat sekolah jer. Walaupun tak "selavish" party Soraya sebelum2 nih, yang penting semua orang happy. Alea or hubby I panggil "gumuk" bukannya gumuk mana pun cuma pipi dia jer yang "meloyot". Alea nih kuat makan, kuat tengok TV dan kuat tido macam mummylah. Pernah satu pagi tuh, si kechik nih tanya si Dewi, "Kak Wiwi, mammee ner (mummy mana), mammee nih kuat didorlah (tidor), mesti tak mandi lagi macam Aya". Tang rupa pula, memang "sejibik kembar" I, saling tak tumpah, tak payah membazir duit buat DNA sebab sah2 anak I. Bukanlah I nak memuji, tapi dari lahir lagi, anak dara kechik I nih memang comey. Bukan I saja2 nak cakap tapi kenkawan boling I pun memang sukakan si kechik nih. Dan tak padan ngan kechik, tulang dia memang kuat, "kalau dia debik I, boleh bengong I kejap". Baby pre-mat I nih hidungnya mancung, mungkin ikut hubby, kening memang kelas gituh (idaklah berserabai or jarang2 or botak terus) dan mulut mungil "ala2 Angelina Jolie" lagi. Kalau hari Jumaat lepas, I buat party kat sekolah, so harinih I balik Selayang, celebrate ngan cousin2 "monster" nya tuh. I saja jer buat lebih party packs sebab nak bagi kat "monster2" nilah. Kebetulan si Neddy, cousin I dari Negeri Sembilan turun, so dialah bacakan doa selamat untuk anak dara kechik I nih. Untuk Alea, "Happy Birthday sayang, Mummy loves you so much, Alea. Alea dan kakak adalah jantung hati Mummy. Walau apapun terjadi, walaupun kasih sayang telah direntap dari Mummy, Mummy will always love both of you".

Saturday, June 26, 2010

A shoulder to cry on

Semalam I dapat MC lepas pegi dentist, buat "root canal" kat geraham atas I. Memang, lepas jer balik ambik si kechik dari sekolah, I nak membongkang jer kat rumah. Yerlah, namapun MC, duduk kat rumah jerlah, takkan nak gi meronggeng pulak. Rasa2 dalam kul 4 pm gituh, kawan I call, "Lin, jom teman aku gi Mont Kiara kejap". "Buat apa, aku malaslah, aku MC hari nih, aku malas nak kuar". "Jomlah, aku ambik ngko kat rumah". "Alah, malaslah, aku tak suka gi kawasan tuh, not my territory, lagipun aku MClah hari nih, aku sakit gigi."Kejap jer, aku ambik ngko". Cinabeng punya kawan, tak reti cakap Melayu kot, dah kita cakap taknak, taknaklah. I pun baringlah balik, tergolek sana, tergolek sini, kejap2 pegi berkumur2 sebab gigi I rasa nyilu lagi. Tak sampai setengah jam, I dengar ada orang "ding dong" kat luar and bila I jengok nampaklah kete rogna "kelabu taik hanjing" kat luar. "La, minah nih datang jugak". I pun turunlah bukak gate, tak lama tuh nampaklah kawan I ni dengan "spek mata hitam gedabak" dia dengan "subang yang boleh buat gelang lagi" jalan berlenggang. Nasib baik tak pakai legging corak rimau, kalau tak "sejibik macam leopard betina miang nak berlaki". Sorrylah pompuan, aku kutuk ngko sikit, camnerpun ngkolah kawan aku "dunia akhirat", omputih cakap "a shoulder to cry on". "Hoi, cepatlah siap, teman aku kejap jer, aku seganlah nak gi sorang". "Jap, aku gi pakai jeans". On the way tuh, kawan I nihpun singgahlah kejap kat stesen menyak. Yang pelik tuh, bila dia turun, bukannya dia isi minyak, dia dok melilau sana sini, dok gamit budak yang keje kat stesen tuh. Lama jugak I tunggu bila dia tetiba masuk. Rupa2 nya, selama nih, minah sekoq nih tak reti isi menyak. "Laillahhaillahlah, benda yang senang tuhpun ngkopun tak reti kalau isi angin tuh aku bolehlah terima, nih isi minyak ngko tak reti, bawak kete canggih abih". Lagi satu, minah nih kalau bawak kereta, dahlah kerusinya ke depan abih, bawak kete pula tegak macam robot. "Ngko nih, bawak kereta macam robot, tegak jer". "Ngko nih Lin, tak komplen tak boleh ker, tak padan dengan sakit gigi". Seriously, I rimas tengok dia bawak kereta. Itu belum bab parking lagi, lembap mengalahkan kekura. Ke depan ke belakang, ke depan ke belakang, parking tak jugak. Rasa macam I nak ambik kunci, biar I ajelah yang drive. Tobat I, lain kali, kalau nak kuar jugak ngan dia, biarlah I drive kete sendiri ataupun takyah kuar langsung. Dalam dok kutuk2 tuh, dia tetap kawan I, kawan I masa susah dan masa senang. Macam I cakap awal tadi, kawan untuk "menangis di bahu". Bukan senang nak cari kawan seginih .... pompuan, thanks for always be there when I really need you ...

Sakit gigi

Rasanya dah lama I tak sakit gigi dan alih2 tetiba jer geraham atas I berdenyut2. Memula I ingat sakit biasa jer tapi lama2 sakit tuh makin menyucuk2 especially bila malam hari. I bukannya macam orang lain, setiap enam bulan pegi check gigi. I bila sakit jer baru pegi dentist. Paling last lepas beranakkan si Soraya. Bayangkan dah 10 tahun I tak penah pegi dentist. Aduhh ... sakit gigi bukan boleh buat main2 beb, nyilunya menyucuk2 sampai ke tulang hitam. Paling kronik, Khamis lepas siap google lagi cari dentist yang paling dekat ngan rumah I. Dan bila dah pegi klinik tuh, ada pulak dalam kita dok sakit2 tuh, si kerani klinik dentist tu cakap "you kena buat appointment dulu". Gila ke aper, kita tengah sakit, dia suruh kita buat appointment. "Kalau sudah emergency casepun kena buat appointment dulu ker". "Dah penuh kak, saya buatkan appointment untuk kakak pagi2 esok". Oklah, do I have a choice? Harap2 janganlah sakit berdenyut2 malam nih. Hampeh, malam tuh I takleh tidor, asyik berkumur ngan air garam jer, nak bagi hilang denyut. Ubat "pain killer" yang I beli kat Guardian tuh langsung takleh pakai, "tak lut langsung". So, the very next morningnya (pagi semalamlah), dalam perjalanan nak hantar Alea sekolah, lepas tuh terus gi klinik tetiba hubby sms cakap dia takleh ambil Alea sebab ada meeting kat Putrajaya. Alamak, camner nih, sapa pulak nak ambik Alea sebab I takut appointment I akan terlajak sampai tengah hari. Alea nak tak nak kena gak gi sekolah sebab nak sambut "besday" dia kat sekolah dan I dah cakap kat teacher nak bawak kek bagai. Takpalah, tawakal jerlah, kenkadang kita dalam kerumitan Allah akan lapangkan perjalanan kita.

I sampai klinik dalam kul 10am dan 10.30am, Dr dah panggil masuk. So, I estimatekan Dr tu akan kerjakan gigi I dalam one hour, sempat lagi nak ambik si kechik tuh. Sebelum jumpa Dr tuh, I rasa takutlah jugak. Yerlah, kita dah bertawon2 tak check gigi, malulah nanti kalau nanti bila bukak mulut jer, Dr cakap, "Ayo, your gigi so teruk onelah, berapa tahun you tarak check". Tapi. suprisingly, Dr tuh cakap "Your teeth looks ok cuma ada cavities, so I akan rawat in stages, meaning you kena datang tiga kali lagi jumpa I. Gigi geraham yang sakit tuh sebab dah berlubang teruk dan sampai ke nerve. What I have to do, in order to save the geraham, I akan buat root canal". Siap buat X-ray lagi, canggih betul rupanya dan barulah I tahu gigi I ni jenis yang pendek2. Lepas buat "root canal", next I kena buat "scaling" iaitu cuci gigi dan "crowning", tampal segala lubang2 gigi yang ada. Satu lagi proses apatah I tak ingat tapi Dr cakap proses tu susah sikit sebab gigi I nih pendek, susah nak potong. Nak tahu berapa kos semua .... dua hebu hengget lorr. Bulan nih, memang I kopak sungguh tapi kalau tak buat, I sendiri yang akan tanggung sakitnya in the near future. So, nak tak nak, sain jerlah kad kredit tuh. Sebenarnya, masa Dr tuh dok kerjakan gigi I, tak rasa sakit langsung, kuat sungguh ubat bius yang digunakannya tapi Dr tuh cakap I still akan rasa sakit dalam sehari dua lagi sementara nak tunggu "root canal"nya betul2 kuat dan mantap. Tapi memang betul, malam semalam bila datang denyutnya, rasanya macam nak menjerit punyalah sakit, datang pula sekali sekala, itulah yang buat kita lagi geram. So, I ada lagi tiga appointment dengan Dr nih, rasa2 inilah pertama kali I betul2 "overhaul" gigi I. Mintak2 lepas nih, janganlah sakit lagi ... tak tahan woooo .....

Tuesday, June 22, 2010

Anak2 sedara I


I ada 11 orang anak sedara. Pompuan empat orang dan lelaki 7 orang. Dalam ramai2 tuh, anak2 sedara I yang kat Johorlah, part pendidikan agama dorang memang "tip top", almaklumlah ibu dorang guru sekolah agama. Yang lelain, tuh "bese2" jer, baru nak merangkak baca mukaddam. Memandangkan I duduk kat KL, I lebih rapat dengan anak2 sedara I yang KL lah dan daripada pengamatan I, antara anak2 sedara I yang kat KL nih, I rasa si Kimi (6 tahun) tu agak bijak budaknya kalau betul2 dididik. Memanglah dia ni jenih "menggedik" sikit tapi part2 belajar, cakap omputih, buat matematik, "terrer"lah juga dia. Bab cakap omputih tuh sebab dia ni sekolah cher, itulah nak taknah kenalah cakap omputih dan diapun selalu cakap omputih ngan si Alea I. Lagi satu, dia jenih tak kisah, pakai belasah jer cakap omputih tuh tak kira betul ke salah. Kimi nih memang budak yang ok, cuma mummy dia saje yang kuat "berclubbing", maklumlah masih perasan "darah muda". Si Adam aka "Bob de Beder" (5 tahun) pulak kuat menyakat tapi "berangin" jugak budak nih. Nak kata pandai, mungkin pandai tapi bila I tanya apa2, dia lebih banyak main2, mungkin dia tahu tapi "saja jer" taknak jawab betul2. Misal kata I tanya, "Adam, what number is this or what colour is this" , sementara dok tunggu dia terkial2 nak jawab, si kechik Alea yang "ada ketul emas dalam mulut sebab susah bebenor nak dengar suara" tuh dah bagi jawapan dulu. Mintak maaf cakaplah, anak dara I nih walaupun selalu gak "tuang sekolah" dah kenal nombor "one to twenty" gituh and bila baca "A,B,C" pulak siap explain "A for Apple", "B for Ball" so on and soforth. Si Asraf (5 tahun) pulak "kureng" sikit part2 belajar nih sebab banyak main dan masih belum kenal "rogna dan huruf" lagi tapi part baca mukaddam, mak I cakap dia "ok". Si Akmal (4 tahun), adik si Asraf pulak memang "blur" abih and I suspect budak ni jenih "hyperactive". Dia taknak ambik perhatian langsung dan bila orang marah atau tegur, "dia buat dek jer". Kalau nak dengar pun, sekejap jer, lepas tuh "ke mana2" melayang akal fikirannya. Akmal, macam Alea, "pre-mat babies", lahir tak cukup bulan dan according to doctors, anak2 tak cukup bulan nih, sama ada terlalu cerdik ataupun "blur-blur" sikit. Tapi, memang dia ni lain sikitlah and I dah banyak kali bagitahu adik I suruh bawak si Akmal ni gi specialist. Bebudak "hyperactive" nih selalu ada kelebihan lain yang kita sendiri tak tahu. And, last but not least, Adawiah (2 tahun), walaupun pompuan, lasaknya mengalah abang2nya. Bayangkan, ada sekali tuh, dalam kaki dok bersimen sebab patah jatuh kerusi, boleh lagi dia heret kaki bersimen tu ke hulu ke hilir ... aduhh lasak sungguh budak ini, tak tahu nak cakaplah....Anak2 sedara I yang KL nih, semuanya rapat dengan mak Selayang I sebab semua duduk berdekatan rumah mak I dan yang paling penting mak Selayang I tak pernah kesunyian daripada "monster-monster" nih ....

Monday, June 21, 2010

Happy Father's Day

Semalam Hari Bapa. Bapa I yang I panggil ayah dah lama meninggal dunia, rasa2nya lebih 10 tahun dah. Ayah I meninggal pada waktu asar, sehari selepas dia jatuh di bilik air, juga pada waktu asar. Kiranya arwah meninggal begitu mudah. Pada hari arwah ayah meninggal, sepupu I yang kat Perakpun kebetulan meninggal pada hari yang sama. I dimaklumkan oleh seseorang yang dia terperanjat apabila dapat berita mengatakan ayah I meninggal. Badan arwah sepupu I semasa meninggal tupun kebiru-biruan, maknanya arwah sepupu I tuh ada sejarah penyakit jantung dan meninggal akibat serangan jantung. Memandangkan sedara mara semua ada kat KL, berkumpul kat rumah I kat Selayang, maka dengan persetujuan sebulat suara, jenazah sepupu I yang kat Perak tupun dibawa ke Selayang tetapi dikebumikan di tempat berasingan. Ada juga yang datang menziarah terperanjat kerana ada dua jenazah kat rumah I. Ajal maut di tangan Allah, hari ini kita sihat, esok2 tak tahu lagi.

Sempena hari Bapa nih, I nak ucapkan "Happy Father's Day" kat hubby. To hubby, thanks for being a great husband and amazing papa to both our gorgeous princesses. Your love is priceless to all of us ...

Tak puas bercuti

Bila dah seminggu bercuti, rasa malas sungguh2 nak gi kerja. Anak dara kechik I apa lagi, merengek2 jer, "Mamee, no need go work, mamee dok umah". "Dik oi, kalau mummy kayas rayas macam Kimora Lee Simmons, mummy duduk goyang kaki jer kat umah layan adik". Memang I rehat abih seminggu tuh. Memandangkan I tak gi holiday mana2, tetiap hari I dok bawak si Alea I keluar jalan2lah, omputih cakap "just want to kill the time". Cadang memang nak cari hotel mana2 around KL, pegi lepak sehari dua tapi last2 minute mana ada, adapun tinggal yang "mehe punya", tak mampu I. Kalau tak bawak adik jalan2, kesian pulak kat dia sebabnya si kakak Soraya dah terbang gi holiday kat Ostralia nun. I start cuti hari Jumaat lepas, maknanya, dari Sabtu, non-stop, I bawak adik gi "bukak" shopping complex, rasanya "tak penah sokmo dibuat I". Baguih jugak, tak duduk hotelpun takpa, duit yang nak bayar hotel tu boleh buat macam2. Bayangkan jerlah rumah sendiri tuh umpama hotel. Kolam mandi getahpun dah ada kat umah, tunggu nak isi "ayor" jer. Si Dewipun heran, tetiap hari boleh dikatakan kami keluar jalan2. Selalunya tempat tumpuan I ialah shopping compleks yang ada tempat main bebudak, lepas tuh KLCC sebab ada Petrosains dan Aquaria. Kiranya dalam seminggu tuh, campur, tolak, darab, bahagi, abih ribuan ringgit jugalah, termasuklah bab makan lunch and dinner kat hotel. Bukan apa, nak rasa macam "ala-ala" holidaylah jugak. Camnerpun, I happy sangat sebab dapat spend banyak time ngan si Alea kesayangan I tuh. Duit boleh dicari, anak tak boleh dijual beli .....

Wednesday, June 9, 2010

Besday Mak Selayang yang ke-63

Sabtu lepas, besday mak Selayang yang ke-63. So, kami adik beradik semua telah berkumpul kat Selayanglah. Semua ada kecuali adik pompuan I ngan anaknya yang takda. We all adakan majlis kecil2lan lepas Maghrib. Adik lelaki I belanja satay, tomyam dan I pulak beli kek "Secret Recipe". Pakat ciuplah lilin anak beranak. Untuk mak Selayang, "Selamat hari jadi, semoga panjang umur dan murah rezeki". Pendek kata mak Selayang I menghabiskan usia tuanya lebih kepada amal ibadat dan sekali sekala melancong mengikut warga2 emas yang lain ke dalam dan luar negara. Sekali lagi, pada mak Selayang, kami adik beradik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mak di mana sahaja mak berada. Amin ....

Tuesday, June 8, 2010

Thks to Aleesya and Hakim

Tak sabar rasanya nak cuti. I start cuti Jumaat nih sampailah minggu depan. Lately, I rasa penat sangat, badanpun rasa bisa2, tak tahu pasal apa. Cuti nih, I nak rehat sepuas2nya, temankan si Alea kat rumah, kesian kat Alea sebab takda kawan. Anak dara besar I, Soraya takda, lagilah sunyi si adik. Memula, I ingat Alea mestilah "serba tak kena" sebab takda kawan tapi "dia nampak ok jer". Lagipun, kalau Soraya ada kat rumahpun, dorang jarang main sama2 sebab si adik nih kuat membuli, si kakak manalah tahan, "badan asyik kena debik" jer. Satu lagi, tak tahulah apa mimpi si Aleesya dan Hakim semenjak dua menjak nih selalu datang menjengok rumah I nak main ngan Alea. Selalunya mummy dorang tak bagi si dua beradik nih main kat luar. Terima Kasih dan syukur kepada Allah, sekurang2nya Alea dah ada kawan dan terima kasih Aleesya dan Hakim, "sebab sudi datang rumah aunty main ngan Alea". Dulu Alea selalu dibawa Dewi pergi main kat rumah dua beradik nih tapi sejak maid dorang balik ke Sri Lanka, Dewi dah segan pegi ke rumah mummy Aleesya ngan Hakim. Agaknya, itulah sebabnya Aleesya dan Hakim datang rumah I sebab dah lama tak main "baca2 buku" ngan Alea. Selalunya, waktu petang, kawasan rumah I memang ramai bebudak main basikal, termasuklah Alea. I tak kisah sangat sebabnya kawasan rumah I nih agak privacy, tak terbuka pada orang luar, cuma yang ada orang2 yang tinggal di kawasan nih saja. In terms of security, "tip top" gituh. Oh, tinggal dua hari lagi, tak sabarnya "nak berkubang" kat rumah ....

Monday, June 7, 2010

Tape recorder zaman batu

Ni nak sambung sikit masa I gi Colmar Tropicale. I tak tahu dari first day lagi, I "tetiba jer jadi fofular" gituh, siap ada yang panggil I Datin bagai. Ini bukan apa, kerja si Azman (budak Utusan) yang pepandai jer panggil I Datin sampaikan budak PR company tuh percaya abih dan tak semena2 diapun panggil I Datin. Lurus bendul sungguh budak PR nih. Words spread "the very2 fast one" hinggakan one of the company director tanya "Are you really a Datin". Oh my god, secara logiknya, kalau I nih betul2lah Datin, takkanlah I ikut rombongn cik Kiah "kerabat" bukit nih semata2 nak spa free yang I rasa dalam 500 hengget untuk satu session. Takyah tunggu yang free, bila2 masa jer I boleh pegi spa, cuma antara nak ngan taknak. Well, dah jadi Mak Datin, mestilah jaga class gituh ... pirahhhhh.

Oklah, masuk hari kedua yang I consider "hari yang a bit serious". Kiranya half day dok dengar presentation companylah. Minta maaflah, disebabkan terlalu teknikal, I "tak faham sepatah harampun" apa yang dibentangkan. Banyak sangat "figures and projections", kalau ada kena mengena ok jugak, ni tak ... hempeh. So, I cakaplah kat Azman yang I nak "grab" CEO company tuh sebaik aje dia abih buat presentation. Siap I cakap kat Azman yang I akan buat story yang paling "simple kapadia dalam dunia" , kiranya kalau "man on the street" bacapun, tak bersimpul urat dan tak berkeriutlah muka. Dah abih presentation tuh, memasingpun berkumpullah kat satu ruang untuk interview. Memasingpun keluarkanlah tape memasing yang amat begitu "canggih the manggih", yang sekali pandang bukannya macam recorderpun. I tengokpun "kagum gituh" sebabnya I bawak tape recorder zaman batu, nak letak atas mejapun malu ... hah ngko, sedebuk gituh. Seriously, secanggih manapun alat yang ada, I still percaya pada tape recorder zaman batu nih, senang nak "rewind, pause dan play over and over again". Yang "canggih manggih" tu kalaulah"tersilap" tekan button, tak pasal2 semua yang ditape abih padam. Bukan I sorang jer, kenkawan yang sewaktu dengan I pun lebih prefer guna tape recorder zaman batu nih. Tak kisahlah, kalau I "dicop" ketinggalan IT tapi pada I apa yang penting keselesaan, betul ...betul ... betul...

"Relax n easy" di Colmar Tropicale

Kiranya, lama sungguh I tak kuar assignment, lebih daripada 10 tahun, umur anak dara besar I lah si Soraya. So, last week, kawan seofis I suruhlah I kuar untuk satu assignment yang 'relax n easy" kat Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi. Rasanya otak I nih dah berkaratlah kalau nak buat storypun. Memula I malas gak nak gi tetapi "why not" sebelum dorang hantar gi overseas baik I "grab" yang nih cepat2. Lagipun, balik baru buat story, bukannya "earth shattering"pun. So, naiklah I ngan rombongan cik kiah ke atas bukit sana nun. I pernah pegi sekali ngan hubby anak beranak tapi dah lama dah. Memang relaks abih. Sampai jer kat sana, first2 sekali aturcara ialah pegi minum teh kat Japanese Tea Garden, lepas tuh sesi Tatami Spa kat Japanese Village, then balik relaks kat hotel kejap sebelum pegi buat foot massage kat La Lavende Spa .... woooh best betul beb. Malam pulak lepas dinner kat Le Blasson Coffee House, moh pulak kitorang naik buggey pegi main bowling kat sports complex. Menang pulak tuh, dapatlah voucer Jaya Jusco 100 hengget sorang. Sebenarnya, balik dari bowling, ada pulak sesi berkaraoke dan beronggeng sambil2 minum ngan staff PR company yang bawak kitorang tapi I memang dah penat sesangat2, so I tak joinlah. Dengarnya, sampai dua pagi dorang beronggeng. Memula, I ingat mesti tak dapat tidor nih sebab "dah beralih tempat tidor", tetapi sedar2 esok dah pukul 7 pagi beb ....

Wednesday, June 2, 2010

Pejeri nenas untuk kenkawan

I telah dicabar untuk memasak "pejeri nenas" ala Perak oleh dua kawan I yang masih berstatus "anak dara". Rasanya dah lama dah dorang suruh I masak, siap bagi resepi bagai lagi. "Patutnya korang yang anak dara nihlah yang masak untuk Kak Lin, bukannya Kak Lin masak untuk korang". "Taknak, kitorang nak Kak Lin masak jugak pejeri nenas tuh untuk we all." "Ok. fine, no problem, nenas dalam tin boleh guna tak ...kwang ...kwang...kwang ???? Alahh ... apa susah, Dewi ada. Selalunya dialah yang akan sediakan semua bahan2, I tinggal menumis jer. Dari dulupun, kalau I nak masak apa2pun, I bagi tahu si Dewi suruh tolong sedia apa yang patut, part I cuma pakai apron dan lepas tuh memasak. Nak tahu, adik I si Zaim pernah cakap kat Mak Selayang yang dia cuma makan mi goreng yang I goreng jer, "orang lain takleh lawan ngan mi goreng Angah". Tengok, tahu takpe, "terrrer de merrer" jugak I masak cuma MALAS jer yang lebih. Rahsianya, lebihkan jer "ramuan dan sampah sarap macam udang ker ayam ker daging ker", barulah kaw. Rasanya Sabtu nih, I nak buat laksa, nak ajak mak Selayang I ngan kaum kerabat datang rumah. Bukan ada apa2 occasionpun, sajer jer nak jamu orang makan ....

Tuesday, June 1, 2010

Lagi2 pasal kasut

Tengahari tadi, sementara nak tunggu ambik si anak dara kechik I, Alea yang "dah malas nak gi toyah" sebab lama sangat "terperuk" minggu lepas kat rumah sebab tak sihat, I pun "saje2 jer"lah jengok "lemari kasut" I. Punyalah I "terkezut girafah", rupa2nya banyak lagi kasut I yang tak dipakai. Ini baru kasut, belum lagi I "singgah tengok" baju I yang "berlemari2" tuh, lebih2 lagi baju kurung, memang "terkurung"lah dalam lemari tuh. Takpa, kali nih biar I citer pasal bab kasut dulu. Nak kata I adik beradik Imelda Marcos tidak jugak tapi fuhyooo .... memang banyak betul kasut I nih. Macam2 brand, dari yang berbranded sampailah yang takda brand langsung, tapi yang peliknya I nih "asyik2 ulang kasut yang sama, asyik2 ulang pakai kasut yang sama. Last2, sekali kasut yang sedia ada "terexpire" macam tuh aje. Paling I tak faham dengan diri I sendirilah, pesen dan rogna kasut I semua memang "serupa dan sepattern". So, memandangkan, banyak lagi kasut I yang "fresh dan new" yang masih belum berpakai, I nak buat azam "setengah tahunlah", memandangkan enam bulan dah berlalu untuk tahun ini . Azam "hengat2 taik ayam" I kali ni ialah yang "I tidak akan membeli hatta melintas di bahagian mana2 department kasut" dalam tempoh setahun ini. Ingat, dalam setahun ini yang I tidak akan beli kasut lagi, dengan kata lain, I akan hanya "melanyak" kasut2 yang sedia ada. Wassalam...