Friday, January 28, 2011

Cuti panjang minggu depan

Yahoooo, minggu depan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Macam biasa, tak gi maner2, cuma berguling galak ngan anak2 dara kat rumah. Tapikan esok rasa macam nak gi makan "steak" jer, sambil2 tuh, cari dua patung Power Puff (blue and pink colour) untuk si Alea. Aduhhh ... part shopping tu ok, part makan2 tuh yang takleh tahan, cam mana gue nak kurus macam ginih dong, dietnya kejap, melantak yang lebih ....reunion tak lama lagi ....

Thursday, January 27, 2011

Anak2 dara suntis mummy


Cepat betul anak2 membesar, itu yang depan mata, yang tak depan mata, mungkin dah tinggi menggalah. Ingat lagi masa anak2 dara I baby dulu, macam mana bau masam atau comot sekalipun ngan susu atau air liyor, especially part "baby tengah dalam peringkat menyembur" aduh .... masa tulah I suka sangat menggomol sebab I rasa "harum" sangat baby2 I dan sampailah anak2 dara tuh besar sekarang nih. Contohnya, si Alea, setiap kali, kalau nak dikejutkan ke sekolah, walaupun mulut "berlemuih" penuh ngan "ayag liyoq basi", tapi I suka sangat "cium2" dia sampai naik lemas budak tuh. Kakakpun macam tuh, kalau part tidor tuh, ternganga, lalatpun boleh masuk mulut. Tuh dulu, sekarang nih dah besar lainlah pulak. Lagi satu anak2 dara I, kalau tido, bantal dorang saja dah penuh satu katil. Bayangkan, si Alea, "wajib makronah", lima bantal dia sorang -- satu bantal peluk besar, satu bantal pelok cinonit, satu bantal sederhana besar nak letak kat kaki dan satu bantal dengan sarung "Superman" untuk alas tidor, satu "bantal busyuk", dan last but not least patung lembut Power Puff Girl (yang green colour). Si kakak pula, tiga jer, satu bantal pelok besar, satu "bantal busyuk" dan satu bantal alas tido. Kakak kalau nak tidor, suka main kening dan adik pula suka gentel bucu bantal sampai dah takda rupa bucu bantal lagi. Rindu sangat kat anak2 dara I nih, itupun kejap jer time masa I gi kerja, tapi kalau lama tak jumpa lagilah rinnnduuuu, serindu-rindunyaaaa ....

Tuesday, January 25, 2011

Turn Alea pulak posing


Gambar di atas tuh masa Alea nak gi besday kawan dia, kena pakai baju ala2Halloween. Nasib baik si kakak banyak costume Halloween, so si adikpun pinjamlah kejap. Memanglah kita orang Islam, mana boleh percaya "Halloween-Halloween" nih tapi disebabkan tema party besday anak dara I menjurus kepada itu, terpaksalah I "sporting" untuk "suka2" jer. Bebudak sekarang, kalau besday party, mesti ada "tema2"nya. Itu budak kecik, orang tua dah bangkapun, buat besday mesti ada "tema2", baru ada kelas. Kan ke elok, buat doa selamat, sama2 baca yasin semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Gambar yang bawah pulak, si adik posing sebelum buat konsert, siap tonggek2 lagi .....

Monday, January 24, 2011

Kak Yaya lagi

"Lagi-lagi Kak Yaya, lagi2 Kak Yaya ....", komplen si anak dara kechik I, Alea. "Yerlah, alternatelah, semalam gambar Aiya, hari nih mummy letaklah pulak gambar Kak Yaya, dua2 anak mummy, kena bagi sama rata". Ini gambar masa kat Hong Kong kot, entah apalah backgroundnya, lupalah pulak ....

Tahun 2011, tahun berhemah

Tahun 2011 ialah tahun perbelanjaan berhemah untuk I. Berhemah, bukan maknanya "genggam tak celuih" tapi lebih kepada berjimat cermat. Bermewah2 boleh tapi biarlah berpada2. Kalau tahun lepas, banyak job kecil2an 'masyuk", tahun ni, I rasa "slow sikit". Kalau nak harapkan pun jika adalah orang yang berhutang ngan I sudi membayar hutang memasing2. Bukan sikit beb, cecah ratusan ribu ringgit, kalau nak dihimpunkan semua. Harap2, janganlah pulak ada yang terkena "sakit lupa ingatan" bila sampai bab hutang. Tahun ni jugak, I harap dapatlah apa2 "job transalation". Harituh kawan I kata nak bagi. Tak dapat banyak, "ciput"pun ok, boleh gak lepas bayar "duit kutu ngan groceries". I memang suka buat2 keje cam gitu. Buat sambil tengok TV jer kat rumah, janji translation "mesti bagus" sebab nanti, company tu akan cari kita lagi. Anyway, kita masih lagi di awal tahun, masa masih panjang dan harap2 rezeki I akan lebih murah tahun ini, Aminnnn .....

Sunday, January 23, 2011

Konsert Alea





Dah lama I nak upload gambar concert Alea nih. Memandangkan masa concert tuh , "security very the tight one", mengalahkan konsert artis antarabangsa, gambar2nya cuma boleh diambil dari jauh jerlah ....

Wednesday, January 19, 2011

Anak dara besar

Inilah anak dara besar I, Soraya. Masa nih umurnya dalam 5 tahun, sekarang dah 11 tahun, dah jadi anak dara sunti. Masa ni we all semua berholidaying ke Australia ... bila lagi kita nak ke sana kan kakak, bawak adik Alea sekali, rindu sangat mummy".

Monday, January 17, 2011

Best present ever

Last Friday, I dapat result exam yang I ngan kenkawan seofis duduk last Oktober. Selain dari "written exam", we all kena buat tiga presentation ... satu presentation free style (tak kisah nak cakap Malaya ke England), satu kena cakap England dan satu lagi kena cakap Malaya. Present depan orang ramai, dan lepas tuh ada soal jawab pula. Habih jer exam, we all diberi masa dua minggu, buat dua essay yang pihak examiners dah bagi topik memasing. Bab presentation, "no hal" tapi part "written exam", silap hari bulan boleh lingkup. Memang susah lorr ... rasa2nya masa belajar kat universiti dulu, taklah sesusah ini. Camnerpun alhamdullilah, we all semua pass dengan "cemerlang, gemilang dan terbilang" walaupun masa untuk mentelaah memang begitu terhad. Apataknya, bulan Oktober tu banyak event yang berlaku dan "desk" I pulak kekurangan orang dan no choice, we all kena kerja "round the clock". Untuk pengetahuan semua, exam kali nih memang crucial, sebab we all "wajib" kena pass kalau nak naik setakuk lagi. Dan sekali lagi, syukur kepada Allah kerana I lulus dengan jayanya dan inilah "my best birthday present ever "....

Wednesday, January 12, 2011

12 Januari

Hari nih besday I. Semua dah wished "happy besday" kat I. Dari hubby, anak2, adik hinggalah ke Mak Selayang. Terima Kasih semua. Sempena besday I nih, I tak harapkan hadiah mahal2 (kalau nak bagi ok jugak), tapi kasih sayang yang melimpah ruah sudah memadai ...

12 Januari bertemu,
Menjalani kisah cinta ini,
Naluri berkata, engkaulah milikku,
Bahagia selalu dimiliki,
Bertahun menjalani bersamamu,
Kunyatakan bahwa engkaulah jiwaku,

Akulah penjagamu,
Akulah pelindungmu,
Akulah pedampingmu,
Di setiap langkah-langkahmu.

Pernahku menyakiti hatimu,
Pernah kau melupakan janji ini,
Semua kerana kita manusia .......

Tuesday, January 4, 2011

Plan nak round Europe

Sebelum berakhirnya tahun 2010, selepas dicongak, dikira dan dicampur simpanan dan dividen ASB yang I dapat untuk tahun 2010, I ada buat plan nak bawak anak dara I, Dewi dan Mak Selayang melancong ke luar negara tahun ini. (Untuk Mak Selayang, tertakluk, kalau Mak Selayang tak ke mana2lah, selalunya, Mak Selayang dah buat rancangannya sendiri ikut rombongan melancong bersama2 dengan group warga emas yang lain). I plan nak tour Europe. Pegi lima negara terus, bermula dari Zurich/Lucerne (Switzerland) - Paris (France) - Brussels (Belgium) - Amsterdam (Belanda) dan akhir sekali ke London (England). Memang I plan diam2, in fact, tarikhpun dah ada iaitu dari 11 Mac - 20 Mac (lebih kurang 10 hari). Kawan I yang ada kawan keje kat travel ejen bagi "quotation baik punya" tapi fly ikut Emirates Airlineslah bukannya MAS. Emiratespun ok, tempat duduk kelas ekonominyapun "quite big" sebab masa I pegi umrah dulu, naik Emirates. Kalau nak naik business class, cuma tambah Rm15 ribu lagi, tapi buat apa nak membazir, sebab duit tambahan ni bolehlah buat beli souvenir "Hard Rock Cafe". Punyalah bagus plan ... siap check tempat2 menarik yang nak pegi. Selalunya, kalau I ngan family bercuti, kami jarang ikut pakej, selalunya pegi sendiri2 so that "we have our own leisure time", tak terikat sangat ngan jadual. Tapi, kali nih, I memang plan nak ikut pakej. Pakej kawan I nih, memang terarah kepada Islamic, so part2 makan tu tak payah risau, siap bagi jadual solat lagi. In fact, dalam schedule, kita akan bersolat di masjid yang terbesar di London. Tempat2 lain yang nak pegipun semua menarik, boleh pilih sama ada nak naik cruise ataupun tube. Sebenarnya, nawaitu I melancong ni lebih kepada nak bawak anak dara kechik I, si Alea sebab kakak (Soraya) dah biasa sangat ke overseas, "globetrotter", mengalahkan I. Kalau ikut time yang I plan nak pegi nih, dah masuk spring tapi still sejuk sebab masa winter hari tuhkan teruk, jadi sejuknya masih terasa lagi. Kira kalau kita bercakaplah sesama kita, "asap kuar kat mulutlah gituh".

Camnerpun, biasalah, "kita merancang, Tuhan yang menentukan" segalanya. Jumaat lepas, bila I check passport I, rupanya dah lama "mati" dan Dewi pulak, disebabkan dia warganegara Indonesia, I kena buat visa untuk dia dan I have to call Indonesian Embassy nak bagitahu. Walaupun, visa cuma untuk entrance and exit point jer, tapi I still kena buat visa semua negara tuh untuk si Dewi, kalau tak nanti, silap2, I dituduh jadi "pengsmuggler"lah pulak. So, jawabnya, kena postponelah semuanya. Nasib baik tak letak apa2 deposit lagi. Anyway, ini semua ada hikmah, sebabnya duit tuh I boleh terus simpan dan bertambahlah lagi duit dividen I untuk tahun nih. Duit yang lebih tuh, mana tahu boleh buat pegi Mekah jugak. Syukur kepada Allah ... tapi kalau Allah kata "jadik" mungkin akan "jadiklah" jugak plan I tu. Insyaallah, kalau diizinkan Allah .....tapi kawan I yang satu lagi tuh pulak cakap baik pegi Mekah dulu sebelum plan nak melancong mana2 ....

Monday, January 3, 2011

Permulaan tahun 2011

Uhhhh ... dah tahun baru. Rasa sekejap jer setahun berlalu, dah masuk tahun 2011.

Pepagi tadi, lepas jer hantar Alea sekolah, terus gi bank, nak bank in cek yang baru dapat. Rezeki tahun baru. Patutnya I dah dapat lama cek ni, asyik terpospon aje. Yang bestnya, masa Ms Phan hantar sms suruh ambil cek, figure yang dia tulih lain, bila dah dapat, figure kat cek tu lain. Eh ... bukan nak komplen, sebabnya, bukan terkurang, terlebih beb, almost 10k gituh. Rezeki jangan ditolak, yang lebih tuh boleh settlekan kad kredit. Alhamdullilah. Balik rumah, check post box, ada pulak surat kuning dari TNB, katanya dah tertunggak, kena bayar segera, kalau tak kena potong. HAH .... Tertunggak, macam mana boleh termiss bayar tuh, satu kerjalah pulak esok nak kena bayar kat opis TNB sendiri kat PJ, kat post ofis, surat kuning tuh, dorang taknak terima. Part masuk kerja pulak, kawan I cakap kat I, story yang I buat hari tuh, tersilap sikit, typing error, patutnya "effective 2011", I tertaip "effective 2010". Orang yang komplen tuh patutnya bgtaulah pada hari yang sama, boleh hantar correction immediately, ini tak, dua hari lepas tuh, baru nak hantar, macam mana nak buat correction. Risau gak kena panggil ngan bos, tapi takpalah "tawakal jer, kita ni manusia, ada kalanya berbuat silap, bukannya boleh perfect selalu". Ini kisah hari ini.

Semalam pulak, kawan I dari Penang call I, bagitau kawan se"course" kitorang meninggal dunia. Terkezut badak I kejap. Innalillilah, katanya ada infection dalam perut arwah. Kami dulu kawan2 sekursus memang rapat, maklumlah satu kelas, lepas tuh tak ramai pulak. Bila dah habih belajar, masih lagi "bercontact2". Anyway, untuk arwah, I sedekahkan Al-Fatihah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Sekali lagi Al-Fatihah ......

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011, sayonara 2010

Sila ... silakan masuk, janganlah malu2 pulak. Selamat datang 2011, sayonara 2010.

Banyak kenangan manis, pahit dan segala ujian2 dari Allah sepanjang tahun 2010 telah dilalui. Dari emosi sehinggalah kepada fizikal, insyallah semuanya dapat ditangani dengan sabar dan tabah. Syukur kepada Allah. Dengan itu, diharaplah tahun 2011, akan memberikan kehidupan yang lebih makmur kepada keluarga I, diberkati dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan perjalanan hidup ini. Diminta juga, janganlah terlalu banyak dugaan diturunkan, jika ada juga, semoga dapat ditempuhi dengan "relaks n cool" dan tidak menjejaskan akidah kita kepada Allah.

Dalam menyambut Tahun Baru ni, nak kata happy tuh, kurenglah sikit sebab umurpun bertambahlah juga. Tapi apa nak buat, dah itu ketentuan Allah. Lagi satu, masuk jer tahun baru, kereta yang I sayangi dan banyak berjasa kat I, tercalar teruk pintunya bahagian driver ... adusss frusst I, tak tahu macam mana I boleh sagat dinding parking One Utama tuh. Langsung tak berbunyi, sedar2 jer dah bercalar tapi yang fentingnya, kereta tuh dah abih hutanggg ..... hoorayyyyy, takyah nak risau-risau lagi .....