Friday, September 30, 2011

Angry birds yang buat mummy angry

Pasal game Angry Birds nilah yang buat mummy marah. Memanglah untuk separuh budak, dorang dah tak kisah ngan game nih tapi Alea cukup suka. Yang buat mummy angry ialah phone half canggih mummylah yang dilenjannya. Bukannya mummy taknak beli Ipad ataupun gadjet yang sewaktu ngannyer tapi mummy rasa membazir yang amat. Tapi nasib baiklah mummy nih ada kenkawan yang celik IT, so these peoplelah yang suruh mummy uploadkan game2 nih dalam PSP first generation si kechik tuh. Well, untung jugak, all in, mummy kena bayar dalam 200 hengget jer termasuk upgradekan sistem, tambah gig memory card n upload 10 games. Terima kasih Allah kerana bagi mummy kenkawan boleh membantu ....

FB ker Majalah Mastika??

I noticekan sejak dua menjak nih, bila I bukak FB, rasa macam baca majalah Mastika or majalah Al-Iman or majalah Al-Islam. Banyak benor penceramah bebas yang mempostedkan pelbagai nasihat di status memasing. Memanglah wajib kita ingat mengingati sesama sendiri tetapi kalau dah lebih2, orang pun naik menyampah. Dari bab mengajak solat setiap waktu sehinggalah kepada ceramah2 ugama penuh satu page kat FB. Boleh, bukan tak boleh tapi berpada2lah. Kenkadang orang yang sama juga memposted "nasihat dan segala sabda2 yang dia ciluk dari mana" one after another, non-stop gituh, macam bagus jer. Renti-rentikanlah ...

Kasih Seorang Ibu

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan di celah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya. Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mencapai sedaya upayanya di celah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi di sini!!”

Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan di sekeliling mayat wanita tersebut. Apa yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan. Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doktor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU ANAKKU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU SENTIASA MENYAYANGIMU.” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.“ Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu".

Moral of the story, Ingatlah mereka yang menidakkan hak seorang ibu terhadap anak-anaknya, Allah sekarang ni bagi cash jer, tak jadi kat kita, jadi kat orang2 kesayangan yg rapat dengan kita ... dah terbukti kekuasaan Allah SWT ...

Harrier oh Harrier ...Wxx 37



Sat tadi, baru sat2 tadi, on the way to ofis, I terserempak ngan kereta lama I. Macam tak caya gituh. Dah lebih lima tahun we "let go" the car, alih2 hari nih, kereta hitam berkilat Toyota Harrier yang berplat number Wxx 37 tuh tercongok depan mata I. Ohh, rasa nak tercabut jantung I tengok and I keep on tailing the car sepanjang Jalan Parlimen. Sentimental value gituh. Masa we let go dulu, kereta tupun masih in a very good condition. Maklumlah, I kalau jaga kereta, memang tip-top. Servis on-time, polish twice a month and basuh three times a week ... so sapa dapat or beli memang untunglah. Memula nak let go dulu, memang sayang abih .... sayang, sayang, sayang sesangat ... tapi nak buat camner, dah jodoh kereta tuh ngan I sampai situ jer. Cemnerpun kereta tuh memang banyak berjasa kat I. Harap2 satu hari nanti, kita akan terserempak lagi .....

Thursday, September 29, 2011

Zaim look alike - Taylor Lautner

My youngest brader Zaim look alike versi omputih -- Twilight's rising star, Taylor Lautner. Nanti kalau ada gambar si Zaim tuh, I upload -- sejibik sama, bukan salah ibu mengandung ....

Makan, makan n terus makan

Biasalah, selagi tak abih bulan Syawal, selagi tulah orang dok buat "open house". Contohnya kat ofis I nilah, rasanya non-stop sejak minggu lepas dan minggu ni pulak, setat dari hari Selasa (for the whole office), Rabu (desk international n finance) n esok (parti farewell first floor untuk kenkawan yang dipinjam bertugas ke RTM - Kak Lat Z, Sheila on 7, Hussin, Ahmad, Aton n few others). Bon voyage to all of you and "best of luck semua". Makan, makan dan terus makan, lepas tuh, komplenlah pulak ... "pasai apa aku nih gemuk, heran sungguhlah aku, pening aku memikirkannya". Weyy ... sendiri makan sendiri jawablah, ni dok tanyalah pulakkk .... Berbalik pada "open house" nih, last Thursday, I gih rumah kwn I, Ja kat Wangsa Maju. Bukan "open house" tapi more like kenduri dia nak transfer ke Johor. Rumah semi-D dua tingkat, kat Seksyen 2 (dulunya loji najis kat situ). Tak besar dan tak kecik tapi I memang kagumlah tengok. Patutnya I bawah sista I si Azean (si pemalas seantero dunia) tengok sendiri ngan mata kepalanya. For uols punya info, bilik anak dara yang dah tak dara nih, memanglah berserabut abih, tak celus kaki nak masuk, rasanya mak menti (tikus) pun minta ampunnn nak masuk. Memang malas semalasnya ya ampunn.... Nak tahu apa, rumah si Ja ni ... walllaaa ... bersih sebersih2nya. Kalau Mohaini kata rumah I spotless, rumah Ja ni bukan setakat spotless, marble floor n kayunya berkilat abih... memang berkilat, no doubt memang berkilat. Kat luar pulak, laman sekangkang kera diapun kemas sangat. I tak dapat bayangkan dengan anak kechik dua orang, maidpun datang tiga minggu sekali, rumah begitu cantik, bersih dan kemas mengalahkan orang yang duduk terbongkang kat rumah tetiap hari. Pada I, rumah, tak kisahlah kecik ke besar ke, yang penting kebersihan diutamakan kerana kebersihan itu melambangkan keperibadian kita sendiri ... sendiri mau ingat lorrr ....

Wednesday, September 28, 2011

Alea n Dewi

Sapa jadi maid I memang beruntung. Mana2 pegi holiday, pasti dibawa, tidak kira dalam negara atau luar negara. Pada I, apa salahnya bawak dia ke mana2, tak luak apapun, membantu adalah, terutamanya anak2. So, sesapa yang ada maid tuh, layanlah dengan sewajarnya. Dorangpun manusia macam kita and in fact dorangpun tahu di mana kedudukan dorang, tak payah nak sergah2 ataupun terlalu bossy. Separuh orang tuh "berlagak jer lebih, habukpun tarak". Gambar kat atas nih, si Dewi ngan Alea sempat bergolek2 kat dalam bilik hotel sebelum kuar bekfast ... kakak Soraya pulak biasalah tak dapat ikut serta ... rugi tau kakak, kita dapat rasa suasana kampung lagi ...

High time to change

According to Shalin's mummy, dah high time for me to change the bola bowling. Dah byk kali, Kak Ani dok cakap, "Lin, tukar bola tuh, core dalampun dah lari". Memangpun, I rasa I nak tukar yang berat sikit 14 ibs mungkin sebabnya yang sekarang nihpun (13 ibs) dah tak berasa sangat. Rasa ringan dan melayang2 kalau dibaling. Tapi apa2pun yang penting I mesti cari brand Columbia ... still d best for me. Harituh masa tournament KKB, sempat tanya kat mamat proshop situ, katanya rega dalam RM750. What???? RM750. Betul juga, masa I beli lima tahun lepaspun rega dalam RM600, tak logiklah kalau rega tak naik. Itu belum kasut I yang dah koyak tuh. Dexter tupun, masa I beli dulupun dah 500 hengget lebih, sekrg nih tak berani nak tanya. Glove yg I pakai tupun dah takda jenih tu lagi sebb yg ada semua jenis besi berskru ... akak tengokpun takut, belum lagi opponent tengok, boleh pengsan gituh. Kalau difikirkan balik rega bola, kasut n glove yang melambung tinggi tuh, nanti2lah dulu I ganti, rasa membazirlah pulak. Tengoklah kalau ada rezeki terpijak baru I ganti, kalau tak, belasah jer apa yang ada. Lagipun, selama ni ... dengan bola, kasut n glovetuh lah yang I dok pungut hadiah, rasanya dah penuh satu bilik dengan barang electrical, belum termasuk lagi wang besar ... wang besar... wang besar ....

Tak abih2 kecoh wth d'LOTR



These is part of the classic poses and spontaneous/freestyle from d'LOTR. Part berposing memang kecoh. Yang bersembang tak abih2 bersembang. Part bersembang pulak, kalau dibiarkan, sampai malampun jadik. Contohnya, tengoklah si Achik ngan Angah tuh ... pok...pek...pok..pek. Apalah yang disembangkan tuh sampai Malinapun kusyuk bangat mendengarnya. Rasa2nya, ikut imaginasi I, inilah yang menjadi tajuk perbualan depa:

Achik: Lama sungguh Achik tak jumpa Angahkan. Angah tengoklah semua dah berubah, Wan Jai, lelaki idaman Malayatuh prosperous abih. Sting jer "mainenance', kurus cam dulu jugak.
Angah:
Achik, depa happylah tuh. Angahpun lama tak jumpa Achik, miss sangat2. Ohhh. angah excited harinih Chik dapat jumpa kawan2.

Malina: I, hampa tak miss kaaa.. penat chek turun dari Penang nuh..
Mohaini: Halllo uols ladies. Sudah2lah tuh, penat dah I duduk nih, posing dulu, nanti kita sambung balik borak kat meja makan okkk...
Along: Weyyy kome, Along pun nak join sama. Alongkan ... alongkan... serooonokk sangat jumpa deme semua ...

So, nak salahkan sapa, salahkan ibu mengandung??? NO...NO...NO. Sebabnya, secara realitynya, dah we all cam ginih sejak azali, kecoh memanjangg. By the way, wud like to thks Jasni n wifey jelita Roza for hosting the raya gathering for us. And to wifey Wjai n hubby Along, both of u memang sporting abih. Dengar kata, jamuan berlangsung hingga ke malam. I tak sempat jumpa kenkawan lain sebab ada program lain. Sibuk wa cakap lu akak nih.. mengalahkan Kak Mah, bini Pak Najib. Antara yang lewat tetapi tetap datang demi semangat setiakawan ialah Ajie, Nisa, Roslina and June. Pada kenkawan semua, rasanya masih belum terlambat untuk diucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin". Just remember this ... a moment lasts all of a second, but the memory lives on forever and ever...

Tuesday, September 27, 2011

Resume Done ...

Uhhhh .... finally siap I punya resume. Short n sexy tapi ummph gituh. Bukan susahpun, goreng sana sikit, goreng sini sikit ... siap untuk presentation. Mintak2 dapatlah sebab I kena compete dengan empat yang lain. Sebenarnya, bukan apa, saja nak "test market". Bukan susahpun kejenya, sambil tengok TV, sambil dengar radiopun boleh buat. Sebelum nihpun ada orang dah offer I buat some part time job. Money wise occay tapi nak "korban"kan weekends tulah yang I tak sanggup. Weyyy .... I nak spent time jugak untuk anak2. Bak my frend cakaplah "duit boleh cari, anak2 pun kena jugak pentingkan Lin". I dont mind dapat buat part time tapi I suka buat kat rumah jer. Anyway, kalau dapat job nih, memang "kenyanglah" I ... lepaslah kalau nak beli handbag baru. Hisshhh....hissshhh.... belum dapat, dah berangan. Tapi harap2 dapatlah .... akan ku sedekahkan pisang kat surau Taman Jasa ...

Monday, September 26, 2011

Resume

I kena buat resume or CV yang I rasa dah lebih 20 tahun tak pernah buat. Tak tau tang mana nak start n I rasa resume I nih mesti tak berapa nak interesting. Yerlah, dok buat kerja yang sama ..."year in .. year out", kiranya nak "menggorengpun" tak cukup ummph. Sebenarnya, resume nih, menurut kawan I buat syarat jer. I pulak, walaupun sekadar buat syarat, mestilah "perfecto n walla". Selama I buat part time job nih, tak pernah kena ada resume sebab "sub atas kawan, atas kawan", senang citer, dua or tiga bulan kendian, baru dapat ongkosnya. Tetapi memandangkan company nih very the internasional one, so dorang naklah juga tengok CV kita. So, sekarang nih, I kenalah "korek" balik segala sijil yang ada dan yang paling fenting ialah sijil dari ITNM, itu yang faling...faling...faling mustahak sekali. Harap2 dapatlah part time job nih, lepas bayar duit gaji Dewi n duit petrol bulan2, itupun dan kira woccay .... "Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah hambaMu ini , murahkanlah dan berkatikanlah rezeki ku ini.... Aminnnn...

Tuesday, September 20, 2011

Bersantai di tepi laut Sabak Bernam

Suka gambar nih ... so natural sekali. Bayangkan how happy si Dylan and Alea tengok laut. Nantilah mummy bawak adik n kakak sekali pegi holiday tepi laut occayyy ...

Secret 5 - Dulu, kini n selamanya

Dulu berlima, sekarang berempat -- dulu slim, sekarang berisi (well, I dont call it berisi or gemuks but prosperous sounds much more better n nicer). Bukan senang kami nak bergether2 cam ginih. This year's hari raya, memang totally different. Why???? Because we all managed to berhari raya sakan with grup Last of The Reds (LOTR) kat rumah Jasni n Roza. Tengkiu so much to both hubby wifey for hosting the raya for us. Bayangkanlah dek kerana semangat kekawanan, ribut petir, banjir dan bah kami sanggup harungi jugak walaupun dah berpatah balik kejap. And as for the Secret 5, tak abih kat situ lagi, esoknya kami "rombongan Chek Na, Chek Moh n Chek Mal" berarak pulak ke Sabak Bernam untuk berhari raya di rumah Ce'ekgu Midah. Perjalanan sepatutnya ambil masa 2 jam tapi tak sampai sejam kami dah sampai. "Jenuh akak nak mengejor hubby si Chek Moh bawak kereta, laju mengalahkan drebar Formula One". Maklumlah I ni kan "pompuan Melayu terakhir", so bawak kereta mestilah ala2 bersopan-santun gituh, ikut peraturan bagai ... trademark I kannnn. Fuhhh .... layanan Ce'ekgu Midah suami isteri memang first class. Terima kasih daun keladi, nanti kalau kami pegi, layan kami macam tuh lagi ok. Part makan pulak ... complete dengan gado2 ala2 Jawa gituh, ikan cecah air asam (air tangan Ce'ekgu Midah sendiri) dan dessert caramel lagi ... uhhhh memang "kelazzz ko maria" (sorrylah Jas, I cilok yr tagline). Memang puas hatilah, kiranya tak sia2 drive jauh2 ke sini. Harap2 kami dapat berkumpul seperti ini di lain kali. Kalau duduk setempat takpa. Ini tak, sorang di Penang, sorang di Sabak Bernam, sorang di PJ n sorang di Shah Alam. Tapi bak kata org tua2 ... kalau nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dan utk Secret 5 ... friends forever ... dulu, kini dan selamanya .....and I always believe that "the language of friendship is not words but meanings" ....

Monday, September 19, 2011

Mummy's promises

My promises to my anak2 daras: I am your mother and mummy always come first, your friend second. I will definitely stalk you, flip out on you, lecture you, drive you nuts, be your worst nightmare and hunt you down like a bloodhound when need because I really really love both of you. I will give up my life for both of you without a second thought. I even told my friends, I will go crazy or pengsan if anything were happen to both of you. When both of you understand that, I will know that both of you anak yang bertanggungjawab. Pls do remember this, walaupun kalau both of you jauh di mata, tetapi selalu dekat di hati mummy and never ever in my life ... out of sight out of mind ....

Saturday, September 10, 2011

Sejuk hati mummy

Tiada yang lebih membahagiakan hati si mummy selain melihat anak di depan mata membesar menjadi insan sempurna. Tanyalah mana-mana wanita yang bergelar mummy, harapan melihat anak yang dikandungkan sembilan bulan menjadi insan berguna, bagaikan doa yang terhambur di bibir setiap masa. Biar apapun gelaran diberi -- mummy, mommy, ibu, mama, bonda, mak atau ummi - wanita ini cukup tinggi statusnya dalam kehidupan si anak. Tibanya Aidilfitri, sejuk sungguh hati mummy tatkala anak menghulur tangan sambil bersujud memohon keampunan. Itulah sebenar2nya, walaupun di mana jua anak2 berada, ingatan, kasih sayang dan doa tidak akan putus daripada insan istimewa yang bergelar MUMMY. Pendek kata, begitulah lumrahnya, kasih sayang ibu tidak bertepi, tidak berpenghujung dan tidak ada sempadannya. Kenkadang sedihkan kalau difikirkan, bagaimana gamaknya seseorang itu memisahkan seorang anak dari ibunya sendiri. Kalau mengikut hukum Islam, adalah berdosa besar bagi seseorang itu memisahkan ibu dan anak kerana secara langsung ia telah menafikan hak seorang ibu yang melahirkan anak itu. Entahlah ... kenkadang hukum Allah kita buat main2 jer ...

Wednesday, September 7, 2011

Bajet ter"burst", kena ikat perutlah ...


Normallah, bila dah abih raya jer, barulah sedar budget ter'burst", terlebih belanjalah dan macam2 lagi. Masa dok kuar duit tuh, sikit tak hengat dunia. Berlagak macam orang kaya jer, pantang nampak apa2 nak beli, pantang tengok cantik, nak beli, benda elokpun sibuk nak ganti yang baru. Pendek kata, duit mengalir laju mengalahkan air Sungai Kelang. I pun tak terkecuali jugalah, mulalah sibuk dok cakap kat anak2, "bulan depan mummy, kita semua ikat perut, no belanja2 besar ok, ala kadar jer, kita duduk kat rumah, tengok citer Hindustan jer". Huhhh ... boleh percaya ker tuh, silap2 belanja lagi besar. Duit nih sebenarnya hantu segala hantu, pantang ada jer, mulalah pasang "angan2 Mat Jenin". Mulalah terbayang 2 handbag baru. Setan kalau nak kacau, memang cam gituh. Tapi one thinglah, kalau duit kita tuh berkat, kita jer risau bagaikan nak rak takut tak cukup tapi insyallah, akan sentiasa cukup. My fren selalu cakap kat I, "Lin, buat apalah u nak simpan duit banyak2, belanja jerlah, simpan patut2 jer, anak2 u semua ada insurans, esok2 kalau u mati, tak ke mana jugak duit tuh, silap2 orang lain dok berebut". Memang betul, apa yang my frend ni cakap, tapi camnerpun simpanan tuh penting utk anak2 di masa akan datang. Kita tak tahu apa nasib kita di kemudian hari kelak .... orang2 tua cakap "beringat sebelum kena". Alhamdullilah, buat masa ini, segala keperluan kami anak beranak terjaga dan mencukupi ... aminnnnn ....

Oklah, nih, ada hiburan selingan sikit, cerita I punya idola n ikon Kimora Lee Simmons tulah, model bertaraf antarabangsa yang ada program realitinya sendiri, “Kimora: Life in the Fab Lane”. Al-kisahnya, secara umum selebriti Hollywood jarang mengendahkan perayaan yang diraikan oleh penganut muslim. Tetapi, Kimora Lee telah memecahkan sempadan agama & bangsa dengan membuat ucapan ringkas di laman Twitternya, @OfficialKimora,. Selebriti bertaraf A ini merupakan bekas presiden & pengarah kreatif Phat Fashions dan kekayaannya dianggarkan berjumlah puluhan juta dollar Amerika. Kelas gituh kau nyahhh ... makpun ok jer ...

Utk renungan semua ....

Dari ustaz Zamri :
"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin RM sekian2". Bunyi macam senangkan. Nah inilah makna sebenarnya:


"Aku tanggung dosa2 si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solat, aku tanggung dan bukan lagi si ibu bapa si dia. Dan juga aku tanggung semua doasa bakal anak2ku, jika gagal, maka aku fasik, dayus dan reda masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah ..."

Tuesday, September 6, 2011

Hari bengang sedunia

Harinih I memang bengang abih. Apataknya, traffic light simpang tiga kat rumah I sampai harinih tak direpair2 lagi. Rasanya dah masuk tiga minggu. Kalau tak direpair, jawabnya akan jem sakanlah sebabnya terletak betul2 kat kawasan sekolah. Tahulah, parents kalau park kereta ikut suka hati mak datuk jer, itulah yang jem teruk. Bayangkanlah kereta dari tiga simpang, traffic light pulak rosak, tak ke haru tuh. Jalan elok2 dua lane jadi satu lanelah sebab satu lane dah di"konker" oleh kereta2 bagak parents yang nak ambik anak memasing. Itu belum lagi bila tetiba lori sampah yang besar gajah dari dunia manalah pulak nak "tumpang lalu", memang massive jem abih. Memang hangin betul, tengah hari tadi jer, time nak balik rumah lepas ambik si kechik I kat sekolah, kat simpang tu jer dah tersangkut almost half an-hour, padahal tak beberapa menit jer dah boleh sampai rumah. Kalau I duduk membongkang jer kat rumah, memang no hal, takpalah, takyah nak kejar time, ini tak, lepas ambik anak sekolah, nak pulak berkejar ke opis. Sebelum tuh pulak, I bengang ngan satu drebar teksi nih. Ikut suka hati jer nak stop ambik passenger. "Hallo, brader, kalau nak stoppun, bagilah segenel dulu, apa gunanya ada segenel tuh, nak buat perhiasan dalam kereta ker". I pulak, nasib baiklah ntah mimpi apa malam tadi, bawak keretapun macam orang makan angin "slow n steady" jer tapi dek brek mengejut disebabkan teksi bangang nih stop tetiba, kesian anak dara I, tercampak terperosok kat bawah kerusi. Roti yang dia tengah makan tupun terpelanting kat depan. Bayangkan itu baru I bawak kereta "makan angin" belum lagi I bawak "normal drive", kalau tak, tak dapat I bygkan mcm mana impak Alea terperosok bawah kerusi. Mintak maaflah, memang kena maki dgn I lah mamat drebar teksi nih. Bukan setakat maki, siap tekan hon kat teksi tu "sekuat2" alam, geram punya pasal. Nasib baik Alea takda apa2, cuma terperanjat jer yang roti yang dia tengah makan tuh tercampak ntah ke mana. So moral of the story, pastikan anak2 kita pakai seat belt bila naik kereta, malang tak berbau ...

Monday, September 5, 2011

Perginya seorang wira negara




Dari Allah kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Itulah perjalanan terakhir rakan setugas iaitu Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, cameraman Bernama TV yang meninggal dunia akibat terkena peluru sesat yang menembusi ke jantung dan paru-parunya terus keluar di bahagian bahu (ada juga kata dari bahu menembusi jantung dan paru2) ketika membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia. Bak kata rakan FB I, ketika ke Somalia, dia hanya seorang jurukamera biasa yang hanya dikenali anggota keluarga dan rakan2 tetapi pulangnya walaupun hanya sekujur jasad kaku adalah sebagai wira negara. PM kita sendiri telah memendekkan lawatan ke Australia untuk sama2 menyambut ketibaan jenazah Allahyarham - dan pastinya ratusan warga media yang lain turut hadir untuk sama2 mengaminkan doa untuk arwah. Inilah rahmat Allah untuk seorang yang mungkin tidak ramai yang kenal semasa hayatnya tetapi pemergiannya diiringi dengan jutaan doa.

Yang pastinya, pada saat ini, seluruh warga media Malaysia sama2 menangisi pemergian arwah, sedih dan kesal dengan apa yang berlaku. Selama dua hari berturut2 rakan media I di FB seperti berkabung. Tiada gambar2 riang ria hari raya diuploadkan, hanya ucapan takziah dan AL-fatihah disampaikan. Terima kasih rakan2 media yang memahami. I sendiripun kenal gituh2 jer dgn arwah, cuma setakat "berhai2 dan berbye2" jer ketika berjumpa di lobi tetapi apabila kita telah bekerja seumpama satu keluarga di bawah satu bumbung, perasaan sedih, hiba, sayu dan sebagainya tidak dapat dielakkan. Tambahan pula arwah juga merupakan junior I ketika belajar dahulu. Ucapan takziah kepada kepada keluarga arwah dan insyallah, seperti mana yang telah diberi jaminan oleh KP kami, bantuan sewajarnya akan disalurkan. Amin dan Al-fatihah sekali lagi untuk arwah, semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman ...