Monday, February 28, 2011

Pendapat kenkawan

I tunjuklah sesuatu kat kenkawan I masa we all gi minum2 lewat malam tadi. Memang dah malas sangat sebab dah pakai baju tidor, mukapun dah bertepek dengan segala benda "mak datuk". tapi kalau dah datang depan rumah, nak tak nakpun, pegilah lepak kejap. Alea tinggal kejap kat rumah ngan Dewi. We all gi satu kete jer. Sorang tuh baru dapat "angpow" besar, jadi, kununnya nak belanjalah. Dalam dok bersembang sakan, I tanyalah dorang nih, "Eh, korang nak tengok ni tak", so I pun ngolorlah benda tuh. Their first impression was, "Aduh, Lin, bezanya, macam langit dengan bumi, ngko nih biar betul." "Tahu takpe ... betullah tuh, saja jer aku nak tahu pendapat korang, Allah nak tunjuk kot" ....."

Friday, February 25, 2011

Ini kat mana yek???


Ini masa kita gi holiday kat mana yekk ... lupalak mummy, macam berkabus jer kat belakang tuh, Cameron Highland ker Bukit Tinggi ??????

Wednesday, February 23, 2011

Sayang baby mummy


Anak dara I yang sorang nih, bilalah nak boleh bercakap betul2. Still pelat, cakap dia, hanya Kak Wiwi yang faham. I sendiri tak faham. Contohnya, "Mummy, I wan miyo totak. Do wan go toyah, ponatlah, I wan to sheep" (mummy, I want milo kotak, don't want to go to sekolah, penatlah, I want to sleep). Rasanya, si kakak dulupun, berat mulut, tapi once dia dah masuk Smart Reader, macam bertehlah mulut tu pulak, cuma si kechik ni .....

Tuesday, February 22, 2011

Jom kita beronggeng

Sekali-sekala, kalau tak berbowling or berlepaking kat Coffee Bean, Starbucks, Gloria Jeans ataupun kat Curve sambil dengar "live band", we all "beramai2" akan berarak ke pusat karaoke. Kalau tak Red Box, kami ke Ampang Park jerlah . I suka gi Red Box, sebab lebih selesa tapi kenkawan I nih suka ke Ampang, sebab boleh bawak makanan sendiri, jimat sikit belanja. Selalunya, berkaraoke sampai tiga empat jam. Kenkawan I nih semuanya bujang belaka, except I jerlah (yang takda dalam gambar kat atas tuh) dan itu sebabnya, I selalu usung si Dewi ngan si Alea sekali. Nak tahu, si Dewipun kenkadang "tumpang semangkuk", siap nanyi lagu Dewa lagi tuh .... akak jer yang jadi back-up singer forever and ever ...uhuk...uhuk...uhuk...

Monday, February 21, 2011

Kakak had a little lamb

Kakak had a little lamb,
Little lamb, little lamb,
Kakak had a little lamb,
Its fleece was white as snow ....

Sunday, February 20, 2011

Kakak "n" Adik



Anak2 dara I memang suka berposing. Tengoklah gelagat dorang berdua. Orang kata anak2 adalah permata hati dan memang betul "anak2 bukan setakat permata hati tetapi nyawa I". Kenkadang hati seorang ibu sukar ditelah, berdiam bukannya erti suka ataupun rela tetapi lebih kepada pengorbanan asalkan anak2 bahagia. Untuk anak2 mummy, "Mummy mintak maaf kalau mummy jarang bersama dengan anak2 mummy. Mummy tahu time kerja mummy lain sikit dari orang lain. Anyway, mummy nak adik ngan kakak tahu yang mummy sentiasa sayangkan adik ngan kakak sampai bila2"

Friday, February 18, 2011

Hepy Besday Sis


Hari ni besday adik pompuan I, si Azean. Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur dan murah rezeki. Dah masuk 30an nih, ubahlah sikit perangai tuh, jaga sikit hati Mak Selayang. "Oklah, sempena besday awak, apa kata esok kita gi makan "steak". Kita nak gi makan kat Tony Romas ker atau kat Chillis. Apa kata kita gi makan kat "Hard Rock Cafe", dah lama tak beli merchandise kat sana ....Once again, "Happy Besday Sis....."

Thursday, February 17, 2011

Muka "cemberut" gunting rambut

Anak dara kechik I nih memang susah kalau nak gi potong rambut. Ada jer alasan yang si kechik ni bagi. Antaranya, "No wan potong rambut, Aiya nak potong macam papa, got kaler-kaler wan". Aduhh, rambut you tuh jenis lembut, susah nak buat tegak2. Tengoklah buat muka "cemberut" lagi bila I bawak dia gi gunting rambut kat Bangsar Village. Ambooiii .... potong rambut kat Bangsar Village, wa cakap luh ... anak adik I, gi kedai mamak jer. Nasib baik rambut anak2 dara I jenis, lurus panjang, kalau ikut I, berketak2, payah nak bela beb. Gambar yang bawah tuh, dah lepas potong rambut, baru nampak bijik mata, tak ker comey gitu .....

Wednesday, February 16, 2011

Berbaloi dengan Kad VIP Sunway Lagoon

Salam to Rusydi ... berkenaan dengan kad VIP Sunway Lagoon tuh, pada I rasa amat berbaloi. I dah pegi harituh bawak anak2 masa cuti sekolah. Mula2 rasa cuaklah juga tapi kalau nak dikira dengan RM448 yang kita bayar tuh, dah banyak jimat. Pemegang kad VIP masuk free (entrance Rm100 seorang) sementara anak2 dapat 30 percent diskaun (dalam lingkungan tulah, I dah lupa) and kat dalam pulak, bila nak beli makanan, dapat lagi 15 percent diskaun termasuk barangan merchandise yang lain. I punya plan, I nak pegi at least empat kali sebelum kad expire, sebabnya, nak "kawtim" balik ngan apa yang I dah bayar tuh. Lagi satu, masa nak masuk ke Sunway Lagoon tuh memang takda hassle, tak payah nak beratur panjang, kita terus jer pegi kat kaunter VIP dan boleh masuk dengan selesa. Nak tahu, I anak beranak "perasan bagus jer" ala2 VIP gituh bila dapat potong queue yang panjang berjela tuh. By the way, enjoy your trip there .....

Monday, February 14, 2011

Valentine's Day

Hari nih Valentine's Day. Kita orang Islam memang takleh meraikannya, hukumnya haram, dok "ngikut" budaya al-kafirun. Anyway, ingat lagi zaman I belajar dulu, zaman muda belia, 23 tahun yang lampau. Masa tuh, tak ingat hukum-hakam aka zaman "jahiliyyah", tahu nak happy jer. Orang Valentine, kitapun nak Valentine jugak ... orang jual bunga, kitapun "berambatlah" ke Sungai Buluh, borong bunga ros, nak buat jual kat dorm konon2nya. Alih2, malam tuh datang satu rombongan "kakak senior bertudung labuh" masuk dorm, bagi lecture berjela2. Memasing buat muka bodoh jer. Anyway, ingat lagi, I dapat tiga kuntum bunga ros beb, satu dari budak engineering, satu dari budak architecture dan satu lagi ehem .... ehem ....

Tuesday, February 8, 2011

PowerPuff GIrls Adik


Lately nih, minat si Alea dah beralih arahlah pulak. Tetiba suka kat The PowerPuff Girls - Bubbles, Buttercup and Blossom. Barulah macam "the girl2 one". Anak patung Si Bubbles (rambut kuning) dah ada, tinggal Buttercup ngan Blossom lagi. Dah puas mencari rata-riti, tak jumpa2 jugak. "Alahai, adik, mana lagi mummy nak cari si Buttercup ngan Blossom adik nih". Dari satu shopping mall ke shopping mall yang lain, tak gak jumpa2. Rasanya musim "PowerPuff Girls" dah abih kot, itu sebabnya dah tak ada stok. Takpalah, kita cari pelan2, insyallah, satu hari nanti, kita jumpa jugak .....

Kakak dah naik Quran


Alhamdullilah, anak dara besar I, si Soraya dah naik Quran. Sekarang nih, dia mengaji di Masjid Wilayah. Harap2 cepatlah abih Quran dan dah hafal semua perkakas2 sembahyang. Umur dah 11 tahun nih, dah patut kena sembahyang. Si kechikpun dah nak start mengaji Ikraq. Harituh, I gi cari Ikrah sampai tiga kedai, semua dah habis. Last2 I pegi kat satu kedai Pakistan di Giant, Kota Damansara, nasib baik ada. Kali nih, Ikraq tuh, dorang combine kesemua enam2 Ikraq, senang sikit takyah pisah2. Si adik, mummy hantar ngaji kat rumah mummy Aleesha, ngaji sama2 Mikhail, start next month. Ustaz cakap walaupun si adik nih pelat tapi dia boleh cuba sikit2. Takpalah, tak dapat baca, dengarpun jadiklah, yang penting nawaitu. Soraya selain dari dah naik Quran, belajar pun ok jugak sebab exam final tahun lepas, dia dapat 5A ... Congrats ya kakak, mummy doa kakak dan adik terus pandai, pandai dan pandai ......

Monday, February 7, 2011

Alea nak i-pad

"Mummy, Aiya nak nih". Amboiiii .... muncung mengalah bibir "Angelina Jolie" dok mengunjuk pada gambar i-pad yang tertera kat board iklan One Utama ni. Citarasa bebudak sekarang, cecah ribuan ringgit gituh. "Mummy, Kak Yaya ada, Aiyapun nak, boleh main2". Alahaiiii ...., mummy sendiripun tak berapa nak celek guna menatang nih. "Aiya tahu ke apa benda tuh". "Yaa, I see Kak Yaya tekan2, ada game, I oso wan". "Kak Yaya dah besar, Aiya tunggulah Aiya besar sikit dulu okey". Memang sekarang nih, kat mana2pun orang dok usung menatang nih. Walaupun nampak canggih n sofistikated gituh, tapi buat masa nih, rasanya I tidak begitu teruja, jadi tak terlintas langsung nak beli satu. Cukuplah laptop Lenovo I yang kiut miut nih. Tapi kalau ada sesapa yang sudi nak bagi present kat I (rasanya besday tahun ni, tak dapat apa2pun lagi), I terima jer. Hi ... hi...hi , boleh kongsi ngan Alea ....

Fedup betul!!!!

Fed-up betul kalau rumah dekat ngan sekolah. Mana taknya, jem teruk. Mak bapak pakai letak jer kereta kat kiri kanan jalan ... nun, sampai kat rumah pak guard kws rumah I. Kereta kalau kechik cinonit takpalah jugak, ni semua yang bagak2. Bayangkan, setiap kali ambil Alea dari sekolah, kat trafik light sekolah tu jer dah sangkut 2o minit, padahal, dari trafik light sekolah ke rumah I, tak sampai lima minit dah sampai. Alea selalu tanya I, "why mummy selalu marah2 nih". Apa tak marahnya, jalan dua lane, tinggallah satu lane, cukup untuk kereta saiz Myvi lalu. Lampu trafik light pun cepat tukarnya, bau aroma kentutpun tak abih lagi, dah tukar kaler merah. Dulu takpa jugak sebab Alea keluar sekolah kul 11.45am. tapi sekarang nih, pukul 12pm, Isnin dan Jumaat pulak, kul 1pm, ada kelas tambahan 'omputih". I pulak, lepas tuh, nak rushing gi kerja, itu yang buat darah I nih mendidih ... sabar, sabar, sabar tuh separuh daripada iman .......

Wednesday, February 2, 2011

Alea n her ala2 Ducati motorbike

Anak dara I nih mengalahkan bebudak lelaki. Sibuk sungguh nak berposing atas motorbike nih. "Mummy, ambik gambar Aiya, otey". "Oklah, posing kaw2 punya". Tak dapat naik Ducati yang betul, naik yang nipun jadilah .....

Treadmill for Mommy

Dalam dok I plan nak berbelanja secara berhemah tahun ini, sedar tak sedar, tetiba gatal pulak tangan I ni pegi beli treadmill. Come to think about it, memang ia satu "perbelanjaan berhemah". Yerlah, daripada I perabihkan ribuan ringgit kat "slimming centre wrapping2 badan tuh" yang I pegi ikut mood (kalau tengah bersemangat tuh, langsung tak pernah "tuang" tapi kalau datang penyakit malas tulah yang I jeran sangat). I memang determine nak kurangkan berat badan I yang tengah membuak2 nih. Nak kata gemok sangat, taklah tapi tak tahu tang mana beratnya. So finally, I decided might as well I beli treadmill, letak kat rumah and just spend masa one hour, setengah jam (pagi) dan setengah jam (malam), dah boleh bakar dalam 300-400 kalori sehari ... oklah tuh. By the way, I beli treadmill nipun guna duit deposit yang I letak masa buat renovation harituh. Hubby just bank in and I pun belilah "something" yang I rasa berbaloi. Harap2 dapatlah I turunkan badan I ke ideal weight I balik. Ok people out there ... wished me all the best ......