Tuesday, August 30, 2011

Salam AidilFitri

Setelah sebulan berpuasa, maka tibalah kita menyambut Hari Raya, hari tanda kemenangan umat Islam menunaikan Rukun Islam yang ketiga iaitu - berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Sempena Hari Raya ini, I dengan rendah diri memohon ampun dan maaf kepada semua -- keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan dan semua yang mengenali diri ini andai kata terkasar bahasa dengan atau yang tidak disengajakan. Terutama sekali untuk hubby, anak2 dara I Soraya n Alea, "mummy mintak maaf kalau mummy ada marah2 you all berdua dan pada suami, mintak ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki dan halalkan segala makan dan minum serta wang ringgit". Kalau diikutkan raya tahun ni meriah sedikit sebab semua adik beradik akan berkumpul di Selayang berbanding tahun2 sebelum ini, raya pertama dan kedua akan diraikan di kampung, raya ketiga baru di KL. Tema tahun ni, gaya bebas, kaler ikut suka, tiada sedondon sebab agenda paling penting ialah sentiasa gembira di sisi keluarga tercinta ...

Monday, August 29, 2011

Bantal busuk anak2

Alea n her bantal busuk

Anak2 dara I with their bantal busuks


Semalam I terbaca status my FB friend. My friend ni kata yg dia tengah hangin satu badan sebabnya anak2 jantannya dah gi bakarnya bantal busuk adik dorang. Aduhhh, kesiannya, sampai hati si abang buat camtuh. Apalah dosanya si bantal busuk tu sampai dibakar. Alasannya, sebab busuk sangat. Dah namapun bantal busuk, memanglah busuk tetapi setakat mana busuknya pun. Kesian si adik, mestilah tak boleh tidor kalau takda bantal busukkan. Dua2 anak dara I ada bantal busuk memasing2. Si kakak yang umur 11 tahunpun, kalau takda bantal busuk tu, takleh nak tidor katanya. Dari penuh kekabu sampailah dah lepier, yg tulah yang diusung ke hulu ke hilir, hatta dah sampai Mekahpun bantal busuk tuh. Selalu si kakak, kalau nak tidor, hujung bantal tulah dicium, dicium, dicium sambil diulit2nya kening sampailah tertido. Si kechik Aleapun sama tapi dia ada dua, satu bantal peluk kecik dan satu lagi bantal kecik. Bucu bantal busuk si Alea ni dah takda rupa bucu dah, asyik digentel, dicium, digentel, dicium, itulah yang dibuat berulang2 sampailah tertido sampai ternganga mulut. Kiranya kalau lalat masukpun, memang tak sedar, itu belum lagi air liyor basi. Apalah sedap sangat bau bantal busuk tuh sampai tak boleh berenggang langsung. Yang peliknya masa nak tidor ngan hisap susu jer, time lain dorang sikit "tak angkat pot" langsung. Agaknya, aromanya tuh yang mengkhayalkan. Pernah sekali, I kena patah balik ke rumah, semata2 bantal busuk anak2 dara I nih tertinggal, punyalah kuat dorang punya chemistry dengan bantal2 busuk tuh. Itulah yang I heran tuh, apasalah anak2 kwan I nih, gih bakar bantal busuk dorang. Pada I lah, bantal busuk nih sikit tak jadi kudis pada I. Tak kiralah busuk manapun, itu hak anak2 and that would be their sentimental values foreber and eber ....

Saturday, August 27, 2011

Saya Anak Malaysia


Sempena Hari Kemerdekaan yang jatuh pada 31 Ogos depan, apa kata kita layan lagu-lagu patriotrik bagi menyedarkan kita betapa bertuahnya menjadi anak Malaysia. Jom layanzzzz ....

Friday, August 26, 2011

Tayar pancit

Aduhhh...lama sungguh tak hapdatekan blog I nih. Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat, tapi takda idea nak menulis. Nak tulis kenalah ada idea, kalau tak nanti, takde thrill kalau kita nak baca balik. Anyway, dekat2 nak raya nih, I rasa duit I mengalir non-stop, mengalahkan Sungai Klang. Memanglah, rezeki bulan nih mcm rezeki rimau. Dengan bonusnya, gaji (kenaikan gred) backdated dari bulan Januari, duit elaun LID, duit translations dan mcm2 lagi. Alhamdullilah, rasanya sejak 3-4 tahun lepas, rezeki tak pernah putus. Kalau tak banyak, sikitpun rezeki jugakkan. Itulah yang I cakap, semua nak pakai duit. Dok dalam sibuk kita nak raya, tetiba roadtax kereta pula nak mati 28 Ogos nih, itupun mat Bangla yang datang basuh kereta I tiga kali seminggu tu yg bagitahu. Kalau tak ... haram, sikitpun I tak sedar ... tahu bawak jer . Ingat lagi, dua tahun lepas, roadtax dah mati dua bulan, baru sedar, nasib baik tak kena saman .... elok jer masa roadtax mati tuh, bolehlah pulak pecut pegi Johor 2 jam setengah beb dah sampai. Kiranya nasib I memang baiklah, cuba tengah I pecut tuh, polis tahan, I rasa bukan saja kena saman, silap2 masuk jel lagi .... nauzubillah ... Tak abih pasal keter lagi, semalam tayar pulak pancit. Rasa2nya sepanjang I mendrive kereta, kereta I tak pernah pancit ... kalau angin takda, itu normallah sebab I mmg tak reti nak isi angin kereta. Tiap kali nak isi angin, itupun agaknya masa time servis baru isi angin, kalau takpun, kalau I nak drive jauh, I bawaklah gi regular workshop I tuh, suruh dorang isikan. Bateri keretapun sama jugak, bebudak mekanik cina nilah yang jadi macha I, tukang mengecheck. I part2 kereta nih, memang jaga sungguh, sebab I taknak jadi apa2 tengah jalan. Kereta I pancit nihpun, nasib baik I terperasan, itupun I baru abih shopping kat MidValley. Nasib baik jadi siang buta, kalau malam, haru jugaklah. Masa nampak tayar keter I tuh dah bengkak semacam, dah terbayang kat bijik mata I nih, akan melayanglah ratusan hengget lagi untuk ganti tayar baru. Cammana pun sebelum bawak gi workshop, kena ambik si kechik I kat sekolah dulu. Soalannya, sempat ker tayar tuh bertahan ... Nak taknak, call jugak sekolah Alea, suruh tunggu sampai mummy datang, lepas tuh call wokshop kereta. Alea, kalau lapar, makan bekal roti yang kak Dewi bekalkan. Lepas tuh, I pun drive slow2 n bila sampai wokshop, cina dah tunggu. I ingat lama, rupanya tak sampai setengah jam, dah siap. Bila mintak bil, hati dah berdebar2 dah, berapalah dorang nak caj I nih tapi rasanya macam tak mahal sebab tengok dorang tak tukarpun tayar tuh. Tokeh Cina tupun tunjuklah skru dua inci yg tikam tayar I tuh and lepas tuh dia kata kena 10 hengget, upah tampal jer. Laaa ... biar betul, 10 hengget jer ... alhamdullilah. By the way, roadtaxpun, hubby dah settlekan. Sekarang nih tinggal aircond rumah (5 unit) jer kena servis. Tak tahu lagi berapa ... kita tunggu saja siapa yang kena ... kenaaaaa .....

Sunday, August 7, 2011

Khairil Johari Johar : Sepasang Kurung Biru



Lagu favourite I, tak tahu kenapa, tapi memang suka sangat. Suara penyanyinya so mendayu2 gituh. Tak jemu untuk didengar ....

Friday, August 5, 2011

Allah Yang Satu



Allah has no Blackberry or an Iphone, but He is my favourite contact. He doesn't have FaceBook, but He is my best friend. He doesn't have Twitter, but I follow Him. And, He doesn't have internet, but I am connected to Him ...

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan datang lagi ...

Ramadhan datang lagi. Rasanya baru aje masuk tahun 2011, dan baru sahaja menyambut Hari Raya, tup2 dah nak puasa balik. See, how time flies ... cepat sungguh. Tapikan sebulan tuhpun rasa sekejap jer. Pejam celik, pejam celik, esok dah nak raya. Tahun ni, mcm tahun2 sebelumnya, berbuka puasa dah tentu kat ofis, except for weekends, balik rumah Mak Selayang. And seperti tahun2 sudah, memang I dah kontrak keje pada malam raya. Sedihkan, dengar takbir raya kat ofis jer. Nak buat camner, orang KL (sebab dah duduk KL dr kechik sampai besar w/pun lahir kat Perak), paling jauhpun balik Selayang jerlah. Mak Selayang mcm biasalah, mesti balik Perak walaupun dah takda sesapa kat sana. Kata Mak Selayang, dah jadi tradisi kot, mesti balik jugak sebab raya pertama tuh selalu nak jamu orang2 kampung. I jarang balik beraya kat Perak sebab malaslah tersangkut dalam jem, Penang (belah my fatherpun)pun, boleh dikira dengan jari sebelah tapak tangan. Anyway, berbalik kepada bulan ramadhan ... may this ramadhan be a month of blessings, a month full of forgivenesses and guidances for me and my family ... Ameen ....