Wednesday, November 30, 2011

Kebetulan or memang betul2...

I pun tak tahu whether this is kebetulan or memang betul2. Bukan sekali tapi dah banyak kali benda nih jadi. Kenkadang terfikir jugak samada we all nih pembawa rezeki kepada orang lain. Kalau betul, alhamdulliah ... dan semoga rezeki kami sekeluargapun terus diberkati dan murah. Citer macam ginih, setiap kali we all masuk restoran or mana2 kedai makan yang memang selengang2nya, tak sampai 10 minit kami buat order, tetiba menderu2 customer lain masuk dan kedai yang lengang tadi jadi penuh. Pernah sekali, kami makan di satu kedai kat Sunway, memang kosong-sekosongnya sampaikan tukang masak dan pelayan kedai nih masing-masing dok ternganga rileks tengok TV. I siap sound Dewi, "sure tak sedap makan kat sini, sebab kosong jer". Disebabkan malas nak cari kedai lain, kamipun masuklah. Tak sampai 5-10 minit, lepas kami buat order, tetiba lepas sorang, sorang customer masuk. Itu takpa lagi, tapi kalau dah setiap kali kami masuk restoran or kedai kosong, tetiba lepas tuh, ramai pulak yang masuk, mesti terdetik dalam hati "kami nih memang pembuka rezeki ker, alhamdullilah ... semoga rezeki kami juga murah". Last Sunday, I, Soraya , Alea and Dewi pergilah ronda2 kat Curve and bila lapar kami masuklah satu restoran nih. Customer cuma dalam lima orang jer kalau nak dibandingkan dengan restoran yang besar tuh. Tak lama kemudian, tetiba penuh jer restoran tuh. I cakap kat Dewi, "Dewi, perasan tak, setiap kali kita masuk mana2 restoran/kedai kosong, tak lama kemudian ramai yang masuk. Kita nih memang penarik rezeki kot untuk tokeh kedai nih". And Dewipun ala2 Master Chin pun tanya I, "Akak lahir hari apa, saya tahu Alea hari Selasa. Orang Indon percaya, Selasa hari yang bagus kerana ia dianggap hari tertua.". Manalah I ingat, hari apa I diberanakkan. Kebetulan Soraya ada, so dia cakap IPhone dia boleh track ke tahun I dilahirkan. So, lepas ditrackkan, Soraya dilahirkan pada hari Isnin, Alea pada Selasa, mummy hari Rabu dan hubby hari Khamis. Dan menurut Master Chin I yang bertauliah tuh (Si Dewi), itu memang petanda baik kerana hari2 kelahiran itu berturut2 dan menyokong antara satu sama lain. Entahlah ... wallahualam, tetapi apa kena mengena dengan memberi rezeki. Si Master Chin ni adalah explain dengan panjang lebar kepercayaan orang Indonesia, tapi complicated sikit and I tak berapa nak faham sebab berkait antara satu sama lain. Apa2pun rezeki semua di tangan Allah dan kita sebagai umatNya kenalah berusaha, tak boleh tunggu duit turun dari langit jer ....

The bungee girl

Soraya is making her first move before becoming the famous bungee jumping girl. Halloo ... ada sapa lagi berani ??? Si Alea awal2 lagi dah cabuttt lari .....


Friday, November 25, 2011

Alea's class photo



Class photo si Alea. Yang mana satukah si Alea mummy???

Rezeki sampingan


Inilah rezeki sampingan I sepanjang tahun dan penutup untuk 2011. Paling latest Petronas inter-media, followed by Worldwide Global Sdn Bhd and finally Masters and finale untuk Liga Bowling Bernama. Walaupun tak banyak tapi lumayan jugaklah. Oklah, untuk geng2 bowling, kita jumpa lagi di tahun depan dan semoga rezeki kita semua terus melimpah ruah .... aminnnn.

Thursday, November 24, 2011

Once a journalist always a journalist

My frends Mohaini and Malina always cakap yang I nih a "very typical journalist". Segala mak datuk nak tahu. Boleh tuh korek sampai ke akar umbi, kepochi abih. Well frends, the kepochi part comes naturally woccay, ingat "Once a journalist always a journalist ....". Memangpun, masa I kat spital harituh, I memang famouslah di kalangan nurse2 yang suka dengar gossip2 artis. Dorang ingat I nih memang kawan ngan artis. Hallo, yang kawan ngan artis ialah kawan2 I dari BH and HM, bukannya I. I nih buat bisnes news jer, bila masa pulaklah nak "rubbing shoulders" ngan dunia glamer nih. Tak sangka pulak, nurse2 nih suka dengar gosip. I pun bila orang tanya, I jawablah, padahal semua info tuh I tahu sebab I pun suka baca online gosip pasal artis dalam negeri, especially BFF si Kim Kardashian. Kagum uols, dorang kat I ... pagi2 nak ambil darahpun, sempat pulak tuh bertanya itu ini and kebetulan I tahulah pula (betul ke salah wallahualam sebab I pun baca dalam internet jer). Kat wadpun, I duduk 4-beddednya sebab kalau duduk sorang2 takut weyyyy. Semua patient tuh I interview. Sebelah I tuh nyonya yang ada empat anak lelaki, sorang dah peluk Islam. Tiap2 petang semua anak jantan dia datang melawat, riuh rendah dibuatnya. Lepas dia keluar, masuk sorang pompuan Cina yang kena denggi juga. Dia cakap kat I, dia mungkin kena denggi masa dia kat Port Dickson, Kerja dia jual rumah and masa warded tuh, sempat lagi jual sebijik rumah dekat Kampung Ara. Apa taknya, dok menghadap komputer 24 jam, makanpun laju macam orang tak sakitpun. Di depan Ipun nyonya tua, tidur jer 24 jam, so, tak sempatlah I nak interview tapi ... I sempat berborak ngan cucu dia. Katanya nenek dia, sakit belakang and Dr kena bagi ubat tidor suruh dia dapat rehat sepenuhnya. Di sebelah nyonya tuh pulak, pompuan Melayu, lebih kurang seusia or muda sikit dari I. Memula I ingat dia kena stroke sebab nampak mulut dia herot sikit and tetiap pagi and petang, dia pergi terapi and makanpun disuap nurse. Tapi bila I tanya, rupa2nya dia jatuh bilik air dan kepalanya terhantuk kat satu segi dinding, blackout, ada blood clot, terus lumpuh sebelah badan. Patutlah, I tengok sebelah kepalanya kena cukur. Katanya dah dua minggu kat spital. Aduhhh ... I yang masa tuh belum masuk tiga haripun, dah tak senang duduk nak balik, apatah lagi dia yang dah lebih dua minggu. Tapi seriously, duduk ramai2 nih lebih seronok dan selamat and yang paling penting ada kawan bersembang. Dan bestnya pulak, I dapat "corner lot", sama jugak macam duduk kat bilik suite satu orang. Itulah kenkawan, kita kena banyak cakap juga, takleh nak senyap jer. Mohaini pernah cakap, kalau I nih remiserlah, sure ramai client sebab banyak benda yang boleh dikelentongkan. Well, apa gunanya kita ambil MassComm sampai tiga tahun ... mestilah kena memanfaat sepenuhnya, rugi lorr kalau biar macam tuh jer ....

Mummy kena attack dengan dengue fever

Kakak n adek visiting mummy at the hospital

A bouquet of flowers from my teammates d'Spice. Thks ... frens forever ...


Dua minggu lepas, I tetiba disahkan denggi. Terkezut beruk I dibuatnya. Memang I demam sejak sebelum Raya Haji lagi tapi tak pegi doktor and still go to work. Biasalah berlagak ala2 Super Woman, Wonder Woman and Bionic Woman gituh. Nak buat camner, we all memang short-handed. I kalau demam, tak membabitkan pening kepala, insyallah, can still gagahkan diri pergi kerja tapi kalau sakit or pening kepala ... mintak ampun ya pak. Nak kata tinggi sangat temperature, tak cecahpun 40 tapi menggigil jugaklah masa malam. Apa lagi telan panadollah. Tanda2 lainpun macam bintik2 merahpun takda, selesemapun takda. Masuk hari keempat, Mak Selayangpun dah bising, kata muka merah, tapak tangan panas, esoknya barulah pegi klinik. Sampai klinik, ambik darah and tak sampai satu jam, results sampai and memang confirmed dengue dengan platelet only 61. Call my brader, terus admitted kat Damansara Specialist Hospital. Kat hospitallah, bila Dr check kaki ... waduh memang penuh dengan bintik2 merah yang I sendiri takut nak tengok. Boleh dikatakan setiap liang roma itu dipenuhi dengan bintik2 merah. Apa lagi, terus masuk bilik, drip airlah jawabnya. Ambik darah lagi and kali nih turun ke 60. So, sepanjang kat hospital, selera memang takda langsung, turun almost 4 kg walaupun makanan yang dihidangkan wallla ... sedap. Entah camner, SIL dapat petua dari kawan dia, minum jus buah kurma fresh (sendiri blend dan bukan beli yang ready madenya). Malam tuh, my Mak bawak sup ketam dan satu tupperware jus kurma. Walaupun I tak suka buah kurma, disebabkan nak cepat baik, belasah jer and alhamdullilah, dua hari lepas tuh, platelet l naik dari 64 ke 102. Doktor Azmi yang merawat I pun terperanjat and dia kata kena hantar balik ke lab, takut salah baca n bila ambik darah dan hantar ke lab, dah naik ke 130. Lengan and tangan I, tak usah cakaplah, mengalahkan drug addict, penuh dengan bekas cucuk jarum ambik darah. Itulah, Allah nak tunjuk, I memang tak suka kurma, tak makanpun. In fact, everytime Hari Raya, dapat kurma Yusoof Tayoob, terus bagi kawan. Tapi masa I demam tuh, jus kurmalah yang menjadi ubat paling mujarab. Sup ketam pulak tak boleh makan berturut2 hari, sebab boleh tangkap kepala (sakit berdenyut2). Pada I, selain daripada sup ketam, 100 plus, kurmalah yang paling mujarab sekali....Next day dah boleh balik dan dapat MC seminggu ....

Nasi daging - My mak's recipe

CARA-CARA MEMBUAT NASI DAGING:

Untuk daging:
1.Daging di potong - besar2 penumbuk.
2.Kemudian direbus hingga empuk (masa rebus tu, masukkan garam & serbuk perasa secukup nya - terpulang kalau nak guna serbuk perasa, kalau taknakpun no hal).
3. Bila daging sudah empuk - toskan daging tersebut. Simpan air rebusan untuk masak nasi.
4. Tumiskan sedikit bawang merah / bawang besar ke dalam kuali/periuk sehingga kuning kemudian masukkan sos tomato, kacau hingga sebati dan kemudian masukkan daging yang telah ditoskan tadi. Gaulkan hingga rata dan angkat daging dari dlm kuali/periuk berkenaan. (Perlu diingatkan yang sos tomato, agak2 sendiri tapi cukup untuk menyaluti semua ketulan daging berkenaan.
5. Angkat dan potonglah daging itu nipis2.


CARA-CARA MEMASAK NASI:

1. Bawang merah + halia ditumbuk kemudian ditumis hingga kuning. Kemudian masukkan air yang telah disukat secukupnya untuk masak nasi (air tadi hendaklah dicampurkan dengan sedikit air rebusan daging awal tadi dan kalau suka campurkan sedikit susu cair untuk menambah sedikit citarasa dan garam secukup rasa). Jangan lupa daun pandan untuk bauan yang lebih wangi.
2. Apabila air mendidih, masukkan beras yang telah telah disukat dan basuh ke dalam periuk dan tunggulah hingga masak.

SIDE MENU YG LAIN - DALCA & JELATAH (Ini semua orang tahu buat)

CARA MEMBUAT AIR ASAM:

1.Buah tomato - dipotong nipis2.
2.Bawang besar - dipotong nipis2.
3.Cili besar + cili api + belacan (ditumbuk macam nak buat sambal belacan).
4. Sedikit sos tomato + sos cili + air asam jawa.
5.Gaulkan semua bahan-bahan. Masukkan gula dan garam secukup rasa...


Sesiapa nak cuba, bolehlah cuba. Setakat saat ini, I pun tak pernah mencuba, cuma tahu pegi makan jer bila my Mak Selayang masak. Bertuahnya punya anak .....(kredit untuk my SIL yg tolong postkan dalam FB and I cut n paste jer).

Wednesday, November 2, 2011

Kelebihan ayat Kursi

Baca dan amalkan selalu ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi;
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu;
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat;
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam; dan
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.