Saturday, May 26, 2012

HandyMendy

Selain daripada family tersayang, ada jugak orang2 penting lain dalam kehidupan seharian kita. Pada I, handymen memang penting "as and when" they are required. Dulu I ada sorang jer handyman, Mr Lim namanya. Segala2nya, dia yang uruskan, dari bumbung bocor hinggalah ke wiring dalam rumah. Tip-top tapi beberapa tahun kemudian, I terus hilang contact dengan dia. Last sekali masa dia datang rumah I untuk pasang kabinet kat dapur, dia nampak kurus sangat. I sempat tanya, "Pasal apa Mr Lim banyak kurus" tapi dia senyum dan diam jer. Apa yang I dengar, dia dah balik Penang dan lepas tuh langsung tak dengar2 dah khabar berita. Masa kita tak perlukan dia oklah, tapi time2 kita memang "membutuhkan" servis kepakaran doranglah, masa tulah I kelam kabut. Tapi alhamdullilah, I diketemukan dengan Mr Ah Hock. Baik sangat, gaya macam bapak2 jer. Dia nih asalnya tukang cat, tukang baik longkang dan sikit2 buat wiring. Dialah yang kemudiannya kenalkan I pada kenkawan dia yang lain yang kemudiannya jadi best friend I, again "as n when" I nak servis dorang. These people are Mr Ah Lam - tukang baik bumbung kalau ada bocor; Mr Ah Ham - plumber aka tukang paip; and  last but not least Mr Ah Weng - tukang servis aircond. Ada sorang lagi I baru dapat, Mr Kent, tukang buat bumbung jugak. Dia ni charged mahal sikit tapi kerja gerenti memang bagus, Yang tak bestnya, susah betul nak dapat Mr Kent nih sebab selalu overseas. And satu lagi, pekerja Indon Mr Kent ni semuanya handsem2 belaka, mengalahkan aktor sinetron Indonesia. Bukan setakat handsem tapi bila cakappun tak dengar suara, sopan sungguh. Yang merisaukan bukan apa, setiap kali pekerja2 kontrak nih datang buat kerja2 repairing kat rumah I, mulalah belakang rumah I tuh jadi tempat berhimpun segala maid yang ada. Masa tulah maid2 ni nak angkat kainlah, nak sapu sampahlah, nak suapin anak2 and last2 sekali pakat ramai2 berkumpul kat situ. Anyway, tokeh2 Cina nih, memang baik, dan sememangnya tidak pernah menghampakan apabila perkhidmatan mereka diperlukan. Yang penting kena sediakan wang besar, wang besar, wang besar ... one call does it all...

Monday, May 21, 2012

Well said, well said...

 Behind every man's success, there is a woman....

Thursday, May 17, 2012

Our ups and downs...

Everyone knows life has its ups and downs ... its part and parcel of our everyday life .... 

Monday, May 14, 2012

Happy Emak's Day

Semalam Hari Ibu....so, untuk semua ibu-ibu seluruh dunia, "Selamat Hari Ibu".
Memang betul, bukan sehari tuh jer hari Ibu, tetapi setiap saat, setiap waktu n setiap hari, kita raikan Hari Ibu. Tapi apa salahnyakan, dalam banyak2 hari tuh, ada satu hari istimewa yang lain daripada yang lain untuk raikan Ibu. Yang penting niat ataupun nawaitu, bukannya nak meniru2 budaya barat memperingati "Mother Mary", tidak sesekali, malah tidak terlintaslah di dalam sanubari ini. Niat satu saja, mahu sanjung ibu sendiri, rasanya tak salahlah. Bapapun penting tapi Ibu sentiasa didahulukan. Saat suka dan duka, Ibu jugak yg dicari utk dipeluk cium. Bukan itu saja, dalam bentuk ucapanpun, Ibu masih didahulukan, contohnya, Ibubapa yg dihormati....Itu belum lagi dlm bentuk words - Ibu negara, Ibu pejabat, ibu jari, ibu sawat, ibu kunyit etc etc...Itulah kedudukan Ibu, sayangilah Ibu selagi hayatnya masih ada...ingat tuh Soraya, Alea n to myself too...
 

Friday, May 11, 2012

Ada Hikmah Di Sebaliknya..

Insyallah ...

4 Tanda Hidup Tak Berkat

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda di bawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA. Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga...

Wednesday, May 9, 2012

Home sweet Home

I selalu cakap kat maid I, "Kakak sayang sangat kat rumah kakak nih. Walaupun tak semewah mana, walaupun tak sebesar mana, walaupun tak secantik mana, walaupun tiada perhiasan mewah, tetapi kakak rasa tenang dan damai sangat bila ada dalam rumah nih". Memang rasa tenang2 sangat and I boleh spend my days kat dalam bilik dengan aman damai. Seriously, walaupun I tahu ada yang "menghantar" barang kat rumah I serta ada "CCTV" ghaib dok peratikan kami sekeluarga tetapi insyallah, dengan izin Allah "kun fa ya kun", itu sedikit tidak menjadi kudih untuk kami. Paling penting, percaya kepada Allah nan Satu, sembahyang dan doa jangan tinggal, setiap kali masuk dan keluar rumah. Alhamdullilah, hidup I memang tenang (you can feel itlah), makan memang berselera dan rasanya tidak pernahlah tak cukup tidur (terlebih tidor adalah) serta rezeki yang berlimpah ruah dan tak semestinya wang ringgit. Itu sebabnya, I pesan jugak kat maid I, "Setiap kali, Dewi abih sembahyang, doakanlah juga untuk kesejahteraan rumah ini". Rumah itu ibarat syurga ...home sweet home....

"Orang yang pemaaf itu selalunya mudah tidur, boleh makan apa sahaja dengan berselera dan tinggal di mana sahaja bagaikan istana. Justeru itu, jika sukar tidur pada waktu malam, asyik mengeluh tidak berselera dan suka merungut tentang rumah yang kecil, mungkin disebabkan oleh sikap kita yang sukar memaafkan. Memaafkan orang lain beerti memaafkan diri sendiri"- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Ingat jangan tak ingat

Thursday, May 3, 2012

One born every minute

Sejak Astro bagi free tengok kesemua 130 channelnya sampai 6 May nih, apa lagi, I pun belasahlah tengok. Bukan senang wey, sebabnya pakej yang I ambikpun paling ciput dan paling basic sekali. Bukannya kedekut, tapi bila difikir2kan balik, buat apa ambil yang mahal2, sebabnya memang "tak dan" nak tengok punya. So, dalam kesempatan dpt tengok  free nih, I suka tengok channel 731 (Bio), 732 (Investigation) and channel 550 n yang seangkatan dengannya. Paling best channel Bio "One Born Every Minute". Documentary pasal mak2 nak beranak nilah. Hisss...memang seriyau tengok especially part dorang meneran nak keluarkan baby. Terus terang, kalau orang kata sakit nak beranak, I memang tak pernah rasapun. In fact, I tak tahupun apa makna "contraction"...yang kenkadang tu ambik masa berjam2 untuk "terbuka dan just nice to terankan baby". Kawan I pernah cakap, dia 10 jam dalam labour room, sakitnya jangan cakaplah, especially part pinggang, rasa macam nak putus dibuatnya. Katanya, apa dibuat serba tak kena. Alhamdullilah, pregnancy period I memang smooth. No morning sickness, no mabuk2, no mengidam2 and no mengada2. Kalau orang morning sickness, I dapat nite sickness. Nite sickness lagi ok, sebabnya dah memang nak time tidor, so ubatnya tidor jerlah and esok bila bangun dah fresh balik. Part nak beranakpun ok sebab I beranak ikut tingkap aka C-section. Dah tahu bila nak beranak, takyah nak kira2 lagi contraction. So, bila orang lain dok cakap, sakitnya nak beranak sampaikan ada yang tercabut tiang katil sebabkan terlalu sakit, memang I tak tahu macam mana rasanya. Pada I, C-Section lagi mudah dan senang dijaga masa confinement. Biarlah mahal sikit, tapi tak sesakit nak meneran. Apa2pun, alhamdullilah...dapat juga dua babies, harta yang tidak boleh digantikan dengan wang ringgit.... 

Wednesday, May 2, 2012

Dah 20 tawon rupanya

Wah, see, how time flieskan...dah masuk 20 tahun. Pejam celik, celik pejam ... kalau kahwin, terus bunting pelamin, anak dara I, si Soraya tuh dah umur dalam lingkungan itulah. Tapi, rezeki masing2kan. Allah dah atur macam tuh, kita ikut jerlah. Anyway, Happy Annivessary yang ke-20 to both of us hubby-wifey. Macam2 rintangan dan dugaan yang ditempoh sepanjang perkahwinan ini. Ada yang ala2 angin sepoi bahasa dan ada juga yang macam badai tsunami. Kalau ikutkan kitaran peraturan hidup perkahwinan, every seven years tuh, mesti ada cubaan dan dugaan. Kalau kita dapat hadapi, insyallah, the next 7-yrs n next n next  7 years lagi, kita akan lebih kuat dan dugaan2 rumah tangga itu ibarat "angin lalu" saja. Camnerpun, apa2pun kita mesti kuat dan tabah, sedangkan lidah lagikan tergigit, apatah lagi suami isteri. Untuk hubby, "Terima kasih atas segala2nya, terlalu banyak sehinggakan saya tak dapat sebut satu persatu. Semoga rezeki kita berdua akan terus murah dan murah dan murah dan sentiasa mendapat keberkatan Allah". Menyebut pasal rezeki, for the past four years, my rezeki sememangnya sentiasa melimpah ruah, non-stop. Syukur kepada Allah yang sentiasa memudahkan perjalanan my kehidupan dan anak2. Terima kasih ALLAH...