Friday, July 27, 2012

Life, thats what it is ...

Life is full of mysteries. Some tough and some as simple as ABC. I must say human relations n finances are two things quite difficult to handle as it is definitely tougher than all the alphabets n infinite digits put together. Whatever it is, berserah dan berdoalah kepada Allah yang satu ....(quote from a friend ...cant agree more with you Kak)

Thursday, July 26, 2012

Hishh...GeramNya..

Pasal apa baby Mat Salleh, comey2 belaka. Aduhhhh...tengoklah pipi mungilnya tuh, rasa nak tubit, tubit, tubit....

Tuesday, July 24, 2012

KaSuT BoLA AleA

Inilah kasut bola Alea yang dah lama sungguh dia mintak. Yerlah, Si Lessa Gumukpun ada kasut bola, takkan dia takda kot. So, pegilah dia ngan papanya mencari kat Parkson, sebab katanya kat situ ada Nike untuk bebudak. Dua pasang kasut, satu kaler blue, sama ngan team Chelsea and satu lagi warna pink, back-up kasut kalau yang satu lagi tuh basah atau kak Dewi basuh. Sebenarnya, I tak berapa galakkan si kechik nih main bola, I lebih suka dia main bowling, takyah berpanas2 sebab bowling alley semuanya dalam tempat berair-cond...tak gitu????

Salam Ramadhan

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan puasa. Salam Ramadhan untuk semua. Puasa tahun ini mungkin agak berbeza dengan tahun2 sebelumnya. Dan untuk pertama kalinya dalam sejarah I bekerja, I secara "paksarela" kena ambik cuti puasa/raya selama sebulan sebab Dewi akan balik ke Indon, meraikan hari lebaran bersama2 suami, anak dan keluarga tercinta yang lain. Takpalah, bukan selalupun dia balik bercuti, so, tahun ni, "just give her a break". Bertahun2 meninggalkan anak dan suami, sudah tiba masanya dia beraya bersama mereka. Tapi sebelum balik Indon, si Dewi nih kenalah pegi injek dulu, tak bagi peknen. Takut sok2, bila balik ke Mesia balik, tup2 start "wek...wek...wek", tak mengelabah pulak akak nanti. Anyway, bila maid dah  takda nih, maknanya selama sebulanlah I akan jadi "stay-at-home-mum". Part2 mencuci, mengemas, mengelap, mengemop, tak jadi hal sebab memang I suka mengemas dan mahu tengok rumah sentiasa kemas tapi part2 memasak nilah yang berat sikit. Anak dara besar should be no problem for her tapi si kechik pulak yang dok risau sakan. "Mummy...mummy, you can cook ahhh...nanti mummy masyak syup syedapp takk???. Hallo, my gegirls semua, mummy got magic hands one, no problem. But si kechik nih cepat jer jawab balik. "You sure arrr mummy, your magic hands work"? Kwang...kwang...kwang...

Monday, July 9, 2012

ALea n Her Futbal GAnG

Ceh...ceh...ceh.. inilah dia geng football si Alea. Yang pompuannya hanya Si Lisa Gumuk ngan Alea jer, yang lelainnya bebudak lelaki. Petang2 dorang main bola kat padang kws rumah we all. Kat kawasan nih, securitynya thumbs up. Insyallah, setakat yang I duduk selama nih, memang tak pernah ada kes berat cuma part2 maid lari dari rumah tu biasalah. Best duduk kat kawasan nih, walaupun rumahnya tidaklah terlalu besar, tapi gated area, ada padang sendiri, komuniti kechik (rasanya tak sampai 100 rumah) n security macam I cakap tadi,  thumbs up. Masing2 kenal antara satu sama lain. In fact, kat sini, kalau ada gotong-royong, semua turun padang, tak kira awak tuh CEO ker, GM ker, semua turun, neighbor omputihpun turun jugak membantu, kira memang ok moccaylah . Siap ada pot-luck lagi. Tapi untuk tempoh tiga bulan nih, futball team nih tak boleh berlatih, rehat kejap sebab padang under renovation. MBPJ nak ratakan padang so that bebudak nih senang nak berlari, lepas tuh dorang nak tambah buat badminton court dan laluan jogging. There, best kan, semua dah ada kat sini ... takyah nak gi mana2 and surveillance camerapun dorang pasang sekali. Syukur alhamdullilah....

Friday, July 6, 2012

Aleas School Trip

Today is Alea's day-trip to Taman Wawasan Pertanian Putrajaya with her school mates. Since yesterday, she kept on reminding me over n over again, "please mummy, this time you dont have to go ok, mummy dont have to follow me, ok". Sebabnya, last year, I did follow her quietly to Pusat Sains, cuma intai2 dari jauh jer, langsung tak kacau tapi instint anakkan, si kechik nih boleh perasan tuh kelibat mummy dia. Oppsss...sorrylah sayang, mummy cant help it, mummy so risau because you so so so kechik lagi. And because of thatlah, non-stop si kechik nih dok pesan berkali2, "mummy, I can take care of myself ok, I big girl already,  got so many friends". Oklah, since dia dah merayu gituh, I tak jadilah nak jadi spy kejap walaupun, awalnya dah plan nak trail pelan2 belakang bas sekolah dia. Itulah, hati mak kan...concern tak bertempat walaupun dia dalam jagaan mereka yang dipercayai dan selamat ... 

Thursday, July 5, 2012

BeSdaY TrEaT 4 BeSdaY GiRL

Untung betul bebudak sekarang nih. Asal besday jer, mesti ada ciup2 lilin, lepas tuh gi jenjalan. Jenjalan bukannya dekat2 anak, tapi naik "kapalterobang" lagi. So, tahun ni, sempena besday si kechik nih, papa dia bawa dia for a day-trip to Universal Studio, Singapore. Father-daughter only ok ... nobody else can follow one. Tengok ... happynya si kechik nih. Jummp...jumpp...jumpppp Alea... jummmpppp....

Tuesday, July 3, 2012

Cucuk"king", Botox"ing" n Susuk"king"

Well, beauty is very subjective but, not to forget, dalam zaman serba moden canggih ginih, bukan senang nak cari kecantikan yang betul2 sejati, asli and semulajadi, free from those cucuk"king", botox"ing" and "susuk'king" procedures. Kalau zaman2 seniwati Sarimah Ahmad, Saadiah or Saloma, yess...I berani cakap kecantikan dorang memang asli dengan bantuan segala mak datok ramuan jamu Indonesia tapi (mesti ada tapikan) susah jugak nak cakap, dulu2pun dah ada susuk???  Why do we need all those cucuk'king", botox"ing", susuk"king" and  macam2 "king...king" yang lain walaupun sebenar2nya kita dah memang cantik, jelita and menawan. Ingat "beauty lies in the eyes of the beholder". Tak kira gelap camner kulit kita or ada dua tiga jerawat batu kat muka, tapi pada penglihatan orang lain, kita mungkin nampak sweet and cute gituh. Kalau tak, takkan orang cakap "hitam itu menawan". Sebenarnya, kita sendiri rasa "insecure", itu sebabnya kita perlukan benda2 gituh. Tapikan, pada wanita2 di luar sana "pandai buat, pandailah simpan". Nak  cucuk ker, botok ker, susuk ker, buat filler ker, diam2 dah lah, kita sendiri jer tahu. So, bila orang tanya, "oh lawa, cantik, gebunya kulit ngko nih", jawab jerlah, "inilah berkatnya air sembahyang". Betul apa, bukannya kita tipu, kita sembahyang lima waktu setiap hari. Orang mana tahu, kita pegi makeover muka tuh or tak.  Ini tak, apa ker bodohnya, diwar2kan kat orang lain, siap yang ada FB, berkomen2 lagi gituh.  "Hello nyah, bila nak cocok". Jawab pulak si polan yang lain, "Tunggulah, duit tak masyuk lagi and bla...bla...bla". Tak ker dah jadi public gituh. Dalam cerdik ada gak bodohnya kan. Aduhai...yang susuk, lain pulak. Bukan setakat kat muka, tang tutttt...tuttt...tuttttpun disusukkan jugak. Haiiii, tak ingat mati ke???Anyway, jawapan yang pasti ialah "kalau matipun, kubur lain2...."

Doa dan terus berdoa


Doa tidak selalu mampu mengubah keadaan,
tapi ia mampu mengubah cara pandang kita.

Doa tidak selalu mampu mengembalikan mereka yang kita cintai,
tapi mampu memberikan kebahagiaan bagi mereka.
...

Doa tidak mampu mengulang waktu,
tapi mampu membuat kesempatan datang kembali.

Doa tidak selalu memperbaiki hati yang hancur,
tapi doa mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penenang kalbu.

Maka jangan pernah ragu untuk berdoa,
Kerana..
ALLAH TIDAK PERNAH JEMU MENDENGAR DOA KITA....