Tuesday, January 31, 2012

U know who u are

Apabila ada orang mahu jatuhkan kita maka bersyukurlah sebab itu tandanya kita lebih berjaya, maju, tinggi dan di hadapan berbanding dia (yezza...memang betul ustaz). Tidak perlu lakukan apa-apa padanya, sebaliknya terus tingkatkan ilmu, prestasi, kualiti dan pencapaian kita (alhamdullilah ... rezeki semakin murah dan melimpah ruah). Fokus pada apa yang mahu kita capai (itu sudah pasti, buat apa dok fikir benda tak berfaedah, buat biul jer ...). Biarlah saingan atau musuh kita penat dan tercungap-cungap mengejar kita (mintak maaflah, tak terkejar rasanya). Dia akan terus dibayangi oleh kita (hahaha ....tanpa dia sedari). Renung2kan lah... memang tak dapat dinafikan kebenarannya ....

Thursday, January 26, 2012

Makan time


Minggu nih ialah "minggu gantung periuk belanga dan kuali sedunia". Kita bagi rest pada kak Dewi yang setiap hari memeruk kat dapur. So, anak2, kita akan makan kat luar minggu nih. Biasalah bekfast kat McD, lunch kat Tropicana Golf CLub or KLGCC and dinner, "ikut dan". Kita boleh makan kat Chilis ker, TGI ker, Chicken Rice Shop ker, Black Canyon ker, Secret Recipe ker, just name it, we will start kereta and brooommmm go..go...go. And, definitelylah, minggu nih, pastilah bajet terlari sikit tapi apa salahnya kan, bukan selalupun, untuk anak2, bukannya untuk orang lain. And mummypun, bertambahlah lagi berat badan ...

Thursday, January 12, 2012

Happy Besday to me



Alhamdullilah syukur kepada nikmat yang telah diberikan olehNya. Today is mummy's besday. "Happy besday to mummy, happy besday to mummy, happy besday to mummy, happy besday to you". Waduhhh, pejam celik, pejam celik ... dah bertambah lagi satu angka. Well, age is just numbers, dont think much about the numbers, yang penting kita sihat walafiat dan terus murah rezeki. Anak2 dara I, especially Sorayalah, sibuk jugak nak suruh I ciup lilin. "Mummy, you must blow the candles and make a wish or few wishes for yourself". Thanks kakak and adek, mummy nak buat wishes yang best2 jer especially for both of you. And special thks to all my frends for all the besday wishes. It means the world to me that I have frends that are thinking of me on my special day. It filled my heart with joy to read all these wonderful words, prayers and blessings. Setiap ucapan itu umpama doa dan semoga doa2 kita akan dimakbulkan Allah, bukan sahaja untuk I tapi untuk kita semua. Aminnn....

Tuesday, January 10, 2012

Cuti2 di Sunway Lagoon



Balik dari Penang, I bawak anak2 ke Sunway Lagoon pulak. Si kakak beriya2 sangat nak pegi. So memandangkan I masih lagi bercuti dan hari tuh kakak tak ikut I pegi HRH, why not, bukan selalupun boleh bercuti dengan kakakkan. Seronok betul tengok bebudak nih berendam dalam air, langsung taknak naik. Nasib baik ada si Dewi, tolong temankan si kakak main kat team park Sunway Lagoon nih. Kalau harapkan mummy, memang tak berani punya. Next time kita pegi tempat lain pulak okkk....


Thursday, January 5, 2012

Cuti2 Mesia

Akhir tahun 2011, I sempat bercuti "Cuti2 Mesia" di Penang bersama famili dan Mohaini sekeluarga. Tapi sayangnya, cuti ke Penang, Soraya tak dapat ikut atas sebab2 tertentu. I menginap kat Hard Rock Hotel Penang sementara Mohaini kat G Hotel, kat tgh2 town Penang. I memang dah lama nak duduk kat HRH sebab kalau pegi overseas, kami selalu tak lepas peluang pegi HRock Cafe, apatah lagi I memang suka kumpul shot glasses, t-shirts and fridge magnets Hard Rock dan segala bagai from all over the world. Rasanya koleksinya HardRock Cafe I dah penuh satu lemari. Kalau nak dikirakan, memang jauh dari town, pegi balik RM70 tambang teksi, tapi namapun cuti, naklah sekali sekali jauh dari hiruk pikuk bandar. First day sampai, Malina fetch I ngan anak2 kat airport. Kami pegi makan lunch dan malam pulak keluar lagi pegi makan pasembur dan laksa di Epslanade. Memang best tambah2 Kole belanja. Bila lagi nak rasa Kole belanjakan. The very next day, memang I ngan anak2 berkubang dan berkurung kat hotel jer. Mula2 cadang nak pegi Penang Hill tapi sayang betul nak tinggalkan bilik hotel. Bukan apa, bayar mahal2, duduk bilik 20 minit jer, baik ambik bilik biasa. Alea ngan Dewi apa lagi, berkubang kat pool dari pagi sampai tengahari, balik makan kejap kat HR Restoran, lepas tuh sambung balik mandi. Petang pulak pegi tepi laut, tengok orang main jet ski dan berparachuting and malam ke pasar malam Batu Feringgi. Insyallah, next year, mungkin kami akan ke Universal Singapore pulak, kalau ada rezeki lebih. Di kesempatan ini, I ingin ucapkan terima kasih banyak2 pada Kole, Malina, her SIL Ayu yang bersusah payah fetch dan hantar I ke hotel, anak2 saudaranya Erina dan Ariayanna yang boleh berkawan ngan Alea. Thanks Kole sebab belanja kitorang makan ... next time bawak we all pegi makan kat proper restoran pulak ok ...

Wednesday, January 4, 2012

Tawakal, itu yang penting

Dah banyak kali I dengar, "dont trust maids, jangan percaya sangat kat dorang". I nak tanya balik to these people, what more can we do sebab kita wanita bekerja yang memang bergantung sepenuhnya kat maids. "Kalau tak caya kat maid, ko nak kerja kat rumah aku ker, cakap memang senang". Kalau asyik tak percaya kat dorang nih, macam mana kita nak pegi kerja, tinggalkan anak2 untuk cari rezeki. Dalam zaman moden yang serba mahal nih, tak boleh bergantung kepada satu pendapatan jer. Nak taknak, percaya atau tidak, "tawakkal jerlah, itulah yang mampu kita lakukan". Pesan arwah my ayah, "walau sekaya manapun kita, sebagai seorang perempuan atau isteri, selagi boleh kerja, kita kerja, cari duit sendiri untuk simpanan masa depan. Nasib kita masa depan belum tentu lagi macam mana". Sekurang2nya, apa yang kita ingin beli ataupun impikan, tidak perlu meminta2. Berbalik pada maids nih, kalau ikutkan ejen2 yang berpengalaman yang pernah I berborak, the first thing they wud said, "You must remember, this maids especially from Indonesia, mereka datang sini bukan dengan dada yang kosong, mesti ada ilmu, sekurang2nya ilmu pendinding diri, maklumlah nak bekerja dengan orang, anything can happen and certainly, they have to be well prepared. I dont think their parents or husbands will let them go just like that". Rasanya tak salah, kalau kitapun kalau nak bekerja kat tempat orang, sedikit sebanyak, kita pergi berbekalkan dengan ilmu, bukan "pegi buta tuli" jer. Part maids nih, tak kisahlah dorang nih ada ilmu ker tidak, janji boleh buat kerja dan sama2 melindungi rumah yang mereka tumpangi. Alhamdullilah, I dapat maids semua ok. I layan dorang macam sedara sendiri dan sekiranya mereka nak membuat onar ataupun melaga2kan I dengan orang lain, hanya Allah yang maha mengetahui dan akan membalasnya. Terus terang, I bukannya malaikat, yang tahu hati budi orang. Contohnya, macam Dewi, takkan I tak boleh trust dia lagi, dan enam tahun dengan I. Dialah yang menguruskan segala2nya di dalam rumah tuh sehinggakan homework Aleapun I bagi direction thru phone, dialah yang tunjuk dan buatkan. Itu belum makan pakai lagi, urusan dalam dan luar rumah, gotong royong, beli groceries, ganti lampu, betul paip (ala2 handyman) dan sebagainya. Paling penting, sembahyang tak tinggal, mengaji dan mendoakan sama kesejahteraan rumah I. Memang pada I, maids memang penting sebab kerja I bukan macam orang lain 9 to 5. I kerja tak tentu masa dan anak2 lebih banyak duduk dengan maids. Maids yang teman dorang berbasikal dan bermain sekitar rumah. So, nak taknak, I memang kena percaya jugak2 dengan maids. Part2 beli barang kemas or bawa maid pegi holidays, itu adalah sebagai "token of appreciation to them". Doa I, segala kebaikan dan layanan baik untuk maids I itu janganlah dibalas dengan kejahatan, itu saja dan I tak minta lebih daripada itu. Kawan2 I pun tahu macam mana I layan maid I walaupun ada sorang maid I sebelum Dewi pernah mengadu kat seseorang yang I layan dia macam binatang ... aduh subhanallah...bila masa pulak I buat dia cam gituh sebab "most of the time" memang kat ofislah tempat I dan uols nak tahu alih2 harituh ada sorang ejen call and cakap maid yang kata I layan dia macam binatang tuh seboleh2nya nak kerja dengan I balik, taknak dengan orang lain. Kat situ jer Allah dah tunjuk, mana yang betul dan mana yang tak betulkan. Dan untuk tahun ini dan tahun2 seterusnya, I sentiasa berdoa kepada Allah, agar dipermudahkan segala urusan I seharian. Aminnnn.... Dan, sekali lagi I tegaskan, maids yang datang kerja kat Malaysia nih, bukan datang kosong, jadi terimalah hakikat yang mereka ada sedikit sebanyak ilmu dan pendinding diri mereka sendiri seperti mana juga kita ada untuk perlindungan diri daripada benda2 jahat ....

Tuesday, January 3, 2012

Lawak...lawak...lawak

Pagi new year 2012, I brekfast ngan Mr Presiden LOTR Jasni n wifey jelitanya Roza beserta ngan anak2. Tujuan utamanya ialah memberikan dua bungkus muruku yang sepatutnya diberikan pada raya haji tahun lepas tapi tak berkesempatan. Bukan apa, memang dah janji nak jumpa sebelum2 nih tapi kami dua2 sibuk n Mr Presiden pulak senyap2 telah terbang ke Amsterdam untuk bercuti ngan another frend of mine, Cekgu Razak Treng dan menginap di rumah another frend of mine yang kini bertugas di Amsterdam, Mr Rosman. Best betul korang. Takpa, next time geng2 Secret 5 pulak yang akan berholidaying ke overseas. Anyway, finally, muruku Bonda yang dikirim Ms Malina 2-3 bulan lepas udah ler bertukar tangan. Kami later berChawan di Chitta Mall. Biasalah I, kalau nak jumpa mana2, mesti make sure tempat parking kereta berlambak n dekat ngan rumah I. Maklumlah I nih takda GPS, asyik sesat melarat jer. Kami berborak sakan sampai citer2 drama Melayupun boleh jadi topik. Kebetulan one of our coursemate penulis bagi satu citer drama nih yang baru jer abih kat TV. Nak tau, dengan bangganya I pun cakap kat Jas, "U nak tau, I selalu juga berbalas2 komen ngan APW nih di FB, anak dia main boling. Sekarang nih dia kurus abih". Jas nganga kejap tapi kalau lalat terbang, harus boleh masuk mulutnya, "U biar betul Azlina, si APW nih mana ada FB. I selalu call dia jugak tapi dia selalu sibuk". Betul ker Jas, abih yang I dok berbalas2 komen tuh ngan sapa. "U baik check ...NO NO NO... not she, oh tidak, oh bukan ...mana ada.. dia single lagi...memang dah kurus...dia tak suka FB...takda masa nak entertain orang...bla...bla...blaa". And, memang harus betul, balik rumah, terus check and si minah nih, dari sipi memang mcm ropa APW, sejibik, takda kurang, takda lebih, cuma bila tengok tang profil tuh yang jelas2 bukan kawan I. Dia belajar kat UUM n much more younger than us ... kwang...kwang...kwang... macam mana I boleh terfren ngan dia and mati2 I ingat si APW tuh...

Happy New Year 2012



Well terlambat sikit nak buat entry new year. Anyway, Happy New Year 2012, everyone. Semoga kehidupan kita akan terus diberkati dan mendapat keberkatan daripadaNya. Azam I untuk tahun ini ialah untuk mengurangkan berat badan (I ni taklah gumuk sangat tapi kalau kurang berat, maka kuranglah tahap kolestrol I ni), sentiasa berfikiran positif dan berbelanja dengan berhemat dan berhemah. Bak I cakap kat my anak2 daras, "ada buat cara ada, takda buat cara takda, bukan mummy tak mampu, tapi kita belajarlah belanja berpada2 dan mengikut kemampuan diri'. Semoga tahun ini akan turut mengeratkan lagi hubungan I dengan anak2 sebab itu jerlah harta yang I ada. Aminnn.....