Monday, February 27, 2012

Cantik luar dan cantik dalam

"The beauty of a woman is not in a facial mode, but the true beauty in a woman is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives and the passion that she shows. In other words, people are like stained-glass windows. They sparkle and shine when the sun is out but when the darkness sets in, their true beauty is revealed only if there is a light from within..."

Thursday, February 23, 2012

FB

My frend selalu tanya I samada I selalu layan or online FB. Jawapan I semestinya "yezza". Online, tak semestinya mengadap 24 jam benda tuh tetiap hari. Dah kerja I dok tengok komputer, termasuklah Ahad, sudah pastilah I akan log in ke FB I. Selalunya, I "parking" jer kat bawah tuh and continue ngan kerja2 seharian. As n when, kalau kerja hakiki dah beres, I akan skodenglah FB tuh and baca comment2 yang ada ataupun sekali-sekala interframe kenkawan punya wall. Seronok tahu melayan kenkawan nih. Yang penting, kita happy, kenkawanpun happy. Kita nih manusia, bukannya robot, so, apa salahnya kalau kita boleh happy and release tension dengan cara tuh, go aheadlah, ho harm what. Kita bukannya kacau orangpun. Itulah kenkadang I pun heran, ada spesis yang kejap activate, lepas tuh diactivate balik, activate and lepas tuh diactivate balik, baik delete terus jer. My conclusion satu jer, nak attract attention orang lain. Itu belum yang update status sendiri and kenkawanpun komenlah bertali arus....tup2 dipadamnya. Dahlah tak reti appreciate kenkawan, diri sendiripun nampak tak berpendirian, penat kenkawan mengomen. Satu lagi, jenis yang paksa diri kononnya nak refrain from FB berhari-hari tapi sebenar2nya "itulah cara menghiburkan diri", mengapa nak seksa diri??? Orang tak angkat potlah ... you ada ker or you takde ker, unless you yourself yang war2kan. For me, kau nak cakap apapun, cakaplah, I rasa nak write something on my wall or nak comment or menglike ker, I go ahead sebab I enjoy doing it ...

Tuesday, February 21, 2012

Khasiat Cekelat

Me n my anak2 daras Soraya and Alea memang suka makan chocolate Royce nih. I selalu beli kat Tropicana Club. Harga RM45 tapi kalau I beli kat situ dapat 10 percent diskaun sebab we all member kat situ. Memang parah kalau beli, sebabnya tak sampai 10 menit dah abih semuanya. Selalunya, I beli sorang satu, kalau tak memasing dok berebut termasuklah mummy sekali. Ramai yang kata cekelat hitam nih elok dimakan. Telah disahkan bahawa antioksida yang terkandung dalam coklat adalah saling berkait dengan kesihatan tubuh badan, antaranya:-
-Mengurangkan risiko mati kerana sakit jantung
-Memperbaiki fungsi sel endothelial
-Memperbaiki sistem perncernaan dan buah pinggang
-Mengurangkan tekanan darah tinggi
-Peningkatan yang bagus dalam pengaliran darah
-Flavonoid yang terkandung dalamnya digunakan untuk merawat anemia, buah pinggang dan kurang selera makan
-Terdapat dua jenis flavonoid iaitu cetechin dan epicarechin dimana ia mampu merawat simptom - simptom kanser. Dan kandungan dalam coklat hitam adalah 3 kali ganda yang terkandung dalam teh.


Coklat hitam juga menjadi pilihan yang bijak untuk sumber copper dan magnesium dimana ianya perlu dalam mengawal jantung berada dalam kiraan degupan yang normal dan untuk mengawal tekanan darah. Namun harus diingat memakan coklat hitam dalam jumlah yang banyak adalah tidak bagus kerana ia mempunyai jumlah lemak dan kalori yang tinggi. Sebab itulah coklat selalu dijadikan makanan tambahan untuk mereka yang melakukan aktiviti lasak, jadi kalau anda ingin pergi mendaki gunung contohnya jangan lupa bawa coklat. Coklat hitam turut mempunyai kafein di dalamnya, jadi makannya berpada - pada. Jangan dimakan sebelum tidur kerana kamu pasti akan segar semula. Selain dari itu dalam kajian terkini, coklat hitam turut boleh mencegah risiko kerosakan otak selepas mengalami strok.

Baby Ipin

This is baby Ipin. He is now undergoing a treatment for an infection before having a brain surgery following an accident where he fell off his father's bike and was flung onto the road. Now he is less than two months old and prone to fits. My heart goes out to this boy. Please pray for him. His parents are indonesian workers taking care of the rusa at my parents place in Cheras. Ipin is now at HKL and the parents are thinking of taking him out because they cannot afford treatment. I rasa nak muntah sebab kesian.

by: Sheila Hambali


P/S: I ambik dari wall FB my friend. Kesiankan kat baby nih. Sesapa yang nak hulurkan bantuan boleh sms I. In a meantime, kita tolong doa sahaja untuk kesihatannya...aminn....

Thursday, February 16, 2012

No more excuses

Kalau cerita kat orang, memang orang pelik, tak percaya dan tertanya2 tetapi benda nih memang betul dan sahih. Percaya tak kalau orang lain berebut2 and excited sangat nak pegi overseas assignment tapi I pula seboleh2nya menolak ataupun dalam hati "janganlah bagi kat aku" ataupun "bagilah kat orang lain, tolonglah janganlah aku kena pegi". Yang bestnya, masa bos dok cari mangsa nak pegi, memasing tiba2 jadi cengkerang. Badan nih kalau boleh dikecutkan, memang harus kecut punya, sebab taknak bagi bos nampak. Sebenarnya, bukan susah sangat pergi assignment overseas tuh tambah2 trip semua orang dah organisekan. Dari mula jejak kaki kat airport kita sampailah ke pintu bilik hotel negara yang dikunjungi, semua dah disettlekan. Kita cuma bawa beg dan diri jer pegi dan paling penting tape recorder, yerlah nak buat report, kenalah pakai tape recorder, takut tak tertulislah pulak. Kalau nasib baik, travel bisnes class lagi. Weyy, setakat nak pegi sendiri, tak mampu nak travel bisnes class. "ko ada mampu?". Dahlah pegi sana "orang tanggung makan minum berak cangkung", dapat pula elaun dari ofis, kiranya boleh buat duitlah untuk shopping kat sana kalau nak. Seriously, I memang tak teringin langsung nak pegi tapi I betul2 "tabik MassComm" kat one of my collegue. Dalam sakit kakipun, dia still bersemangat nak pergi Paris and London, buat coverage our minister. Rasanya, bospun dah bengang dengan I. Last year jer, I disuruh pergi Tokyo, New Zealand and China and this year Sydney and paling latest Qatar and Dubai. Ingat lagi harituh bos besar panggil masuk bilik sebab katanya I dah lama tak keluar negara. Bos siap stress lagi "next trip, you like it or not, you kena pergi". Oh tidakkkkk, tolonggggg ... apa alasan yang harus I bagi ....

Monday, February 13, 2012

Berusahalah demi anak

Pasai apa yer, sejak dua tiga hari nih, rasa sedih jer. Agaknya, bila semakin matang, tambah2 dah jadi mak2 nih, hati nih rasa cepat sangat tersentuh, cepat sensitif. Harinih pulak, terbaca newspaper tentang seorang bapa yang begitu terdesak untuk membeli susu anaknya yang berusia dua tahun tergamak menculik seorang remaja 14 tahun sebelum membebaskannya tanpa sebarang kecederaan. Mintak duit tebusan RM50,000, tapi lepas negotiate dapat RM2000 tapi bapa tuh cuma ambil RM1,000 dan bakinya diserah balik. Kesiankan, I dapat bayangkan wajah bapa yang tak keruan itu. Harga susu yang 1kg tupun hampir cecah 50 hengget, dah terdesak sangat, tak tau nak cekau kat mana, itu yang kidnap orang tuh. Itulah kasih bapa kepada seorang anak, belum lagi kasih ibu kepada anak2. Paling tersentuh, bapa tuh siap lagi menghubungi keluarga remaja yang diculik untuk mengucapkan terima kasih dan mintak maaf. Sedih...sedih sangat. Rasanya, kalau I tahu kat manalah family miskin nih tinggal, harus I pegi, bawakan susu dalam 3-4 tin. I bagipun sebab kesian kat anak tuh dan si bapa/emaknya pulak, cubalah cari kerja sebab sampai bila nak jadi macam gituh. Ini baru susu anak, belum lagi cakap pasal sekolah dan belanja lain lagi. Entahlah, part anak2 nih, cepat betul sensitifnya. Biar kita tak makan asalkan anak makan, biarlah kita sakit, asalkan anak tak sakit, so I dapat rasa mcm mana susah hatinya bapa tuh bila anak kelaparan. Memang duit tidak boleh membeli kebahagian tetapi duit ini penting untuk kehidupan seharian. So, parents yang susah sangat tuh, sebenarnya hidup tidaklah sesusah mana kalau kita berusaha. Buat apa sahaja kerja asalkan halal. Pada I, tak payah hidup mewah2, ala kadarpun sudah mencukupi asalkan kita tak terbelenggu dengan apa2 masalah ataupun hutang piutang. Insyallah, ulat dalam batupun boleh hidup, apa tah lagi kita manusia yang diberi akal untuk berusaha. Rezeki ada di mana jua .... insyallah....

Saturday, February 11, 2012

Nostalgia from the past

Semalam, I berborak lama dengan kawan baik I. We talked about a lot of things especially during our college time. Banyak sweet as well as bitter memories. Kalau diingat balik masa zaman2 muda rumaja dolu2 kala, memang best..."oh, how we wished we can turned back the clock". Aduhhh mana boleh, tapi eloklah tak boleh, nanti ntah2 apa2 pulak yang we all buat balik. We were talking on how unfamousnya we all, sebabnya, takda pulak sesapa nak tackle we all masa tuh. Mungkin ada kott tapi we all yang tak tahu, jual mahal or they were not really our taste. Hehehe... perasan juga tuh. Tapi yang bestnya kawan I nih, dalam diam2, dalam tak femespun, she had something worth to remember from the past. I dengarpun "macam terkezut badak" kejap, tak sangka you, kelazz gituh. And another frend of us pulak, we "tabik spring" abih kat dia, sebabnya, rasanya half of the boys' student our batch minat kat dia, itu belum lagi senior, junior or bebudak course lain. Well, itu rezeki masing2 and now everyone moves on. Masing2 dengan hala tuju masing2 dan bahagia dengan kehidupan memasing. Tetapi dalam bercerita pasal kisah dolu2, kenkadang ada benda yang kita tak tahu akan terkeluar sedikit demi sedikit. Yeppp, ada sesuatu yang buat I rasa betul2 terasa hati....

Cant agree more...

Hihihi ... setuju bebenor teman ....

Wednesday, February 8, 2012

Mummy's love

A mother's love for her children is like nothing else in the world. It knows no law, no pity, it dares all things and crushes down remorselessly all that stands in its paths. Some are kissing mommies (I lah tuh) dan some are scolding mommies (I jugaklah tuh), but it is love just the same ....

Kita cuma insan kerdil

Kita cuma insan kerdil, bukan malaikat, bukan nabi, bukan rasul. Sekuat manapun kita, ada kala kita akan merasa sedih. Tidak salah untuk menangis dan bersedih, kalau itu boleh memberikan ketenangan:

"Ketika hati seorang Muslimah terluka... Dia akan menghapus air matanya dengan imannya...
"Ketika hati seorang Muslimah terluka...Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya...
"Ketika hati seorang Muslimah terluka...... Dia meneruskan harinya dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya...
"Ketika hati seorang Muslimah terluka...Dalam redha dia memohon keampunan dari Penciptanya."

Ya Allah, berikan aku kesihatan yang baik, murahkan rezeki dan permudahkan perjalananku dan keluargaku. Aminnnn....