Saturday, June 30, 2012

KaRaOKeing SeSSion with The SpiCE

Besides juggling between work and family, of course I also have to "pamper" myself once a while. Taraaaa....karaoke session with the Spice. Bukan senang for us to kumpul ramai2 cam ginih. Dah jadi tradition, is a "must thing" for us to celebrate frens' besdays. Biasalah "port rasmi" ialah bilik karaoke and kat situlah masing2 akan melepaskan bakat terpendam yang lama terendam. Kali nih besday girls are Afida, Emma and Liyana. Happy Besdays girls ... semoga panjang umur dan murah rezeki selalu....

KiDzaNia Wif d KiDs...

Ini sebenarnya masa cuti sekolah harituh. Bukan senang nak spend quality time with my gegirls -- Soraya and Alea. Itulah, my kechik selalu cakap, "mummy, you always work, work, work" and of course I do feel guilty tapi nak buat camner dah kerja I cam gituh, tak macam kerja orang lain. Anyway, this time around, we went to Kidzania, nearby our house jer. Fuhhhh...letih wa cakap lu, almost five hours dalam tuh and ramai pulak bebudak lain, boleh pengsan dibuatnya tapi herannya, the girls were so energetic, lari sana, berambat sini...non-stop, tak tahu letih langsung. Itulah, whatever it is, any mummypun mesti happy kalau tengok anak2 dorang happykan. To kakak and adik, nanti kita datang sini lagi ok ...



Wednesday, June 27, 2012

HaPPy BeSdAy My LiL' DaRliNg

How time flieskan...From a tiny-mini little pre-mat born baby girl, weighing around 2.7 kg (consider besarlah juga for a pre-mat baby), she turns 6 yrs old today. Happy Besday my besday gegirl ...mummy and kak yaya will always love you...muah...muah...muah. For this year, Alea asked for two besday cakes, one, to be decorated with her fav cartoon, BoBoiBoy and the gang and the other other one, a simple plain chocs indulgence from Secret Recipe. Goodies for her Smart Readers' frens pula only her fav chocs, no need all those fancy mancy toys. Why she asked for two cakes? As simple as this because the one with Boboi is for blowing candles purposes sebab sayang nak potong and the other one untuk makan2 with frens. Pandaikan anak dara I ni. Macam tahun2 sebelumnya, besday disambut di sekolah jer, senang and dah confirm semua kawan2 ada and paling penting si kechik happy. Oklah, for besday present pula, as usual mummy will take her to Toys R Us and she will choose whatever she wants, regardless what the price will be. And from papa pulak, si kechik akan dibawa for a day trip to Singapore Universal Studio ... fuyooo, first class treatment from papa. So untuk Alea, sekali lagi, "Happy Besday sayang lilttle darling from all of us ... we love u thousand2 milion2 times, forever and ever....cupppp...cupppp".

Monday, June 25, 2012

Kenangan Terindah...

Fuhhhh....lama sungguh akak tak hapdate blog nih. Sebenarnya I baru balik dari kursus "Web Journalism". Rasa2nya sepanjang I berkhidmat sebg penjawat awam (fuhhh...kelas tak ayat2 I tuh), tak pernah rasanya pegi kursus sampai dua menggu. Dua menggu wa cakap lu ... bukan dua hari lorrr. Kalau sesiapa yang tak tahan, boleh mati kutu dibuatnya. Tapi, alhamdullilah, tak tahu camner, we all semua (yg bergambor kat atas tuh) boleh survive n memasing sihat walafiat lagi. Apa taknya, sepanjang kursus, makan "on time" jer, tak lebih, tak kurang semenit, "wajib makronah".  Asalnya, kalau ikutkan bahagian latihan opis I, dorang cakap dua hari jer, tapi bila dapat surat, alih-alih dua minggu, tak "terkozut beruk" dibuatnya. Anyway, I pun pegilah juga dengan hati yang "mahaberat" sekali. Tapi best jugak sebenarnya, adalah chan balik rumah awal sikit daripada biasa, bolehlah I nikmati matahari di waktu petang. Ini tak, asyik2, bila balik kerja nampak bulan dan bintang jer. Group kursus kali nih memang best. Oklah, let me perkenalkan satu persatu. Kita mulakan dengan Encik Zaki  (Tok Penghulu aka ketua kelaslah),  Encik Azman (very typical Maths teacher), Encik Azmi (I anggap dia macam my late father. Memang very the fatherly, seronok berborak ngan dia especially part2 ugama), Shadiqin (budak mental yang tak berapa nak betul tapi kreatif), Firdaus (sentiasa ada hujahan yang mahu dilontarkan setiap kali dalam kelas), Sharul (kawan baik artis weyyy..., selalu rub2 shoulders dgn artis tersohor macam Sheila Majid. Uol shud read his blogs very interesting, tak silap I, nama blog dia Cantik kerrr and Sengkak), Azizah (Ratu gadget sebab dia nih expert part2 phone n IT), Marina (the first Malaysia woman yang berjaya takluki Gunung Everest in 2007. Interesting kan tapi I pun baru tahu, sorry yer Marina), Kak Salmee Suhana (otai kat RTM n a very soft-spoken lady), Sinar Suria (no..no...no, takda kena mengena dengan Dang Suria ok), Noraini (emmmm....orang kuat Berita RTM), Cik Kody (baik sangat dia), Massita (I selalu heran camner minah nih selalu terlepas kat pondok pak guard, relaks jer dia masuk takyah pakai visitors card)  and last but not least Shamila Tagore (our ratu tidor dari Penang and selalu datang lambat one tapi padahal duduk kat asrama, sebelah bangunan kelas jer). Para pengajarnyapun best, Dr Rahmat Ghazali yang selalu over excited and ada saja benda yang nak diceritakan and Prof Amirul yang sentiasa cool especially with those yang tak berapa celik IT (I lah tuh, mintak maaf yer semua)....Anyway, thumbs up for both of u sebab buat we all langsung tak mengantuk masa dalam kelas. Insyallah, panjang umur, di lain kursus kita jumpa lagi....

Wednesday, June 6, 2012

Hermes oh Hermes

Harinih nak citer sikit pasal handbag. Handbags memang kegilaan orang2 pompuan. Takyah orang lain, I sendiripun and one of my S5 fren Mem Mohaini aka "Ratu Segala Handbags", memang giler abih kat handbags nih. Benda lain kalau rega seribu ringgit kat atas tuh, rasanya macam dah mahal sungguh, tapi bila sampai kat handbag, tanpa ragu2, tanpa perlu berfikir panjang ....zuppppp....terus jer sign kredit kad ..."biar pape asei bergaye". Memanglah bila balik rumah tuh, termenunglah kejap, letak tangan kat dahi kununnya tapi kejap jer, I repeat, kejap jer. I ok lagi, handbags I memang tak lebih dari dua hebu hengget tapi Mem Mohaini ....harga handbag dia, mak datokkkk...abih gaji sebulan I, wa cakap lu...

Anyway, hari nih I narrow down to handbag Birkin Hermes yang memang "maha mahal". Uhhh...rasa hidup balikpun, I takkan beli, biarlah akak pakai Coach jer yang sekrg nih bersepah2 orang memakainya dan secara tak langsung menunjukkan betapa murah sangat Coach pada masa nih...nak buat camner itu jer yang akak mampu. For those yang tak tahu asal usul Hermes, ini ada sikit backgroundnya yang I ciluk kat wikipedia - Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).  Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai dan dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga enam  tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.

Nak tahu pasal apa, tetiba I teringat kat Birkin Hermes nih? Harituh, masa I gi outing ngan anak2 dara I ke KidZania, I queue belakang this couple. Tahu ajelah, dalam dok menunggu lama tuh, mata nih "jahat" sikit, suka sangat melilau sana sini dan berkebetulan terpandang kat handbag minah kat depan I. Dah kaki handbaglah katakan, so mata nih mestilah nak jugak2 tengok apa brand handbag yang minah nih carry. First2 sekali, I nampak some sort like keychain with the letter H tergantung kat handbag tuh and I tau itu memang Hermesnya design. Siap ada corak2 rimau lagi kat hbag tuh. Wwowww...telan liur kejaplah akak sebab kalau tengok minah ni biasa jer tapi bawak beg Birkin Hermes wa cakap lu....nangis Mem Mohaini kalau tengok. Tak puas hati jugak tuh, mata nih nak juga membelek dan paling tak syedapnya ... mata jahat ni terpandanglah kat tali handbag tuh. And kali nih, bukan saja, I, Mem Mohaini akan menangis tapi tokeh Hermespun boleh meraung sakan ...."Oh tidakkkkkk....tali handbag minah tuh dah terberetas benangnya dan sahlah bukan yang ori punya". For this minah, I can understand, mungkin diapun tak mampu macam I tapi sekurang2nya jaga your standard, janganlah tunjuk kat orang lain yang benda tuh imitation, so buat sedaya upaya yang ia sestandard yang ori punya, sampai pplpun tak tahu nak bezakan. Tapi kalau dah terang-terangan tali begpun terkeluar2 benang, tak dapatlah den nak nolong. As for me, insyallah, setakat ini, kalau tak mampu, I buat cara tak mampu dan takkan sekali2 pakai yang imitation punya walaupun gred AAA...rolling jer handbag yang lame2 tuh ....

The Spice n Friends


Well, these are all my bowling frens. I have two group of frens - frens kat office meant kat ofis jer and frens kat luar, mostly they are bowlers like me and our "lepaking" time ialah every Friday nites, sebabnya malam tuh we all ada WBC league. My team "The Spice" -- Kak Ani (our strict kapitan yang selalu monitor our games, right from the scores to the attendance), Pah (ratu gelak sedunia, kalau ketawa, mengalahkan kak ponti, tak penahnya serius), Jam or JJ (one determine person ... if she already sets her mind to win, she will definitely strive to win and of course collect our betting money, but later she will belanja us for teh tarik, no kedekut one), Liza (one sempoi tomboy), Emma (will always be there to support us eventhough she dont bowl), Liyana ( one sweet and soft girl) and last but not least Anida ( the wifey to the popular actor Arash). We also mingled around with other bowlers like Mejar Nana, Roza, Ayang and many otherslah (kawan2 berkaraokeing - I did join them for karaoke but lebih kepada backup singers). Most of my frens nih kaki karaoke juga. By the way, join WBC nih best sebab kita tak penah sunyi and always involved dalam banyak fun2 tournament, menang kalah tak kisah tapi kalau menang, itu sudah kira bonus. To tell  the truth, I memang tak ramai kawan tapi these are the frens yang ada masa I susah dan masa I senang, insyallah....

Jom gelak kejap ...

Now we know why Spider-Man, Hulk and other superheroes dont answer our questions on FaceBook or write comments on the blog. Hahahahaha.... (credit to Yahoo.Malaysia)

Serba-salah

Cakap salah, tak cakap salah. Nak cakap, dah sah-sah, memang tahu segala hukum-hakam, warak lagi, sembahyang tak tinggal, itu belum puasa, segala puasa sunat serta wajib. Patutnya tahu2 sendirilahkan dan tidak perlu diberitahu. Kadang2, bila Allah uji kita dengan segala kemewahan, kita jadi lupa segala2nya, kita jadi takbur dan kita terus rasa Allah sentiasa sayangkan kita tapi sebenarnya itu ujian, ujian dari segi kemewahan agar kita ingat kembali kepadaNya, tidak kira dalam waktu susah ataupun senang. Betullah, kata2 cerdik pandai, sesungguhnya manusia itu mudah lupa....Itu sebabnyalah juga manusia ini dibahagikan kepada empat kategori:

1. Orang yang berilmu yang tahu dan dia tahu apa yang dia tahu;
2. Orang yang berpengetahuan tetapi dia tidak tahu apa yang dia tahu;
3. Orang yang tidak berpengetahuan dan tahu dia tidak tahu; dan
4. Orang yang tidak berpengetahuan tetapi dia tidak tahu apa yang dia tidak tahu.

Tuesday, June 5, 2012

KakAje vs Skodeng n Blogging

For uolsnya information, I kena create a new blog "Skodeng n Blogging" so that I boleh eksportkan semua entries dalam blog Kak Aje nih ke blog baru gunakan address gmail. All these while, blog KakAje, I guna emel ofis and according to those experts, in case, esok2, kalau I no more working here, emel ofis I akan dimatikan dan secara tak langsung, all the entries kat blog KakAje akan "ghaib ghuyub" begitu sahaja. So, untuk menyelamatkan keadaan, baik dicreate awal2. Blog "Skodeng n Blogging" tuh, sama jer isinya, sebab tuan tanahnya sama. Walaupun ada satu blog baru lagi , I lebih tumpukan kepada blog KakAje jer sebab susahlah nak monitor sampai dua sekali. Mungkin sekali sekala jerlah I akan terjah blog "Skodeng n Blogging" I tuh. Camnerpun, continue jerlah skodeng blog nih, happy reading dan jangan confuse2 tau ...