Saturday, July 27, 2013

Naughty little gegirl


My naughty little girl...mau pegi bukak posa with kawan2 mummy....

Monday, July 8, 2013

Reunion with ex-MGSians

Wahhh....syoknya, after almost 28 years, kami alumni MGSKL adakan reunion... semuanya maintain vogue......

Thursday, June 27, 2013

HaPPy 7th BeSDaY RaJa ALea

My pre-mat baby, born in Gleaneagle Hospital, under the supervision of Datuk Dr Nik Hussein and today she turns 7. Happy BurstDay sayang ......

                                   
                                     
Birthday cake 'One Direction' for Alea, goodies from 'The Cocoa Trees' for her PI Edison friends n last but not least RV cake in the jar for the teachers. Happy Birthday my darling. U turn 7 today and mummy will always love you...muah...muah...muah, dunia dan akhirat — at Sri KDU Primary School
Besday cake "One Direction" nih ditempah di Aqish Sweety Desserts .....  cantik dan syedapppp....

Monday, June 3, 2013

IKLAN Colgate

Inilah iklan colgate. Kak Yaya tayang gigi ....

Insaflah wahai manusia...

Hidup dan mati adalah fitrah alam.Setiap yang bernyawa pasti merasai mati begitu jua manusia.Kematian selalunya mengundang rasa insaf dijiwa manusia apatah lagi kadangkala keadaan manusia itu mati seakan menggambarkan sesuatu yang menakutkan.Antaranya ada yang mati dengan mata terbeliak dan mungkin hadis dibawah menceritakan sesuatu yang perlu kita renungkan bersama.


Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”

Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?” Jawab mereka, “Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.” Sabda baginda lagi:”Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.”(Muslim)

Huraian

Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan “husnul khatimah” atau “su’ul khatimah”, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah. Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:”


Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga.” (Bukhari). 


Hadith ini memperingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun begitu dalam meniti saat-saat kematian, adakalanya Allah SWT menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda baik ("Husnul Khatimah") atau tanda-tanda buruk (“su’ul khatimah”) dalam mengakhiri ajal seseorang. Sebab itulah kita diseru agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan yang menggoda tidak kira masa sama ada ketika masih hidup di dunia atau semasa menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini.
 
sumber:http://abadiromeo.blogspot.com

Saturday, May 25, 2013

Beautiful collage from Soraya

This is from my daughters, " Happy Mother's Day Mommy. We love you...you are the best mommy in the whole wide galaxy. And here, we made a collage for you. Love u mommy...muah...muah". — at Tropicana Country & Golf Resort

Friday, May 10, 2013

Hargailah ibu anak2ku...

Very touching...jap...tetiba teringat kat kedua2 my anak daras. Mummy loves both of you girls, ingat tuh dunia dan akhirat. Ustaz pesan, seburuk manapun ibumu, dia tetap ibu sejati, ibu yang mengandung dan melahirkan...

Wednesday, April 10, 2013

Worth Reading

Mudah sahaja: Najib atau Anwar?

KOLUM pertama ‘Skesta PRU13’ (Rabu 6 Februari) bertajuk: Referundum: Najib atau Anwar? Di Kelantan, kesinambungan atau cuba Umno pula? Sepuluh minggu kemudian dan setelah Parlimen dibubar pun pilihan pengundi tidak berubah. Masih simple: Najib atau Anwar? Di Kelantan Pas atau Umno? Soalan ini tidak akan bertukar hinggalah keputusan PRU13 diumumkan. Sudah mafhum?

Media Barat nampaknya bersetuju dengan kesimpulan saya. Kata International Herald Tribune, Khamis 4 April, “Vote could end long rule of coalition built from ethnic-based parties.” Tambahnya, “It’s Najib Tun Razak or Anwar Ibrahim.” PRU13 berkemungkinan menamatkan pemerintahan BN yang lama itu yang tunjaknya adalah parti komponen berasakan etnik. Pas sebuah parti agama (Islam). DAP etnik Cina chauvinis walaupun pada teorinya non-racial; PKR pula parti salad. What’s new? Media Barat, pada keseluruhannya, menjuarakan Anwar Ibrahim dan parti yang kononnya bukan perkauman! Pada mereka DAP bukan perkauman kerana ia inginkan, pada teori sahaja, membentuk Malaysian Malaysia. Pas bukan parti Islam sebenar; ia parti berasaskan agama maka gerakan itu menyokong pembentukan Malaysian Malaysia. Begitu juga PKR. Parti mana yang sebenarnya lebih berbahaya? Yang berasaskan etnik atau agama?

Pada orang Barat dan bukan Melayu, “Melayu /Peribumi/Islam kuasai politik Malaysia.” Mereka bisu seribu bahasa tentang “Cina dan konglomerat antarabangsa mendominasikan ekonomi, kewangan dan Ekonomi Baru di Malaysia”. Mereka – seperti parti yang mereka sokong – boleh membilang bintang di langit tetapi di muka mereka tidak sedar!

Bagaimana pula dengan ketidakadilan yang wujud dalam bisnes, industri dan profesion di mana kedominan bukan Melayu yang lebih nyata itu? Tanya seorang nasionalis yang berjaya sebelum solat Jumaat di masjid Tabung Haji, Jumaat 5 April:
“Benarkah Melayu dominasi politik?”
“It does seem so.”
“Kalau begitu kenapa PM Najib melutut apabila menghadapi tuntutan Cina?”
“It’s good politics. He badly needs Chinese support because we are divided and sub-divided!”
“Menang sorak kampung tergadai; marahkan nyamuk kelambu dibakar?”
“Yes.”
Soal jawab terhenti apabila imam membaca khutbahnya bermaudhuk “memilih pemimpin yang berwibawa, berakhlak, berpekerti dan beriman!”
Waktu makan di Ampang Walk, kami bertiga teruskan dialog yang terhenti tadi. Yang ketiga setuju sahaja, dia seorang arkitek.
(Sumbangannya; “betul, betul!”)
“Cina main politik seperti mereka main catur. Mereka cerdik, ada strategi.”
“Kalau Melayu/Peribumi/Islam tidak berpecah-belah kita boleh atasi demand, tuntutan dan apa pun desakan mereka dan apa strategi pun mereka guna.”
“Wang mereka?”
“Wallahua’lam!”

Walaupun pengundi Cina, pada zahir amat pro-DAP, (bukan Pas bukan PKR), usaha Najib mendekati mereka – terutama yang di atas pagar dan muda-mudi – saya kira menguntungkannya kerana kaum Cina lazimnya realis; mereka tidak sentimental seperti orang kita. Mereka tidak akan masuk tender/bisnes/projek jikalau melakukannya merugikan mereka. Sebab itu mereka gunakan Melayu/Peribumi/Islam masuk tender, beli tanah - terutama di Kelantan. Hatta saya dengar dari sumber-sumber sahih ada yang simpanan wang di Lembaga Tabung Haji melalui sekutu taat setia Melayu/Islam mereka! BN menang mereka untung. Kalau PR menang mereka bahagia!

Orang Melayu, Islam dan Peribumi dalam PR bermain politik jangka pendek sebab itu mereka ghairah, ada ketika agak sombong; gembiranya berkerat rotan, berpatah arang dengan Umno. Cina tidak macam kita. Tentang warisan, heritage: bahasa, sekolah Cina, adat resam dan peluang bisnes dan pekerjaan mereka senantiasa sekata dan sehati! Satu tauladan yang baik Melayu, Islam dan Peribumi mesti ikut. Suka duka PRU13, adalah peluang terbaik PKR memenanginya; juga kesempatan atau lubang terakhir Anwar; pada PRU14 Anwar berusia 70 tahun.

Tuntutan Cina disokong kuat oleh sekutu mereka di luar dan di dalam negara. Membuat demand tidak salah dalam demokrasi berparlimen walaupun tuntutan itu mengetepikan tradisi dan sejarah dan mencabuli Sosial Kontrak asalkan desakan itu tidak amat keterlaluan yang mengancamkan harmoni kaum dan ketenteraman awam. Networking Cina lebar, mega dan amat berpengaruh. Networking dan pengaruh Melayu/Islam/Peribumi lazimnya sempit, lemah dan amat suka berkhutbah, berseminar dan bermuzakarah sesama sendiri yakni kepada kabilah yang sudah setuju dengan tukang syarah/pemimpin/ulama. Yang aneh dan agak menggelikan hati “Melayu Baru” lebih kepinginan, gila-gila mahu jadi ‘Malaysian’ dari Cina dan India kononnya mahu tunjuk mereka sudah “arrived”! Sudah kuat, tidak perlu tongkat dan kerusi roda lagi; daya saing sudah sampai, mengikut mereka sendiri, ke tahap global! Atau malu diklasifikasikan Melayu/Islam? Itu sebenarnya, pada pendapat setengah Melayu lama.

Pilihan di depan kita simple, saya tegaskan tanpa loyar: Pilih Anwar kalau kita sudah sedia, sudah gagah untuk menghadapi politik baru: “It’s all about new politics, development, business, education and employment based on class, not race.” Pengikut PR sudah sempurna sebab itu mereka menerima meritokrasi seperti di Singapura, hurai Speaking. Pilih Najib dan BN kalau kita belum sanggup menerima pemerintahan meritokrasi ala Singapura, kalau belum rela berkongsi kedudukan dan hak istimewa yang dipusakai dan sahih, andainya kita tidak mahu putus-putus menerima bimbingan, bantuan, pembiayaan, sponsorship dan naungan dari kerajaan; jika kita ingin bahasa, agama dan adat resam kita terus dilindungi, dipertingkatkan lagi; kalau kita belum mahu agama dan bahasa kita berstatus serupa dengan bahasa dan agama lain, kalau kita mahu perlembagaan terus dikekalkan, institusi yang wujud akan terus wujud; negara terus makmur, aman dan damai undilah Najib dan BN.

Di Kelantan, nampaknya Pas mampu bertahan tetapi tidak di Kedah. DAP akan terus memerintah Pulau Pinang begitu juga PKR di Selangor kecualilah calon BN di ke empat negeri PR ini memang ‘luar biasa’ maka tidak mustahil satu dua negeri akan tumpas. Sesungguhnya, “politics, especially in Malaysia, are the art of the possible” tegas Speaking. Di peringkat nasional, BN akan menang dengan majoriti yang memuaskan; lebih daripada cukup.

Pilihlah yang telah teruji. Ini bukan masa buat eksperimen, ini bukan waktu acu, cuba dan try. Datuk nenek kita dahulu cuba Jepun kerana tak sukakan orang putih. Bacalah sejarah. Kita hanya baru nak maju sedikit, itu pun setelah 56 tahun merdeka. Mahukah kita ambil risiko dengan sebuah kerajaan yang belum teruji? Yang akan didominasikan oleh DAP? Lebih bijak, lebih selamat dengan BN yang dikepalai Umno.

Thursday, April 4, 2013

Lawak Selingan

Lawak selingan...lawak empat tahun sekali...

Wednesday, April 3, 2013

Reaksi Spontan...

Setelah Mendapat Perkenan SPB Yang DiPertuan Agong Pagi tadi, Perdana Menteri telah membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada kepada PRU13 jam 1135.. Selamat Bertanding Buat Parti yang terlibat dalam PRU13.. "Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang." Semoga Berjaya...Well...I've already set my mind to undi which party ... so yang penting sekarang I dah boleh plan for holiday trip untuk next cuti sekolah...

Happy 13th Besday Kakak

Time flies again and she, from a tiny-mini little baby girl turns 13 (to be exact at 4.44 pm) today. Happy birthday Raja E. Soraya aka Masako (nickname was given by Dylan's mummy, aunty Mohaini years ago)...you've been a blessing from the start, mummy loves you kakak with all mummy's heart. — at Tropicana Golf And Country Resort

Tuesday, April 2, 2013

Yalorr...Lets move on...

Yalorrr...falling down is part of life, getting back up is living...so tunggu apa lagi beb, lets be happy....

Thursday, March 28, 2013

My InTaN PaYunG

Anak2 sekarang nih sentiasa disayangi, ditatang bagai minyak yang penuh. Dihantar ke sekolah dengan penuh kasih sayang. Dipeluk dan dicium bertalu2 sampai naik rimas dibuatnya anak2 ini dan seolah2 macamlah petang or malam kang dah tak jumpa dah. Itu sebabnya, bila tengok drama TV, anak2 diabai kasih sayang oleh parents yang sentiasa sibuk mengejar kekayaan, rasanya tak betul. Parents, macam mana sibuk sekalipun, first2 sekali bila sampai jer kat rumah, kita akan jenguk anak kita kat bilik, cium lagi and lepas tuh check beg sekolah/buku sekolah dan jadual untuk esok. Itu belum lagi, masa petang or siangnya, dok menalipon non-stop kat anak2 ini nak make sure dorang abihkan kerja sekolah dan tak lupa pegi ngaji Quran. Semua ini dah jadi routine tetiap2 hari. Sebelum letak telepon tuh, ucapan "I love you " tuh memang sentiasa meniti kat bibir. Pendek kata, kasih sayang sentiasa mencurah-curah. Untuk kedua-dua intan payung mummy nih ... ingat mummy sentiasa sayang kat both of you, sama rata, takda lebih, takda kurang....

BeSDaY BLasT FoR JaM

Every year without fail, the Spice Gang will be celebrating each of the members' besday. Bulan Januari lepas, my besday, and followed by Jam's. Semalam we all bercelebrate sakan....first dinner kat Hard Rock Cafe, Concorde, later we adjourned to Spice n Dine (also kat Concorde) where Kelvin mainkan piano lagu "Happy Besday" and lewat malam lepak pulak kat CrossRoads with another "Birthday Song" by the group of singers who performed that nite. Pendek kata memang meriah gituh...To Jam, from us the SPice "Happy Besday...stays young forever dan semoga hidup sentiasa diberkati Allah. Aamiin....

Wednesday, March 27, 2013

Tumpang Bangga Kejayaan Anak Buah

PENGALAMAN BERNILAI ... Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Norsyafawati Abdul Wahab, 25, (kanan) bersama juruterbang jet pejuang Rafale, Fabrice "Tom" Valette berjalan menuju ke kawasan pelepasan bagi menaiki jet pejuang tersebut sempena Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi Ke-13 (LIMA '13), hari ini. Syafa merupakan wanita kedua bukan tentera di dunia yang diberi peluang untuk menaiki jet pejuang Rafale.

Wahhhhh Syafa.... akak2 kat sini semua tumpang bangga gituh. Zaman akak cover LIMA dolu2, akak cuma Ratu MOU ajer. Dok ngekor CEO2 dok menyain agreement jer ... tak sempat nak panjat naik kapal terobang....

Thursday, March 21, 2013

Somewhere in Paris

Seriously, love this place... aman dan damai sungguh. Walaupun singgah sekejap jer, tapi memang nyaman. Nampak jer biasa, tapi sejuk beb sampai ke tulang hitam. Emmm...entah bila agaknya nak sampai ke sini lagi. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, sapa yang tahu. Kot2 boleh terbang dengan layanan istimewa dan first class lagi gituh...

Thursday, March 7, 2013

Vocab translation for Alea

Baru darjah satu, tapi subject waduhhh....Ni hah, vocal translation untuk si kechik tu hafal. Bak kata my friend, masa zaman mummy2 sekolah, ni darjah enam baru belajar nih. Itu belum masuk segala projek bagai. Projek pulak, bukannya biasa2...macam2 kena beli. Kena beli stickerslah untuk buat hiasan, kertas kaler2, clay dan macam2 lagi. Bukanlah nak cakap apa, kalau kena parents yang berduit, ok, tapi camner those parents yang biasa2 jer. Kalau bolehlahkan, sistem sekolah kita janganlan stresskan bebudak sangat...kesian kat dorang. Anyway, I aje yang komplen, si Alea rileks jer ... apa tak rileks, semua projek mummy yang tolong siapkan kat rumah (buat contoh), dia lepas tuh kat sekolah, cuma copy and paste balik jer ..

Tuesday, February 19, 2013

Awesome Mums

Wah, ini team Awesome Mums untuk event Benita All Ladies Treasure Hunt ke Melaka. From left... myself, Ruhil Amani, Ibu Kamalaila and Sheila. Nombor kereta we all 17. Join untuk suka2 jer tapi dalam untuk suka2 tuh, dapat jugak nombor enam ... itupun, we all tak jawab the last 10 questions sebb we all tak pegi dua muzium kat Melaka tuh (lupa nama). All the 10 questions tu, jawapannya kena cari kat muzium tuh tapi we all dah penat sangat. Cuba, kalau we all pegi, at least, out of 10, mesti betul 7-8 ker, harus dapat nombor satukan. Anyway...again we all pegi for fun and mungkin next year, baru buat betul2....To all the Awesome Mums...high five and kita memang awesome gituh...

Thursday, February 14, 2013

Jalur Gemilang Di UN HQ

Tempat wajib bergambar ialah di depan opis United Nations. Nampak tak bendera2 yang berkibaran di belakang tuh and salah satu daripadanya ialah Jalur Gemilang kita. Aduhhhh...megah sungguh bendera kita di celah-celah bendera negara yang lain. Ni sempat jugak berjimba kat sini, sebelum ke Paris gituh....

BeRSaLji SalJU lagi...

Still kat Geneva, Switzerland ...salji baru nak turun, sejuk sangat dan masa nih, sempat lari kejap ambil gambar sebelum naik bas gi dinner kat one place. And tempat we all dinner tuh, memang cantik sesangat, cottage2 yang diselubungi salji .... rasa macam dalam pelem. Tapi  yang tak bestnya, tak boleh ambik gambar dari dalam bas sebab salji too lebat. Memang best tempat nih and the Mat Salleh yang host we allpun memang baik sangat...bila lagi nak sampai sini yekkk....semua layanan first class...

Me, in Geneva Switzerland

Wahhhh...sekarang nih, nak gi cuti mana2pun, senang, asalkan ada duit. Cuma, antara hendak dan tak hendak. Tapi, gambar yang di atas nih, bukan pegi bercuti tau, pegi kerja, cover assignment aviation kat Geneva, Switzerland. Best, sebabnya, salji turun non-stop. Dapatlah tengok salji, bila cakap jer, keluar asap kat mulut. Memandangkan pegi untuk kerja dan segalanya berbayar, jadi, tak sompeklah den nak bermain2 salji sebabnya, abih jer kerja, terus kena ke Amsterdam pulak. Tapi apa2pun memang best...mana nak dapat kerja cam ginihkan....terbang pulak bisnes class...

Wednesday, February 13, 2013

My New 3 in 1 Gadget

Ok frens, this is my new 3 in 1 gadget untuk "orang2 malas dok berexercise". Dulu dah ada treadmill tapi lately nih, dah tak berapa rajin nak lari. So, congak2 balik, baik beli "menatang mesin" nilah. Sebabnya, kalau tak, langsung tak exercise, badan pulak membuak2 naik sebab selera makan kian menjadi2. Belilah segala Herbalife bagai, tapi tak jugak kuyus2. Benda nih senang jer nak guna ...ada untuk walking, jogging and running setempat. Sambil2 tengok TV, dah boleh kurangkan 120 kalori dalam 10 menit. So harap2, dapatlah berkurang lemak dalam badan nih ....insyallah...