Thursday, October 29, 2009

Mamee nak "alohkebar"?

"Mamee nak alohkebar (allahuakhbar - sembahyang)?". Sebelum sempat I jawab, mencecet-cecet anak dara kechik I, si Alea sibuk nak cari sejadah, nak bentangkan kat I, siap ngan telekong lagi. Oh, that is so sweet ... sayanggg anak mummy. Memang dah jadi amalan I, setiap kali balik keje, I mesti cakap kat dia, "You wait no, mummy nak mandi, lepas tu nak alohkebar (sembahyang) dulu, lepas tu mummy nak mamam, lepas tu baru kita tengok "Ben-10". And, setiap kali I sembahyang, si kechik ni akan duduklah kat depan I sampai I abih sembahyang ... and memang so cute sangat tengok dia terjelepok kat situ. Amin, sekurang2nya, dari kecik lagi dia sudah didedahkan kepada amal ibadat ini.

I, kalau shift kul 2 petang, selalunya I akan Isyak terus kat ofis, senang, balik jer ... salin baju, basuh muka, lepas tu terus terbongkang atas katil ngan dia tapi kalau shift biasa, abih kul 9 pm, I balik sembahyang kat rumah jer. Cakap pasal sembahyang ni, kat ofis I terkenal ngan sembahyang "two in one". Maknanya, kalau sembahyang Zohor tu dekat2 nak masuk waktu Asar, atau Asar dekat2 nak masuk Maghrib atau Maghrib dekat2 nak masuk waktu Isyak ... sebabnya lepas abih sembahyang satu tu, duduk kejap, tunggu bang dan lepas tu boleh terus sembahyang waktu yang seterusnya. I selalunya "two in one" Asar ngan Maghrib, Zohor sempat kat rumah ataupun I buat awal kat surau. Jangan tak tahu ngko, ramai "geng" ngan akak ni rupanya. Bulan posa, akak baik sikit, boleh pulak tu Asar awal sebabnya Maghrib dah nak bukak posa, tapi "two in one" Maghrib ngan Isyak pulak ... sama jer "wat hasil balik asal".

Cakap pasal bab2 sembahyang/amal ibadat ni, terus terang I memangpun kenkadang cukup, kenkadang tak cukup lima waktu dan itu sebabnya I tak berani nak sembarangan tegur orang "ko tak sembahyang ke, apsal tak sembahyang bla....bla....bla". Itu hak peribadi masing2 dan kita tak patut campur. I pernah tengok ada yang tak puasa sepanjang bulan Ramadhan, "selamba dog jer makan", alasannya gastrik dan takda sapapun menegur so "who am I to tegur-teguringkan". Memang sepatutnya ditegur sebabnya kalau tidak kita disifatkan bersubahat. Terfikir jugak kat benak kepala I ni, kalau tak cuba posa sampai matipun takkan berposa kann...kannn...kann ... senang jer, alasan gastrik.

Oklah, buat apa nak sesakkan kepala fikir dosa orang, dosa sendiripun tak tentu lagi, yang pentingnya I terapkan nilai2 "alohkebar" kat anak2 dara I. Moden2 jugak tetapi amal ibadatpun perlu diutamakan. Yang anak dara I, si Soraya pulak, bila agaknya nak naik Quran, Ikraq tak abih2 lagi ni. Kalaulah rumah Selayang tu dekat and I jenis kerja 9-5, tetiap hari, I hantar jer si Soraya ngaji ngan mak I, rasanya dalam setahun dah qatam Quran, bertambah jugak pendapatan mak I kan...
Seboleh2nya I nak Soraya abih Quran sebelum dia naik menengah, tapi rasanya tak tercapai cita2ku itu ....

Selamat UlangTahun Sayang

Today Oct 29th, is my hubby's birthday. Happy birthday sayang, semoga panjang umur dan murah rezeki. Juga dikekalkan jodoh kita sehingga akhir hayat.
" Hadiah?? Bagitahu aje, jangan malu2, nanti saya belikan, no hal one".
Last year tak salah I belikan hubby beg golf, tahun ni tak tahu lagi. I lebih suka belikan hubby something yang dia boleh guna atau pakai tetiap hari dan bukannya untuk simpan dalam lemari.

Anyway, last but not least, "Saya nak ucapkan Happy Birthday kat awak, one year older, one year wiser. Terima kasih sekali lagi dan yang tidak terhingga kerana selama ini telah menjaga dan memberikan saya dan anak2 segala kemewahan yang ada hari ini. Budi baik awak takkan saya lupakan sampai akhir hayat saya". Cuma satu sahaja lagi, seperti yang awak pernah cakap kat saya, "manusia berpegang pada janji" dan saya harap "berpeganglah awak pada janji2 itu".

Tetiba teringat I pada lagu Imran Ajmain ,"SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG"...

Tuesday, October 27, 2009

Kalung Rafflesia RM15,000 menanti

Kalau ditengok pada mutiaranya, macam biasa jer tapi bila belek reganya, waduhhh ... boleh terjojol biji mata I tengok RM10,000 untuk rantai besar, RM4,000 untuk sederhananya dan Rm1,000 untuk yang cinonit. Yang jantan2 tengok, memanglah, "tak siur"pun, baik bagi cash, banyak benda boleh buat ngan RM15,000 tu. Orang jantan mana tahu "appreciate benda2 macam gini", umpama "tikus tengok labu" jer. Tapi I, kalaulah dapat "harus ku tayangkan pada kenkawan". Bukan apa brand "Rafflesia" tu yang mahal. Kalau sesaja I nak beli, memang "sampai kiamat" pun rasanya takkan I bazirkan duit I tu. Hubby pernah belikan I pearl dari India, kalau tengok betul2, lebih kurang sama je tapi yang Rafflesia ni nampak macam "a bit berkilat".

Oklah, this coming Sunday, is our grand finale untuk bowling ofis I. We all buat kat Sunway Pyramid. Among the prizes, tiga kalung mutiara Rafflesia bernilai RM15,000 and cash almost RM8,000, yang lelainnya pulak microwave, slow cooker, kettle, thermal pot, voucher petrol, hampers and rugby t-shirts.
Tak tahulah, tahun ni, saingan terlalu sengit, ramai yang "so the very terrer merrer", so peluang I untuk dapat "top three" memang tipis sekali. Tapi, mana tahukan, rezeki kat tangan Allah, kot2 I dapat power extra, tetiba jer "tangan keramat" I ni boleh berbowl dengan cemerlang, terbilang, gemilang gitew ... ambik kau....

Monday, October 26, 2009

Perlukah diwar2kan?

Do we have to war2 to people, "Anak saya si anu, si anu tu sekarang ni dah drive Ferrari. Laki dia kaya, ni nak beli (ke dah beli, tak pasti) rumah RM2. juta kat2 Ampang Tesco. Anakpun masuk international school".
"Well, rezeki orang. Lagipun mak bapak mana yang tak kembang kuncup hidung kalau dapat menantu kaya raya, tambah2 kalau menantu dok angkut jugak pegi overseas, travelling first class, driving balik kampungpun tayang kereta besar2 ".

Sebenarnya, masa si pakcik ni mengwar2kan "kekayaan anak menantunya" itu, I tak dengarpun, adik I kebetulan gi kenduri kahwin anak bongsu pakcik ni yang bercerita kat I and masa I gi lunch kat rumah cousin I, diapun cakap benda yang serupa. Makna, betullah tu. Kalau I ada masa tu, sure I "layanz" jer pakcik tu, pujilah apa yang patut, seronok tengok orang dok "kembang kuncup kembang kuncup" ni.

Pada I, simple jer, terpulang. Nak bagitahu boleh, taknak bagitahupun ok. Kalau bagitahu, kita yang mendengar nipun "tumpang happy" jerlah, nak tumpang harta takleh, harta orang, buat apa kita pulak yang nak menyebokkan. Tapi selalunya, orang yang banyak duit ni, orang keliling jaga beb .... jaga sungguh2 gitu. Tapi sebenarnya apa nak herankan, kaya ker miskin, yang penting "hati di dalam senang" sebab kalau banyak duitpun "hati tak senang, tak guna jugak".

Bak kata cousin I, kalau dulu, zaman dia kerja kat Hilton Hotel dulu memanglah "ternganga mulut sampai masuk lalat" dengar betapa canggih dan kaya raya orang tapi sekarang ni dah takda apapun, dah biasa, ramai sangat yang dah kaya raya. Orang sekarang ni, umur tak sampai 30 tahunpun dah dapat title "Datuk", so, takda benda yang nak dibanggakan. Pada I, tak yah "kaya raya" sangat, cukuplah sekadar hidup senang anak beranak, duit tak putus dan takda orang kacau "periuk nasi kita", itupun dah lebih daripada bersyukur. Taknaklah hidup merempat sampai minta belas ihsan orang ... nauzubillah . Pada I duit dan kebahagian, sama pentingnya, kalau boleh memang I taknak hidup susah.

Cerita pasal kaya raya, adalah "makhluk sekoq" ni yang begitu bongkak dan sombong berkata, "Kalau nak rumah ni ambiklah, I tak kisah duduk rumah fletpun". "Yerlah tu, I nak tengok, kata2 tu umpama doa, sekarang tengah senang menyombonglah, Allah tu maha kaya, kalau nak tunjuk sekelip mata jer boleh jadi".

Saturday, October 24, 2009

"Tok mummy" lagi vogue

My immediate cousin (Penang's side) baru dapat cucu lelaki. Yesterday, she rang me up, invited me and family for lunch at her house in Bukit Kemuning, Shah Alam sambil2 tu bolehlah tayang cucu dia kat we all. Lagipun, dengar2 cerita, lepas ni cousin I tu nak bawak cucu ngan menantu dia gi Ireland, jumpa daddy baby tu yang sekarang kerja kat sana. Oklah, me, no hal one, lagipun Sunday I free. I sempat tanya kat cousin I tu, "So, Kak Yam, nanti cucu nak call apa, tok, tok mummy, granny ... walaupun dah pangkat tok, vogue tetap voguekan". "Well, she will call me "umi", tak mainlah tok2 ni". "Ok, tapi kalau "tok umi" sounds nicer". Cousin I ni lain sikit ... ada kelasss...

Well, talking about cucu, I memanglah lambat lagi, mungkin 10-15 tahun, kena tunggu. Sorayapun baru umur 9 tahun, si adek 3 tahun. Kalau dipanjangkan umur memandangkan sekarang nipun I dah masuk "40 carats" dan mana tahu I dapat tengok cucu2 I, I would like my "cucus" to call me "Tok Mummy". Ingat tu "T.O.K M.U.M.M.Y" .....

Friday, October 23, 2009

BEN-10 is coming to town!

New live show promises to keep kids at the edge of their seats.
If you're a fan of cartoon show "Ben-10" (that's include my little darling, Alea), keep Nov 27-29 free as an all-new live action stage show based on the adventures of the alien-morphing boy hero is coming to town.To be held at the Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center, Cartoon Network "Live on Stage! Power of the Omnitrixs" will combine the best of "Ben-10 and Ben-10 Alien Force" in the adrenaline-pumping 90-minutes theatrical extravaganza.

Avid fans will be catapulted into the electricfying world of "Ben-10" as cool skateboarding stunts, thrillings acrobactics, jaw-dropping action scenes combines with dazzling multimedia effects will take you on an incredible adventure.
"Power of the Omintrix" will feature an international cast of 14 dynamic characters including Ben and his cousin Gwen Tennyson, Kevin Levin and Grandpa Max.
Making their global debut live on stage are Rocks and Squidstrictor - two new alien superheroes from "Ben-10 Alien Force". Both will join popular superheroes Four Arms, Wildmutt and Heatblast and menacing villains Vilgax and the HighBreed Commander.

So, for those yang interested, jangan lepaskan peluang ini ...

Wednesday, October 21, 2009

Fesyen ala2 "Jinjang Joe"

Pernah tak tengok E-News or Entertainment News kat channel 712 Astro. Cuba sekali sekala tukar ke channel tu. Tengoklah sendiri sebab I tak reti nak reload gambar2 kat sini. I kenkadang tertengoklah jugak kalau dah takda cerita yang menarik. Content dia ok, menghiburkan, up-to-date, terkini cuma I kesian tengok kat dua pompuan yang perasan "gelama abih" yang "menghos"kan rancangan ni, tak silap I Catt Sadler and Giuliana Rancis. Dressing dorang memanglah I kelaskan "so the very horrible one" dengan kata lain ala2 "Jinjang Joe" jer sebabnya I pun tak sanggup nak pakai, bukan tu jer, kalau bagi freepun, mungkin I ambil buat lap kaki. Kalau nak jual balikpun, dah tentu orang yang nak beli tu pikir "100 kali". "Wardrobe" dorang out langsung. Ada ke sekali tu si Giuliana ni boleh pakai baju "kaler2 bertingkat2" ala2 "rumah pangsa rogna rogni", yang si Catt Sadler pulak pakai baju "bareback", berpalang X kat bahagian depan, dipadankan dengan seluar pendek kembang, ngan tali pinggang macam "bengkong" yang kita pakai lepas bersalin tu. Aduhhh ... kesian betul kat dorang ... betul2 jadi "mangsa fesyen". Ingatkan sekali tu jer tapi setiap kali rancangan tu, memang "sah dan sahih", "wardrobe" dorang teruk, rasanya RTMnyer lagi cantik. Sapalah yang sponsor baju yang I kategorikan sebagai "buruk dan huduh" tu. Pagi tadipun, I tengok jugak, boleh si Giuliana ni pakai baju ala2 "nighties" yang kita dok pakai malam2 nak tidor tu and yang si Catt Sadler pulak "berkemban, lepas tu materialnya macam beli kat pasar malam jer". Kesiankan dekat omputeh2 ni, terlampau nak berfesyen dah jadi "out of fashion"lah pulak. Yang peliknya, si jantan2 co-host macam Micheal Yo, Sal Masekela, Ben Lyons and Jason Kennedy, ok pulak, "smart and santai".

Kalau nak comparelah, I rasa pakaian staff kat tempat I ni lagi cantik walaupun kenkadang nampak tak "sesuwei langsung". Kerani2 kat sinipun, part penampilan jaga abih beb. So, janganlah rasa rendah diri kalau tetiba ada mana2 mulut laser tercakap, "teruknya dressing kau", sebabnya "selebriti2 mat salleh yang rasa dirinya glamour abihpun, dressing dorangpun lebih kurang jinjang joe jugak tapi disebabkan dorang tu "omputeh", kitapun ternganga jerlah tengok".

Monday, October 19, 2009

Macam "Ah-So" jer

"Lin, aku tengok dia macam Ah-So jer, mana "vogue"nyer, kalau cakap taknak kalah langsung?".
"Aha ... yerlah, macam Ah-So jer tapi umur muda lagi, banyak mudanya daripada aku ngan ko".
"Nampak tualah pulak, aduh, sayangnya tak jaga, hubby punyalah hensem, macho lagi pulak tu ".

Ceritanya macam ni, hari tu, we all gi Hari Rayanyer "open house", biasalah, sambil makan sambil dok "anyam ketupat". Awal2 lagi, I dah pesan kat kawan ni suruh "control gelak" sebabnya dia ketawa macam "pontianak mengilai". We all duduk kat satu korner, senang sikit nak tengok orang ... ada yang mekap macam tepung gomak, foundation sekati lagi ... dari jauh dah nampak muka yang putih melepak. Ada yang dressing bagai nak rak, ada yang simple jer macam kitorang, t-shirt ngan jeans jer ... senang sebabnya lepas tu bolehlah lepak mana2.

Berbalik pada si "Ah-So" tadi, sayangkan, I lah kalau penat macam manapun layan tetamu, penampilan tetap kena jaga. Sekurang2nya, lipstik mesti ada so taklah nampak pucat sangat tambah2 bila nak bergambar. Masa "open house" macam nilah, semua sibuk nak bergambar sakan, nak "berliuk lentuk macam pompuan gedik" boleh, nak "macam mak datin" boleh, "nak biasa2"pun boleh. Sebabnya, masa nak bergambar kita memang tak kisah sangat, pantang ada pegang kamera, asyik nak "enterframe" jer tapi bila gambar dah siap barulah kita perasan "teruknya muka aku" dan jadilah "macam muka Ah-So" sekoq ni. Si "Ah-So" ni bila berborak ngan dia, memang taknak kalah langsung. Semuanya branded2, beli baju kat butik konon cerita tapi again masa we all attend wedding kawan lepak2 I yang kahwin ngan mat salleh hari tu, we all tengok idaklah "vogue" manapun, perasan jer yang lebih, cakap jer yang meninggi. Orang tua2 cakap "orang yang takda tu yang selalu yang lebih2 dan suka menunjuk2". Kesiankan kat spesies yang macam ni ... tapi nak buat camner, kan lebih baik kalau kita merendah diri sahaja, tak rugi dan orangpun taklah mengata .....

Bila kawan I gelar si pompuan ni "Ah-So", tetiba jer I teringat pada seseorang ... sapa yekkk ...

Thursday, October 15, 2009

Hari malas sedunia (part 2)

Aduhhhh ... malas sungguh hari ni. Malas semalas2nyer. Bukan ajer malas, boring dan yang lebih teruk mengantuk giler beb. Masa ni barulah terbayang betapa bestnya kalau jadi "orang kaya$ raya$" atau "mat dat" atau "tai-tai", duduk jer terbongkang kat umah, tak yah keje, jaga anak jer (oppss sorry... anak maid jaga) dan tetiap bulan dapat duit bergolek depan mata ... "dunia ni ana yang punya". Tapi best sangat ker duduk rumah. Sehari dua bolehlah, masuk sebulan dua, boleh bengung dibuatnya, orangpun boring tengok muka kita, "balik2 muka yang sama, balik2 muka yang sama".

Tapi, memang malasss yang amat sangat hari ini. Bukan sok khabar jer I malas nak baca, nak skodeng2 blog kenkawan lainpun "takda mood" . Facebook? Akak ni manalah ada Facebook. Nak tunggu balik, lambat lagi sebab keje masuk kul 2 petang, paling lewatpun 10.00 mlm, itupun kalau takda story masuk. Sekarang ni, memanglah story tak berapa banyak sebab fokus lebih kat Perhimpunan Umno yang sedang berlangsung hari ini dan esok, so "economy story"pun kurenglah. Harap2 malam nipun takdalah, bolehlah I cabut cepat. Ni anak mata I ni, dah terbayang tilam empuk .... bestnya, kalau dapat pasang aircond, ceiling fan full blast, tarik comforter terus tidor dan mimpi yang indah. Yang paling teruja, esok pulak I tak keje, so macam biasa, lepas hantar Soraya, balik boleh sambung tidor.

Dan dengan ini, sekali lagi untuk kali keduanya untuk tahun ini, I nak isytiharkan hari ini sebagai "Hari Malas Sedunia".

Wednesday, October 14, 2009

Old habits die hard (part 2)

Kalau anak2 dara I, tak sah dorang kalau tutup pintu, tak bergegar satu Tropicana ni, yang I pulak, dah memang jadi habit, takleh nak tinggalkan kot ... itulah "mengata dulang, paku serpih, kata kat anak2, akupun yang lebih" , "old habits die hard". Misalnya, kalau I pegi mana2 kursus, file kursus yang kita dapat tu selalunya penuh dengan "tanda circle merah" dikerjakan I. Bukan apa, dah jadi tabiat, I memang suka check segala grammar, spelling, mistakes, quotations yang ada dalam file tu. Saja jer, selagi boleh nak cari mistakes walaupun takda. I ni memang spesies tak suka gi kursus, pegi kursuspun sebab terpaksa ataupun "buat syarat" jer, sebab tu kalau boring, mengantuk giler, itulah kerja I, menconteng dan cari kesalahan ayat. Yerlah, mana tak geram, kata awalan "di" dan kata sendi "di" ikut suka hati mak datuk dorang jer nak guna. Patut guna jauh, didekatkan, dekat pulak dijauhkan. Kata awalan "di" selalunya digabungkan dengan kata dasar seperti setiap "perbuatan" yang kita lakukan. Contohnya, makan - dimakan; tolak-ditolak; sapu-disapu; dan basuh - dibasuh. Kata sendi "di" pula ialah kata sendi nama yang khusus berada di hadapan kata nama. Contohnya; di rumah; di kalangan; di sekitar.

Sama juga "dari" dan "daripada".
"Dari" digunakan untuk arah, tempat dan masa. Contohnya: Alea datang dari Perak; Dari pagi sampai malam, mummy dok menunggu Soraya balik; Mummy bekerja dari pukul 2 tengah hari hingga 8 malam.
"Daripada" pulak digunakan untuk nama, perbandingan dan asal kejadian. Contohnya; Soraya menerima sepucuk surat daripada Alea; Rumah Soraya lebih besar daripada rumah Alea: Baju Alea diperbuat daripada kain linen mahal yang dibeli Soraya.

Itu bab file kursus, kenkadang, kalau I tengah drivingpun, mata I ni suka melilau tengok papan iklan, papan tanda dan sebagainya. Ada jer yang I nak komplen dan perbetulkan. I pun bukannya pandai sangat bila sampai bab2 "nouns" ker "verbs" tapi kalau memang dah tak betul dan terbentang kat depan mata, aduuuuh sakit mata weiii....kalau you all semua perasan, banyak silapnyer.

Tuesday, October 13, 2009

"Aww man", Alea's latest fav words

"Aww man", "Aww man", sikit2 "Aww man, sikit2 "Aww man". Itulah latest favourite words si Alea. Contohnyalah, kalau I suruh dia buang sampah dalam dust-bin, paling tidak mesti dengar "Aww man" beberapa kali dari mulut mongelnya tu. Memangpun, kalau tak dari kartun "Ben-10" yang siang malam dia tengok, abih kat mana lagi dia dapat. Sekarang ni, I dah takleh nak tengok channel lain, balik2 channel 616, balik2 channel 616. Lagipun, kartun "Ben-10" tu sebenarnya asyik diulang2 jer sampai si Alea ni dah tahu "next what will happen, next ... next ... and next". Kalau tidak masakan dia suruh I standby kalau ada "part2" yang dia paling suka, siap pegang kepala I, takut I berpaling tempat lain. Yang si kakak pulak, sekarang ni dah jadi hantu "hindustan", bolehlah geng ngan si Dewi tu.

Cakap pasal anak2 dara I, apabila dikaji, diteliti dan ditengok dengan sepuas2nya dan dengan penuh jiwa dan raga, memang masih tiada tandingannya ... memang begitu jauh bezanya bagaikan langit dengan bumi. Amin ....

Monday, October 12, 2009

Old habits die hard (part 1)

"Gedegangggg .... Alah, sorrylah mummy, I terlupa".
"Dah biasa, itulah selalu terlupa. Jangan adik you terjaga dah. Adik you tu telinga lintah, semuanya dia dengar. Cuba lain kali ingat, jangan dok tutup pintu tu kuat2. Boleh roboh satu rumah ni,".

Tiap2 pagi masa nak hantar si Soraya gi sekolah, selalu "without fail" , I dok peringatkan si kakak ni suruh tutup pintu depan pelan2, tapi asyik lupa jer. Dah jadi habit, sebati dah dalam diri, itu yang lupa tu. Bukan apa, bila dah tutup sampai nak roboh rumah, si adik yang tengah tido tu boleh terjaga. Si kechik tu kalau jaga "subuh2 sepi"e" macam ni, susah balik nak tidor, nanti dok mengacau si Dewi nak buat kerja. Sebenarnya, dua2 beradikpun serupa, kalau tutup pintu, tak kiralah pintu apa, pintu bilik ke, pintu kereta ker, aduhhh ... satu TR1/1 ni boleh dengar. Kenkadang memang tak faham I dibuatnya. Dah banyak kali I cakap kat anak2 dara I, "Boleh tak kalau nak tutup pintu, tutup ngan sopan santun. Mummy ni bukannya tokeh pintu, kalau mummy tokeh pintu, takpalah jugak, tiap2 bulan mummy boleh ganti baru. Pernah tak dengar mummy hempas pintu bilik mummy". Yang herannya, si Soraya kalau masuk bilik I, pandai pulak dia tutup pintu ngan lemah gemelai tapi kalau pintu bilik sendiri, boleh tercabut pintu bilik tu dibuatnya. Si kechik Alea pulak, memanglah, tak faham bahasa lagi, selagi boleh dihempasnya pintu tu kalau I suruh tutup pintu bilik. I kenkadang hangin jugak dok dengar "gedegang ... gedegung ... gedegang ... gedegung", bunyi pintu ditutup tetapi sabar jerlah. Sah dan sahihlah, memang dorang ingat mummy dorang ni dok kerja cop duit belakang rumah. Itulah orang putih cakap, "old habits die hard ". Habits that you have a long time are hard to break. In other words, it is difficult to stop doing something that you have been doing habitually for a long period of time.

Mission accomplished

Dalam entry awal I, rasa2nya bulan Jun kot, I ada mention pasal mission I "half accomplished" tapi semalam dengan izin Allah, alhamdullilah, mission tu dah "diaccomplishedkan". Sebenarnya kalau nak buat, boleh aje tapi antara "nak ngan taknak" atau "rajin ngan tak rajin". So, hari Sabtu, I dah pesan kat Dewi yang hari Ahad "kita nak sambung spring cleaning kita", so, jangan gi mana2 walaupun diajak ke bulan bintang sekalipun. Kali ni, modus operandi we all ialah stor, nak buang segala khazanah "tok nenek" yang tak berguna dari stor, so bila stor dah kosong, boleh angkut remainder kotak bawah tangga kat atas simpan jer kat sini. Arakian, pada hari Ahadnya, pepagi lagi, Dewi ngan semangat berkobar2 dah keluarkan semua barang "tok nenek" tu. Memangpun, macam orang tua2 cakap "kira tak celuihlah kaki nak masuk stor tu punyalah banyak harta karun yang tak berguna". Golf set jer ada lebih kurang enam set, itu tak campur lagi dengan beg bowling, bola boling, beg golf, travelling beg (ada yang dah tak boleh gunapun, simpan jugak, sayang punya pasal), kotak2 CD lama, buku2 lama zaman "tok kadok", aquarium, berkotak2 toys anak2 dara I dan banyak lagi. Paling best, ada satu kotak besi besar, penuh dengan duit syiling. I rasa adalah beratus2 ringgit tu .... aduhhh ..."Makcik kayo, makcik kayo".

Hampir separuh hari jugak, kitorang berkemas, itupun baru setengah complete. Boleh patah pinggang dibuatnya, dok mengangkut segala kotak yang ada. Tambah semak lagi bila ada si kechik Alea dok tolong sama. Bukannya menolong, menyusahkan aje. Biasalah dia, bila nampak toys jer, mulalah dia jadi "over excited". Kita dah kemas, dia punggah balik, kita kemas, dia punggah balik ... "tolonglah dek oii, jangan dok sepah2, penat mummy ngan kak Dewi". Tugas I banyak kat ruang luar, pilih apa yang patut, separatekan yang mana I rasa nak guna dan yang yang mana rasa tak boleh guna. Senang sikit, kalau nak angkat balik ke dalam stor, dah tahu dah yang mana satu. Dewi pulak kat bahagian dalam stor, tukang susun barang, siap pasang kipas lagi dalam stor tu ... bukan apa "panas dan berkuwap" gitu. Bila dah susun balik, rupa2nya banyak jugak barang yang I boleh postkan kat Selayang. Nasib baik rumah mak I besar, banyak ruang boleh diisi. Bukan apa, sayang nak buang, sebab ada yang boleh diguna, contohnya beg, VCD player, aquarium tapi ada gak beg2 yang masih baru yang I "nawaitu" nak bagi kat orang yang selalu kutip sampah kat rumah I ... kesian kat dorang dan orang2 macam nilah yang pandai appreciate apa yang kita bagi. Kertas, buku2 lama memanglah, rasanya tak larat dorang nak recycle balik.

So, sekarang ni, rumah I dah tak nampak semak lagi. Kotak kat bawah tangga atas, I dah transfer ke stor, tinggal "kerusi urut Osim yang bagak" ngan TV jer kat ruang atas tu. Begitu "saujana mata memandang" dan bilik Dewipun dah tambah selesa sebab semua harta karun dah boleh disimpan kat stor. Kalau mak I nak tumpang sembahyang kat bilik Dewipun (kalau dia datang rumah), "no problem one". Memandangkan stor tu dah agak kosong, soalannya sekarang, adakah ia boleh kosong untuk jangka waktu yang panjang? Harap2 begitulah hendaknya .......

Friday, October 9, 2009

Konek ker Connect (kenekt)?

Konek ker connect? Pasal apa orang tak reti2 nak pronounce betul2 perkataan ni. Dok konek ... konek ... CONNECT lah ... CONNECT ... pronunciatiannya bunyi "kenekt". Yang konek tu dah jadi benda lain. Mintak maaflah I bukannya nak mencarut kat sini, tapi kenkadang tu mengelikan hati jugak sebabnya ada orang2 tu nampak jer canggih, glamour abih, rambut siap kaler2, memang "very the modern one" tapi nak sebut word yang paling "kacang" tupun "hancus mancus". Bayangkan tengah kita rancak berborak, biasalah kalau dah abih berboling, my team ngan few other teams will stay back for a while, lepaking sambil minum2, yang merokok ... merokoklah sampai asap berkepul2 macam keluar dari serombong hidung naga (kenkadang orang pompuan ni bila merokok, mengalahkan lelaki), tetiba "out of nowhere" kita dengar, "macam mana aku nak konek ni ... takda tempat nak dikonek, susah betul nak dapat konek". Kuat pulak tu. I pandang kawan I, kawan I pandang I. Kitorang pun tolehlah kat belakang, sebab yang duduk belakang we all ni satu group bebudak pompuan .... takut akak tengok pakaian dorang, seksi dan seksa abih. Pakai short pant lagi. Biar betul bebudak ni, takkan benda2 macam ni dorang boleh cakap kuat2 kat public. Rupa2nya bebudak ni dok refer kat laptop dorang yang tak dapat di"connect"kan ke internet. Memang I ngan kawan I nak gelak "golek-golek" tapi takut si pompuan sekoq ni malulah pulak. Mula2 I ngan kenkawan I mati2 ingat dia sesaja "memain", maklumlah kitakan kenkadang bila dah dengan geng2 pompuan, mesti ada sesetengah words tu kita ubah nak buat lawak tapi rasanya tidak sebab muka dia memang serius. "Eh ... aku tak dapat koneklah, kau dah dapat konek , laptop aku buat hal ker ... ko rasa2 kat dalam tu boleh dapat konek tak?" Waduhhh ... mintak ampun pakkk ... CONNECT ... CONNECT (kenekt), bukannya KONEK. Anak I, si Sorayapun boleh pronounce word ni dengan betul.

Koleksi kad shopping

Bertambah lagilah kad shopping mopping I. Purse I bukan gemok dek duit tapi gemuk dengan koleksi kad-kad shopping mopping I tulah. Compartment untuk kad dalam purse I dah "full house", so some of the cards I kena transfer ke purse kechik "Bottega Venetta" yang hubby beli dulu. Itupun bertindan2 kad. Kalau tak bawak, rugilah pulak ... mana tahu hari yang I gi shopping mopping kebetulan buat "diskaun spree" or "bagi triple vouchers" ker ... banyak boleh jimat tu beb. Ada sekali tu I boleh dapat satu pasang kasut, beli guna voucher yang I dapat tu jer. Maklumlah orang "kodokut", akal mesti panjang. Selain daripada kad2 wajib macam kredit cards and supplementary cards, banyak lagi kad2 lain yang I ada ... mostly kad yang kumpul points, nak dapat free giftslah katakan. Paling latest semalam, I dapat Jusco Card, siap tunjuk ngan bangganya kat Zai sebab dialah satu2nya kat tempat we all ni yang ada kad tu. "Sorry yer, I dah join your club so you no more satu2nya ada kad tu kad sini". Kad2 lain yang I ada, kad Parkson, Metro Jaya, SKII, Shuemura, Melium, Kinokuniya, MPH, Popular Book Store, Body Shop, kad untuk car wash, Bonus Link, OneUtama, Isetan kad insurans hospital, kad club house macam KLGCC and Tropicana ... banyak lagi, I pun dah lost count. Tapi dalam banyak2 card tu, paling I suka ialah card Parkson sebab points yang kita kumpul tu dalam bentuk duit, so kalau kita beli apa2 and kad tu dah ada katakanlah RM50, kita boleh terus tolak dari kad tu jer, tak ker jimat. So far, I dah beli periuk, kuali, sudip, bed sheet, tolak ngan duit yang I kumpul dalam kad tu jer, best kan .... Tapi yang tak bestnya, kad Parkson ni cuma laku kat Parkson besar2 jer macam kat MidValley, Pavillion dan One Utama, yang kat Mall tu, tak laku ... sorry morrylah yekkkk ....

Thursday, October 8, 2009

I dah ada Jusco Card

Kalau dari dulu I ada Jusco Card, agaknya dah beribu2 point I collect. Ini tak, kalau nak gi jer, pinjam yang si Zai punya, bukan I sorang jer, kenkawan yang yang lain pun macam tu jugak. Bukan apa nak dapat parking free, alahhh ... parking singgit jer tapi saja nak tolong si Zai kumpul lebih sikit points. Itulah, yang untungnya si Zai sebabnya kenkawan I kalau shopping mopping, tak hengat dunia, kalau tak cecah RM100 tak sah. Bayangkan singgit satu point, kalau RM100 dah 100 points. Anyway pagi tadi, sebelum gi kerja, I singgah jap kat One Utama. Cadangnya nak ke Jaya Jusco, nak cari "plain comforters", lagipun tengah sale sekarang ni. I nak yang "super single"nyer, taklah besar sangat and kalau Dewi nak cucipun taklah sesak mesak sangat washing machine tu. Biasalah, plan nak beli satu tapi terbeli sampai tiga pulak tu, colour biru, hijau dan oren gitu. Tiga comforter tu tak sampai pun RM250. Okaylah, lagipun, dapat satu cadar free. Brand "Elle" lagi. I sebenarnya pun tak tahu kat mana lagi nak perosok comforter tu ... dah takda ruang dalam lemari. Takut, esok2 post lagi kat Selayang, membebel lagilah Puan Radziah sorang tu. Rumah kat Selayang tu nanti sesak ngan barang2 I jerlah ... ni I tengah plan nak bawak "stand lamp" yang I beli kat Ikea dulu ke Selayang, suruh mak I letak kat corner mana2. Seingat I, I taknah guna lampu ni dan I pun tak tahu "apsal I gatai tangan pi beli dulu".

Lepas dah dapat comforter, I pun intai2lah bahagian pinggan mangkuk. Teringin sangat nak beli set baru ... tak dapat "Noritake" yang satu set dekat nak RM2 ribu tu. dapat set "Arcopal"pun jadilah. Okay I dah aim satu, tunggu bulan depanlah ... yang set Noritake tu, ambil bau jerlah. Intai juga kat "Queens Anne", waduh reganya boleh tahan gitu, rasa2nya masa I beli dulu, idaklah "mehe" sangat harganya gitu. Dah abih cuci mata, I pun gi kat adik cashier and si adik cashier nilah yang beriya2 suruh I apply Jusco Card tu. "Kak, gilah apply, sayang kalau tak apply". "Takpalah, akak malas nak tunggu lama nanti". "Alah kak, kejap jer, tak sampai 10 minit, orang takda tu. Bila akak dah dapat, akak datang kat saya, saya input points yang akak dapat .... pegilah kak". "Ok ... Ok". Memangpun, tak sampai 10 menit, dah settle dan untuk hari ni jer I dah dapat 1000 points. Rugi woiiiii ... kalau I tahu dari dulu lagi I dah apply. Silap2 I dah kumpul kipas angin, iron, toaster, microwave, rice cooker dan macam2 lagi dengan points yang I dah accumulate tu kan ......

Wednesday, October 7, 2009

My blog, my diary

"Ada ke yang baca blog ko".
"Entahlah, aku pun tak tahu dan aku pun tak angkat pot. Kalau ada orang nak baca, tersinggah ker, terskodeng ker ... bacalah, aku pun tak kisah. Nak baca silakan, taknak bacapun, tak jadik kudih kat aku. Kalau nak kutukpun kutuklah, memang aku tak kisah ... tetapi selalunya orang yang rasa diri dia yang teramat pandailah yang suka mengkondem orang lain".

Memangpun, dari awal lagi masa I nak mula berblogging, "nawaitu" I satu jer, blog I ni saja untuk suka2, tempat I bercerita tentang anak2 dara I, kenkawan, officemates, aktiviti I serta kaum keluarga dan adik beradik I through my daily observation (nothing to do with hubby's family, I repeat: NOTHING AT ALL). Macam diarilah. Pendek kata "for my eyes only". Bukan apa, satu hari nanti, manalah tahu si Soraya dan Alea boleh baca. At least both of them tahulah seribu macam perangai memasing yang sentiasa memening, menyakitkan hati dan tidak kurang pula ada sesetengah itu yang amat menghappykan dan membanggakan mummy ni. "So, kakak dan adek, kalau baca nanti, janganlah kecil hati ngan mummy sebab tetiap hari mummy dok mengupdatekan kelaku you all . Sekurang2nya kakak dan adek tahulah perangai memasing masa kechik2 ok". Seriously, blog I ni banyak cerita pasal kerenah anak2 dara I dan itu sebabnya "go to hell" lah to those people yang mungkin ada cakap, "macam dia sorang jerlah yang ada anak".

Kadang2 I pun tak faham, apsal ada yang suka kondem blog orang lain, dengan kata lain "not up to their standard" lah kunun. Pirahhh .... nak termuntah taik I dengar, macamlah awak tu bagus sangat. Gasak kat tuan punya bloglah, dia punya suka, dia punya style yang "ko dok terasa hati tu sapa suruh". Itulah back to my prinsip, "kalau tak suka jangan baca and pada I, orang2 yang macam ni, dorang punya fikiran masih lagi sempit walaupun dengan gahnya mengatakan dialah yang teramat pandai sekali". Ada few blogs yang I suka skodeng. I suka bahasa yang these bloggers gunakan dan apparently I pun kenal ngan blogger2 ni. I suka baca blog yang bersifat family ... yang cerita pasal family, anak2, gaya hidup dorang, tak kiralah dorang nak boast ker, nak memuji melangit ker, nak menunjuk2 segala kemewahan yang ada ker, kasih sayang menggunung mereka ker, sikit I tak kisah, "What the heck man ... lagi I suka sebab at least kita tahu orang Melayu sekarang ni dah kaya raya, kita tumpang seronok jer". Alahhh ... lagipun "don't take it seriously, just enjoy the reading baru ada fun".

Blog selebritipun I skodeng gak tapi I try to avoid satu blog selebriti tu sebab bahasanya "tak tercapai oleh akalku yang waras ini".

Tuesday, October 6, 2009

Kelas ke ikhlas?

"Kita ni kalau nak doa, mesti kena ikhlas".
"Abih, ko ingat aku dok sembahyang dan doa tu, tak ikhlas ke. Saja buat suka2. Aku nak tanya ko balik, selama ni yang ko sembahyang tu ... ikhlas ker kelas, kerana tanggungjawab ker atau saja nak tunjuk kat orang yang ko sembahyang tak tinggal". Sorrylah, kenkadang I bengang jugak ngan kawan I sorang ni. Ada sesetengah orang tu bila dia rasa dia alim sesangat, mulalah ingat apa yang orang lain buat tu tak betul, dia sorang jer yang betul dan dia sorang jer yang berkeperibadian tinggi dan disayangi ALLAH kununnya lah.

Perlu diingatkan, ikhlas ker kelas ker terpulang kepada individu itu sendiri. Cuma Allah dan individu tu sendiri yang boleh bagi jawapannya. So, janganlah persoalkan dan canang kat orang lain sama ada orang itu ikhlas ataupun setakat kelas jerr .... cermin diri tu sendiri terlebih dahulu ....

Better late than never

Lately, I dah nampak sikit perubahan pada my anak dara sulung, si Soraya. Walaupun sikit, oklah tu, daripada tak nampak perubahan langsung. It's a good sign. "Better late than never at all". Sikit2, lama2, jadi bukit. Ingat tak, I dok membebel banyak kali kat dia kalau nak kuar, sekejap ker lama ker, at least inform I dulu. Bukannya susah sangat, sekadar ketuk pintu bilik, masuk, give me a kiss and then cakap, "Hai mummy, I'm going to this ... this ... this ... place". That's it ... so simplekan. Bukannya I nak mengamuk sakan tak tentu hala, you nak pergi, pergilah, mummy is not going to stop you. Kalau you duduk rumah, buat muka "cembeng atau tikus cemberut" pun, tak guna jugak. This is your mummy maaa ... bukannya orang yang cepat melatah ... "cool and easy" lagi....

Berbalik pada perubahan Soraya tadi , sekarang ni gi mana2pun dah start inform I. Tak kisahlah dekat ker, jauh ker, yang penting bagitahu I dulu sebab I memang bukannya jenis yang suka "skodeng" 24 hours calling2 dia. No, that is not my style, sekarang lah tapi esok2 bila dah besar panjang, dah pandai keluar ngan kenkawan "sewaktu" ngannyer, barulah I kena start risau, start "menyekodeng" and "calling2", saja nak tahu kat mana port dia. Weiii ... anak dara beb, orang2 tua cakap, "lembu sekandang boleh jaga, anak dara sorang oiiii... susah yang amat sangat beb, tambah2 anak dara zaman cyber".

Monday, October 5, 2009

Welcome to the club

Selagi tak abih bulan Syawal, selagi tulah orang dok buat "open house". I memang takde konsep "open house", sapa nak datang, datang jerlah, rumah I senantiasa ter"open". Yang penting, kena bagi tau awal2, senanglah I nak siap apa yang patut, takkan nak jamu nescafe tarik ngan kuih kering jer kot. I part jamu orang, mesti "jaga"nyer, make sure tetamu yang datang kenyang perut. Sabtu lepas, cousin I buat "open house" kat Wangsa Maju, I keje tapi I lari jap gi, saja jer nak tengok kondo mewah dia tu. Semalam pulak, ada dua "open house', yang tengahari kat Bangi, I bawak si Alea ngan Dewi dan yang petangnya kat Taman Tun, I gi sorang jer sebab lepas tu I terus nak ke Pin Junction, ada boling leaguelah pulak. Yang kat Taman Tunnyer, masa I sampai kat umah kawan I ni, cuma ada satu family ngan sorang anak pompuan. I tak pastilah pulak, kaum keluarga sendiri ataupun kenkawan ofis dia sebab I taknah tengok. Anak pompuan ni, rasanya dalam umur baya2 si Alea, aduhhhh .... punyalah lasak, lari sana, lari sini, tarik barang sana, tarik barang sini. Lepas tu makan cookies "London Almond", tangan dok belengas ngan coklat, boleh tu calit jer kat sofa. "Mama, adik tak mau ni", sambil campak jer lebihan cookies to kat lantai. Yang si "mama sekoq" ni, boleh pulak diam jer, terbelip2 biji mata dok tengok gelagat anak kesayangan lagi maha bijak dia tu, paling2 tidakpun cuma, "janganlah baby, buat camtu". Dalam hati I "kalaulah si Alea ni, dah kena makan penampor budak ni", tapi anak orang nak buat camner. Berkebetulan kawan I keluar dari dapor nak tambah kuah laksa, I tengok muka dia semacam jer. I rasa diapun geram tapi again, nak buat camner, anak orang, bukannya anak sendiri. "Makanlah Lin, yang ko tengok jer buat apa, penat aku masak, karang ko nak gi main bolingkan". "Tadipun aku makan laksa, laksa johor, petang ni ko pulak masak laksa penang. Ingat tadi aku nak bawak si kechik tu tapi takut tak sempat pulak nak hantar dia balik".

Dah abih makan tu, I pun usunglah pinggan kat dapor. "Eh, anak sapa yang maha lasak sangat tu, sorrylah, geram aku tengok, mak bapak dia langsung tak tegur pulak tu". "Anak cousin aku, bukan hari ni jer, tetiap hari ada kat rumah aku, susahlah Lin nak tegur, tak tegur salah, tegur lagi salah. Rumah sendiri ada, tapi suka sangat bertandang kat rumah aku, rumah sendiri takut sepah kot, biar rosak rumah orang. Hari tu, kakak dia sendiri dah warning kat dia toksah datang rumah lagi, takut collection pinggan mangkuk dia dari London pecah dikerjakan anak pompuan tulah". Sambil dok cari pinggan baru nak isi juadah lain, I pun tersengih kambing kat kawan I ni, "Well, welcome to the club". Rasanya diapun faham and we all sama2 gelak ... "dah nasib ko lah labu oiii...."

Thursday, October 1, 2009

"Sorry mummy"..."Ok, apology accepted"

"Sorry mummy", pelan jer I dengar. "Uhh ... apology accepted, next time, jangan buat camtu lagi. Turun baik2, love you". "Love you too", dia cakap buat muka seposen sambil kissed I dan ambik jaket dia yang I hulorkan. I pun tak expect that she would apologised to me especially knowing that tahap "kestubbornan" dia sama level ngan I. Memang sepanjang perjalanan hantar si anak dara I, Soraya ke sekolah, I diam jer, tak cakap sepatahpun. I tahu dia rasa bersalah tapi I buat dek jer ... baik I layan lagu raya kat radio. Mana taknya, pagi2 dah nak tunjuk keras kepala kat I. Membentak2 sebab I terus jer menonong masuk kete, terlupa nak bawak beg sekolah dia sekali. Nak hempas2 pintu pulak, nak memberontaklah tu. "Sorry yek, dengan mummy jangan nak main2, dengan orang lain, you boleh pijak kepala. Dah besar dah, boleh bawak beg sendiri, esok2 adik you tu lagi independent dari you, senang nak berkira ngan si adek". Soraya, memang pantang kalau I dok puji si Alea. Biasalah adik beradik. Selalunya si kakak takkan suka kalau adik tu lebih sikit. I bukannya puji, cuma nak bagi dia sedar jer, itu sebabnya bila I masuk jer kete, dia terus buat muka dan baling jaket dia kat I. Hallo, silap besarlah beb, bila dia campak jer jaket kat I, I ambik terus buang kat bawah kerusi depan dan lepas tu reverse kereta, terus jalan dan tak cakap sepatah harampun. Buat "dek jer" and I memang tak layan dia langsung walaupun dia cuba nak buat baik ngan I. Kadang2 kena ajar sikit so that dia respect kat kita. I memang taknak orang cakap anak I "kurang ajar" nanti.

So, sekarang ni I tak bagi chance langsung, kalau benda dia buat tak elok, cakap meninggi suara sikit dengan sapa2pun, siaplah memang "wajib makronah" I akan marah dia, "no lapik-lapik" lagi and "no jaga-jaga hati" lagi. Silap I sendirilah, manjakan sangat anak, apa yang dia nak, kita bagi, apa yang dia mintak, kita belikan ... tu belum lagi nak tukar sekolah, itulah, inilah ...yerlah, sapa yang tak sayangkan anak tapi biarlah berpada2. I tahu Soraya jenis orang yang dengar kata, tambah dia masih terlalu muda lagi, senang nak lentur. Bak kata orang "di luar jer nampak keras tapi hati dia lembut". I marah macam mana sekali pun, bak kata my mak, "bebudak ni, dia tahu mak dia sendiri, marahlah camnerpun, sayang dia tak berubah punya, sok2 dia datang balik kat kita". So dah sampai masanya I kena bertindak tegas, buat donno jer apa orang nak cakap sebab apa2pun tu anak kita, pada I "better late than never - is better to do something late than to never do it at all".

Pada Soraya, "kalau mummy dok membebel kat you tu tak semestinya mummy tak sayang you ...mummy sayang kedua2 you ngan adek lebih dari diri mummy sendiri".