Wednesday, September 30, 2009

Slow motion betul anak daraku

Kenkadang nak marah pun tak boleh, nak berlembut sangatpun nanti naik "kapla"lah pulak, geram memang geram tapi "relax beb, cool ... tarik nafas pelan2 dan hembus, inhale, exhale, inhale, exhale"". Mana taknya, anak dara sulung I si Soraya, memang "very the sentimental one". Bukan tu aje, siap ngan "slow motion" sekali. Bangun pagi, sebelum mandi nak gi sekolah ... termenung dulu lima minit atas katil, masuk bilik air, atas toilet bowlpun berangan lagi lima minit ... dah siap... nak pakai kasutpun, boleh lagi tu "tersongeh sorang2" (kalau angin baiklah). "Hallo, cepatlah sikit, karang lambat, jam kat depan sekolah tu". Betul2 "slow and steady". Kalau orang lain I memang dah jerkah dah. "Eeee ... lembapnya budak bertuah ni". Segala2nya slow and lepas tu, boleh pulak "berlenggang kangkung" naik kete. "Begnya mana, abih nak belajar apa". Bukan tu aje, kenkadang homeworkpun boleh tertinggal kat locker sekolah. Memang tak kelakar langsung. Dah kering tekak I dok merungut kat dia, "Soraya, wake up please, janganlah take things for granted". Cikgu tuition Maths diapun kadang2 komplen kat I, "She always dreaming. When I asked her questions, as if she is not around".

Memang I notice yang anak dara I ni memang suka mengelamun. Pagi tadi masa I hantar dia gi sekolah, hujan dahlah lebat, kereta pulak bersusun nak turunkan anak2 kat tempat yang berbumbung. Bila sampai turn I, I ingat dia dah readylah nak turun, rupa2nya, masa tulah nak pakai jaket, masa tulah nak ikat beg, masa tulah nak betulkan rambut, mana tak hangin, kereta dah bersusun kat belakang I. "Laaa ... next time, get readylah cepat2. Kalau tak hujan takpa, ni hujan, banyak kete dok tunggu kat belakang". "Alah ... mummy ni, sabarlah, cannotlah, this bag dah stuck". "You don't have to shout at me ok, cakap ngan mummy baik2 ". "Oklah". "Dah, tutup pintu kuat sikit nanti, ok darling, love you". Antara dengar ngan tidak dia balas balik, "Love you too".

Itu kisah si Soraya, lain pulak kisah si Alea. Lately, anak dara kechik I, bukan sahaja makin brutal, sama naik gak ngan poyo dia. Sikit2 kalau tak dapat, nangis, kalau orang tak ikut cakap dia, menangis. "Eh, apasal you ni poyo sangat. Sikit2 nangis, sikit2 nangis". Itu takpa lagi, I ni memang tak boleh hilang dari mata dia, kejap lagi dengarlah dia mencari, "Mam, mam ... mamee...mamee". "You ni, mummy nak poo-poopun tak senang, nak masuk balik dalam perut mummy ker". Kekadang tu, kalau I mandi, dia rela tunggu kat pintu sampai I abih mandi. "Nak kut mamee, nak kut mamee, nak yek mamee" (nak ikut mummy, nak pegi bilik mummy). Mana I pegi, membontot jer dia kat belakang I, sampai I nak mengemaspun, sibuk nak menyelit. Apa yang I tak berkenan, si kechik ni kuat menendang dan membaling barang kalau tak dapat apa yang dia nak. Tak tahu dari mana dia belajar tapi pada I ni dah melampau, takleh dibiarkan. "You kalau tendang2 lagi, mummy ambik rotan pukul, kalau you dok buang barang tu, I ambil buang dalam tong sampah", kata I sambil capai rotan belakang pintu dan pukul kuat2 kat pintu. I acah2 jer suruh dia takut. Sayang2 jugak tapi kalau perangai yang tak elok, takleh nak biarkan dan itu sebab Soraya selalu sound kat I, "mummy ni garang sangatlah". Budak kalau dibiarkan jer, takut jadi kurang ajarlah pulak, padahal kita tak pernahpun ajar dorang buat camtu. Sementara part makan pulak, si adek langsung tak tolak apa, apa depan mata, belasah jer tapi si kakak pulak, memang susah betul nak makan, "very the fussy one". Si Alea, selalunya, Dewi bagi makan nasi dengan sup and ikan. Nampak simple jer tapi kalau tengok dia makan berselera gitu. Dah namapun orang Melayu, nasiklah makanan rujinya. "Adek ni, part mamam bukan main laju lagi tapi part belajar, kalau mummy ajar, sekejap jer ikut, lepas tu main jer banyak". Macam mummy2 lain jugak, I pun nak anak I pandai tapi I tak suka paksa2 sebab kechik lagi. Lagipun biarlah dia enjoy dulu. Bak kata si Dewi, "Alah kak, biarlah dulu, kalau nak pandai, pandai jugak si Alea tu, tapi kalau pandai setinggi langitpun, last2 sekali duduk rumah jerpun tak guna jugak". "Ye tak ye kan, pandailah awak cakap cik Dewi oiii...".

Sebenarnya, I rasa terharu sangat kalau anak2 dara I rapat ngan I. Sikit tak jadi kudih pada I kalau dorang ni suka melekat jer ngan I, bangga lagi. Tapi one thing about me, I tak suka paksa2. Contohnya, kalau Soraya taknak ikut I gi mana2, terpulang pada dia, janji kalau dia gi mana2, at least kena inform I dulu. Motto I senang , "kalau orang tak suka, jangan paksa".

Tuesday, September 29, 2009

It's spring cleaning time

Tak tahulah, I ni kalau nak buat apa2pun ikut mood. Kalau datang mood rajin, "dan-dan" tu jugak nak buat, padahal, dah tahu time memang suntuk sebab karang separuh jalan dah kena stop sebab nak gi kerja. Masa cuti dua tiga hari lepas, takda pulak mood datang, boleh tu terbongkang atas katil sehari suntuk, jalan tak "hengat" dunia" dan berbelanja sakan macam "orang kaya baru". Sebenarnya I memang dah plan lama, nak buat "spring cleaning" kat umah "sekangkang kera" I ni. Tempat pertama yang I target, bilik komputer atas. Dah banyak kali I cakap kat Dewi, "Pejam mata jer buang harta karun kat atas tu, nanti kotak2 bawah tangga tingkat dua tu, kita boleh pindah naikkan kat atas, akak kalau boleh nak kosongkan bawah tangga tu, barulah nampak lapang dan tak semak, lega mata memandang, biar tinggal kerusi urut bagak tu jer". Bilik komputer kat atas tu bukan apa, penuh dengan toys anak2 dara I dan banyak benda lain yang memang lama dah patut dicampak keluar. Biasalah, kita ni semuanya sayang sampaikan resit 10 tahun lepaspun simpan lagi buat harta karun. I cadang nak bawak semua toys2 tu gi rumah mak kat Selayang. Bukan apa daripada dibuang, boleh jugak dibuat main oleh anak2 sedara "monster" I tu. Yang sah dan sahih, mak I mesti merungut lagi sebab rumah dia I buat macam stor. Macam2 barang I bawak, dari katil baby hinggalah ke basikal buruk, semuanya I sumbat kat rumah mak I, maklumlah rumah Selayang tu memang besar. "Sorrylah Puan Radziah yer, nak buang sayang sebab toys2 tu baru sesangat lagi".

So, pagi tadi, dengan semangat yang membara dan berkobar-kobar, I pun memulakan operasi mengemas bilik komputer tu. Fail2 lama, resit, surat2 3-4 tahun lepas, semuanya I koyak buang. Dewi pulak macam I cakap "pejam mata" buang toys anak dara I yang takleh guna lagi, asingkan yang elok sebab nak bawak ke Selayang. Monitor dan printer komputer yang lamapun I angkut ke Selayang, bagi kat brother I yang kat Johor sebab dia pandai "bega2" part komputer ni. Anak dara si kechik I si Alea pun sibuk menyelit, nak tolong konon ... yelah tu, tolong kacau adalah. Rasanya sakan jugak kitorang mengemas, sampai tiga plastik besar sampah tapi macam tak ada kurang pulak, sama jer, serupa macam tak kemas. "Takpa Dewi, nanti part buku ni, kakak susun kemudian, buat cantik2". Sebelum ni, hari Ahad lepas, I dah kemaskan bilik I, buang apa2 yang patut dan bila dah selesai ... wow, nampak lapang beb. Seronoknya I tengok dan bolehlah si Alea main "kambing tolak" dia dengan selesa dalam bilik tu. Macam I cakap dalam entry sebelum ni, I memang sayang rumah I, ibarat "syurga I" dan memang selalu tak sabar2 nak balik rumah, nak lepak dalam bilik I tu. Kenkadang heran dan pelik jugak, apasal orang dah ada rumah sendiri suka lepak rumah orang yekk ... daripada lepak kat rumah orang, baik lepak kat rumah sendiri kannn ....kecik2pun rumah sendiri.

Memandangkan, bilik komputer dah separuh kemas and I pun nak kena gi kerja, sempat I pesan kat Dewi, "Dewi, kalau ada masa, Dewi kemas pulak bawah tangga, yang mana Dewi nak buang, pejam mata jer buang dan kotak2 yang boleh bawak naik ke atas , bawak jer ok". So, jap tadi sebelum I gi kerja, sempat jugak I tengok si Dewi dok mengemas. Next plan ialah store kat bawah pulak. Dalam store tu bukan apa, penuhnya dengan beg golf hubby, beg bowling I and travelling bags. Travelling bags yang mana elok I simpan, yang mana rasanya memang takleh guna, I nak buang jer. Seingat I, dalam stor tu banyak benda yang tak berguna dari yang berguna. Tapi, soalannya, bilalah pulak plan ni boleh diexecutekan. Kena tunggu mood rajin datanglah pulak ....bila yekkkk ???? Kalau nak buat sekejap jer sebenarnya, nak mulakannya tu yang malas ...

Monday, September 28, 2009

Sepasang kurung biru

Dalam banyak2 lagu raya, I memang suka lagu ni. Seingat I, lagu ni memang dah lama sangat, masa zaman I belajar lagi, adalah hampir 20 tahun. Ingat lagi, kawan sebilik I selalu nangis tiap kali dia dengar lagu raya ni. Poyo betul minah ni, "Oi ... sudah2lah tu, orang lainpun bercinta jugak, jiwang benor ko ni". Tapi bila didengar betul2, memang sayu lagu ni ... hiba rasanya ...lebih2 lagi kalau terkena batang hidung sendiri. Kalau tak caya, jomlah kita layan liriknya.

SEPASANG KURUNG BIRU - Khairil Johari Johar

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
Oh ....

Di hari yang berbahagia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangan lalu
Menyambut Hari Raya bersama denganmu
Oh ....

Korus
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam denganku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rinduku
Oh .....

Makngah "tidoq berdengkoq"

Pagi third raya, masa I kat kampung Penang, lepas breakfast (jangan mare... patutlah jam sakan, akak balik raya kampung tahun ni, buang tebiat ke aper), tetiba jer anak sedara I si Hafiz sound derek (direct) kat I, takda lapik2nyer. "Uhhh...makngah tidoq berdengkoq. Nasib baikk, handphone Hapiq takleh rakam, kalau tak Hapiq dah rakam. Kuat sungguh makngah berdengkoq". "Hallo, makngah tak penah berdengkoq tau, kalau takdak bukti, no way, makngah sikit tak percaya. Makngah dalam tidoqpun maintain vogue tau". "Huhh ... betui, Hapiq dengaq kuat sungguh. Makngah kalau kalut tu, betullah tu". "Hissss ... sah dan sahih tu memang bukan makngah tu, mesti si pembantu makngah (Dewi) sebab dia tidoq ngan makngah". "Kalaulah, handphone Hapiq boleh rakam, memang Hapiq rakam punya".

Mati hidup balikpun I takkan percaya I tidor berdengkor. Kalau I berdengkor, dah pasti hubby bagitau, ni 17 tahun dah kahwin, dia tak pernah sound apa2pun. I yang selalu komplen kat hubby sebab dia berdengkur macam bunyi hon kapal, sama macam si Alea ... anak beranak sama jer, I pulak yang terbelip2 takleh nak tidor, kiri kanan ada bunyi. Tapi lately ni I dah tak dengar bunyi dengkuran lagi, Alea jer sekali sekala, kalau siang tu dia dok main sangat, malam tu mesti berdengkur, siap mengigau sekali. Berbalik pada "tuduhan tak berasas" si Hafiq tu, memang takleh terima akallah yang I tidur berdengkur, kuat pulak tu ... aduh...betul ke??? Mungkin betul kot, penat sangat sebab non-stop driving ... dari KL ke Kuala Kangsar dan dari Kuala Kangsar ke Kepala Batas, berjam2 pulak tu, itulah yang sebab berdengkur tu. Tak puas hati lagi, I tanya si Dewi yang kebetulan tidor sekatil ngan I ngan Alea (hubby tak ikut balik). "Dewi, akak tidur berdengkur ke". "Ye, kak ... kuat gitu. Saya banyak kali bangun pegi bilik air, memang kakak tidor berdengkur". Ok ... fine, boleh dimaafkanlah, alah sekali jer, tak memudaratpun. Tapi lagi sekali, masa tidur kat rumah MakJang, Dewi komplen yang memang I tidor berdengkur, siap dia bangun dan cari punca bunyinya, dan memang sah dan sahih, bunyinyer datang dari I dan anak I si Alea. Berlawan2 dua beranak ... sorang hembus, sorang tarik ...

Oh ... tidak, selama ni I tidor berdengkur ker ... hubby tak komplen apa2pun atau dia pun dulu tido mati, tak dengar apa2. Selamat aku .... kalau tak "dipulangnya paku buah keras".


p/s: Raya tahun ni ok walaupun agak berbeza. Happy jugak tapi sedih bila dengar lagu raya "Sepasang kurung biru" nanyian Khairil Johari Johar. Suara dia memang mendayu2 ... lagu lama tapi "tak lapuk dek zaman" .

Saturday, September 19, 2009

Jari disusun, maaf dimohon

Sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri esok, I ingin menyusun sepuluh jari dan memohon ampun serta maaf atas segala salah dan silap, terkasar bahasa serta tersasar kata-kata yang mungkin terkandung dalam catatan blog I selama ini sehingga ada yang tersinggung dan terasa hati walaupun apa yang tertulis itu tidak ada kena mengena dengan mereka yang membacanya. Hati ini tiada niat selain daripada ingin mencurah apa yang terkandung di dalam hati. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagaimanapun, kehadiran Shawal yang mulia ini, biarlah kita sambut dengan hati yang bersih dan tulus ikhlas.

BUAT HUBBY TERSAYANG :
"Saya mintak maaf dzahir dan batin dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada kesalahan atau dosa yang telah saya lakukan terhadap awak. Kadang2 kita terlepas pandang dengan apa yang kita lakukan seharian. Kalau tak diberitahu, kita tak tahukan. Saya juga minta dihalalkan segala makan dan minum selama kita hidup bersama. Begitu juga dengan wang ringgit, sama ada yang saya terambil dengan sengaja atau tanpa disengajakan, saya mintak halal dunia akhirat. Terima kasih juga kerana telah memberikan segala kemewahan kepada saya dan anak2 selama ini dan saya akan kenang itu sehingga akhir hayat. Semoga jodoh kita akan terus berpanjangan. Segala yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.


SORAYA DAN ALEA:
"Untuk anak2 kesayangan mummy, mummy mintak maaf kalau mummy selalu marah kakak dan adek. Marah itu tandanya sayang yang teramat. Mummy juga mintak maaf sebab mummy jarang luangkan masa untuk anak2 mummy ni. Yerlah, weekend, jer, mummy asyik terperap dalam bilik, malas nak keluar. Bila hari kerja jer, asyik balik lambat. Insyallah, mummy akan cuba luangkan masa seberapa banyak dengan kakak dan adek. Yang penting selalu ingat yang mummy akan sentiasa sayang kakak dan adek sampai bila2pun.

MAK/MAK MERTUA:
"Saya mintak maaf pada kedua2 mak jika saya ada berbuat salah ataupun terkasar bahasa selama ini. Kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat tu boleh mengguriskan perasaan orang tua sendiri. Satu hari nanti bila kita dah tua, barulah kita rasa. Pada mak, terima kasih kerana telah membesarkan saya selama ini dan pada mak mertua, jasa mak ketika menjaga saya dalam pantang dulu, amat saya hargai. Kenkadang dalam kehidupan, kekeliruan boleh membawa kita kepada satu persimpangan yang sukar kita telah. Selamat Hari Raya mak2 berdua, semoga panjang umur dan murah rezeki.

ADIK BERADIK/IPAR DUAI:
"Selamat Hari Raya kepada semua, maaf zahir dan batin. Kita adik beradik ni, ada sahaja perbezaan pendapat. Gaduh-gaduh, bermasam muka itu adalah perkara biasa dan itulah lumrah manusia. Tapi ini semua terpulanglah kepada diri sendiri untuk menafsirkannya. Segalanya adalah ketentuan Allah. Selamat Hari Raya, semoga semua berbahagia hendaknya.

UNTUK DIRI SENDIRI:
"Semoga tabah melalui segala dugaan. Ingat, Allah menduga umatNya yang terpilih dan Dia sayang. Segalanya ada hikmah yang tersendiri yang kita sendiri tidak dapat gambarkan. Sempena menyambut Hari Lebaran ini, semoga Allah akan terus memberkati serta memurahkan rezeki dan seterusnya memudahkan perjalanan hidup ku dan anak2. Amin".

Thursday, September 17, 2009

Canggih tapi complicated

"Mummy, papa bought me a new handphone, like Maktok's one, the old canggih one, papa take, he want to use". "Kan senang tu, simple jer, takyah yang complicated sangat, you nak gunapun tak susahkan. Dah, jaga baik2".

Handphone canggih anak dara I si Soraya sebelum ni, memang tak user-friendly langsung. Kalau ikutkan hati I, I beli yang murah jer bagi. Dah namapun budak, asal dapat received/made calls dan hantar SMSpun dah cukup. Janji kita dapat contact dia, dia dapat contact kita. Takyah MMS ker, flat skrin ker, touch skrin ker, blackberry ker dan apa2 menatang lagi tak tahulah, esok2 bila dia dah besar, masuk menengah, lain cerita, nak canggih segala canggihpun boleh. Setiap kali hubby beli handphone baru untuk Soraya, pasti I membebelnya, bukan apa "memang nampak stylo, tapi complicated, buat apa kan" tapi yang latest ni, ok sebab simple dan lebih user friendly. Nipis dan nampak lasak. So far, hubby dah beli dua handphone canggih untuk si anak dara ni, yang mummy punya dah bertahun tak gak berganti, yang tu jer yang dilanyaknya, tahan lasak lagi. Si Soraya ni, dah banyak handphone, I pun dah lost count. The first handphone canggih yang hubby beli untuk Soraya memang so the up-to-date one, yang jenis touch skrin tu, tak silap I lah ... I tengokpun kagum gitu tapi kejap jer pakai, lepas tu dah buat hal. Yang latest sebelum yang terlatest pulak, I tak ingat apa brand h/phone ni, sebabnya I pun tak kuasa dan tak pernah nak belek, pun asyik jammed dan low-battery memanjang. "Mummy, can you please inform papa that my handphone always jammed. Everytime when I switched off and want to switch it on again, dah tak boleh". "OK, I'll SMS papa later". Sekali dua takpa lagi, dah masuk berkali2, ni takleh jadik, "You tak charge ke handphone you yang asyik low battery jer, tinggalkan biar mummy tolong chargekan". "Takpalah mummy, charged kena pakai komputer". Eh, handphone jenis apa ni yang kena charge pakai komputer, tak tahulah pulak I segini canggihnya. Nampak sangat, I tak berapa celik dengan gadjget2 ni. So, hari tu I pun cakap kat Soraya, "Kakak, kalau macam nilah, baik beli yang simple jer yang macam Maktok punye, tengok senang jer Maktok guna, handphone canggih you tu, you hantar Muzium Negara jerlah, buat pameran".

Si hubbypun, macam tau2 jer yang we all plan nak beli handphone baru, agaknya dia pun dah boring I asyik SMS buat report kat dia yang h/phone Soraya selalu kong, so, petang tadi lepas ambik Soraya sekolah, terus pegi One Utama, beli handphone yang lebih simple dan murah. Bebudak, beli yang mahalpun buat apa, tak reti nak appreciate lagi. And, for the first time, I tak membebel sebab handphone tu memang sesuwei benor ngan anak dara I ni yang selalu pelupa. Harap2 kali ni biarlah tahan lama sikit ....

It's the thoughts that count

Memandangkan bulan ni I sudah ter"overspent" , and someone who supposed to "bank in" something for me masih lagi "buat donno", so nampak gayanya budget duit raya tahun ni, terpaksalah I kena slashed separuh daripada the usual amount yang selalu I bagi tu. Tak tahulah "angin meroyan" mana yang menyerang sampaikan tangan I ni dok gatal memanjang dan tak putus2 nak membelanja sakan. Ada jer yang nak beli ... dari periuk belanga hinggalah ke baju, itu belum masuk benda2 lain yang "ntah apa2nyer".

"Pada semua anak2 buah makngah, tahun ni, ciputlah sikit "angpow" tu sebab budget dah lari, kalau makngah dapat cheque yang makngah tunggu tu ... kaya makngah, kita bukan setakat boleh raya sebulan, berbulan2 kita raya". Takpalah sikitpun duit jugakkan, janji niat ikhlas nak bagi sebab yang penting bagi I, "it's the thoughts that count".

Tuesday, September 15, 2009

Bila "hantu" tidor takleh tidor

Anak dara I si Alea, selain dengan gelaran "hantu" plasternya, diapun sama2 kongsi title ngan I "hantu" tidor. We all, kalau part2 tidor ni, jangan tak percaya, boleh bangun sampai tengah hari gitu. Si kakak Soraya dah sampai ke shopping complex mana2 tah, I dua beranak ngan Alea masih terbongkang atas katil. Aleh2 bila bangun jer, rumah dah sunyi sepi, dah takda orang, cuma yang ada Dewi dok tengah dengar radio sambil iron baju. Masa I kena kuarantine seminggu ngan Alea sebab positif Influenza A hari tu, hari2 tu lah kerja kitorang berdua. Alea memanglah dah mabuk ubat, I yang takyah makan ubat ni pun, boleh tidor dari pukul 3 petang sampai lewat nak Maghrib gitu, nasib baik tengah cuti sembahyang, jadi taklah rasa bersalah sangat. Kalau ikutkan orang dulu2, time2 tu lah yang tak elok tidor tapi bagi we all, time tu lah rasanya macam dipanggil2 jer dek bantal dan selimut. Bukan tu aje, pantang I tak keje jer, berlingkar jer kitorang dua beranak macam ular sawa atas katil. Tutup langsir, pasang aircond dan ceiling fan full blast, tarik comforter ... waduhhhh.... bestnyer.

Tapi kenkadang ada masa2nya I takleh tidor. Bila terjaga jer tengah2 malam tu, mata ni langsung takleh nak lena balik. Bacalah segala ayat yang ada, pun takleh tidor. "Terbelip-belip" dok pandang siling. Selalunya time2 nilah I suka sangat tengok anak dara I tidor. Berdengkur lagi si kechik ni. Jealous I tengok, nyaman dan nyenyak betul dia tidor. Comel sangat-sangat, kalau kita cium berkali2pun, dia takkan sedar sebab Alea ni selalu "tidor mati". I memang suka cium dia, walaupun ayaq liyoq basi dok tengah meleleh, bila cium baby I ni, rasa wangi jer. Part2 penyakit takleh tido ni, I ingatkan I sorang jerlah, rupa2nya ada juga dua tiga kawan I yang memang takleh tidor, dekat nak pagi barulah tertidor. Nasib baik kitorang kerja shift petang, kalau shift pagi, merana gitu. Lagi I terperanjat, ada sorang kawan I tu, boleh bangun jahit langsir lagi, tak kuasa I, "baik aku baring kat katil sambil melayan angan2, untung2 boleh terlena". Memang tak dinafikan, those yang sama line ngan I ni kenkadang yang tetiap2 hari mengadap komputer, otak dok ligat berfikir, bawak sampai ke malam, bila nak tidor, otak dok aktif lagi, itulah yang buat tak boleh tidor tu. Kalau orang yang kuat sembahyang, time2 takleh lena ni dorang ambik kesempatan sembayang hajatlah, tahajudlah, sunatlah tapi I ... hampeh ... boleh tu terus terbongkang dok pandang siling, terbelip-belip biji mata. Camnerpun penyakit takleh tidor I ni bukannya kerap sangat, ada masa2nya ... selalunya I terlebih tidor bukannya terkurang tidor. As it for now, walau apa jua ribut taufan or masalah yang melanda, "thank god, I still enjoying a good night's sleep and wake up well". What I can say is, "Syukur Alhamdullilah, itulah nikmat yang Allah bagi kat I, jangan Dia tarik balik sudahlah".

Monday, September 14, 2009

Tahun ni no kueh raya

Tahun ni, I tak beli sangat kuih raya. Belipun yang mana I suka makan iaitu biskut badam white/dark chocolate, biskut badam salut white choc and cheese chocolate kek ... sedap beb, wife officemate I yang buat (sebutpun dah terliyoq). Memang confirm dan "wajib maqronah", itu semua untuk makan sendirian berhad. Bukan apa, last year beli banyak2pun, takda sapa makan, abihpun sebab bawak gi ofis. Itupun ada lebih lagi, last2 buang jer sebab dah bercendawan. So tahun ni, I ambik keputusan, takyah beli banyak2, cukup2 untuk makan jer ... abih cerita dan tak membazir. I sekarang ni kena berjimat cermat sebab ekonomi tak berapa baik. Part cookies2 ni, anak dara I pun kureng makan, cuma si Soraya jer yang suka kueh semperit, semperit huruf "S" lagi ... macam2 bebudak sekarang ni.

Walaupun Hari Raya bagi I tetiap tahun sama jer, macam hari biasa2, maklumlah dah beranak pinak, tapi tak semestinya I langsung tak nak meraikannya pulak ... raya, raya juga, sapa pulak kata I taknak beraya. Si Dewipun dah mula sibuk sakan menukar segala langsir (langsir I dua pasang jer, dok tukar mai yang tu jerlah tetiap tahun ... tak kuasa akak nak tempah baru), langsir sliding door, langsir bilik I, bilik Soraya, tukar sarung bantal2 kechik sofa, alas meja, alas piano, tampal wall paper, tampal kayu lantai yang dah terkopek, cuci cermin tingkap dan segala2nya, just name it ... semua dia buat. Takda yang baru, semua "recycle" punyer. Cuma tahun ni, takda ponjot pelita sebab tukang pasang ponjot not available. Takpelah, takdapun takpa, raya serupa tu jugak, takda bezanyapun. By the way, Raya tahun ni jugak, I dah ada plan sendiri ... jeng...jeng...jeng... rahsia, nanti kalau bagitahu takut tak jadilah pulak tapi harap2 semuanya berjalan lancar. So, kita tuuunnngguuu ......

Alea, si "hantu' plaster

Anak dara bongsu I, si Alea ni memang pelik sikit. Kalau pegilah mana2 pharmacy, tak kira Guardian ker, Watson Nyambek ker or Caring ker, benda yang dia cari dulu mestilah plaster. Obsessed betul dia ngan plaster. Plaster pulak mestilah yang ada gambar2 kartun "Disney Princess" ataupun kartun "Winny the Pooh". I dah memang tahu, masuk jer pharmacy, "Mamee, cher, mamee cher" (mummy, plaster). Selalunya, I ambik yang paling murah yang rega RM3.60 sekotak punyer, kalau ada yang rega RM1.00 lagi bagus, sebabnya kalau beli yang mahalpun tak guna ... segala tempat dia tampal, sampai kat headboard katilpun dia tampal. Balik rumah, tak sampai setengah jam, dah abih plaster tu dikerjanya. Kalau betul2 luka takpelah jugak, ini ikut suka hati mak datok dia jer.

Ada sekali tu masa I balik keje, tanya Dewi yang tengah basuh kain, "Dewi, mana adik". "Kat bilik kakak, tengok TV". Naik atas, terus masuk bilik, "Astaqfirullah ... patutlah senyap, ini rupanyar kerja you". Nak tahu apa, satu badan dia tampal plaster ... kat dahi satu, dua2 belah pipi, kat lengan, tangan, dua2 kaki, lutut dan peha. Itu takpa lagi, kat sisi katil I pun penuh bertepek. Nak marahpun tak jadi marah ... tengok dia dok tengah seronok sangat ... adusss ... Aleaku sayang. Sambil terlompat2 atas katil, "Ni, mamee yee, mamee yee" (Ni mummy beli, mummy beli). "Ahah, mummy beli, esok mummy beli lagi ok sayang tapi adik janganlah dok tempek kat rata2 tempat".

I pun dah tak tahu nak buat apa dah, cakaplah apapun "sampai abih ayaq liyoqpun" kat dia, memang dia akan tempek jer plaster tu ikut suka hati dia, selagi tak abih selagi tu dia dok mengenen kat I ... "abih camnor, dah si kechik I ni memang "hantu" plaster, layan jerlah".

Friday, September 11, 2009

Baju raya anak2 dara I dah settle

Fuh, lega rasanya, baju raya anak2 dara I semua dah settle. Tak lagi berserabut nak memikiorkannya. Bukan apa, I macam takda masa nak gi bershopping mopping. Semalam, memandangkan I masuk keje lewat sikit, apa lagi, I pun "menghalalah" ke One Utama, untuk memulakan operasi "berbelanja sakan". Sebenarnya kalau tak belipun, takpa, si Alea tu banyak lagi baju yang dia tak pakai lagi, kakakpun dah berlambak tapi tak "thrill" lah pulak kalau tak belikan apa2 untuk anak2 dara kesayangan I ni. Rasa bersalahpun ada, biar mummy jer yang "recycle" baju lama asalkan adik dan kakak ada baju baru dan boleh beraya sakan. Untuk dua orang tu jer, almost RM900lah I spent. Tahu jerlah, baju bebudak, bukannya murah, apa laagi kalau yang branded sikit, nasib baik I dapat 10 percent diskaun untuk baju bebudak dari butik Guess and Gap Kids. Kalau tengok baju bebudak pompuan ni, "boleh rambang mata" dibuatnya. Lagi satu I suka baju kat Zara and Benetton, memang sesuai untuk anak2 dara I. Memandangkan sekarang ni Parkson tengah sale dan I pun ada "member card", I target jugak baju2 "Disney Princess" yang Alea suka sesangat tu .... Takpe untuk anak2, kena adil dan sama rata. Beli baju untuk si adek ok lagi, tak cerewet tapi untuk kakak, kena tanya dulu. Itu tak kena, ini tak kena, serba tak kena. "Kakak, kalau mummy belikan you skirt ok tak". "No, I prefer pants, I don't like skirt". So, I belikan dia pants jer and adek, I belikan a few t-shirts and tight pants sebab dia tak suka pakai dress atau gown. Yang penting, semua dah settle, dah tak yah fenin, fenin lagi. Esok, "rombongan cik kiah" ni nak gi membeli baju si Dewi ngan anaknyalah pulak tapi tak tahu lagi kitorang nak hala ke mana. Mungkinkah "rombongan cik kiah" akan ke The Mall, KLCC, Curve, MidValley, Pavillion or One Utama, tak decide lagi ..... bak kata Nabil, si juara lawak tu, "lu fikirlah sendiri" ...hi..hi..hi..

Wednesday, September 9, 2009

RM800 too much for maids

It is unfair to propose that foreign maids to be paid RM800 when some government servants are only getting RM600 as their starting monthly salary. Some locals working in the private sectors too do not even receive RM800 and how we can accept foreign maids receiving RM800 as a starting salary. Masa I start keje dulupun, gaji startingpun tak sampai RM1500, itu ada paper lagi. Some even viewed that foreign maids should receive not more than RM550. Come to think of it, betul jugak, all maids "ditanggung bersih" by their employers. From tempat tinggal, food to medical expenses. Toiletries maidpun, majikan jugak yang beli, tak mintak sesenpun. Buat apa nak berkira sangat. So, kenalah ada "give and take" in this case. Camnerpun, it was justifiable kalau employers nak pay more according to the proficiency of maids. Some employers yang not willing to fork our RM800 for an Indonesian maid because of the quality of the maids at the moment. Some complains that the maid are not well trained despite guarantees by agencies that they had undergone the required courses.

Maid agencies around the Klang Valley charge RM7,500 to RM9,000 in service fees and advance wages for maids. Currently, new maids are paid between Rm500 and RM560.

Tapi memang kelakarlahkan, propose RM800, yang RM400 pun tak tentu lagi dibayar kat maid. Jangan tak percaya, ada kes yang hutang kat maid sampai cecah ribu2 lagi, "dahlah ko guna kederat dia siang malam, tak bayar pulak tu, memang tak ada hati perut langsung". Itu sebab ada yang suka ambil yang illegalnya, maid2 ni takleh nak buat report, sebab kalau buat report, dorang balik kena tangkap sebab masuk cara haram. Tapi, tak senang manapun hidup si majikan yang tak bayar gaji tu, kalau kita aniaya orang "nampak jer kat luar senang, tapi sebenarnya merempat jugak, takda harta sendiri, semua harapkan orang punya". Satu lagi, ada yang kedekut nak kuar duit bayar agensi tapi "cakap berdegar2", last2 cari yang haram sebab murah, lepas tu bila tak pandai buat kerja, komplenlah pulak. Kalau tanya I memanglah tak setuju langsung nak bayar RM800, mengarut jerlah. Yang dapat sekarang dalam RM500-RM550 pun kira dah banyak. Jangan tak percaya, si Dewi yang kerja kat rumah I tu dah boleh hantar lebih RM8,000 balik ke Indon, siap renovate rumah lagi. I sendiripun tak mungkin dapat simpan sampai banyak tu. Itulah yang I cakap awal tadi, mesti ada "give and take", layan maid ngan baik, jangan dok jerkah2, kalau kita rasa nak bagi lebih, terpulang pada kita. Sekali sekala raikan besday dia, bagi hadiah atau beli baju, tanda kita hargai pengorbanan dia tinggalkan kampung halaman kerana nak kerja ngan kita, cari rezeki untuk keluarga yang jauh.


p/s: Raya Haji nanti, si Dewi nak balik Indon, akak kenalah ambik cuti panjang. Harap2 bolehlah akak survive, maklumlah dah lama sangat bergantung pada maid, rasa canggunglah pulak. Insyallah, alah bisa tegal biasa kot.

Rezeki di bulan Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan ni, rezeki berbuka puasa kat ofis I memang murah. Ada jer hamba Allah, hotel and syarikat2 besar yang sudi menyedekah dan menyesponsorkan makanan kat we all. Terima kasih banyak2 dan Alhamdullilah gitu. Tapi yang tak bestnya, I'm talking secara general ok, takda nak "kenen2 pada sesapa", kalau dah namanya makanan sponsor dan niat orang yang menyedekah itu khas untuk kakitangan organisasi berkenaan, maka faham2lah, memang untuk kita pekerjanya, bukanlah untuk suku sakat keluarga kat rumah. Yang kat rumah, tu kat rumahlah, dah banyak makanan terhidang. Ini tidak, misal kata, berkebetulan, satu hari tu, ada dua hamba Allah berasingan yang mensponsorkan makanan, kita ambil satu jerlah, yang mana terdahulu, yang mana terkemudian, takyahlah tamak2 nak ambik sampai dua. Tak terlarat nak makan, lagipun banyak manapun kita nak makan. Alasannya, satu lagi boleh bawa balik bagi sesapa makan. Oh .... itu konsepnya. Benda dah free, makanan pulak tu, letak banyak manapun boleh habih, jangan takut. Tambah pulak, tempat I ni, ramai yang kerja malam, tinggallah kat dorang2 ni untuk dibuat sahur. I tak tahulah, tapi I tetap ngan pendirian I, makanan yang disponsor di ofis adalah untuk orang di ofis, itulah niat orang yang menyedekahnya, dan kita sebagai penerimanya janganlah pulak bersikap tamak, ambil lebih sebab nak bawa balik untuk orang di rumah. Tapi misal kata, yang dibawak balik adalah bahagian kita sendiri, itu takpe pada I, mungkin kita taknak makan di ofis tapi nak bawa balik bahagian kita itu ke rumah untuk berkongsi ngan yang lain, terpulanglah.

So, pada mereka yang telah mensponsor dan menyedekahkan hidangan berbuka puasa kepada kami, semoga Allah akan terus memberkati dan memurahkan rezeki kalian. Amin ...

Tuesday, September 8, 2009

Somebody call 911, mummy's fire burning

"Somebody call 911, mummys fire burning. I gotta cool myself down, gotta cool myself, mummys fire burning, fire burning ... hotter than the sun of south of the Spain ... ahaaa". Itulah lagu Sean Kingston yang I dah olah balik. Mana tak berasap dibuatnya, kalau tak control boleh terbakar gitu. Apataknya, geram betul ngan anak dara sulung I, si Soraya. Dari petang Jumaat lagi, I dok tanya dia, "Kakak, ada homework tak, kalau ada baik abihkan, kalau tak paham mummy boleh tengokkan (tengok jerlah)". "No mummy". Ok settle. Pagi Sabtu sebelum I kuar keje and petang Ahad, sebelum I kuar bukak posa ngan kenkawan, lagi sekali I jengok dia kat bilik, tengah dok membelek laptop dia, "Kakak, sure ya takda homework, jangan last minute baru nak buat". "Aiyaa, surelah mummy". "Oklah, mummy gi dulu, love you". "Love you too".

Alih-alih, pagi tadi, lepas tiga hari cuti (campur Isnin, cuti Nuzul Quran) masa nak gi sekolah, dalam kul 7.15 am, I pun masuk bilik dia. "Eh, apsal you nangis ni, dah besar2 pun nak nangis lagi". "I got maths homework, I haven't done yet. I really forgot". "Astagfirullahalazim, dua kali mummy tanya you, you kata takda, tiga hari boleh tergedik2, main tak ingat dunia, berjalan jer, pagi ni pulak kata ada homework, macam mana pagi ni boleh teringat pulak, yang tiga hari lepas, tak ingat langsung". I memang hangin betul, sebab I memang dok peringatkan dia pasal homework. "I forgot mummy". "So, where is the book, dah nak terberak baru nak gali lubang". Bayangkanlah, we have another half an hour before the school started. "Buku work book maths yang baru, I tak jumpa, tak beli lagi kot". "Ha, macam mana tak beli lagi, kan papa dah belikan semua buku kerja you." "Here, mummy, I dah jumpa." "Ok, how many pages kena buat". Waduhhh ... bukannya sikit, four pages pulak tu, depan belakang .... boleh ke siap dalam masa yang singkat. Ohh ... nasib baik, most of the exercises tu dia dah buat ngan cikgu tuisyen, copycat jerlah balik, nak buat camner, dah darurat ... yang first two pages tu nasib baik I faham, bolehlah I bagi "jawapan express". "Walaupun mummy dapat "enam fening" masa zaman2 mummy exam dulu, terror jugak mummy rupanya".

Dalam kete masa nak hantar anak dara I gi sekolah, sempat lagi I sambung lecture. "Youpun, next time nak gi mana2, inform mummy, bukannya mummy nak ikutpun, bukannya mummy tak bagi you gi mana2pun, pergilah ke langit, ke bulan, yang penting bagi tahu jer. At least have the courtesy to tell me first. Kalau mummy tido lagi, you can always call me later, apa gunanya papa belikan phone yang canggih manggih untuk you. Ada emas ke dalam mulut tu. Bukannya mummy takleh call, boleh, tapi kalau mummy call, you bukannya selalu dengar phone you ringing. You don't have to wait people to tell you when to call when not to call. Tengok, everytime mummy nak gi mana2, sure mummy akan jumpa and hug you and adik first. I never fail to do that because I love both of you walaupun mummy jarang ada ngan you. Betul tak?. "Betul", hujung2 telinga jer I dengar dia jawab, macam tikus cemburut.

Sampai jer kat sekolah, sebelum kuar kete, I cakap kat Soraya, "Mummy mintak maaf kalau mummy marah you ok. Mummy marah you sebab mummy sayangkan you, sayang, sayang, sayang sangat kat you. You pun janganlah take things for granted". Sambil cium pipi and salam ngan I, diapun balas balik,"I love you too mummy".

Sapa yang tak sayang anak beb, tapi anak2 ni kalau dimanjakan sangat akan "naik mua", mengada2 tak tentu pasal (kalau ikutkan hati, bagi penampor jer). I memang strict tapi tak pernah naik tangan, cuma acah2 jer dan bila ngan I, takda sesapa, Soraya ni boleh pulak jadi independent, semua boleh buat sendiri tanpa kena suruh. Si Alea pulak, memang ada I siap rotan belakang pintu sebab kalau dia terlalu "degil", I ambik jer rotan ni, acah2 kat lantai, automatik dia diam macam "kucing monyok". Mana ada anak yang tak degil, tak dengar katakan, kita memang boleh ikut cakap anak2 dengan syarat "apa yang kita cakap dorang mesti dengar balik, jangan tak dengar, ini tak, apa yang dorang nak jer kita yang kena ikut, mana boleh jadi, not with me ma.....". Apa2pun, mummy akan sentiasa sayang anak2 mummy, dunia dan akhirat.

Monday, September 7, 2009

"Recycle" jer baju kurung lama

Tak seperti raya2 sebelum ni, baju raya satu keluarga I mestilah sedondon, ada tema, tapi tahun ni "free-style", ikut suka hati memasing, tak kisah nak pakai rogna apa ... yang terang benderang, yang macam lampu traffic light, yang macam kaler bangla, yang suram, yang lak-lik-lak-lik or yang berlabuci penuh ... "suka hati ko lah labu". Part baju kurung ... I no problem one, cakap jer rogna apa nak ... merah, biru, shocking pink, shocking green, brown, purple, oren, kuning, shocking oren ... semua ada, yang bersulam, yang bermanik tapi mintak maaflah yer ... semua polos (plain). Ada gak baju kurung yang berbunga, tapi tak banyak sebab I tak minat yang ada bunga2 macam "minah bungalah" pulak dan baju kurung I jugak tak "sarat-marat" ngan labuci macam sesetengah orang tu. Seperti biasa, tetiap tahun raya, I memang tak buat baju kurungpun, "recycle" jer yang lama2, bukannya orang tahupun. Lagipun pakai sekejap jer and gi ofispun I jarang pakai baju kurung. Pendek kata lemari I tu memang penuh ngan baju kurung, yang tak pakaipun ada lagi. Kebanyakan baju kurung I jenis kain "Thai Silk" or "Shantung Silk". Konsep baju kurung I pulak, mesti simple tapi cantik, boleh bawa gi kerja dan juga majlis keraian apa2. Kenkadang rimas jugak I tengok sesetengah baju kurung , sebab nak nampak "ikan gelama (glamourlah)" sesangat, sampai sarat-marat dibuatnya, lepas tu tak sesuai langsung nak bawak gi ofis, buat gelak dek orang jerrr ....

Hari tu, masa gi Curve ngan Ampang Park, kalau ikutkan "imam I yang tak kuat" memang harus jugak I membeli selai dua baju kurung. Cantik beb, rognapun memang rogna2 I, terang benderang. Ada satu yang kat Curve, lagi cantik, siap adek I, si Azean sibuk suruh beli. "Angah, cantik ngah". "Eh, tahu takpa, Angah memang cantikpun". "Baju kurung tulah yang cantik, bukannya Angah". Oh, takleh jadik ni. tambah gaji pulak masuk awal bulan ni, so, sebelum I terjebak dengan lebih jauh, baik I belah cepat2. Lagipun, bila difikir2, baju si Alea, Kakak ngan Dewi belum beli lagi, next Saturday, baru nak buat operasi "shopping mopping" ngan dorang, baik I spend jer untuk tiga orang pompuan ni kan ... kan ... kan ...

Semperit oh semperit

I pun dah lupa when was the last time I buat cookies raya. Mungkin masa zaman I anak dara dulu adalah, pakai oven bulat yang ada cermin kat atas tu. Selang lima minit, intai, selang lima minit jer intai kat cermin tu, tengok kuih dah masak ke belum. Kalau buat kek lagi senang, tengok jer kalau dah kembang cantik, tahulah kek tu dah masak. Mak I pulak suka pakai oven hitam kotak yang bila nak guna, letak atas dapur minyak tu, siap ada temperature lagi, tapi I tak reti nak guna. Kalaulah ada lagi oven bulat dan oven hitam kotak tu, kira dah jadi barang antik gitu. Alamak nostalgia sungguh ....

Petang semalam, I ngan kenkawan bowling yang lain bukak posa kat rumah Jam kat Bukit. Meriah sungguh. Mula2 cadang nak bawak si Alea tapi si kakak nak ajak adik bukak posa kat Mutiara Damansara, makan roti canai, so tak jadi, takpalah, lain kalilah bawak adek. Memang "the bowling gang" dah rancang dari hari Jumaat lagi, lepas bukak posa kat umah Jam, we all nak buat kuih semperit. Si Pah lah yang teringin sangat, I kuih semperit ni kurenglah sikit tapi kuih2 lain especially yang bercoklat-based, memang I suka sesangat2. So, dengan semangat yang berkobar2, Kak Anipun belilah barang2 nak buat cookies tu. We all cadang nak buat satu adunan jer, buat makan sendiri sambil baring2 tengok TV. Sementara tunggu Pah ngan Jam habih Tarawih, Kak Ani pun delegate kerja pada we all. Ina, potong buah ceri untuk hiasan and I pulak membancuh adunan dengan sukatan dibuat oleh Kak Ani dari resepi peninggalan mak dia. Uhhh, boleh tahan jugak nak menguli ... anak2 sedara si Jam, Farah and Sabrinapun sibuk nak menolong. Bila dah siap, tiba pulak masanya nak menekap. Macam biasa, Kak Ani, tunjuk contoh, lepas tu Ina ngan I lah punya kerja tekap menekap dan tukang hiasnya si Farah dan Sabrina.

Part menekan kuih nak jadi bunga, I buat memang tak cantik, langsung takda seni, leper jer. Leperpun, leperlah, janji boleh makan, bukannya nak buat jual, nak makan sendiri. The end-product, tastenyer not that bad tapi a bit manis. Anyway, I rasa I lebih prefer "kuih tunjuk2" lah sebab memang tak kuasa langsung nak buat kuih2 ni. Part2 nak membancuh tu ok, tapi part nak menunggu masak tulah yang boring sikit. Tapi semua terpulang pada individulah, kalau orang tu dah minat buat cookies, terperap lama manapun kat dapor dia tak kisah tapi yang hangat2 tahi ayam macam I ngan gang2 I ni, memang toksahlah. Mula2 semua nya bersemangat bila dah sampai ke penghujung, memasing dah malas, semua dah mula nak terbongkang depan TV, bentuk bunga kuih semperitpun dah tak ada rupa bunga, dah jadi tak ape2, tambah2 kalau Pah ngan Jam yang menekan, pakai belasah jer, rasanya I lagi terrer, ada gak bentuk bunga. Anyway, we really enjoy ourselves semalam. To my friends, thanks for everything ... kawan masa ketawa senang nak cari, kawan masa menangis, insyallah, inilah kenkawan I.

Saturday, September 5, 2009

Alamak, I sudah ter"overspent"

Alamak, bulan ni I dah ter"overspent"lah pulak. Punyalah lama tak "bershopping mopping", tetiba jer tanpa dirancang, tak tahu macam mana, I boleh terlanggar "janji-janji manis I sendiri untuk tidak membazir tak tentu arah terutamanya dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini". Macam semalam I tak kerja, I gi KLCC, cadangnya nak teman kawan, tapi terbaliklah pulak, dia pulak yang teman I bershopping. "Giler ke apa", I boleh borong tujuh helai baju yang sama pattern tapi different colours dengan alasan I memang dah lama cari baju yang style tu, baju ala-ala kemeja yang ikut badan. Lagipun murah sesangat kalau nak tengok pada brandnyer, brand Cultivation, tak silap I. Oklah, lepas tu, pegi pulak kat bahagian kasut, nasib baik, kasut yang I minat tu takada saiz, kalau ada saiz, melayang lagilah duit I. Turun bawah Isetan tu, pegi pulak kat bahagian kosmetik, cadang memang I nak cari perfume sebab perfume dah abih. Bukan setakat perfume, skincarepun I beli, lipstik sampai dua pulak tu. Aduhhh ... kali ni I tenyeh jer kat kredit I.

"Aku nak cari baju raya anaklah, baju si Alea, kakak dah ada", I cakap kat kawan I tu. Nasib baik bila sampai kat Guess butik tu, punyalah ramai orang, so kitorang tak jadi masuk. "Takpalah, nanti aku datang kemudian, beli untuk si Alea senang, takyah bawak dia, si kakak cerewet sikit". "Eh, jom, kita pegi Ampang Park sat, aku nak tukar baju kurung mak aku". Baguslah kawan I ni, ikut jer, tak kisah langsung. So, kitorang pun naiklah LRT ke Ampang Park. Sampai Ampang Park, aduh lagilah giler, tengok baju kurung yang new arrivalnya ... mak datok cantik ... juling mata I tengok. Belek punya belek, punya belek, kawan I beli sepasang tapi I baju kurung dah banyak sangat kat umah so I cadang nak cari baju linen biasa jerlah. Memangpun, tetiba I berkenan ngan satu baju tu, colourpun cantik so apa lagi ... I boleh "selamba badak" jer beli tiga pasang siap ngan seluar lagi dua pasang, padahal seluar dah berlambak2 kat rumah. Astagfirullahalazim ... apa nak jadik ngan I ni. Okay ... tak abih lagi ... tenyeh menenyeh terus bersambung hingga ke petang pulak.

Petangnya, sempat I gi One Utama kejap, kononnya nak cari cream kulit untuk si Alea, alih2 tersinggahlah pulak kat Parkson, tertengoklah pulak ada promotion jual sendok dan segala bagai kuali yang tak melekat tulah. I gasak boleh borong sendok sampai tujuh dan kuali satu, lepas tu siap beli bed-sheet dua pasang lagi tu. Takpalah, semua tu untuk raya. Menenyeh lagi. Lepas tu menyesallah pulak, sambil jalan nak gi parking, sempat I dok merepek kat diri I sendiri, "Ya Allah, apsal aku beli semua ni, ni belum masuk baju anak2, adoi ... fenin aku, fenin, fenin".

Itulah, nasib I kerja, pegang duit sendiri, takyah nak mintak kat sesapa. Rasa nak beli, beli jer lepas tu rasa menyesallah pulak (kejap jer tu, lepas tu buat lagi). Bayangkan those yang tak kerja, tak pegang duit sendiri, "memang boleh beli kalau rasa nak beli, mintak jer kat husband, no hal one, tapi the thrill nak membeli tu tak sama dengan those yang memang pegang duit gaji sendiri". Oh ya, sebut pasal keperluan raya ni, rasa2nya nak mintak kat hubby duit lebih sikit, nak beli baju anak2 ngan baju I sekalilah. Duit I, duit I jugak, tanggungjawab, tanggungjawab jugakkan.

Thursday, September 3, 2009

Perang program masak di TV

Kalau ada yang kata tak pandai2 jugak masak, memanglah bohong. Kat TV sekarang ni, berlambak2 program masakan. Sebut jer apa resepi, semua ada. Dari masakan Melayu, Cina, India, Mamak hinggalah ke omputih, semua ada. Antara nak ngan tak hendak jer. Dewi, yang dari Indon tu pun dah terrer masak. Hari tu dia masak laksa Penang dan asam pedas, sedap woiii. I pun sebenarnya bukannya tak reti memasak, pandai , cuma ada penyakit MALAS jer, bak kata kawan I, "kepala M tu besar sangat, dah lama terlekat kat ko". Takyah tunggu bulan posa, bulan tak posapun, dah berlumba2 TV tayang program masakan, apatah lagi bulan posa. Kat RTM jer, ada program masakan Sajian Ramadan Bersama Chef Wan, Uli-uli Aidilfitri Bersama Chef Nazri; Aneka Rasa Ramadhan; Ketuk2 Ramadan Bersama Sheila Rusli, Jom Rasa, Kulinari Daisy Chef Liza; Citarasa Selebriti Siti Nurhaliza dan kat Astro pulak Perang Kuali, Bersama Anita ... macam2 lagillah sampai I pun dah lupa.

I nipun setakat tengok jer program masakan tu. Kalau orang lain agaknya, siap ngan buku pensil lagi. Yerlah tu, setakat salin jer buat apa, masaknya tidak. Paling best I suka Chef Wan, sebab dia jenis yang slumber dek jer. Macam mana tangan dia berjalan, macam tulah juga mulut dia ber"pot-pet-pot-pet". Macam I lah juga, segala jenis buku resepi ada, masaknya tidak. Ada sekali tu, I tertengok Chef Zam masak. I suka masa dia gemok dulu, nampak chubby, bila dia dah kurus, sedut lemak, muka dia nampak haggard sangat, rambutpun dah macam takda. Tapi yang paling jadi pantang mak datok I, eee ... geli, kalau tengok tukang masaknya pakai cutex sambil memasak. Terbaru I tengok sorang dramatis ni masak tapi kuku bercat, langsung jadi tak berselera I. Pleaselah, yang mana yang Islam tu, jagalah adab sikit. I mungkin nampak moden tapi a bit konservatif.

I kenkadang kagum ngan SIL, si Yati, rajin betul pompuan ni memasak, kiranya dia sikit terrerlah daripada I. I pulak, sekarang ni, paling terrer masak "Daging dendeng" resepi yang kawan I bagi, memang senang dan ringkas. Rasa2nya Hari Raya ni, I nak buat masak "Daging dendeng" lah. Lagi satu, I dah janji ngan kawan I si "samdol ala kadol" yang I akan jamu dia satu family makan masakan air tangan I kalau apa yang I hajati dimakbulkan Allah. Ada ke patut dia boleh tergelak golek2 bila I cakap macam tu. "Ko belum rasa lagi masakan aku, sekali ko rasa, ko suruh aku bukak restoran beb".

Wednesday, September 2, 2009

"Aiiii ... yep mamee" ( I love mummy)

"Aiiiii (I) ... yep mameeeee, Aiiii ... yep mameeeee" ( I love mummy, I love mummy). "Oh gosh ... that is so sweet sayang, I love you too, forever and ever and ever and ever. Well, seminggu, I kena home-quarantine (atcually "room-quarantine" to be specific), itulah yang kerap dilaungkan oleh Alea. "Aiiiii ... yep mameeee, Aiiii ... yep mameeeee".

Terharu gitu I dengar dan yang paling I kagum dia boleh tu duduk berhari-harian dengan I dalam bilik tu dan berhari-harian jugaklah I dok layan dia tengok kartoon. Kiranya boleh hafallah, lepas Ben-10, mesti kartun Chowder, budak kuat makan, lepas tu Shushi Pack, lepas tu Naruto, lepas tu Tom and Jerry, lepas tu Pink Panther, lepas tu Batman, lepas tu Thumb Wrestler, lepas tu Power Puff Girls, sampaikan I rasa kartun Ben-10 tu asyik diulang berkali-kali, tak jemu2 anak dara I tu tengok. Takada can langsung I nak tengok favourite series I, CSI tiga serangkai tu (CSI Las Vegas, Miami and New York), drama2 Melayu langsunglah "gone with the wind jerlah". Kenkadang I kesian jugak kat Alea sebab nak main ngan kakak tapi I kena strict sikit sebab I takut virus H1N1 terkena kat kakak so I make sure kalau nak jumpa ngan kakak kat bilik sebelah, dua2 kena pakai mask. Macam Soraya okaylah pakai mask tapi si Alea ni, kejap jer, lepas tu mask ke mana, dia pun ke mana. Lagipun, we all kenalah dengar cakap doktor, kuarantin seminggu jer, tahanlah sikit, bukannya tujuh tahun, kena tahan diri dari segalanya especially tahan diri dari keluar rumah, itupun kalau ada benda yang betul2 mustahak.

Alea walaupun dah tiga tahun tapi dia kurang sikit bercakap, kalau cakappun pelat. Disebabkan dia kurang bercakap, so bila dia start cakap satu2 ayat tu, I yang lebih rasa thrillnya. Mungkin for those mummies yang anak dorang dah petah bercakap, rasa "alah, no big deal" tapi for me memang "big deal". Antaranya:

"Mamee, eat pish" (Mummy eat fish)
"Mamee, washh end" (Mummy wash hands)
"Mamee, ai wan yink" (Mummy, I want to drink)
"Mamee, ai wan tocks" (Mummy, I want socks)
"Where is your socks Alea?" "Do no mamee" (Don't know mummy)
"Ai ... Ai (CSI) mamee" (CSI mummy) and yang paling tak boleh dijual beli "Aiiiii ... yep mameeee, Aiiii ... yep mamee".

"That is so sweet sayang, I love you too and kakak forever and ever and ever. Till death do us apart".

Tuesday, September 1, 2009

Subhanallah, Alhamdullillah ...

Tak tahu apa lagi yang I nak cakap, sekadar bersyukur, bersyukur dan terus bersyukur kepada Allah SWT. Sekali lagi I berisytifar kepada Allah ... Subhanallah, Alhamdullilah, Aminnn ... sebab apa yang I nak sesangat2 selama ni, terbentang kat depan mata. Ingat lagi, tetiap hari dok mensurf internet ... adalah dalam tiga bulan jugak, akhirnya ... dapat, very the "unsangkarable" one, siap tunjuk kat Kak Mona lagi, mintak "pendapatannya" yang lebih sikit daripada I tu. Alhamdullilah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan tidak sia2 doa I selama ini. Ingat tak dalam entry awal I "Everything is so unsangkarable", semua benda yang I ingat takkan dapat, datang bergolek2 tanpa disangka2, memang langsung I dah tak harapkan. Itulah kebesaran ALLAH, mungkin Dia dah nak mula tunjukkan sikit demi sikit. Semoga I akan terus tabah menghadapi segala kenyataan. Sekali lagi syukur kepadaNya. Amin ........