Thursday, May 28, 2009

Lagi citer anak2 mummy

Sementara dok tunggu "story" masuk, I pun saje2 jer browsing through some of my collegues' blogs and I really tertarik dengan satu entry ni pasal anak2 ... luahan seorang anak yang dianiaya mak kandung sendiri. I ni kan bila sentuh bab anak2, cepat benor terasa sendunya. Nak buat camner, naluri ibulah katakannn .... bukan jer tak sanggup pukul , bayangkan kalau nyamuk gigit anak I, I ligan satu bilik nyamuk gemuk (gemuk ngan darah anak I) tu sampai I dapat pukul dan penyek sampai mati, barulah puas hati I.

Memang tak sanggup I nak naik tangan langsung kat dorang. Geram tu memanglah geram tapi kalau ambik tali pinggang tu, acah2 jer yang lebih, pukulnya tidak. Yerlah, baru nak naik tangan, tengok mata anak I yang "kelipot..kelipot" bergenang air mata tu ... eh, tak sampai hati beb. Cuba fikir balik, apa pekdahnya nak pukul anak yang baru umur tak sampai lima tahun. Bukannya dorang tahu aperpun. Part pukul memang lah takleh terima, apa lagi part yang sembam muka kat lantai, tak dapat I bayangkan keadaan budak tu. Sorrylah, kalau I nampaklah, harus I jerit balik kat nenek tu, humban jer dia kat umah orang tua, lepas tu biar jer dia bergelumang ngan berak kencing dia sendiri. Tapi nak salahkan si nenek nipun takleh gak ... yang mak bapak pun, ambillah maid, apa salahnya. Kuar sikit duit, ni tak suruh mak jaga, mak tu dah tua, kalau yang Melayu tu naklah beramal ibadat.

Satu lagi I memang setuju, orang Melayu kurang sikit dok herdik2 anak, selalunya bangsa cher yang gitu. Orang Melayu ni, lebih2 lagi nenek zaman sekarang ni, memanjakan cucu lebih daripada mak bapak sendiri, takut pulak I sebab terlebih ngada2nya (termasuklah anak2 I, terlalu dimanjakan oleh MIL). Selalunya bangsa cher ni, bukan aje anak ditengking2, maid lagilah pulak. Siankan, bayangkan, datang negara orang nak cari rezeki, dilayan pulak macam hamba abdi ... sebabnya dah bayar gaji, bolehlah buat apa2pun.

Lagi satu pantang betul I kalau gi shopping ke window shopping, nampak budak2 ni ke ikat ngan tali oleh mak bapak dorang, betul2 macam anjing. Konon2, tak bagi lasak sangat, lari sini sana. Aduh ... tak gamak I nak buat macam tu. Dah namapun bebudak, biarlah diorang lari, kita jaga jerlah. Yang ni, bukan jer bangsa cher, dah melarat kat bangsa kita gak, maklumlah zaman moden, tiru dari obersea gitu. Tapi tiru tak kena gaya buat aper kannn ....

Wednesday, May 27, 2009

Aduhai, tingginya maintenance anak2 I

I pun heran jugak tengok anak2 abang dan adik I kebal2 belaka. Mainlah hujan ker, lumpur ker, pasir ker .... relaks jerr, langsung tak heran dorang. Setakat berkudih tu biasalah, ini tak, demam ker selesemapun tak kena. Anak2 orang lain kalau main pasir jer, wajib kena tungau. Tahu tak apa tungau tu? Tungau tu kalau ketit kat "bird" budak lelaki, harus bengkak, seminggu tak tentu surut lagi.

Kagum sesungguh kagum betul I tengok bebudak ni. Mak ayah dorang lagi lah tak kisah, tak angkat pot langsung "lantaklah kat korang, jangan ada yang terbongkang dah." I ramai anak sedara lelaki, memanglah lasak, pompuan cuma boleh dibilang ngan jari sebelah tangan jer. Anak lelaki kalau tak lasak, bukanlah anak lelaki namanya, kang jadi pon-ponlah pulak. Kenkadang I marah gak kat adik lelaki I yang selalu sebat anak dia, ikut dan apa ada kat tangan, terus belasah. Memanglah kalau ikutkan hati, geram betul tengok bebudak ni tapi I percaya budak kalau dah selalu kena sebat, dorang lagi dah lali, sebatlah dengan rotan besar tapak tanganpun, dorang sikit tak sakit.

Yang I ni punyalah jaga bagai nak rak anak2 dara I tu, lotion baby tu jangan cakap, rasanya sebulan tak sampai sebotol, tapi kulit masih lagi sensitif. Bukan biasa2 punya lotion, lotion jer dah sampai Rm70 sebotol, mengalahkan product skincare I lah pulak. Tapi nak buat camner sebab dua2 anak I ada eczema, takleh kena kotor langsung, habuk apa lagi. Bukan setakat lotion, baby bathpun mesti yang khususnya. Semua kena doktor yang rekomen. Kalau tak dijaga, kulit jadi kasar. Tapi according to doktor, eczema ni akan hilang bila sampai certain age. Alhamdullilah.

Itu belum kena gigit nyamuk lagi. Contohnya si Alea, kalau kena gigit ... nah ambik engko sedebuk bengkak tangan or kaki dia .... dan dan tu jugak naik bengkaknya. Memang sensitif sungguh. Padahal, sebelum kuar main tu, dah sapu abih losyen nyamuk. Kat umah I tu, sebut jer lotion ape yang takde, semua ada ... ada satu lotion nyamuk "Johnson n Johnson" tu kat Singapore jer yang ada jual. Itu sebab I kata maintenance untuk anak2 dara I ni tinggi. Kalau gi doktor, mestilah ratusan ringgit, yelah, apa tidaknya, consultation fee jer RM100, cakap tak sampaipun 10 minit. Masa baby, anak2 abang dan adek I, gi hospital kerajaan, dapat jab biasa jer tapi anak2 I bukan setakat jab 3 in 1 tapi 5 ke 6 in I lagi. Tapi I akuilah, tang penyakit lain, insyallah, anak2 I terlindung disebabkan extra jab nilah.

Lagi satu kalau I balik Selayang, mak I cukup risau sebab anak2 dara I ni consider "fragile" kalau nak dibandingkan dengan cucu2 jantan dia yang lain. Yelah, cucu2 jantan mak I, bergurau memang kasar dan cakappun ikut suka hati dorang jer. Separuh perkataan tu patut kena sensor lagi. Ada sekali tu, perkataan b*** tu bermain kat mulut. Asal gaduh jer, perkataan tu jugak yang kuar. I memang pantang sikit part2 ni sebab anak2 I memang tak didedahkan dengan perkataan2 yang tak berapa elok didengar.

Dan disebabkan kulit anak2 dara I begitulah sensitifnya, mak I pun cukup risau kalau Alea kena gigit nyamuk tapi I kata "nak buat camner, bukannyer kita boleh control nyamuk tu, biarlah dia lali sikit". Sebenarnya, anak I especially Alea memang suka gi rumah nenek dia, bukan apa, dia takder kawan kat umah, bila dapat kawan dengan sepupu jantan dia yang sama taraf lasak ngan dia, lagilah dia excited. "Alahh,.... Alea ni pun jenis lasak, macam jantan gak perangai dia, lagipun bukan selalu dia nak melasak ngan cousin2 dia tu".

Anak sedara I ada 11 orang. Anak abang I yang sulung - Adib, Habibi Mastura (I panggil Amy Mastura), Amir, adik Amir (I lupa nama dia), Najihah dan Aqilah. Anak adik bawah I pula namanya Adam alias Gemuk alias Bob Beder (Bob the Builder - pantang bawak jalan abih bulldozer dikiranya); anak adik bawah I lagi (tiga orang) - Asraff, Akmal dan Adawiyah (jangan main2 ko nama begitu klasik lagi) and anak adik pompuan I pulak sorang jer, namanya Hakimi (dia ni selalu over excited tak tentu pasal).

Anak adalah rezeki kita, lagi ramai lagi banyaklah rezeki yang dorang bagi. Camnerpun I, cukuplah dua orang, itupun tak cukup tangan nak layan. I tak kisah berapa banyak kena kuar belanja untuk dorang sebab apa2pun kita mesti nak yang terbaik untuk anak2 kita. Maklumlah masa I kecik2 dulu tak dapat merasa semuanya.

Sekali lagi Alhamdullilah, bersyukur I kepada ALLAH SWT kerana rezeki yang dilimpahi setiap hari kepada I sekeluarga.

Amin ....

Sunday, May 24, 2009

Living life to the fullest

When you have made it, then what?
You have reached every goal, then what?
Then, you look for what makes life worth living for.
The little things that make big impacts - the camaraderie of friend, the excitement of traveling, the enjoyment of good music, fine culture, great art, the sheer joy of happening partners and not to forget "amal ibadat and jariah".
To be able to live out your passions is truly the greatest happiness of life itself.
Style is nothing more than what we make out of it.
Living life to the fullest, enjoying the finest that money can buy and knowing to appreciate everything that makes life beautiful.

Life is like a lollipop, enjoy while it lasts.

Wednesday, May 20, 2009

Ten-ten, my new buddy

Nowadays, whenever I want to go out, be it for window shopping ker, getting some groceries at the mall ker or paying my credit cards, I have someone tagging along with me. This little one is my new buddy aka bodyguard. Complete with her "Ben-10" bag, shirt and shorts, she will hold tight my hand, as if do not want to let it go. Aduhhh comelnya and I'm very happy that she's with me. This is one of the ways for me to spend quality time with her amidst my busy working schedule. With her "melekat" with me all the time, I do really hope this will turned into a remarkable "mother-daughter" bonding exercise. Probably, everyone realised that mother-daughter bonding can start at an early age. What I really want is that I can be the best friend to my daughters and can talk to about all the emotional things that women consider important that men don't like to talk about.

Back to my new bodyguard, this year will be her "honeymoon year" cause next year, tak bagi chance dah as I'm going to send her to Smart Reader school. Not so much of nak suruh dia belajar bagai nak rak (sapa taknak anak dia pandai oiii) but more for her to mixing around with other kids. Kecik lagi, biarlah dia enjoy dulu. Pitykan to those kids yang mummy2 dorang so the very very over and obsessed one.

"Hello boy" but I always quick to correct these people, "No, she's a girl". Biasalah tu, people always think that she's a boy looking from her short rookie hair. Tarraaaaa .... saper lagi kalau bukan my Alea or better known as "Ten-ten" who is now enjoying her new status as my little bodyguard. I tak kisah bawak dia gi mana2 (except kalau I gi facial or saloon) sebab tak banyak karenah dan tak lasak sangat. Bukan I aje yang cakap sebab MILpun said the same thing, "Alea senang nak jaga, tak lari sana sini".

Lasak bertempat takper. Contohnya, kalau I bawak dia gi kat KidSports ke, "lantaklah ko nak melasak bagai nak rakpun, sebab memang tu tempat melasak, jadi melasaklah selagi boleh melasak, tak de halnya. Explorelah apa yang patut dari ko berlari tak tentu arah, kita jugak yang susah dok berkejor kat dia."

Selain dari playground, normally I ngan bodyguard baru I ni selalu gak lepak2 kat MPH, One Utama or Borders kat the Curve. I biarkan dia pick up buku yang dia suka and both of us will sit at one corner, selalunya less than an hour, lepas tu gi mamam kejap dan lepas tu kena chow sebab I have to rush to work.

Parenting is always challenging and rewarding at the same time. As our children grow into their teen years, it getting even more challenging because bonding with them gets harder in terms of connecting and having quality time. "Itulah sebabnya kalau boleh I taknak buang masa ngan anak2. Time is our friend, not our enemy".

Tuesday, May 19, 2009

Life has to go on

No matter how tough it is, life has to go on. Life is full of suprises and colours. Life has its ups and downs. It happens to all of us. There is no way to avoid it. We just don't control all the things around us, no matter how hard we try, we just can't do it. I believe that everything can't be planned and execute the way one wishes, as the life is not that smooth. The challenge is how we deal with those times and how each of us can take these difficult situations and turn them into something miraculous.

But again, in life, mesti ada ujian dari ALLAH, tak sikit banyak, already written in our fate. All these, need kesabaran yang tinggi because without going through the rough phases of life, people aspire big and expect only bigger things from their life. Whenever I went through some trials in my personal life, I would always think of my children. They would be my motivation for working harder to not let anything effect my goals. Long way to go maaa.....

No matter what obstacles we may face in life, I truly believe that where there is a will, there is a way. We must remember that life is really precious, don't ever waste it even a bit. Why do we have to sit and cry all the way while letting someone else enjoying themselves and pijaking our head. Come on, be strong and it's not the end of the world.

"Treat times like this as an opportunity to do something unprecedented".

Monday, May 18, 2009

Time for me to 'kolek" betting money

Well, I think it has been ages that I don't have the chance to "kolek" my friends' aka "pompuan mata duitan" betting money. We normally bet on anything especially when it comes to bowling and golf. As for myself, more to bowlinglah. Kak Anie always refer the betting as "bukan judi but more for motivation". But, atcually, it works, we really berusaha keras for the "ciput" money. Since, my bowling game had been getting from "bad to worst", I'm the one who always menjadi "penderma setia" to those "pompuan mata duitan". Pah, Jam, Kak Anie and Liza had been enjoying my money so far. Taklah banyak, tapi geram gak. We played three games, for the first game, normally we bet RM3 and RM5 (200 above), second game RM5 and Rm10 (200 above) and the third game flat rate RM10 (tak kira berapa pin fall as long as above 160).

Yesterday, we had to post-bowl for our Wednesday's league. Since, I'm free, Kak Anie as the captain asked me to bowl along Pah and herself. So, oklah, no problem because kalau nak harapkan I turun every Wednesday "memang takleh nyer". Jam, Jijoi, Liza and Shahri pulak not available.

Biasalah, before we start the game, Kak Anie asked, "So, takkan main kosong jer, tak semangatlah macam ni. Betting macam biasa ok". Knowing that my game was so the very yo-yo, I reluctant at first tapi since these two "pompuan mata duitan" dok insist, I can't say no, right, pride ke jaga gak. "Oklah, apa-apa jerlah".

Tak tahu hantu apalah yang merasuk hari tu, I bowled very the well one, really burnt the lane. Letak jer strike, letak jer strike, letak jer strike and spare tak buang pulak tu. So, for the first game 192 pin fall, I sapu RM6. "Bak mai sini, I punya duit. Bukan senang I nak kolek".

Masuk second game, Pah pulak bukak suara, "Lin, upkan sikit (maksud dia suruh doublekan betting). "Takyahlah, third game baru kita upkan RM10 flat", I cakap sebab I tahu Pah and Kak Anie will never give up. Wow, menyesallak I tolak, this gamepun I bowl dengan cemerlang, gemilang dan terbilang gitu. Letak jer strike, letak jer strike and paling best spare susahpun boleh tak miss tu. Kali ni my total pin falls 212, so meaning I dapat RM10 soranglah. Yahoooo......"Aha, bak mai sini, jangan lupa, wa kaya, wa kaya," saja je I cakap nak menyakitkan hati dua-dua pompuan mata duitan ni.

"Oi pompuan, ko marah sapa ni yang ko main bagus sangat ni, tak kira, lepas ni aku nyer turn lak," kata Pah sambil huluq RM10 kat I tapi sempat gak dia cakap, "duit ni aku beli nasi lemak esok lagi sedap."

Masuk third gamepun, I belasah dorang lagi cuma Kak Anie jer yang dok tailing dari belakang, so I kena lagi careful. Kak Anie memang konsisten, sparing taknah miss, itulah masalahnya. Tapi I tak kisah sebab I dah ada modal, kalau kuar duitpun, duit dorang jugak, I tak rugi aper2pun. So, I pun main relaxs jer. Tapi, itulah pasal. memang dah rezeki Ipun agaknya, letak strike, letak strike, spare taknah miss cuma split jer takleh buat aper2.

"Kalau nak jadik tu, buat apepun strike, dah Allah nak bagi strike, ambik ajerlah akak oi,"
Happy sangat, sebab I menang lagi dengan pin drop 201. So, dapatlah lagi RM10 sorang.

Akak kayo ... akak kayo ... bukan senang beb nak menang hattrick macam ni. Menang besar lak tu. Alhamdullilah, setelah lama begitu gersang ... akhirnya ...

Wednesday, May 13, 2009

Hari malas sedunia

Aduhhhh, malas sungguh I hari ini. Takde mood langsung nak buat keje. Setiap saat, setiap minit, asyik tengok jam nak balik. Letihlah, I cuma nak balik tido jerr. Perut pulak asyik nak melantak jer. Dahlah hari tu dapat maintain 59.9 kg, ni, asyik dok melantak je, naik baliklah nampak gayanya. Tak tahulah, apsal malasssssss sungguh hari ni. Cuaca kot ....

Dah terbayang kat mata I, tepat jer kul 9 mlm, terus jer punch card. Sampai rumah, cuci muka, sembahyang, lepas tu TIDOR.

So untuk itu, I isytiharkan hari ini sebagai "HARI MALAS SEDUNIA "

Tuesday, May 12, 2009

Kalah lagi, terus merudum

Memang sahlah game bowling I dah merudum benor. Nak salahkan lane ke or nak salahkan bola ke or nak salahkan kasut bowling I yang dah koyak tu. Sebenarnya I yang salah, tak konsisten. Sekejap bowl ok, kejap tak ok tapi selalunya tak ok. Kenkadang I pun naik fed-up, rasa nak gantung jer bola tu. Tapi, kalau I tak bowl, game apa pulak yang I nak main. I mana boleh involved dalam activity out-door, takut hitamlah pulakkk.

Dari position atas, terus melorot ke paling bawah. Last Sunday, masa liga tempat keje I, langsung tak perform, ada ker average 140 jer. Buat malu umat jer. Orang lain baling lemah gemalai, bolapun gi gedek...gedek...gedek ... boleh strike gitu. Yang I ni, siap bilang board lagi, uhhh ... hampeh ... split. Split okay lagi, ni spare yang easy measy pun boleh miss. Aduuuuh..

Nanti 12 Jun ada tournament, camnerpun I mesti buat yang terbaik. Nak buat terbaik macam mana, praktispun malas.

Pelikkan manusia

Kenkadang dunia ni memang pelik. Orang yang sembahyang tonggak tonggek, puasa tak tinggal, puasa sunat Isnin Khamis, ceramah ugama taknah miss, tapi air muka tak pernah jernih. Masam jer memanjang ... nak kata mati laki ke bini, lakipun takde, binipun takde, nak kata duit takde, duit sampai matipun makan tak abih tapi entahlah ... muka taknah senyum langsung. Sekali tengok macam muka plastik. Tak paham I. Itulah I kata manusia ni memang so the pelik one. Apa salahnya senyum sikit, senyumkan rezeki namanya.

Kenkadang jugak, orang yang sembahyang tak tinggal aka selalu ke mesjid, tak semestinya hatinya baik. Silap2, dialah ketua segala "modus operandi", orang nak hidup senang, macam2 boleh dibuatnya. Perancangan dan lakonan segala bagai perlu diatur dengan teliti. Bak kata ustaz, benda yang tak baik tulah, yang dimakbulkan cepat, yang baik tu, lambat banyak, bukan lambat sikit. "Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tepuk dada tanya selera", kelakarlah, orang yang cakap kat I phrase ni patut "suluh dulu muka engkau yang mulut macam (kena sensor) kat cermin. Sukalah engkaukan".

I nikan lah, walaupun banyak benor dugaan Allah turunkan, tapi masih mampu tersenyum dan ketawa. I percaya semuanya bersebab tapi insyallah, Allah duga kita sebab Allah sayang kat kita. Kalau Allah tak duga kita, kita akan lupakan Dia, dan I yakin satu hari nanti, sebagaimana Allah duga I bertimpa2, macam tulah jugak Dia turunkan hikmah yang bertimpa2. Hanya masa dan waktu sahaja yang menentukannya. Apa yang perlu I buat banyak bersabar, bersolat dan berdoa. Nak mintak tolong orang, takyahlah, ditikam dari belakang adalah. Itu semua jadi pengajaran pada I. Betul-betul serik I dibuatnya.

Lagi satu, macam mana kita tahu orang tu ikhlas ke tidak. Ada tulih kat dahi ke. Bengangkan kalau kita betul2 ikhlas, tapi orang tuduh kita macam2. Bukan itu sahaja, siap diwar2 kat orang luar tu. I taklah berapa tinggi ilmu agama, tapi I rasa itu macam dah menjatuhkan maruah orangkan. Prinsip I satu, I memang seorang yang berpegang pada rahsia. Kalau I rasa benda tu tak berbaloi nak citer kat orang, memang I takkan citer hatta kat hubby sekalipun. Kalau tahupun dari orang luar bukan dari mulut I. Tapi sapa tak sakit hatikan kalau maruah kita dicalar balarkan.

Tapi takpelah, kita sabar jelah. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. Amin..

Monday, May 11, 2009

Hari Ibu, Hati Seorang Ibu

Sorrylah, kalau I asyik dok bercerita pasal anak2 I. Biasalah dah namapun mak, mestilah anak2 sentiasa di hati. I ngaku I jarang dapat main ngan anak2 I. Masa I ngan anak2 terlalu terhad, kecuali hujung minggu, itupun kalau I tak keje hari Sabtu. Keje I ikut shift, masuk tengah hari atau petang, balik malam, anak2 especially Soraya dah tido sebab siangnya dia banyak aktiviti, cepat penat, cepatlah tido. Cuma yang si Ten-ten jer yang akan sentiasa tunggu I. Ten-ten tu umpama kembar I, dia memang sayang sungguh kat I and I sayang ... sayang...sayang sungguh2 kat dia ngan kakak dia sekalilah.

I memang banyak bergantung pada maid. Nasib baiklah I dapat maid yang ok, dari dulu sampai sekarang ... alhamdullilah. Maid ni kena layan ngan baik, jangan dok selalu herdik, tengking dia, diapun nak orang respect dia jugak. Kitakan semua manusia biasa, mestilah ada rasa saling hormat menghormati sesama kita. Misal kata dia nak mengadu domba kita, itu antara dia ngan ALLAH sebab kita dah layan dia sebaik mungkin.

Memanglah kalau dengar orang cakap, "I saja tak kerja, nak tumpu pada anak, nak jaga anak, nak masak sendiri untuk anak, nak bagi anak makanan yang berzat2, nak basuh berak anak. Tak boleh nak harapkan kat maid, nanti anak ikut macam maid. Ini tidak, kalau asyik kerja jer, anak2 kena serah bulat2 pada maid, tak pandai dorang nanti".

Eeeee... pleaselah, menggelegak taik telinga I dengar. Senanglah cakap kalau awak tak keje, abih mak2 yang keje, yang nak cari duit, tambah pendapatan, nak tak nak kena juga berbaik ngan maid. Kita sekaya manapun, eloklah keje, pegang duit sendiri, kalau jadi apa2 kat kita, senanglah kita berdikari.

Memang I ngaku, maid I yang buat semua, basuk berak anak, masak untuk anak, mandikan anak dan buat almost segala2nyelah. Tetapi. itu tidak semestinya seseorang itu boleh menuding jari mengatakan kita tak pedulikan anak langsung dan mendabik dada seolah2 dia saja ibu dalam dunia ni yang pentingkan anak2. Pirahhhhh ....

Macam yang I cakap awal2, I memang jarang dapat spend quality time ngan ngan anak2 tapi dorang still rapat ngan I. So. I make a point, hujung minggu mesti I bawak dorang especially si Ten-ten gi melasak kat maner2. Tak kisahlah kat McDonalds ke or kat Kidzports ke, ikut yang mana sempat.

Tapi, I bukan nak puji melambung anak2 I ... memang well behaved. Kalau gi rumah sesapapun, taklah lasak macam anak orang lain. Linyak atas sofa, lompat atas meja, lari kulu kilir macam monyet lepas kandang, yang si mak tengok jer ... terbelip-belip biji mata tapi tegurnya tidak. "Yelah, buat apa nak tegur, bukan rumah kita, rumah orang, lantaklah kalau anak2 kita nak mengecah, kalau rumah sendiri, mana berani anak nak kecahkan". Yelahh tu, otak kalau letak kat kepala lutut memanglah macam tulah attitudenya "pedulik apa, rumah orang".

Lagi satu, si Ten-ten kalau bawak jalan, memang senang nak control sebab dengar kata. Budak2 yang tak dengar kata ni kononnya budak yang pandai ... pandai ker ???? Berlari ke sana, berlari ke sini, bila tahan, bila tegur, nangis tergolek2. Si Ten-ten kalau main, bila times up jer, I panggil "Alea, is time to go back", dia cepat2 gi ambik kasut, tak banyak soal langsung.

So, sebenarnya, setiap ibu tu ada cara masing2 nak mendidik anak2. I memang jenis relaks punye tapi tak semestinya I langsung tak pedulik anak2. I percaya bukan I jer tapi orang lain jugak mungkin tak tahan kalau ada yang dok puji diri sendiri yang dialah yang paling pandai, paling terbaik, paling ambil berat tentang anak2. Tolonglah, orang menyampah dok dengar.

Camnerpun, sejuknya hati seorang ibu bila pagi2 lagi Soraya called and wished me, "Mummy, Happy Mother's Day. I love you mummy". "Love you too, sayang".

My Baby You - Marc Anthony

As I look into your eyes
I see all the reason why
My life's worth a thousand skies
You're the simplest love I've known
And the purest one i'll own
Know you'll never be alone

Chorus:
My baby you
Are the reason I could fly
And cause of you
I don't have to wonder why
Baby You
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

Repeat Chorus*
I will soothe you if you fall
I'II be right there if you call
You're my greatest love of all

Repeat Chorus**

Tuesday, May 5, 2009

Mak, the light of my life

Mother's Day is the day to salute all mothers.
It is the day to applaud and appreciate the love, care and sacrifices they have showered us.

When you are a mother, you never really alone ini your thoughts.
A mother always has to think twice, once for herself and once for her child.

Monday, May 4, 2009

Nauzubillah, mintak dijauhkan ALLAH

Semalam I pegi rumah mak kat Selayang, saja jer, padahal minggu lepas dah pegi. Sementara ada mak, pegi menjengok apa salahnyer kan. Biasalah, sampai sana jer, menjadilah "buruk lantak" I ni, tambah2 mak I masak laksa. Sambil makan tu, I selaklah tudung saji, mak I cakap, "nasikpun ada tapi lauknyer takde, tak buat apa pun, buat sambal tumis cenenggeng ayam ngan terung cawing goreng ngan ikan masin dengan cili".

"Wohhh...apa pulak takder lauk, itukan lauk, sedapnyer", biasalah orang "buruk lantaknyer" reaction.

Sambil makan, sambil berborak. Adek I si Azean "si pengukur jalan" tupun ada.Ehh ... baik pulak si pompuan ni. Selalunyer, kalau I datang, boleh dikira dengan jari, dia ada kat umah. Biasalah, anak dia postkan kat babahnyer, dia pulak melaram. Takperlah, asalkan pandai jaga diri, oklah tuuuu...

Dalam pada berborak tu, mak I pun citerlah, "keluarga makcik tu dah pecah belah, semuanya pasal hartalah". Terkejut badak I sebabnya I tahu family tu memang kuat dan patuh agama. Ingat lagi bila makcik tu punya suami meninggal, semua anak2nya khatam satu Quran sedekahkan kat arwah. Yelah, selalunya kita setakat baca surah yasin jer ... macam mana nak baca habis satu Quran, menderaspun jarang.

Pada I, mak paling I hormat, begitu juga MIL sebab kata2 mak atau MIL umpama satu doa. Memang kenkadang tu, adalah I berselisih faham ngan mak or MIL tapi cepat2 mintak maaf. Bukan apa .... takut. Kita rasa cakap kita biasa2 jer tapi hati ibu ni cepat terasa dan sensitif.

Berbalik pada citer mak I tadi, apa yang memeranjatkan I, adik beradik dorang dah jadi dua team. Si sulung lelaki ngan si bongsu pompuan satu team, si nombor dua and tiga (dua2 pompuan) satu team (team ni kira hidup mewah dan senanglah sikit). Yang sulung pompuan memang sakit dari dulu, jadi takdelah team. Bayangkan mak sendiripun tak dijengah walaupun memasing duduk dekat. Yang tak malunyer, boleh pulak citer keburukan mak sendiri kat orang lain. Bila ada kenduri, duduk pulak berpuak2, lepas tu buat hal masing-masing.

Itu takper lagi, yang memang langsung I tak boleh terima bila si sulung yang memang arif tentang ugama boleh cakap kat orang "bila lagi orang tua tu nak mampus (whom he refers to his own mother)".

"Ya, ALLAH, ya tuhanku, sampai hati seorang anak boleh berkata-kata demikian kepada seorang ibu dan mengharamkan ipar2 lelakinya menjejak kaki di rumah emaknya sendiri dengan alasan emaknya dijaga sebab mereka nak harta semata2. Astaqfirullah.. halazim, semoga Allah jauhkan aku daripada tersimpang jauh sebegini".

I tanya balik mak I, "dah buat kat mak sendiri camtu, senang ker hidup dorang". Spontan mak I jawab, "tengoklah sendiri, caca marba jer". Memangpun bila tengok ngan mata kasar, tak ke manapun hala tuju dorang ni.

Selepas dah berjam-jam lepak kat umah mak I, I pun mintak diri nak balik. Dalam kete, tak abih2 I ingat balik apa yang mak I citer tu dan tak abih2 mulut I dok doa, "janganlah aku buat kat mak aku macam tu, mintak dijauhkan ALLAH".

Sekadar kiriman jambangan bunga

Hanya sekadar kiriman jambangan bunga, ros merah dan ros putih ....

"Patience and perseverance have a magical effect before which difficulties disappear and obstacles vanish".

Sunday, May 3, 2009

Jawapan kepada trivia

Ingat tak, I pernah suruh you all teka apa yang I postkan dalam earlier entry "Cuba Teka ... jeng3".
Sebenarnya kawan I nak jualkan kat I wool shawl yang dia kata original and from London lagi. Kawan I cakap yang kawan dia yang keje stewardess baru balik dari overseas dan ada beli wool shawl, dah pakai tapi tak berkenan, so nak jual second handlah kat I. Harga boleh kawtim.

Diapun tunjuk kat I tapi I rasa tak macam oripun sebab jahitan langsung tak kemas. I sebenarpun kureng minat sebab colourpun kurang menarik walaupun branded. Hubby pernah beli wool shawl "Burberry" and memang nampak beza kualitinya. Macam langit and the bumi one.

Yang tak bestnyer, kawan I ni jenis yang suka memaksa2, itulah yang buat I lagi fed-up.
Camner nak cakap kat orang yang tak reti bahasa ni yekkk...

TODAY May 2nd, is my 17th annivessary

Hari ini, genaplah ulangtahun perkahwinan I ngan hubby yang ke-17. Tapi kebiasaannya kami celebrate on the 3rd coz three is considered our lucky number. Time flies very past, 17 tahun, tempoh yang begitu panjang and I bersyukur yang kami masih teguh bersatu bersama-sama kedua2 anak perempuan kami.
Gaduh2 tu biasalah, "sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri". Dah jadi asam garam perkahwinan.

We started with a very simple and humble life. Susah sama susah, senang sama senang. Pernah kongsi roti canai sama-sama sebab masa tu "baru nak hidup" jadi kenalah berjimat cermat.
Lepas kahwin, we stayed at my parents house in Selayang but later we all pindah ke Wangsa Maju, sewa rumah flat kat situ dengan kadar RM400. Okaylah tu, dah kira murah. Our first car was Proton Saga, blue colour and I still remember the plat numbernya BCS 7857. Then, we sold the car, beli pulak Wira Aeroback, red colour and kalau tak silap pletnya WDF 8643.

Dari hari ke sehari, rezeki makin murah and we trade in the car, beli pulak Satria, dark blue and plet number WFD 3353. And starting from therelah, setiap kali tukar kete, we "booking" that number. Lepas tu pakai pulak GTI WKJ 3533 and second car Proton Aeroback WHX 3533. Rezeki makin murah, kami pindah ke kondominium Menara Alpha, ketepun tukar lagi, pakai Honda CRV WKD 3353 Pakai kejap lepas tu I jual kat SIL , tukar ke Harrier and now using the current car. Hubbypun tukar kete tapi yang more sporty and later tukar ke more exclusive car (hubby is driving my dream car, tapi I sendiri taknah drive kete ni). From Harrier to the current cars, we all dah tak pakai nombor 3353, we go for two digits. Tahun 2003, kami pindah ke rumah yang lebih besar seiring dengan pembesaran anak2. Rumah Menara Alpha tu, I sewakan kepada kawan Yati.

Alhamdulliah, itulah rezeki yang Allah berikan kepada kami. I believes that kalau "kita benar2 ikhlas dan jujur sesama sendiri, insyallah, rezeki tak putus dan sentiasalah bersyukur kepadaNYA".

Untuk hubby, "Terima kasih banyak2 kerana menerima saya dan anak2 seadanya dan budi baik awak takkan saya lupa sampai mati. Terima kasih juga kerana memberi dan menyediakan segala keperluan kami anak beranak. Insyallah, setiap kali dalam sembahyang, tidak putus2 saya doakan kesejahteraan awak, anak2 dan kita sekeluarga. Semoga rezeki kita akan terus berpanjangan. Amin".

Betulkan orang cakap "LIFE IS FULL OF SUPRISES AND COLOURS".

Saturday, May 2, 2009

Last minute, itu yang thrill

Biasalah, kalau tak orang tak panggil kita orang Malaysiakan. Semuanya suka buat last minute dan yang paling thrill yang last-last minute nilah, resultnya selalu cemerlang, gemilang dan terbilang.
Dari masa belajar sampai dah keje and sampai dah nak pencenpun, memang kita suka buat sesuatu tu last minute.

Takyah ambik orang lainlah, I sendiri nipun. Sebenarnya kalau nak isi form tu tak sampaipun 20 minit tapi saja jerrr. Bila dah sampai dateline, barulah kelam-kabut. Esoknya nak hantar, ari ni baru sibuk cari form, cari EC form, cari slip insurans, cari resit apa2 yang patut. Apa lagi kalau tak pasal income tax yang datelinenyer 30 April.

Esoknya, mintak tolong hubby drop kan kat Jalan Duta. Malas nak drive sebab dah tahu memang takder parking nyer. Memang betul, bila sampai jer kat Jalan Duta, berpusu2 manusia baru nak antar borang income tax. Kebetulan masa I nak masukkan sampul surat, ada sorang orang media ni tanya one of the LHDN officer, "Cik, ramai ke yang hantar hari ni". Jawab si officer tu, "Tadi dah hantar dua kotak penuh ke atas, awak tengoklah sendiri orang tak putus2 datang".

Lepas masukkan borang, I pun gilah ke kaunter bayaran. Nasib I memang baik, mula2 ada sorang auntie tu tolong pinjamkan I pen lepas dia tengok I terkial2 cari pen dalam beg and masa dok isi form tu, aleh2 ada sorang office LHDN lain tu tanyer I dah ambik nombor ke. "Nombor aper", I tanya balik. "Nombor giliran, takperlah, nanti saya ambikkan." "Alahai, terima kasihlah dik oii".

I dapat nombor 1379, nombor yang tertera kat skrin 1340 ... woiii lamanyer I nak tunggu.
Tapi amazinglylah, cepat juga. Tak sampai 20 minit tunggu. Masa sampai giliran I, sempat gak I tanya budak kat kaunter tu, "Dik, apsal bila akak kira, bayar cuma sekian2, nanti dua tiga bulan kakak dapat surat kena bayar sekian2. Akak kira betullah dik, gaji ciput jer, takdenyer akak nak klepet2".
"Itu dah yang kena audit kak," jawab si budak kaunter tu.
"Kalau camtu takyah lah akak kira, you all ajelah yang audit. Tak ker dua kali keje. Takpalah dik, akak nak tanya jer sebab akak tahu adikpun bukan tahu apa2pun," I cakap and terus belah.

Betul tak I cakap, baik balik macam dulu, biar ajer LHDN yang kira dan audit, kita bayar jer. Ni tak dah suruh kita taksir sendiri, lepas tu dorang kira/audit balik, tak ker dua kali keje tu.