Tuesday, April 27, 2010

Short 50 hengget

Baru semalam simpan "ibu duit", hari yang sama jugak masa I kuarkan duit dari sahabat setia I "si Kawanku", rupa2nya "short 50 hengget". Cakap kat kawan I, dia suruh report tapi nak repot camner sebab resit kuar I dah buang dalam tong sampah "dan-dan tu" jugak. Apa taknya, selama ni tak penah short, so I tak syak apa2lah, terus jer buang resit tuh. Orang lain I tak tahu tapi I memang tak penah kira duit rite after I kuarkan duit dari ATM. I cuma sedar I short 50 hengget bila nak bayar duit kredit kad I pagi tadi. Dua kali I kira, memang "sah dan sahih" short 50 hengget. Banyak tuh 50 hengget, kiranya lepaslah kalau I nak beli kasut Vincci sepasang. "Kasut lagi, tak abih2 kapla hotak I dok fikir pasal kasut". Tapi kiranya nasib I baik lagilah sebab short 50 hengget jer sebabnya ada dua orang kawan ofis I, sorang hilang RM28,000 (bengung kejap dia) dan sorang lagi RM500 ... so dalam hal ni sapa nak jawab dan sapa nak ganti lorrr ....

Monday, April 26, 2010

Kebesaran Allah

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat, kita menangis semahu-mahunya dan tertanya-tanya ke manakah hilangnya sinar, rupa2nya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi .......

Ibu duit

I walaupun nampak moden tapi I ni spesies yang "very the conservative". Contohnya, kalau I sampai rumah tengah malam "ngam-ngam" kul 12, I tunggu sampai pukul 12.01 minit baru I masuk rumah. Masuk rumah bukan mengadap ke depan tetapi cara "membelakangkan kamera" sambil bagi salam. Sebelum tu I basuh kaki dulu kat luar rumah sambil meludah keluar pagar kiri dan kanan. Ntah, tak tahu apa sebabnya tapi dari dulu lagi I dok praktikkan. Masa nak masuk rumah tu, sambil bagi salam I cakaplah "sesapa yang ikut aku balik, ngko baliklah balik ke tempat asal ngko, jangan dok kacau aku ngan keluarga, akupun tak penah kacau ngko". Bukan apa, I ada anak kechik. balik rumah pulak tengah2 malam buta, ditakutilah "ada benda tak elok yang ngikut balik". Satu lagi I percaya cakap orang2 tua, kalau orang bayar hutang ker, bagi duit ker masa tengah makan, itu rezeki. Nak jadikan citer, Ahad lepas, I ada bowling tournament. Pepagi buta, I dah ada kat bowling alley. Tengah sedap dok melantak mihun, mak si Shalin masak ... sedap beb ... tetiba si Liza Tomboy datang, "nah Kak Lin 20 hengget, duit betting semalam". "Orang tua2 kata dapat duit masa dok makan, rezeki nak bertambah ni". Percayalah Kak Lin tuh". Tak abih lagi tuh, lepas abih bowling, I ngan geng2pun lepaklah kejap, cadangnya memasing nak makan nasi lemak yang disponsor oleh partner bowling I tadi, Sheila, tokeh si Restoran Santai. "Wa cakap lu, sambal nasik lemak dia memang sedap beb, satu bungkus tak cukup". Tengah dok sedap "menyuap sakan", kali ni si Sheila pulak mengulor 5 hengget. "Nah, lima ringgit sebab ngko sparekan split yang ngangkang besor tadi". "Wow, dah dua kali nih, masa makan orang bagi duit". "Baik ngko simpan Lin, orang kata tuh boleh jadi ibu duit". Yerlah, "why not" simpan jerlah. So, pagi tadi, I pun ambik duit 25 hengget tuh, masukkan dalam pelastik, siap "selofen tape" lagi beb, terus letak kat satu "compartment" dalam purse LV I tuh. Konon2 nak buat "ibu duit", manalah tahu, duit dalam purse I ni akan beranak-pinak dan later2 "makchik kayo, makchik kayo". Kelakarkan, benda2 macam nipun I boleh percaya ...

Wednesday, April 21, 2010

Angin naik kepala

Sejak minggu lepas lagi, anak dara si kechik I, "Alea Aliyut kuat Kontut" malas betul nak gi toyah (sekolah). Tak tahu angin apa dah masuk badan. Pagi2 bila kejut bangun, si kecik ni sambil tutup mata, tangan dok gentel "bantal busuk"mesti cakap," mamee, do wan toyah, nak dido" (don't want sekolah, nak tidor). "Eh, adik kena gi toyah, Kak Yaya gi sekolah, kawan2 lainpun gi sekolah. Kat toyah ramai kawan2, kat rumah adik nak main ngan sapa Kak Yayapun takda". "Mamee ada, Kak Wiwi ada". "Adik pegi toyah, nanti balik mamee ambik, adik boleh bai-bai (bye-bye) kat kawan2 adik". Macam2 cara I buat nak pujuk sampai pagi tadi, siap pakai baju sekolah dalam keretalah. Bukan apa, I taknak biasakan, asal jer dia taknak gi sekolah, I dok layan, asal taknak gi sekolah, I dok layan, nanti lama2 si kechik ni "boleh naik mua". Dalam kereta I tu dah penuh segala mainan dia sebabnya pepagi kalau nak gi sekolah, kena bawak sekali apa2 toys yang ada. Nak taknak, I kena ikut jugaklah sebab I rasa "sayang" sangat kalau dia ponteng sekolah. Lagi satu, sekurang2nya kalau pegi sekolah, si Alea dapat berkawan, kalau duduk kat rumah memang dia takda sesapa nak berkawan. Kesian kat anak I tukan. Kawan I si Pahpun kesian tengok si kechik ni. "Takpalah Alea, Alea kawan ngan mummy jerlah ...."

Tuesday, April 20, 2010

Kerja orang tow-truck kot

Berpantang ajal sebelum maut. Semuanya di tangan Allah. Contohnya, pagi baru jumpa, tup2 tengahari, dapat call, dah meninggal. Dah kerap sangat kita baca dalam sokkhabar accident kat lebuhraya. Ada yang tercampak keluar, ada yang kereta terbakar, terbelah dua, terjunam dalam gaung, langgar divider dan macam2 lagi. Paling tidakpun kita mesti cakap, "itu mesti bawak laju tuh, mengalahkan pelesit". Part2 nih, takyah orang lain, I pun sendiri kalau balik kampung, kalau boleh "seabih meter" I tekan pedal minyak tuh. Bayangkan, masa balik Penang harituh, I boleh sampai depan rumah makjang sanun dalam masa 2 jam dan masa pegi rumah abang I kat Johor pulak, tak sampai dua jam setengah. Kakak ipar I baru nak tanak nasi makan tengahari sebab dia ingat kitorang sampai petang (estimated hours of driving 4 hours). "Giler ke aper tuh". Yerlah, mana taknya, kereta besar, kalau bawak 150-180km, "tak rasa beb". Bercakap pasal accident, sedih jugak bila I baca pasal penyanyi AS yang meninggal dalam kecelakaan jalanraya selepas kereta MPVnya terbabas di Hentian LebuhRaya Kajang-Seremban, pukul 6.15 petang Sabtu lepas. Yang menjadi kemusykilan I ngan kenkawan yang lain bila baca sokkhabar keesokkan harinya, yang bantu bawak keluar mangsa ni ialah driver tow-truck, seolah2 macam dia dah memang standby kat situ. Jeng ... jeng ... apa dia buat kat situ. Part ni pulak , kita kena engage CSI untuk siasat. Manalah tahu, kereta tu sebelum terbabas, ada kesan minyak kat jalan ker ataupun tayar pancit disebabkan kena paku yang memang sengaja ditabur kat kawasan tuh. Bukan nak tuduh tapi apalah salahnya kita siasat, mana tahu betul. Ini semua untuk kebaikan kita jugakkan lebih2 lagi yang bawak kereta macam pelesit tuh, macam I nilah. Dah banyak jugak I dengar komplen dari kenkawan I, takyah gi jauh kat Karak Highway tupun banyak paku dan menyak berterabur. I taknah kenalah (diselisihkan malaikat 44) tetapi si tuan badan yang komplen kat I tuh, tayar kete dia penah kena paku kat situ. Kerja sapa tu yek? Kalau dalam siri CSI "omputih", misal kata ada evidence paku ke menyak, first2 sekali dorang akan siasat si drebar tow-truck tuh. Mungkin dorang takda niat nak membunuh tapi kalau dah membahayakan orang, salah jugak. Lagi satu, rezeki yang dibawak balik bagi makan anak bini hasil kerja macam gini, tak berkat lorrrrr ...

Monday, April 19, 2010

Al-fatihah untuk MakWa Lipah

Semalam dalam kul 1 pm, I dapat SMS dari adik I yang menyatakan yang Makwa Lipah I sudah meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi. MakWa Lipah ialah kakak sulung mak I. "Qalluinnalillahhiwainahirojiuun ....." . Arwah dah lama sakit tua dan sakit yang berkaitan hati sebab badan dan mata arwah nampak kekuning-kuningan semasa hayatnya. Tuan Drpun tak boleh buat apa2 sebabnya arwah sudah terlalu tua, kiranya tinggal tulang ngan kulit jer. Arwah meninggal di hospital Jempol (sebab anak2 arwah tinggal di belah2 sana) dan jenazah dibawa balik ke Kampung Luat, Lenggong, Perak untuk dikebumikan di sana. I pernah melawat arwah masa arwah duduk ngan mak I kejap kat Selayang. Apa yang I kagum, arwah masa tu yang sudahpun mencecah usia awal 80an, amal ibadat langsung tak pernah tinggal. Dalam tak larat tuh, arwah sendiri yang berjalan ke bilik air guna tongkat empat kaki, mandi sendiri dan kemudiannya bersembahyang dalam keadaan baring di atas katil. Insaf sungguh I tengok sebab kita yang sihat walafiat seginipun, tak tentu lagi amal ibadat mencukupi apatah lagi bila dah sampai usia segitu. Masih lagi terngiang kat telinga I nih, dia dok risau, "aku nih, tak qador lagi sembahyang, berapa hari tuh terbaring kat hospital". Lepas dapat SMS, I terus call adik I cakap yang I tak dapat balik ke Perak, cuma mintak dia sampaikan salam pada keluarga semua. Mula2 memang nak balik tapi I tak boleh tinggalkan anak2 ngan Dewi kat sini sebabnya haruslah I kena bermalam kat kampung. Takpalah, walaupun tak dapat berziarah, yang pentingnya I sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yassin untuk arwah. Kalau balik, hanya setakat nak tunjuk muka, bersembang2 dan berkumpul2 jerpun tak guna jugak. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang berimam dan dijauhkan dari seksaan kubur. Amin ....

Saturday, April 17, 2010

Berpiknik di Tasik Perdana

Huh ... rasa berpuluh tahun jugaklah I tak "jijak" Taman Tasik Perdana sejak pindah dari kuarters Istana Tetamu aka Carcosa Seri Negara ke Taman Jasa. Arakian, untuk kesekian kalinya pagi tadi, I, Alea ngan Dewi "pepagi bute subuh2 sepi'e" lagi dah terpacak kat parking lot pusat rekreasi tu. "Pagi idak ler pagi sangat, ada ler dalam kul 8, pagilah jugak tuh ... selalunya time2 tuh tengah bergulung sakan dalam selimut tambah2 hujung minggu". Janjinya minggu lepas, nak gi piknik sesambil tu nak berjogging sekali tapi dek sebabkan hujan, tak jadik, last2 berpiknik kat rumah mak I kat Selayang jer, so hari ni kira "balas dendam" baliklah. Yati Tiara pepagi lagi dah telpon "hari tak hujan, so boleh proceed, bertolak dalam kul 7.30, jumpa kat sana jer". "Wokay, kat sinipun tak hujan, no hal, so jumpa di sana...di sana". By the time sampaipun, parking memang susah, I kena tawaf dua tiga kali barulah dapat satu tempat strategik. Keluarkan basikal Alea tapi yang kelakarnya, tayar basikal depan belakang takda angin tapi belasah naik jugak sebab Adam "Bob de Beder"pun ada basikal sendiri. Pagi tadi macam biasa Dewi goreng mi and I bancuh nescafe tarik dua termos and Yati Tiara bawak frenchfries dan sandwiches. Oklah, kira cukuplah tuh, pegi "nawaitu" nak berjogging bukan nak makan sangatpun.

Memang dah lain sangat tempat tuh. Dulu masa duduk kat kuarters Istana Tetamu, memang selalu gi Lake Garden and paling best "muka bebudak istanalah" yang selalu pegi tengok free show kat Panggung Annivessary, jalan kaki jer sebab rumah dekat ngan tempat2 tuh. Berbalik pada pagi tadi, Aleapun happy sangat main ngan "Bob de Beder", tambah2 lagi ada pulak taman permainan sampai merah2 padamlah muka. Dewi macam biasa ambik kesempatan jogging nak kuruskan badan tapi badan tak kurus2pun, mak I pun sempat seround berjalan sebelum duduk lepak ngan I and adik I kat meja taman sambil mengadap makanan. Cadangnya nak jalanlah seround dua tapi bila dah duduk tuh, bontot pulak macam melekat jer kat situ, takleh nak bangun. So, last2 sekali, asyik minum, makan, minum dan makan jer, jogging tah ke mana. Rasanya dalam dua jam jugaklah, kitorang bersantai kat sana, sebelum chow balik. I memang tak sangka, ramai jugak family yang rajin bawak anak2 dorang pepagi buta ke sini. Aleapun, berpeluh2 sebab ikut si Dewi lari buat satu pusingan ... happy sangat dia. "Okaylah adik, nanti senang2 kita datang lagi dengan "Bob de Beder", bawak sekali Kimi, Asraf, Aqmal dan Adawiyah, biar lagi happening, sekarang kena balik sebab mummy kena work". Dalam perjalanan balik tuh, sempat jugak I ngan adik I si Jija gi round masuk kawasan Istana Tetamu nak tengok rumah lama kuarters kitorang dulu. Still macam dulu, cuma rumah kuarters we all dah kena roboh, tinggal rumah Pakcik Salam jer. In fact, padang tempat we all main badminton dan galah panjang still ada lagi. "Alea, kat sinilah rumah nenek ngan atuk Aziz dulu, mummy tinggal kat sinilah". Aduh ... bila teringat masa kechik2 dulu, nostalgia sungguh. Walaupun kami bukan kerabat Diraja, tapi kami membesar dalam kawasan istana sebab arwah my father sebelum dipindahkan ke pejabat JPM, arwah adalah antara pekerja istana yang akan menjaga dan melayan pembesar2 kerajaan dan negara yang datang bertamu di Istana Tetamu. Jangan marah, kami juga merasa apa yang dimasakkan untuk sultan2 dan raja2 ... kelas gituhhh ...

Thursday, April 15, 2010

Kasihnya Mummy

Khas untuk anak2 mummy, Soraya and Alea.

Kasihnya Mummy,
Membawa ke syurga,
Kasihnya Saudara,
Masa Berada

Berkorban raga,
Rela binasa,
Berkorban jiwa,
Tanda kasihnya,

Kasihnya Mummy,
Sanggupkah berpisah,
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biarpun jiwa
Akan tersiksa,
Ikhlas dan rela,
Asalkan anak2 mummy bahagia....

Wednesday, April 14, 2010

Mengubat rindu

Semalam tak keje so I ajak si Dewi kemas2kan bilik kat rumah. First2 sekali masuk bilik Soraya. Sunyi sangat rasanya, siap baring2 lagi atas katil ngan adik sambil2 mengelamun. Tergolek sana, tergolek sini ... missed sangat tapi apakan daya. Sampai hatikan ... kesian kat adik, kesian lagi kat mummy. Dah puas bergolek, bukak pulak lemari, ambik bau, dapat baupun jadilah. Lepas tuh I pun suruh si Dewi salin cadar katil dan kemudiannya beralih ke lemari, suruh kuarkan baju2 kechik, asing mana yang tak boleh dipakai lagi untuk dipostkan ke Selayang. Bilik Soraya , I maintain macam biasa, takda ubah apa2pun. Again, rasa sunyi sangat, rindu apatah lagi. "Kak Yaya nyer, Kak Yaya nyer", kata si Adik sambil pegang toys dalam lemari. "Adik, Kak Yaya punya jangan ambik nanti Kak Yaya marah. Adik jangan kacau barang2 Kak Yaya tau. Ingat Mummy cakap, "jangan suka atau ambik orang punya", berdosa".

Dah abih kemas bilik Soraya, beralihlah kitorang ke bilik sebelah pulak yang I nak jadikan "playroom" aka bilik si kechik I nih. So, sekarang nih, dua2 dah ada bilik memasing tapi Alea macam biasalah, malam jer mesti tidur ngan mummy kat bilik mummy. "Dewi, barang2 yang mana boleh diturunkan, bawak turun jerlah dan masukkan dalam almari bawah tuh, nanti senang nak diangkut keluar. Almari yang kosong tuh boleh isi baju si Alea". Bila dah siap semua, lemari yang sebelum nih isi baju si Alea kat bilik I, I suruh Dewi bawak ke bilik dia, bolehlah dia isi baju2 dia pulak. Bilik I pulak, dah jadi lapang sesangat2 tapi kejap jer tuh sebabnya dua minggu lagi, lemari lama I yang kat Wangsa Maju dulu, I nak ambik balik, walaupun dah lama tapi cantik lagi ... sayang nak bagi kat orang. Semenjak dah tinggal beberapa kerat jer kat rumah nih, I rasa teramat bahagia dan selesa tapi cuma tulah yang kurang meriah sebab "tak cukup package" jer ... itulah kalau ada orang yang beriya2 nak tunjuk bagus, inilah jadiknya, benda paling mudah dan simple, kiranya "memang dah smooth gitu", dah jadi "tunggang terbalik" dek ada spesies yang "tak berhati perut dan lebih sudu dari kuah". Sungguh I tak faham, apa motifnya yang sebenar .... "nak blah, blah jerlah, watper nak babitkan orang lain pulak".

Monday, April 12, 2010

Malas tahap kronik

Lately, ntah apa yang merasuk I, I pun enggak tahu. Kemalasan I dah masuk "tahap kronik". Bukan malas apa, malas nak kuar ngan kenkawan, dah malas dah nak beronggeng2. Nak kata insaf, belum brapa nak insaf lagi, cuma malas jer nak kuar. Macam semalam (Ahad), berpuluh2 kali kenkawan I ajak kuar gi karaoke, celebrate besday kawan I, langsung I tak reply. Bukannya I anti-sosial tapi I rasa time I untuk anak2 memang "very limited". I memang takda masa langsung ngan anak2. So, I nak spend more time with them especially si kechik tuh. Sebelum tupun, hari Sabtu, my frens ni dah tinggalkan SMS banyak kali kat I, ajak lepak2 kat the Curve, pun I buat donno jer, malas nak kuar sebabnya masa tu I dok tengah "membongkang baik punyer" kat rumah mak I kat Selayang. Kalau tak kat rumah mak I pun, I lebih suka lepak kat rumah jer, rasa macam selama ni I tak betul2 "menghayati" rumah I sendiri. I miss sangat rumah I tuh. Itulah, kenkadang, heran jugak sesetengah orang tuh, rumah sendiri ada tapi suka bebenor dok melongok rumah orang, tak tahu malu pulak tuh. Tadi, sibuk si Dewi dok re-arrange sofa kat living room, lepas tuh, dia kata nak kemas bilik atas. Tapi masalahnya, banyak lagi barang2 yang bukan milik I tak diangkut keluar lagi, itu yang susah tuh, takleh nak buat pandai2 sendiri, so, terencatlah sikit plan si Dewi. Bukan setakat ngan kenkawan, I saje2 nak kuar gi shopping2 mallpun malas. Itu sebabnya, I pernah cakap kat Dewi, "nampak gayanya Dewi pun kena duduk rumah jerlah sebab akak ni malas nak gi melongok kat shopping compleks, keluarpun kalau nak bawak si Alea main2". Kawan I pun dah komplen yang susah benor nak ajak I kuar sejak dua menjak nih. Bukan tu aje, kalau calling2pun, I "buat dek" jer, malas nak jawab. "Hallo, pompuan, dunia belum kiamatlah, have some lifelah ......"

Friday, April 9, 2010

Nak gi piknik

Cadang esok nak bawak si Alea gi berpiknik kat Lake Garden, tak tahu jadi ke tidak. Janjinya, kalau hujan tak jadi, kalau tak hujan, we proceed with the planlah. Harap2 tak hujanlah pagi esok. Bukan apa, I nak lepaskan si Alea main basikal kat situ, sambil2 tuh bolehlah I ngan Dewi berjogging. I cadang nak buat sandwiches ngan mee goreng, Yati Tiara pulak nak bawak nasi lemak. Bukan apa, seronok jugak, sekali sekali pegi piknik pagi2. Camnerpun, kalau tak jadik, I ada plan B, iaitu bawa Alea gi breakfast kat McDonalds. Lepas tuh, I nak bawak si Alea temankan I buat manicure ngan padicure, nak suruh si Amoi tu buatkan sekali untuk si kechik nih, mesti dia suka punya. Tapi harap2, tak hujanlah besok so that I boleh proceed ngan plan piknik2 tuh ....

Thursday, April 8, 2010

Kisah emak I

Emak I ni jenih orang yang "memang terlalu concern tetapi kenkadang tu tak bertempat" sampaikan kami adik beradikpun rasa rimas semacam terutamanya adik bongsu I, si Zaim. Emak I ni sayang kat kami semua tapi kat Zaim ni lebihlah sikit, maklumlah anak paling kechik. Kechik2pun dah boleh jadi "bapak orang". Banyak kali si Zaim ni suruh I nasihatkan emak I supaya jangan "dok risau tak menentu". Yerlah, namapun emak, kalau I pun, esok2 jadi macam emak I lah juga tambah2 kalau ada anak dara dua orang yang akan semakin ranum dan mekar. "Angah, cuba cakap ngan emak, Zaim risau esok2 kalau Zaim ni ke transfer mana2 tentu mak sakit nanti". Adik I ni kerja guard aka "polis simpanan", so chances kena transfer tu memang ada. Sayang betul emak I kat Zaim sampaikan si Zaim nak keluar lepak2 keluar "pekena teh tarik" pun banyak kena soal jawab, mengalahkan "polis pencen". Itu belum lagi kalau si Zaim ni kerja pagi/petang, sibuklah tengok jam, takut2 Zaim ni "terlajak tidur". Sekejap2 dikejutnya, diketuk pintu, sekejap2 lagikan diketuknya pintu lagi. Kita yang tengok nipun rasa "seriyau semacam". Biasalah orang bujang, kalau tidur tu memang "tak hengat dunia", tambah2 adik I ni dok tengah "gila overtime", jadi kalau dapat tido tu "dunia kiamatpun tak sedor". I pun kenkadang cakap jugak kat mak I kalau dia bising, "Zaim ni kita dok kejut susah betul nak bangun, karang mandi pulak berjam2". Memangpun si Zaim ni kalau mandi, berjam2, siap tidor lagi dalam bilik air tu, dah kecut semua barulah keluar. "Alah, biar jerlah, dia dah besar, pandai2lah dia". "Bukan apa, nanti lambat pulak". "Biar dia rasa sendiri, kalau sekali lambat, barulah dia tahu". Time pegi keje pulak, hantar sampai pintu pagar gitu. Nasib ngkolah Zaim ....

Lagi satu I bersyukur arwah ayah I tinggalkan rumah untuk emak I ni. Yang tinggal ngan emak I ialah adik bawah I laki bini. Walaupun duduk dalam taman, tapi kawasan rumah mak I ni macam kampung, dekat ngan masjid, dekat ngan surau, dekat dengan macam2 lagilah. Kiranya, masa tua emak I ni tak disia2kan begitu saja. Tetiap hari diisikan dengan aktiviti mengaji, dengar ceramah, bertadarus dan semua benda berkaitan agama. Malam pula ajar mengaji cuma cucu dia (anak I lah) ntah bila nak abih quran. Selalunya emak I jalan kaki jer pegi masjid/surau tapi I pesan kat dia jangan dok pakai barang kemas labuh atau bawak duit banyak2, bukan apa takut bebudak sekarang nih. Itu sebabnya I suka beli kasut ker selipar untuk emak I, sebabnya setiap kali dia gi surau/masjid, I pun dapat pahala. "Nggh ... tak besar manapun pahalanya kalau tak pergi sendiri". Nah, ambik ngko, kena "sejibik". Lagi satu, walaupun kami tak mewah tapi emak I ni pun selalu jugak terbang ke luar negara, ikut rombongan "che kiah warga emas". Biasalah, lawatan warga emas mestilah menjurus ke masjid2 lama. Rasanya emak I baru jer balik dari Bandung, minggu depan nak ke Langkawi dan tahun depan ke China. Eloklah gitu ... jauh berjalan, luas pemandangan .....

Wednesday, April 7, 2010

Tak sempat nak joli katak

Baru semalam, happy sangat, siap nyanyi2 lagi sebab dapat rezeki terpijak, tup2 pagi tadi dapat surat kena bayar "maintenance apartmen BP" yang I beli dua tiga tahun lepas. Tak sempat I nak "berjoli katak", cadang nak beli itulah, inilah, tetiba kena pulak pi settlekan "maintenance tak guna tuh", banyak pulak ... rasanya macam membazir jer. Yerlah, apartmen "sekangkang kera" tapi bayar maintenance mengalahkan "banganglow" sejibik. Bayangkan those people yang stay kat kondo yang harga cecah lebih setengah juta hengget, haruslah melayang "sebulan gaji" I dok membayar maintenance tuh. Orang kaya lainlah ... itulah untungnya dapat "ngap" orang kaya, duit sebanyak tuh lekat celah gigi dorang jer. Pada I pulak, rasa rugi2 sungguh, bayar benda yang kita tak manfaatkan. Duit sebanyak tuh, macam2 I boleh beli, paling tidakpun, gelang kaki baru untuk anak2 dara I yang dua kerat tuh. Tapi nak sedapkan hati, betul jugak cakap kawan I si KakMonaLisa, "nasib baik ada duit terpijak tuh, takyahlah you kuarkan duit you, kalau nak tambahpun sikit jer". "Betul jugak, mana sangkapun dapat rezeki terpijak tuh, cuma terkilanlah, rasa macam bagi saja jer duit tuh kat orang".

Tuesday, April 6, 2010

IncomeTax dah settle

Ribut tak, hujanpun tidak, I tak tahu angin apa dah masuk badan I nih, tetiba jer jadi rajin bangat, jangan buang tebiat sudahlah. Selalunya part2 income tax ni, "last2 minute" barulah I nak "kapoychi", barulah sibuk nak completekan borang tuh tapi ...jeng ... jeng... jeng ... bukan saja I dah abih isi, dah hantarpun kat income tax semalam. Fuhh ... lega sungguh. Tapi yang mengherankan I, pendapatan I untuk tahun lepas kurang sikit daripada tahun yang sebelumnya, tak tahulah pulak macam mana boleh jadi gitu. Satu lagi, kalau last year, I kena bayar banyak, this year gomen pulak terlebih potong. Dua tiga kali jugak I dok kira balik, kot2 tersalah kira tapi memang "sah dan sahih" gomen dah terlebih potong. Yahoooo ... tahun ni I takyah bayar apa2 ....

Monday, April 5, 2010

You gain some, you lose some

Memang Allah tu "The Greatest". Dalam Dia dok uji kita dengan pelbagai ujian, Dia bagi jugak kat kita rezeki yang berlimpah ruah, kira balancelah. Rugi sikit, untung sikit, apa orang putih cakap "you gain some, you lose some". Contohnya macam I nih. Bukan sikit2 anak ujian yang Allah berikan kat I, berturut-turut gitu, kalau tak tetap imam "boleh bengong" dibuatnya. Tapi, alhamdullillah, walaupun tidak dapat ditangkis sepenuhnya "life has to go on". Memetik kata2 arwah pelawak DB, "kalau kita bersedih dan menangis air mata darah sekalipun, boleh selesai ke masalah kita tuh". Berbalik pada ujian dan rezeki, sejak dua menjak ni, alhamdullilah, rezeki tak putus2 masuk. Taklah banyak juta-jutaan tapi kira rezekilah jugak. "Duit beb sapa nak bagi kalau kita tak usahakan". Paling terbaru, macam Sabtu lepas, I main bowling untuk ofis I dan tak sangka menanglah pulak, dapatlah electrical item. Sebelum2 nipun, memang dah selalu dapat. "Oklah, kiranya, barangan elektrik kat rumah I takyah beli, semua dapat free. Dari semurah2nya sampailah yang semahal2 alam. Bukan brand2 yang haprak beb, kebanyakannya yang berbranded". Tak abih lagi tuh, petang tadi, si Zubir pulak datang "mengolor" duit menang bowling tournament sebelum nih. Kiranya cukup cover sebulannya belanjalah. Itu belum kira lagi si KC, business partner I yang sibuk dok menelpon informing I yang "our deal ngan client" dah "half way thru", kira tunggu masa jer nak "close deal". Camnerpun that part I bagitahu KC, "takpa slow2, kita ada masa sampai akhir tahun, takyah rushing2 ... slow and steady". Mungkin ada rahmat di sebalik ujian ini semua, kalau tak I "just take things for granted". Projek I sebelum ni pun berjalan lancar, cuma I kena sacrificelah sikit for at least five to six years, baru dapat untung bersih. La ni, tetiap bulan kena potong sana sikit, sini sikit tetapi hujung tahun, hasilnya lebat jugak. Sebelum ni tak terfikir langsung nak plan masa depan tapi bila memikirkan yang I taknak anak2 I hidup susah dan taknak mengharapkan belas ehsan orang in case anything happen to me and hubby, segala persediaan mesti dibuat especially tang financial. Memanglah sekarang ni ok, hidup/makan minum ditanggung hubby tapi diri kita sendiripun kena jugak buat persediaan apa yang patut, kenalah kreatif and aktif sikit. Ini tidak, pasif jer memanjang.

Kenkadang, rasa marah tu adalah jugak, kita aje yang diturunkan ujian bertali arus. Memanglah I ni banyak dosa, orang lain yang terang2an buat dosa, menyimpang hidup, menghuru harakan orang lain tuh, seolah2 Allah restu jer apa yang dorang buat. Lancar jer apa yang dibuat, langsung takdak "hiccup". Tapi, I cepat sedar dan cepat2 berisytifar dan mengucap berkali2 agar jangan terpesong akidah I ni. Alim ulamak bilang, "Allah uji kita sebab dia sayang kat kita dan jangan lupa kalau Allah nak tunjukkan kebesaranNya, sekelip matapun segalnya boleh berubah, kenkadang benda yang kita tak sangka2 tulah yang akan jadik". Lagipun, masalah problem I tu ciput jer kalau nak dicomparekan ngan orang lain. So, jangan dikesalkan dengan sebarang ujian yang Allah testkan kat kita, terima dengan redha dan dalam pada itu teruskan berdoa kerana "there is always a light at the end of the tunnel" and "that is not the end of the world babey".

Soraya's 10th birthday


Sabtu lepas 3 April, harijadi Soraya yang ke-10.

"Happy birthday kakak, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dah besar anak mummy, dah jadi anak dara dah, pejam celik, pejam celik, dah 10 tahun dah umur kakak. Mummy sayang kat kakak sangat2, adikpun sama. Memandangkan kakak dah besar, kakak dah boleh fikir sendiri, mummy harap apa2 aje keputusan yang kakak buat, biar dari hati kakak sendiri dan jangan buat melulu2 dan membuta tuli. Pada mummy, apa yang menggembirakan kakak sudah cukup bagi mummy sebabnya kalau kakak "monyok" jerpun tak guna juga. Semoga tahun ini juga tahun yang membahagiakan kakak dan yang paling penting mummy harapkan kakak dapat abihkan Quran tahun ini jugak. Happy, happy jugak tapi akhiratpun penting. So, sekali lagi Happy Birthday kakak, we love you so much".

Thursday, April 1, 2010

Skodeng rumah sebelah

Pagi tadi, disebabkan takda kerja nak buat, I ngan Dewi sibuk jer dok menyekodeng rumah sebelah yang tengah riuh-rendah klentang, klentung, klentang, klentung. Rasa2nya dah masuk sebulan dah rumah tu under renovation. I memang curious sangat nak tahu, maklumlah, nampak macam "major renovation". Nak gak tahu apa yang diubahsuai. Kot2 boleh dapat idea untuk rumah I sendiri. Kat porch depan jer dah nampak perubahan. Apataknya, "porch" depan tuh, tiang serinya dah dialihkan ke tepi, maknanya empat bijik keretalah yang boleh diparking kat dalam kawasan rumah. Kalau diikutkan struktur lama, cuma dua "jibik" kereta jer muat sebab ada tiang kat tengah2 yang dok halang. Roofingpun, dah tambah awning baru, "rogna" putih/kelabu bertembung pulak awning "rogna green" I, memang "very the padan one". Paling yang I nak skodeng ialah dapornya. Walaupun I ni bukannya jenih memasak dan masuk dapor selalu tapi I suka tengok dapor rumah orang. "Dewi, jom, teman kakak kita mintak masuk rumah sebelah tengok dalam apa dorang buat". "Jom kak, sayapun nak tengok". Lepas dapat "ijin" dari kontraktor rumah tuh, kitorangpun masuklah. Lagak kitorang mengalahkan mandor pencen. Memang dapornya "I likeee gitu", cantik. Kabinet daporpun nampak class, rasa2 brand "Signature". Masuk pulak kat hall ... tak banyak perubahan "just ok ok" cuma tilesnya yang "very the outstanding one", I rasa itu mesti yang "latestnyer design". Tingkat atas tak boleh naik sebab kontraktor dok sibuk pasang tiles jadi operasi skodeng we all terencatlah sikit, setakat kat hall bawah jer. Bukan apa, I nak tengok jugak master bedroom dan apa dorang dah buat kat ruang udara hall atas yang kosong tuh. Macam rumah I, I buat another room upstairs. "Frust betullah, tak dapat tengok bahagian atas, nak masuk lain kali mesti dah tak boleh punya". I memang dah lama pasang angan2 nak extendkan bilik anak2 dara I ke belakang sikit. Bilik airpun nak ubah dan buat baru. Alea ngan Soraya boleh share satu bilik sama2 dan yang satu lagi tuh I nak jadikan "bilik study and play room". Entahlah, tak tahu ntah bilalah angan2 I boleh jadi kenyataan.