Tuesday, March 31, 2009

Alhamdullilah, I'm still in the parking list

Remember, my posting on parking space at my office. Memang problem sejak azali lagi ... The parking space which belongs to DBKL was so cinonet and those who did not have the parking privilege inside the office compound or basement have to fight every now and then to park their cars. Sapa datang cepat, bolehlah dapat tempat yang strategik dan cantik, but those yang shift petang, they have to park kat hujung dunia and the possibility kereta boleh tenggelam bila banjir, is always there. For your information, our parking space situated along a river bank, and if it rains like cats and dogs, air akan melimpah kuar and within a seconds , jawabnya "flash flood"lah.

I have been in this situation for almost 16 years before I was given a parking space in the basement mid last year. Really bersyukur pada ALLAH SWT.
Kalau diingat2, "Siksa yang amat", I tell you. Kalau hujan, we can't even work in peace, takut banjir and every now and then, the guards would informed us about the situation. I tak ingat bila tapi kete satria I pernah tenggelam takat pintu, tapi nasib baiklah air tak masuk dalam, but six to seven other cars, memang rosak teruk.
Kalau tak hujan kalu, daun pokok kuning, adoi habis kete diselubungi daun kuning yang boleh buat aircond kong kalau daun tu masuk dalam and for those shift petang, kena lak alih kete sebab nanti gelaplah pulak nak jalan ambik kete. For those yang keje shift, we all habih keje at staggered hours -- kul 9pm, 10pm and 12 pm and kalau nasib tak baik boleh sampai 1-2am.

However, starting 1 April (April fool daylah), management implement new system whereby each of us have to pay Rm10 per month. Me, okay one. I don't mind paying as long as my parking space is still there. Apa yang ditakutkan, ada sesetengah yang telah kena tarik privilege tu sebab nak bagi pada penyewa. Biasalah, managementpun nak kaut untung. Tapi kalau nak difikirkan balik, apa salahnya kita dahulukan staff kita yek ... Dan untuk keselesaan semua, management telah sewa open space kat sebelah building and now in the process of membatukannya.

Anyway, alhamdullilah, bila guard datang bagitahu list nama and beri sticker baru, nama I ada tapi no more parking space sendiri because new system ni would be based "first come first serve'. Tak kisahlah, apapun sistem depa nak implement, janji akak still dalam parking list. Dah tak larat akak dok nak alih kete sana sini beb ....

Matahariku - Agnes Monica

Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Ku harus relakanmu walau aku tak mahu

*Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak, aku terdiam sepi

**Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Ku bersedih karna parah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu melakukan waktu

(Repeat **)
Dengarlah kau matahariku
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku .....

(Repeat **)

Saturday, March 28, 2009

Lights out for Earth Hour 2009

Hari ni hari Earth Hour and tonite from 8.30 to 9.30 pm, sapa-sapa yang nak participate or join in the event, bolehlah padamkan lampu selama sejam. Bergelaplah kejap ...
Anak I si Soraya kecoh sejak semalam, "Mummy, tomorrow nite, I'm goin to switch off the lights, tapi aircond and tv takyahlah mummy ye".
"Ada ke pulak macam tu, kalau nak switch off, kenalah switch off semua, cuba takyah tengok TV kejap. Aircond tu oklah, takut si Ten-ten panaslah pulak."

"No, they say (sapa they tu tak tahulah pulak I) TV can pasang one, otherwise, kita nak buat aper dalam gelap2 tu."
"Suka hati youlah. I pun nak tengok ulangan Mertua vs Menantu",
kata I.

Anyway, malam ni I ngan kengkawan ada plan. Kitorang nak celebrate Jam's birthday kat gallery dia, makan2 bawah candle light and at the same time participate dalam Earth Hour tulah. Bila I sampai kat Bukit Antarabangsa, kenkawan yang lain dah ada -- Noraini Tahir, Siti Hajar (TV3) and Mazrah (Uniten) . Kak Anie and Pah (bowling mate) belum sampai lagi. Half and hour later, barulah dorang sampai. Mula2 Kak Ani, then barulah si Pah (padahal dia duduk kat same blok je ngan Jam). Ini macam kira kenduri pot lucklah, masing-masing bawak food tapi I pulak pesan kat Kak Anie belilah apa2 nanti I bayar. Kira kongsilah tu....

Wow, banyak nyer lauk. Asam pedas ikan tenggiri ngan sayur asin, masak lemak labu (Mazrah and Hajar yang masak), rendang ayam, ikan masin goreng, ikan goreng, sambal belacan, sambal budu, ayam goreng ... aper lagi yek ... lupalah pulak sebab banyak sangat ... oh satayy.
Lepas makan, adalak goreng cempedak (Hajar yang beli). Jam dah lama dok idam, sedap beb, isi tebal and bijinya cinonet je. I part cempedak goreng ni, ada cerita sedih di sebaliknya. Setiap kali makan cempedak, teringat kat Arwah Ayah I. Sehari sebelum dia meninggal, sempat dia simpankan cempedak untuk I, siap pesan kat yang lelain yang cempedak tu untuk I sebab I suka buah cempedak. "Sayangnya arwah kat I tapi I ni yang kaki melawan dan memberontak."

Sambil makan tu sambillah bergosip, biasalah orang pompuan. Daripada pak menteri, selebriti hinggalah golongan artis. Part-part bergosip ni memang best, bukan senang nak berkumpul macam ni, planning sampai 3 bulan baru boleh berkumpul. Pot pet pot pet bercerita (sebenarnya banyak bergosip) tak sedar dah nak masuk tengah malam. Yelah, siap ngan air kopi, lepas tu adalak cecah mangga ngan kicap. Tak ke kecur air liyur dibuatnya ... Dalam dok berborak sakan tu, kawan si Jam, si Pali call kata nak datang bawak durian, nak makan ramai2. Jam dah tunjuk kul 12.30 am, abih kul berapa pulak I nak balik kalau nak tunggu si durian Pali ni. Dia baru nak bertolak dari Chow Kit.

"Eh Lin, takkan ko dah nak balik, bukan senang ko nak berkumpul macam ni. Alah Raja bukannya adapun. Tunggulah kejap," tahan si Pah bila nampak I dok sibuk kemaskan barang2 nak chow. "Tak lehlah, dah almost pukul satu pagi ni, kesian kat anak2 aku. Si kechik ni mesti belum tido sebab selalu tunggu aku balik. Oklah chow dulu. Thanks semua and Happy Birthday Jam". Terus I bersalam-salaman dan bermuah-muah.

I sampai rumah dalam kul 1.20 am. Memang seperti yang disangkakan, si Ten Ten I dok tercongok menunggu I. "Alah, sian anak dara mummy, jom tido. Apsal tunggu mummy. Takleh tido yek takda mummy"

Itulah kalau dah ada anak, dalam dok nak happening2, hati tu sentiasa dok ingat kat dorang. Anyway, bukan selalu nak happeningpun, sekali-sekali, sorry ye sayang mucuk-mucuk mummy ........

Apsal pompuan so obsessed ngan kecantikan

Apsal pompuan so obsessed ngan kecantikan? Itulah fitrahnya. Ingat, pompuan ada 99 nafsu dan itulah salah satunya. Lelaki satu nafsu jerr... yang tu ajelah (hi..hi..hi). I pun malas nak cakap pasal orang sebab I pun suka pada kecantikan tapi taklah terlalu obses sangat. Setakat gi facial, manicure, pedicure jelah.. and sekali sekala gi buat Thai massage. Tak terlintas lagilah nak gi buat liposuction walaupun berat badan dah naik membuak-buak. Setakat sapu krim kat bahagian yang banyak lemak tu adalah.

Ada gak Dr tempat yang I buat facial tu tanyer I, "You tak ingin ke buat botox ke, filler ke, ramai artis buat ngan I". "Rasanya taklah kot, tak berani I, rasanya facial nipun dah cukup".
Tambah-tambah lagi, bila baca sokhabar, banyak side effect bila dah buat benda2 ni and yang paling latest, pompuan muda yang mati lepas buat liposuction. Pelikkan. muda lagi tu, badan bukannya gemokpun, lainlah macam I, dah lebih daripada ideal weight.
Sebenarnya, kita kena bersyukur dengan pemberian Allah, buat apa kita nak ubah-ubah. Yang penting jaga diri, buat exercise banyak-banyak (selalunyer hangat2 tahi ayam je) dan maintain apa yang patut.

I gi facial sebab I ada problem pigmentation especially lepas beranak yang nombor dua ni and then tu sebab terlalu expose kat matahari. Entahlah, bila masa I gi kat mataharipun tak tahu sebab all the while memang duduk dalam bilik aircond je. Dah nak ada nak buat camner. So, apa yang I buat sekarang ni, nak controlkan pigmentation ni dari terus membiak. Itu ajer ... Kadang-kadang, I peliklah tengok orang lelaki, takyah nak risau-risau. Contohnya, hubby, main golf dalam tengah hari "lak lik lak lik" pun, kulit ok, cuma gelap jerlah. Takda pulak kuar pigmentation ker jerawat ker. Cuci mukapun ala kadar je, takyah guna krim branded2. Kita yang pompuan ni, segala krim ditepeknya, tak gak cantik-cantik.

Macam manapun, pompuan memang perlu jaga kecantikan dalaman dan luaran. Bukan semata-mata untuk suami tetapi untuk diri sendiri sebenarnya. Tambah-tambah golongan profesional yang sentiasa kena berhadapan dengan orang ramai sebab personaliti tu penting.
Bak kata mak I, "serikan muka tu ngan air sembahyang jerr.. lagi asli dan selamat". Memang betulpun .....

Tersalah tekan kot....

Masa I mula start berblogging, memang niat I hanya semata-mata untuk bacaan I dan untuk suka-suka I sendiri jer (for my eyes onlylah kiranya), tak terlintas langsung untuk openkannya pada public, cuma yang close2 friend tu I bagilah addressnya. Tetapi, I tak tahulah pulak tang mana I tertekan salah punat, aleh-aleh ... blog I dah orang boleh baca lak. Anyway, sesapa yang terbukak dan terbaca, just enjoy your reading ok.

Friday, March 27, 2009

Rumah Mak Selayang Takda Tandingan

Tak tahulah I tiap kali I balik Selayang, selera makan I membuak-buak, mengalahkan pompuan bunting sembilan bulan. Nak kata mak I masak macam nak buat kenduri, tidak jugak. Masak biasa2 je, tapi heran sungguh I jadi buruk lantak. Sampai je saner, selalu weekends lah, bawak si Dewi ngan my naughty little Ten Ten, I terus tala kat meja makan. Ikan kendera masin goreng ngan cili dan bawang, kari ikan semalam, sambal belacan dan goreng ikan bilispun ..... alahai sedapnyer ....

Dah makan, tidolah pulak. Ini satu lagi, memang tak penah miss ... sedap pulak tido siang kat sini, bukannya ada aircondpun, kipas meja jer, tapi tido sampai tak sedar diri. Siap selimut bagai lagi. Kalau petang, mak I mesti buat kudap-kudap petang ... mi goreng pucat ke, jemput2 malas ke atau kuih kasui (kawan I kat ofis cakap kueh bodoh, sambil berakpun boleh buat, memang tak senonoh kak Mona sorang ni) , itupun I belasah. Minum petang pulak kat laman luar, ngan angin2 sepoi tak reti bahasa, lagilah sedappp. Duduk bersantai atas meja batu taman yang I belikan pulak tu, lagilah laju mentekedarah.

Mak I selalu bising, "orang datang rumah, naklah bersembang, ni tidak bantai tidor je ... kang petang sikit dah nak balik, macamlah rumah tu jauh sangat".
"
Entahlah, asal datang sini jerr, semua rasa sedap, mak hangatkan lauk semalampun sedap, tido kat bilik depan tupun syok, sejuk, abih camner", I jawab selamba. Tapi anyway, I bersembang jugak ngan mak I. Bukan apa, I lah tempat dia mengadu segala bagai. Selalu mak I mengadu or bercerita ikut susunan adik beradik. Mula-mula pasai abang sulung I yang kat Johor, then turn Jija ( Bangchik) , then AA (Bang Uda), then Azean (Kak Yong) and finally Zaim (Ayah Chu). I ni yang tengah jadi Angah. Kami ni orang Perak, jadi setiap orang tu ada gelaran pangkat masing-masing. Selalunya, citer biasa2 je, macam buat repotlah. Mak I ni bukan aper, orang tua biasalah, susah hati kadang-kadang tak bertempat.
Agaknyer kalau I dah tua esokpun, macam tu jugaklah, tambah2 lagi kalau ada dua orang anak dara yang sedang membesar. Lebih teruk kot dari mak I...

Rumah mak I kat Selayang, memang besar, konar lot lagi, peninggalan arwah Ayah yang meninggal pada 12 April 1996. Arwah Ayah orang gomen, jadi bila dia meninggal, otomatik, rumah tu dapatlah free, takyah nak bayar ansuran lagi. Kalau dulu arwah beli dalam rega RM50 ribu, la ni, ada kot half a million. Memang besar, kira-kira boleh masuk lapan biji kete. Kalau nak bandingkan rumah I yang kawasan elit tu, memang macam langit ngan bumi. Porch dia dua kete je boleh masuk. Anak2 nak mainpun takdak tempat. Sebenarnya I tak kisah, rumah mak I kechik ke besar ke, I make sure that I akan balik menjengok dia sekerap mungkin. Takpun, telpon jer... hati orang tua mesti kena jaga beb. Kitapun satu hari akan tua gak ....

Thursday, March 26, 2009

Thank You Pa for the scanner


Ever since Soraya and myself start blogging, the important tool that we need now is a scanner so that we can scanned our photos and upload in our blogs. Right now, the space is full with our write ups and I want to spice it up with our photos. Barulah nampak canggih and taklah empty sangat.

So far, with the helped from Kak Mona, who scanned the photos from her place, Zai and SRadz to upload photos, I managed to hiaskan blog I ngan a few photos. More is coming soon. Wait and see
. Back to the scanner, memang I planned nak beli. I did asked hubby several times to take me to the Low Yatt Plaza (famous for its computers' world) cause kalau harapkan I, memanglah takkan gipun kawasan tu. Dahlah sesak, parking lagilah susah. Anyway, thanks yang for the scanner. Awak memang baik . Next posting, I akan masukkan a few gambar. See you then ..

Wednesday, March 25, 2009

Parking ooh Parking

Thanks to mAfter 17 years in service, finally barulah I dapat my own parking space. y assistant editors (Puan Nas and Puan Lat) yang fight untuk I ngan Zai. Kalau ikutkan memangpun dah high time untuk I dapat parking space tu. Alhamdullilah. Itu dah kira privillegelah coz yang dapat basement parking cuma yang ada pangkat je. I kalau nak tunggu pangkat kalu, sampai pencenpun tak dapat agaknya. Bukan aper, dah tak ada kekosongan sebab, awal2 lagi management dah isi , passed exam je, naikkan pangkat, passed je exam naikkan gred, abih those yang passed kendian-kendian macam I ni, tak merasalah. Patutnya, tengoklah kriteria lain sama, passed exam ni cuma syarat je... Tak paham betul akak.

Anyway, pasal bab parking ni memang masalah besar kat ner-nerpun. Ingatkan kat opis I je, rupa2nyer bila I balik lalulah kat TV3 tu, lagilah sesak ... tepi2 jalan jer park, lagilah bahaya, anytime orang boleh hijack
. Kat ofis I, kawasan lapang memang besar tapi lani kan semua orang banyak duit, jadi semua ada kereta. Bayangkan budak buat practicalpun bawak kete. I dulu, lepas tujuh tahun keje, barulah merasa nak drive kete sendiri. Kalau tak tu, asyik menumpang orang jerr.... Ingat lagi, sebelum dapat parking sendiri, punyelah susah, lebih-lebih lagi macam I ni masuk keje ikut shift. Kalau datang pagi oklah tapi yang datang dalam round 10 pagipun, tak tentu dapat parking lagi, yang shift kul 4pm, jangan haraplah.

Punyerlah sesak kat sini, sampai kena park double-double, hand brek takyah tarik, senang nak tolak. Macam I nyer kes, dahlah bawak kete besar, mana ada hand brek, semua pakai foot break, abih camna. Ntak tak nak, kena park hujung dunia. Kalau tak hujan takpa, kalau hujan pulak, lain ceritanya. Kalau hujan lebat, beraraklah kitaorang alih kete takut tenggelam dek banjir. Jangan main2 woooo.... Baru-baru ni pulak, management implement sistem baru. Untuk keselesaan semua, staff kena bayar untuk parking. I sebenarnya tak kisah langsung, bayarpun bayarlah asalkan I dapat tempat selesa untuk kete I yang amat I sayang tu. Bukan murah beb, ratusan ribu ringgit tuuuu... Tapi yang tak bestnyer.. . yang I betul-betul tak faham, dah elok2 semua ada parking space sendiri kat basement, la ni dibuat "first come first serve". Itulah yang I tak faham tu tapi I harap masing-masing setialah dengan tempat petak masing-masing.

Ataupun, apa kate I pakai bomoh je, orang lalu jer kat tempat I tu, sentiasa nampak ada kete I, jadi takda sapalah yang nak ambil tempat space I. Tempat I so the very strategik one maa ...

Tuesday, March 24, 2009

Shock of My Life, Soraya dapat 100 for Maths


It was roughly two weeks before the school holidays started, when I received a phone called from Soraya around 3.20pm. I still remember, it was on Wednesday.

"Eh, ni Soraya, apa pulak dia nak, kan ari ni dia ada pottery class and supposed to finish at 5pm. Janganlah pulak suruh ambik sekarang, memang tak boleh, papa pulak ada meeting. Dah sudah ... cam mana ni yek", I was talking to myself.
"Hello, darling ...", tak sempat nak abih cakappun, dia dah sampuk, excited sangat kot,
"Mummy, mummy, I got 100 for maths assesment, 100 mummy".
"What, 100, are you sure,"
macam tak caya je I dengar.
"Why, you don't believe me aaahhh, never mind aahh, I call papa, makmok and mimi already". "Ok, ok, see ... I told you, bukannya you tak pandai, pandai, nanti I tengok paper. You je yang selalu gopoh," I cakap kat dia.
"Ok mummy, bye". Amboi, takda salam apapun, terus letak phone.

Rupanyer bukan I sorang je tak caya, Hubby pun tak caya juga. Bukan apa, all these while nak cecah 70 pun susah, inikan pulak shoot up terus 100. According to hubby, berbaloilah tuition sampai RM600 sebulan dan harap2 biarlah dia dapat maintain. Again, for me Soraya bukannya tak pandai, pandai, tapi weakness dia ... dia gopoh je, semua nak cepat habih. Kalau tengok balik maths papers dia yang dulu-dulu, semuanya careless mistake, jawapan patut 66, dia buat 56 atau 76... kan ke dah wasted satu markah.

So, jangan underestimate anak-anak. Contohnya, tengok anak dara I. I sendiri tak caya ...

Keep it up, Soraya. I know you can do it.

Monday, March 23, 2009

Capricorn : The Go-Getter

Patient and wise. Practical and rigid. Ambitious.
Tends to be good looking. Humourous and funny.
Can be a bit shy and reserved. Often pessimists.
Capricorns tend to act before they think and can be unfriendly at times.
Hold grudges. Like competition and get what they want.

Me, yes. I am a Capricorn

Camna nak tegur dengan cara berhemah

Camna kita nak tegur seseorang tu dengan cara paling berhemah. Susahkan, nak tegur salah, tak tegur kita yang makan hati.

Ada sorang staff kat tempat I ni, kalau sekali tengok, memang nampak sopan santun, jalan lemah gemelai macam itik lenggang petang, bertudung anggun lagi. Kalau kaum jantan tengok, rasanya la-la tu jugak nak hantar rombongan meminang. Tapi yang tak bestnyer, kuat berkahak. Selang seminit pulak tu. Kita yang dengar nipun, kembang anak tekak, menggelegak tahi telinga dibuatnya. Itu memanglah tak boleh diampun langsung, siap ludah lagi dalam tisu, buang dalam tong sampah. Eeee... pengotor ke aper tu? Ingatkan apek-apek tua aje yang suka berkahak, ini anak dara lagi beb.

Rasa nak tegur tapi I ni tak reti nak berlapik, takut perang dunia ketigalah pulak.
Ada sekali tu, kawan seofis dah tegur, amboi punyelah diplomasi lagi, siap baca doa lagi, tapi hampeh, minah ni langsung tak angkat pot. Lagi kerap dia buat. Orang Penang cakap
"ketegaq betul budak sekor ni".

S0, I nak buat macam mana yek?

Come on Malaysians, be punctual please

Sakit hati tak when you supposed to enjoy show yang you bayar ratusan ringgit, alih-alih banyak pulak gangguannya. Inilah orang kita, show kalau dah kata kat tiket tu start kul 2.30 petang, maknanya 2.30 petang lah, takkan kul 3.30 ptg kot. Come onlah, this is an international show. For those regulars, memang kita dah tahu. Datanglah awal sikit, cari parking and then bolehlah lepak-lepak sebelum show start.

Sunday, March 22, I bawak anak dara I si Soraya, gi tgk Disney On Ice: Princess Wishes kat Stadium Putra Bukit Jalil. We all memang tak penah miss and as usual we will be there early sebab I tahu show will start on the dot and I taknak si Soraya membebel sebab terlepas scene yang dia suka. We all pun masuk stadium, cari tempat. Ini satu yang I nak complain kat management. Kita bayar ratusan ringgit, bukannya nak tengok kepala orang, ni tak bodoh ke aper ... seating arrangement memang the bangang one. Kita kalau nak bagi orang selesa, semua boleh tengok, buatlah bertingkat. Ok, memang bertingkat tetapi ... ada ker satu level tu dorang letak two rows of seat. Maknanya, kalau duduk depan nampaklah, kalau duduk row nombor dua, jawabnya kepala oranglah. Kita takper yang budak2 cinonet, mana nak nampak. Contohnya, kalau dua tiga orang mat salleh yang macam giant duduk depan kita, apa kita nampak, kepala dorang jelah.

Itu satu, ni show dah start, budak2 lagilah excited tapi yang tak bestnya yang datang lewat, bertali arus masuk. Kesian kat budak2, kena hadang sebab makroq yang tak reti bahasa datang lewat nilah dok tercangak-cangak cari tempat duduk. Dok hayak ke sana, hayak ke sini, kalau sorang takpa, ni satu rombongan pulak tu. Aduhhh, sapa tak hangin satu badan. Patutnya organiser kenalah strict sikit. Dahlah kat depan tengok kepala orang, ni kena hadang lagi. Sama je, baik ambik tiket murah, hatipun tak sakit. Show yang bestpun jadi tak best. So, moral of the story, be punctual please. Geram betul I.

SORAYA and ALEA


Masa I pregnantkan Soraya, I memang sukakan nama Soraya and I intend to name my first baby ni Soraya. Mana datang pulak Erina tu. Kebetulan, masa tengah pregnant tu, TV3 dok tengah tayang drama bersiri petang-petang, I tak ingat tajuk tapi one of the character tu namanya Erina. I rasa sedaplah pulak kalau I gabungkan kedua-dua nama tu, so jadilah RAJA ERINA SORAYA.

Baby yang nombor dua, RAJA ALEA SOFEA. Sebenarnya, I suka nama Mya Zara sebab kebetulan masa I pregnant kali ni, TV3 dok tayang samarinda tajuk "Mya Zara", Eja yang berlakon and I memang minat sungguh sampaikan masa Festival Media Idola 2006, I sempat suruh Sharifah dari NST kirim salam kat Eja, ambil gambar sekali. I suka sebab dia cute sangat and mintak-mintak anak I yang ni comey macam dia.

Lain lak ngan Soraya, sibuk sungguh dia suruh I letak nama adik dier nanti dengan nama Alea sebab masa tu jugak TV3 dok tayang sinetron "Bawang Putih Bawang Merah", si Bawang Putih yang baik tu namanya Alea. Nak taknak I pun letaklah nama tengahnya Alea dan si Sofea timbul sebab dia nakkan dekat ngan nama dia Soraya ... Sofea, maka bila digabungkan jadilah
Raja Alea Sofea. Soraya and Alea, character dan rupa agak berbeza. Soraya looks more like mixed Chinese, Japanese and Malay -- rambut lurus dan lebat, mata nak kata sepet tak, nak kata besar sangatpun tak, hidung tak berapa mancung dan mulut kecil. Alea pulak lebih kemelayuan tapi hidungnya kecil dan mancung, mata memang bulat, bibir terjuih ala-ala Angelina Jolie dan rambut ketak-ketak tapi lebat. Paling ketara both of them punya kening yang cantik macam I. Tapi, frankly speakinglah, dua2 anak I memang comel. Dari kecik lagi, ramai yang kata comey and chubby.

Soraya, orangnya agak stubborn tapi soft-hearted dengan adik. Sekali tengok memang dia nampak agak sombong, mungkin pembawaan dia tambah2 lagi I sekolahkan kat private school Sekolah Sri KDU, Kota Damansara. Tapi sebenarnya dia ok and dia lebih speaking orang putih sebab auntie2 dia semua speaking omputeh. I memang suka sebab I nak dia fluent in English. Alea pulak, memang comel, muka dia cute and naughty sangat. Kuat makan, tak macam kakak. Suka bully kakak and tak duduk diam seminitpun. Tapi dalam brutal-brutal dia, lalat yang kecik tu memang dia takut sesangat. Kalau I tanya "sayang mummy tak", nanti dia jawab "yangggggg" punyelah panjang. Sayang bebenorlah tu.

Sayang I pada anak-anak I ni tak berbelah bagi. Merekalah pengarang jantung I, harta I yang tak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Tak dapat nak gambarkan ngan kata-kata ... Sesungguhnya Ya ALLAH, kau lindungilah anak-anakku di mana sahaja mereka berada. AMIN ....

Soraya and her blog

"Mummy, what are you doing? I always see you writing something", tanya Soraya..
"I dok tulih dalam my blog. I just started a blog, my own blog. I write about you, adik, papa and so many other things", I answered back.
"What is that, I also want one. I also want to write mummy, can ahh ... can ahhh", macam drama queenlah pulak.
"Alah, yang macam makmok ada tu, you takyah lah, you kechik lagi, ".
"Mummy, I wantlah, please mummy, please ...."
"Oklah, nanti I tolong createkan for you".

So, finally, I createkan one for Soraya with a tagline "Soraya: Princess's Diary"
Apa salahnya, kalau anak nak menulis so sesapa nak surf boleh gi kat
http://www.esoraya.blogspot.com/

Sunday, March 22, 2009

My naughty little "Ten-Ten"


"Mamee, mamee, knorr, knorr, I "ten-ten ten-ten", translated version (mummy, mummy, no, no, I want to see Ben-10). Waduhh, sudah... dia dah start dah, meaningnya tv channel ni memang dia yang punyer throughout day and nite. Mintak ampunnn.... ya amatttt... Saper lagi, kalau bukan my 21/2 years old anak dara RAJA ALEA SOFEA, better known as Ten-ten (very obsessed dengan cartoon Ben-10) @ Gemuk ( quite chubby) @ little monster (wow, so the lasak one, seminit tak duduk diam) @ Poyo (ngada-ngada) @ sleeping beauty (she loves to sleep for hours) @ Mulan (like to karate her sister) and @ adek (the youngest, so manja lebih sikitlah).

Dulu, I pun tak tahu amendenya "ten-ten" tu sampailah satu hari tu, I tak keje, duduk menghadap tv, berkebetulan tengah I dok baring-baring tiba-tiba "mamee, mamee, mamee ten-ten ten-ten' sambil dok tepuk-tepuk wrist dia. Terkejut beruk I ,"apsal dik, apsal, kena gigit apa". Rupa-rupanya, cartoon network tgh dok tayang cartoon Ben 10.
"Oh, ini ke Ben 10nya, aku ingatkan aper". Ben-10 ni is about a boy with his 10 new amazing alien heroes. He had this watch-like device called the omnitrix. Kononnya, the device tu attached permanently to his wrist and give him the ability to transform into a variety of alien life forms, each with their own unique powers (pls dont asked me the details, memang I tak tahu lagi).
According to Soraya, this cartoon memang famous and since then apa jugak gadget yang Ben-10 tu ada, si kecik ni pun ada. Dan ever since tu, lekatlah "ten-ten", bila I panggil, si kechik ni pun terkedek-kedek berlari kat I sambil dok tepuk jam gadget Ben-10 dia, konon-konon dah tukar jadi alienlah tu. Alea.. Alea..

Alea is a pre-matured baby. I gave birth to her when I nak masuk lapan bulan. I was hospitalised for a month because my placenta dah jatuh, masuk stage 4, kira dah serius sangatlah tu. Kalau ikutkan Datuk Dr Nik, tujuh bulan dah nak buat ceasearian, tapi I taknak takut baby kechik sangat.
Bayangkan satu bulan I was bed-ridden, takleh nak gerak, takut turun darah. Air berbotol2 masuk dalam badan I dengan wayar berselirat sebab nak dictate movement baby. Finally dah dekat 8 bulan, Dr Nik kata dah tak boleh lama2 lagi, so I pun kena operate. Alhamdullilah, pada 27 June, 2006, lahirlah baby yang sihat, almost 2.5 kg and tak payah masuk incubator, cuma gula aje sebab baby tak cukup gula. Seminggu lagi, I kena tahan kat spital dan bill shoot up to more then RM50,000. Aduhh, baby2 I memang semuanya mahal. Tapi, again, setiap anak tu ada rezekinya.

I pun tak sangka, after almost six years and two miscarriage, Soraya dapat adik. Alhamdullilah. Semoga rezeki kami akan terus berpanjangan dan sesungguhnya tabahkan hati kami dalam melalui kehidupan ini. Amin ....

Thursday, March 19, 2009

What a romantic couple

I nak sambung sikit pasal holiday I kat Bintan Resorts.
So, dah lepas imigresen semua, family I pun beraraklah keluar dari terminal feri cari coach yang akan bawak we all kat hotel.
Waduuh, so the very the panas one weather kat sini. Berbahang. Muka anak2 I berkilat dek terik matahari. Kita orangpun berebutlah naik bas. Lega bila kena aircond "debus...debus" kat muka
.

"Eh, panasnya hari kat luar tu, larat ke awak nak main golf ni. Petang dia macam tengah hari bute, tido sedap ni", I cakap kat hubby. "Alah, dah biasa, rasa sat lagi ok lah tu", balas hubby. Dalam pada mata I dok melilau-lilau dalam coach tu, terpandanglah satu couple mat salleh ni. I dah perasan masa dalam feri lagi couple ni. Aduh romantiknya. kalau couple muda, I tak angkat pot, tapi yang I terharu sangat, couple ni dah tua, I can see betapa loving and sayang sekali husband kat wife dia.

Throughout the journey, tak seminit langsung the husband lepaskan tangan wife dia. Pegang and belai-belai lagi. Sekali-sekala diangkat, lepas tu cium pulak. I think umur couple ni dalam 70an. I tersentuh bukan aper, nanti kalau I dah tua, sayang ke tak hubby kat I lagi. Kiter orang pompuan ni, tak tahu lagi untung nasib kita kan. Kalau laki sayang takpe, kalau laki dah jemu, beralih arah kalu... oii, mintak disimpanglah malaikat 44. I bukan ape, tengok pompuan zaman sekarang, dorang tak peduli, laki orang, tunang orang, belasah aje, kalau tak dapat, guna mandrem, janji hidup senang. Yang bestnya, yang miskin taknak, cari yang kaya raya pulak tu. Mak bapak sokong lagi pulak tu ... yelah, boleh tumpang senang, boleh pasang aircond kat rumah, tolong bukakan restoran ke, oh yee, boleh tunjukkan kat orang dapat menantu kaya ... dahlah ambik laki orang, buat kenduri grand2 siap karaoke lagi. Astaqfirullahhalazim....

Macam manapun, I sentiasa berdoa kat ALLAH SWT, agar dipanjangkan jodoh I dengan hubby dan I lah satu-satu isterinya dunia dan akhirat selagi nyawa dikandung badan. Aminnnn. Sesungguhnya, kita manusia hanya mampu merancang dan ALLAH sahaja yang akan menentukan segalanya.

Wednesday, March 18, 2009

Kena 'pau' kat imigresen Bintan

This time around school holiday, hubby planned to take us to Bintan Island, Indonesia for our vacation. This is not the first time going to Bintan for me and Soraya. My first trip was in 2005, masa tu I tengah pregnant and I dont really enjoyed the trip sebab mabuk teruk, not morning sickness tapi mabuk laut. Teruk beb and at the end of the day, I only spent the whole holiday trip in the hotel's room, lazying on bed while Soraya enjoying herself watching the cartoon network. Hubby, as usual would played golf.

Tapi frankly speaking, I gi mana2 holidaypun, sebenarnya I suka duduk dalam bilik je and itu sebabnya I make sure hubby ambil bilik yang mahal sikit, kalau ada jacuzzi lagi best.
Seperti biasa, kalau gi holiday mana2, I akan bawak I punya personal assistant, Dewi. Wajib beb, tak larat I nak layan I punyer Ben-10 sorang tu (sapa lagi kalau tak si kechik Alea yang memang tak diam seminit). Like the previous trip. we will be staying at the Bintan Lagoon Resort.

So on Tuesday morning, March 18, we took a flight from KLIA to Singapore and upon reached Changi Airport, we later proceed to Bukit Merah Ferry Station
. Kat situ, kenalak tunggu sampai kul 2pm before boarding a ferry to Bintan Resorts Island. One hour before boarding, myself and Soraya ambil ubat mabuk laut while Ben-10, I bagi ubat tido so that dia pengsan dalam feri. Kalau tak tido kalu, penat oii nak kawal si monster sorang ni. After one hour dalam feri, maka sampailah kami ke Bintan. Dalam kepala otak I, sampai bilik saja, terus nak landing atas katil. Oh dah terbayang kat mata. I dah tahu aktiviti hubby, mesti main golf punyer. I tak kisah sebab I pun ada plan, I nak cari channel TV3, taknak miss drama 'Spa Q' yang dah nak abih episodnya. So, sampai kat imigresen Bintan, family I semua lepas kat kastam tapi si Dewi pulak tersangkut. Amboi, seriusnya pegawai kat imigresen tu padahal si Dewi ni asalnya orang Indon jugak. Tanya Dewi macam2, macam nak "under table money je' , siap suruh hubby jumpa another officer tuk settle the problem. Memangpun, sempat Dewi bisik kat I, "kak, dorang nak duit tu kak".

Macam biasalah, I ni cepat menggelabah sikit, hati dah mula main lagu dangdut Haiza "dag dig dug daq dig duq". Hilang kejap semua angan2 I nak landing atas katil. Sementara hubby settlekan problem tu, I gi ambil beg, tapi hati risau tak abih lagi. Apa kata kalau tak settle, nak kena balik Singapore ke, alamak tak sanggup nak naik feri balik. Dalam I dok sibuk tanya jawab sendiri, tanya jawab sendiri, hubby tiba2 muncul cakap semua dah settle. Yang herannya, kalau ikut undang2, memang passport si Dewi takda apa2 masalah, baru renew lagi. So, memang sah dan sahihlah, dorang memang nak pau je. Bagi duit, lepaslah. Moral of the story, ada wang semua boleh jadi. Pau pun paulah, daripada kena banyak soal, hulur jelah duit. Janji, our vacation this time mesti happening punyer. I nak ambil banyak gambar sebabnya I nak masukkan dalam blog I.

Oklah, jumpa next posting, chow chin chau ......

Tuesday, March 17, 2009

Sayangggg anak2 mummy


Tak boleh digambarkan dengan kata-kata, begitulah kasih sayang I pada anak-anak. Kadang2 nak marah jugak, tengok tahap kedegilan dorang yang sudah sampai tahap maksimum. Tapi, bila tengok biji mata anak-anak dara I "lak-lik lak-lik" macam lampu kelip-kelip, tak sampai hati pulak nak marah. I memang garang. Mulut I ni macam bertih jagung "po..pek...po..pek" tapi anak2 I buat donno je. My mum cakap, baru anak dua orang, kalau 10 orang agaknya terbalik dunia dibuatnya. Karektor anak2 I memang berbeza. Si sulung, Soraya, budaknya degil, keras hati tetapi boleh dibawa berbincang and si adik pulak, Alea pulak, adoi mak, seminit tak duduk diam. Lagi kita kata jangan, lagi tulah yang dibuatnya. So, camna, tahap kemarahan I tak naik hingga ke paras menggelegak. Tapi, again, mulut je acah nak pukul, tapi takkan pukul nyer. Cubit tu adalah sekali sekala. Lain pulak ngan hubby, tak payah bukak mulut, jeling je ngan ekor mata, mencicit budak2 tula lari lintang pukang. Anak2 sebenarnya takleh dibagi muka sgt. Lagi bagi muka, lagi mengada2 lah die. Selalu gak pesan kat hubby, jangan dok ikut sangat kehendak dorang, beli macam2, tapi bila nasihat taknak dengar.

Sunday, March 15, 2009

Anak-anak... Anugerah dari ALLAH

Melampau, memualkan ... aper dah tak ingat dosa dan pahala agaknya masyarakat yang aku anggap macam dah tak bertamadun dalam dunia teknologi yang serba canggih sekarang ini.

Apa ke tidaknya, tetiap hari kita dok baca dalam sokkhabar, mayat new-born babies dijumpai dalam mangkuk tandaslah, dalam sungai, belukar, tong sampah, ditanam belakang rumah dan yang agak bernasib baik yang masih bernyawa ditinggalkan di surau, tandas. kaki tangga rumah orang, depan pejabat dan rumah kebajikan. Ini semua kes-kes baby yang takda bapak.
Woi, kalau nak buat kejepun, pandai2lah jaga. Ni tak, baby yang tak berdosa yang jadi korban

Yang ada ibu-bapa pulak, ada ke marahkan si bini, anak dibuang dalam tong sampah, anak kuat nangis, dihumbannya sampai mati atau direndamnya baby tu dalam kolah sampai tak bernyawa. Bodoh ke aper. Namapun baby. mestilah kuat nangis, dah fitrah macam tu. Yang buang anak dalam tong sampah pulak, elok je hukum bapak yang takda otak tu duduk dalam lori sampah seminggu, biar dia makan aje najis dan bangkai dalam lori sampah tu. Biar mampus je ...

Itulah, yang haram tu senang je dapat baby, dah dapat dibuang pulak tu. Nahuzubillah Himin Zalik. Sebaliknya yang dah kahwin pulak , bertahun-tahun tunggu nak dapat baby punyalah payah. Berusaha bersungguh-sungguh, tidak kira wang ringgit ataupun tenaga, bila dah dapat zuriat, ditatang bagai minyak yang penuh. Ingatlah, anak-anak pembawa rezeki dan mereka adalah anugerah dari ALLAH yang tiada nilainya.

Next posting, akan ku ceritakan bagaimana aku and hubby berusaha untuk mendapatkan zuriat. Dan akhirnya, selepas hampir sembilan tahun berkahwin, lahirlah seorang puteri yang kunamakan Raja Erina Soraya. Enam tahun kemudian, lahir seorang lagi puteri yang kunamakan Raja Alea Sofea.

Maids ... they are also human beings


Tak tahulah, apasal ada orang sanggup seksa maid dorang. Memang tak faham sungguh. Dah banyak sangat kes kita baca kat sokkhabar. Itu yang kita tak tengok depan mata, yang jadi depan mata pulak, lagilah berbulu. Yang I heran lagi, dahlah sampai hati bakar maid ngan puntung rokok, tekap ngan iron, baling ngan cawan, lepas tu tak pulak bagi makan. Apalah sangat, apa yang kita makan, bagi jerlah dorang makan, bukannya boleh buat kita papa kedana pun, tambahan pulak seharian kita dok menggunakan kederat tulang empat keratnya.
Ada kawan I pernah tanya macam mana I layan maid I. Simple jer I cakap, "Layan macam oranglah, takkan nak layan macam binatang pulak. Dorangpun manusia biasa, datang sini cari rezeki. Aku anggap maid aku macam sedara mara sendiri, makanpun duduk semeja, takda asing2 punya." Pernah jadi depan mata I sendiri, bangun pindah tempat lain satu keluarga (bukanlah kaya manapun, berlagak jer lebih) ni bila maid dorang duduk sekali sebab dah takda tempat duduk yang lain. Memang tak dinafikan, ada yang layan maid dorang macam hamba abdi. Besar sangat ker gaji yang kita beri kat maid tu sampaikan kita rasa besar diri dan tak setanding ngan taraf maid tu. Hallo, kenkadang, "mem2 yang kononnya rasa diri dia besar tu" pun bergantung kat laki masing2. Kalau dapat laki kaya, si "mem2" nipun tumpang kaya, tambah2 yang duduk rumah jer, tak kerja, sama jer taraf ngan maid2 tu. Satu lagi kalau yang tak kaya pulak, kenkadang perasan diri tu kaya dan terikut2 dengan cara orang kaya layan maid, ... sedarlah diri tu sikit.
Macam yang I cakap kat kawan I, "Aku rasa sapa jadi maid aku, memang bertuah, aku treat dorang mcm adik beradik, sedara mara aku sendiri. Holidaypun aku bawak tau. Ko nak tau, ramai yang nak jadi maid aku bila part2 holiday ni. Plslah, aku tak kejamlah, dorangpun human being jugak so treat them like one".
I selalu ingatkan kat diri I yang kebanyakan maid ni bukannya datang kosong. I'm sure that sedikit sebanyak mesti ada ilmu pelindung, maklumlah nak keje rumah orang, negara orang lagi, nanti sebabkan mulut badan binasa".
Lagi satu yang I tak faham, part gaji, dahlah maid tu kerja siang malam, pagi petang, makanpun tak tentu hala, duit gaji sendiri pun tak dapat. I part gaji maid, I memang bagi priority, awal bulan dah asing siap2 ... oi taknak I menjawab kat akhirat nanti. Cuba fikir, punyalah susah dia jaga anak kita, rumah kita sampaikan anak dia sendiri dia tinggalkan nak cari rezeki sesuap nasi.

Alhamdullilah, syukur kepada Allah yang so far, maid-maid I semuanya ok.
Sejak I dapat Soraya (my eldest) in 2000, I dah hired three maids and they are excellent. Apa yang penting, anak2 I dijaga dgn baik. Lagipun, kat rumah I tak banyak yang kena buat, cuma cuci baju, kemas rumah ala-kadar and memasak (itupun masak untuk diri sendiri sebab I ngan AbgAje jarang makan kat rumah). Mak mertua dan sis-in-law yang stay ngan Ipun bukannya makan banyak manapun
.

My first maid namanya Nor. I dapatpun macam mimpi je. Memang macam bulan jatuh kat riba, dalam I dok berkira2 nak cari maid jaga anak, tetiba je ada orang offer. Free pulak tu.
Nor, sebelum ni kerja kat umah menteri. Bini menteri ni punyelah garang, kena belasah je si Nor and at last Norpun tak tahan, badanpun abih lebam2, ngadulah kat bodyguard menteri ni. Bodyguard nipun report polis. Pak menteri nipun sebenarnya tahu. bini dia lain macam sikit, so dia suruhlah bodyguard ni cari tuan baru untuk Nor and finally I lah jadi mem baru Nor. Itulah, namanya rezeki, tak payah kuar fee ribu-ribu and Nor nipun cekap orangnya.

Sebelum I duduk kat rumah sekarang ni, I duduk kat Wangsa Maju, anak, I hantar kat umah MIL kat Taman Desa, kira-kiranya I ni weekend mummylah. So, nak ringankan beban MIL, Nor ni, I stationedkan kat rumah MIL. Jadi, sebenarnya, Nor ni, kerjanya ialah temankan MILI, jaga anak I sekali dan uruskan hal-hal rumah MIL. Ipun jarang ada kat umah, banyak abihkan masa kat Taman Desa je. Lepas tiga tahun, Norpun balik Indon and I pun pindah.

Maid kedua I namanya Saras. I dapat through a friend and bayar RM2k. Yang bestnya, dah msk dua bulan keje baru I tahu dia takda passport, datang naik tongkang je. Punyalah mengelabah, tetapi again, alhamdulliah, I dapat settlekan dan Saraspun dapat passport sah. Bayangkan, datang naik tongkang, balik naik kapalterbang. Mana nak dapat mem macam I. Kerja dia mmg excellent. Cekap and again, I memang tekankan pada jaga anak. Anak I dia jaga tiptop and no komplen. After dua tahun, dia balik Indon and recently, I dapat call dia nak datang kerja ngan I balik. Tapi nak buat camna, I takleh ambil sebab I dah ada maid baru. Rumah Ipun bukannya besar sangat kalau nak hired sampai dua maid. Yang ada sekarangpun, dok komplen kat I, dia macam takda keje kat umah I, banyak rehat dari kerja.

Maid I yang ada sekarang ni namanya Dewi. Dah nak masuk tiga tahun Dewi kerja ngan I. Diapun untung. mana I pegi holiday, I bawak, makan kat hotel besar, usah cakaplah
. Sepanjang bulan Ramadhan, hotel mana dia tak masuk, duduk makan semeja lagi. Satu lagi, part2 makan I tak pernah berkira. I percaya pada rezeki yang Allah bagi perlu dikongi. Mana tahu diorang nipun turut berdoa untuk kita.

Itulah, I cakap, tak rugi kita layan maid macam sedara mara kita sendiri. Maid nipun, dorang tahu bawak diri. Kadang-kadang, I tengok, dorangpun naik segan ngan kita. Diaorangpun tahu batas dan sempadan, so takyahlah kita nak layan macam second class citizen. I sekarang ni dok harap si Dewi sambung lagi kerja sebab I takut tak dapat maid mcm yang lepas. Lagipun, kalau duduk kat rumah I, tiap2 bulan dapat duit tapi kalau balik Indon, sapa nak bagi duit. Duit macam bukitpun, lama-lama abih jugak.

Before I end up my posting kali ni, I sekali lagi nak ucapkan terima kasih pada semua maid yang pernah kerja kat rumah I. Budi baik mereka, hanya Allah yang akan balas. Bukan senang woo, tinggalkan suami dan anak sampai bertahun-tahun, I sendiripun tak sanggup.
Pada semua, layanlah maid kita sebaik mungkin. Mereka juga manusia seperti kita. Chow and wassalam .....

Friday, March 13, 2009

About Myself and Why "Kak Aje"

I'm in my early 40s. For me age is just numbers. I tak kisah as long as I pandai jaga diri, penampilan dan always feel young. Nak kata berisi, taklah berisi sangat, ok ok je and I punya face shapepun suits me well. Alhamdullilah, syukur kepada Allah S.W.T.

I dah kahwin hampir 17 tahun but my eldest baru darjah tiga (9yrs old) and my second and youngest almost three years old (nanti later I posting pasal anak2 I ok). Hubby I pulak is a very successful businessman and I sentiasa pray to Allah agar rezeki kami sekeluarga akan berkekalan dan terus melimpah ruah. I and family tinggal kat kawasan yang boleh dikatakan elitlah juga (sekali-sekala nak perasanlah). Rumah tak besar mana tapi gated area with less than 100 unit houses. Senang security guard nak jaga. For me, ennvironment is very important for my little ones. I tak suka anak2 I berkeliaran tak tentu pasal and I really like that housing area. But again, kalau I dapat my dream house yang I mentioned dalam earlier posting, lagilah canggih. Super semi-D with 10 bedrooms and 10 bathrooms. Mintak2lah rezeki kami akan murah dan dapatlah I rumah idaman tu. My eldestpun suka, siap cakap kat I "Mummy, bila kita nak pindah, I like that house". Wow, macamlah I kerja cap duit belakang rumah, anytime aje boleh dapat.

I kerja kat one of the established news agency in Malaysia. Pangkat taklah besar mana tapi I happy sebab kat situ very flexible and all of us ada "team spirit", we give and take in so many ways. I worked in shift hours and mostly mengedit dan menge"clear" stories. Rezeki I kat sini tersangkut sikit sebab I tak pass exam, tapi sekarang bila dah pass, post pula elek. Tapi, kalau dah ada rezeki, I percaya takkan lari punya

Ok, my real name sama macam nama penyanyi, anak pelakon dan seniwati terkenal Malaysia tapi kat ofis I lebih dikenali sebagai Kak Aje. Camna lak dapat Kak Aje yek, jauhnya dari nama sebenar. It all started from Farhana, who currently attached at the sports desk. Dulu-dulu masa dia kat GNS (general news services), pompuan yang kuat gelak ni selalu cover tourism punye bit. Berkebetulan hubby masa tu kerja kat Tourism Malaysia and later jadi PK pada Ministerr, so, everytime bila si Farhana balik dari assigment yang bersangkutan dengan Tourism dia akan cakap kat I, "Kak Aje, Kak Aje, tadi jumpa Abang Aje kat assigment". So, dah tiap2 hari dok panggil Kak Aje, langsung terus lekatlah dengan KAK AJE, sinonim dengan ABG AJE. Okaylah, kita sambung di lain postinglah. Hari ini I nak balik awal sikit ada hal. Jumpa di lain posting. He..he..he macamlah ada orang lain baca aku punyer blog ni.

Thursday, March 12, 2009

Fancy for branded items?

I do not know about others but as for me I memang giler branded items. I go for original ones (imitation, kalau tak mampu baik toksah beli) , my mum said "tu dah jadi macam penyakit" but for me "it is more for my own satisfaction". Seriously and frankly, I bukan nak menunjuk dan tak ada niatpun nak menunjuk tapi if you can afford it, why not?

Again and again I always told my mum, "Kalau dah ada duit lebih, why not, daripada my hubby abihkan kat tempat lain, baiklah dia abihkan kat I ngan anak2. Lagipun, cari duit banyak2pun, kalau bukan utk wifee tersayang (ye lar tu) dan anak2, abih utk sapa mak ku sorang".
Tapi, nak buat camna, I loves all things beautiful - including clothes, shoes, handbags, watches and jewelleries and I believe in paying for quality. I spent quite a lot and also quite capable of spending the same amount on my two gorgeous princesses. But as usual, later-later, slowly, I will give the bills to hubby (mintak balik ganti .... terukkan I ni hehehe). My daughters wear Guess, DKNY Kids, Gap Kids, Ferragamo, LV, Bvlgary, Zara Kids and Benneton (just to name a few) . And, I don' t think that is a problem coz I love all the things I buy and I will eventually get around and used them. Nothing wasted. But sometimes, kalau satu tu kita dah suka, asyik ulang yang sama je kan. My favourite sekarang ni, handbang CD, dah naik season.

I have a collection of handbags, more than 20. Range from Fendi, Bottega Veneta, Gucci, Coach, Louis Vuitton, Salvatore Ferragamo, Bally, Aigner, Christian Dior, Cartier, DKNY, Bvlgari and Prada. For watches, I have Frank Muller, Tag Hauer, Bvlgari, Cartier and jewellery items, mostly from Cartier, Tiffany and Bvlgary while collection of belts from Gucci, Cartier and Guess. For shoes, kalau nak cari yang branded ni, mostlynya I tak berapa berkenan. The most expensive pair I bought ialah Bottega Veneta which cost almost RM2,000. Same goes to my clothings. Hubby and myself suka brand Polo Ralph Lauren, British India, Gap, Zara, Armani Exchange, Guess, Packett, Levi and many more sampai I dah lost count.Walaupun I ni memang fancy branded items tapi dari segi lain I tak pandang ringan. I make sure anak2 I ada insurans dan simpanan tiap-tiap bulan. Ini semua sudah diambil kira, itu sebabnya I boleh belanja lebih sikit. I rasa bukan I sorang aje, ramai lagi macam I kan.. kan.. kan ....

Why I used tagline "Simple Life"

I like to lead with a simple life. Simple does not mean that you mesti look serabai, selekeh, pengotor and so on and soforth. "Simple yet elegant" and that's me babe. For example, my house, I tak suka hiasan yang sarat, langsir yang beropol-ropol, perabut antik yang bagak-bagak sampai nak masuk rumahpun kena mencelah. Hiasan rumah I memang simple yang amat, clean cut aje. Hiasan pun ala-ala aje, dinding cuma dihiasi ayat-ayat al-quran, sette yang simple and dining yang sederhana. Langsir apa lagi, french cutting je. Kat ruang tangga pulak, I gantunglah gambar kahwin I dan anak2, buat syarat. That's it.

I memang suka ada ruang tapi akan daya rumahpun cinonet. Insyallah, kalau ada rezeki, I nak cari rumah yang besar sikit. Hari tu dah pegi tengok and hubby I cakap kalau projek dia masuk juta-juta, anytime, rumah idaman I yang harganya boleh tahan tu akan ku miliki. Aduh, mimpilah I. Kadang2 kalau tgk majalah decor, lebih-lebih lagi rumah orang Melayu, alahai saratnye. Selagi ada benda nak disumbatkan. But again, citarasa masing-masingkan, kita takleh nak larang.

In fact, I punya wardrobepun simple. Baju I banyak plain colour, I tak mainlah baju ada bunga2. Macam kebun bunga berjalan pulak rasanya. Anak-anak I pun sama, sampai sock dorangpun I tak suka yang ada lace-lace, baju apatah lagi, a big NO NO to dress yang sarat dengan bunga dan adalak ropol2 berumbai-rumbai. Rimas, rimas, rimas.
Tapi again, kan I dah cakap awal-awal lagi, "simple yet elegant". Ringkas tapi nampak kemas dan mewah. Yap, I memang suka branded item, kalau mampu apa salahnya kan. Zakat I bayar, simpanan dan insurans utk anak2 dan diri sendiri, insyallah tiap2 bulan settle. So, duit yang lebih, ditopup pula oleh hubby, bolehlah I bergaya sekali sekala and definitely anak2 I pun dapat tempiasnya.

My first day blogging

Ohh... so excited, finally I have my own blog. Pandai ke aku memblog? Belasah aje, bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri. Dah lama nak buat blog sendiri dan "at last ... inilah hasilnya".

Well, kat sinilah, aku akan expressed segala yang termaktub dalam hati -- my life experiences, excitement, feelings and frustrations. I'm going to write bout my family, myself, my two gorgeous princesses, my up dan downs as well as on my career. In case, aku tertulis pasal orang lain, mintak maaflah, itu sememangnya mungkin terlepas pandang.

There are so many things that I need to learn. Insyallah, slowly, aku akan download gambar anak-anak dan keluargaku. Sekarang ni, memang tak reti apapun, tak berapa celik lagi.

Nantilah, banyak lagi nak tulis. Aku sambung kemudian ....