Tuesday, August 31, 2010

"Putty Tet" Aiyea

"Mamee, mamee, I wan putty tet (pussy cat), I do wan ors (horse)". Inilah yang selalu dimintak oleh anak dara kechik I. Memandangkan I nih spesis "tak brapa gemorkan kuching", I selalu cakap balik kat anak dara nih, "Don't want pussy catlah, I buy you a horse okay". By the way, kuching keding kat atas tuh kerja si Alealah. Suka sangat mengambil gambar. Sekor tu tengah "bunting", bila2 masa jer boleh "terberanak". Kuching2 nih selalu ada kat belakang rumah I dan si Dewilah yang selalu bagi makan. Si Alea nih, "kunun2" suka kat kuching tapi bila kuching pegi dekat, dia "lari lintang pukang". "Sorrylah Alea, rasanya sampai bila2pun Alea tak dapat bela pussy cat sebab memang mummy takut ngan pussy cat".

Saturday, August 28, 2010

Kakak "n" Adik

Oh so sweet my two little princesses nih. Sapa sangkakan dalam I susah2 nak conceive, last2 dpt jugak dua anak dara. Dah besar panjang "anak2 dara mummy". Untuk masa depan anak2 dara nih, I banyak buat savings and beli insurance sampai dorang umur 21 tahun. Kalau boleh I taknak anak2 dara I susah dan menyusahkan orang lain. Walaupun savings I tak banyak tapi kalau umur I panjang, insyallah, by the time I pencen, rasanya lebih daripada mencukupi. Duit pencen plus gratuity plus "goncang tangan emas" plus insurance ... okaylah tuh. "Well, anak2, jangan sekali2 cakap mummy tak sayang ... mana ada mummy yang nak berpisah ngan anak2 sendiri ..."

Friday, August 27, 2010

Selangor cuti, KL jam

Sejak azali lagi, bila Selangor cuti jer, KL jam teruk. Tak kiralah cuti apapun, cuti Nuzul Quran ke, cuti Thaipusam ker ... "harus wajib makronah jam punyer". Tadi masa on the way ke tempat kerja, bulatan jalan Parlimen nak menghala ke Jalan Tunku Abdul Rahman, memang dah "pack abih", kereta semua bergerak macam "kura-kura". Info yang terpampang kat sistem maklumat ITIS (intergrated transport information system)pun kata kalau boleh "elakkan Jalan TAR sebab sesak teruk". Mintak maaplah yer, Jalan TAR bukan "territory akak" dan rasanya dah bertahun-tahun tak penah gi ke Jalan TAR tuh. Entahlah, masa ni jer kot orang Selangor nak turun shopping kat KL, kat Selangor takda shopping kompleks ker. Yang peliknya, kalau hari Ahad, idaklah jem teruk sangat, padahal Selangor ngan KL sama2 cuti. Aduh fening ...fening ... fening .....

Wednesday, August 25, 2010

Raya sakan

Kalau orang luar tengok, mesti dorang ingat yang tahun nih I nak "beraya sakan". Apataknya, rumah I sekarang nih tengah sibuk dengan aktiviti "cat mengecat". Itu belum lagi dengan "orang aircond datang servis aircond dan tukang plumber datang betulkan paip". Duit I bulan nih pulak "kuar macam air paip" ... kejap2 "mengolor" ... kejap2 "mengolor". Sebenarnya, semua nih berkebetulan. Tetiap2 tahun pun "raya ker tak raya ker" sama jer untuk I anak beranak sebabnya kitorang selalunya "berkubang" jer kat rumah. I ambik keputusan cat rumah sebab rumah I nipun dah lama tak "bercat", so dah tiba masanya "mencantikkan semula" rumah I tuh. Memanglah banyak duit kuar tapi apa2pun rezeki di tangan Allah. Bercakap pasal rezeki nih, I nak bersyukur kepada Allah sebabnya bulan nih saja, I dapat dua kali komisyen. Satu dari ofis I dan satu lagi dari gomen. Orang kata "rezeki rimau". Terima kasih daun keladi, nanti2 bagi lagi .....

Tuesday, August 24, 2010

Checklist

Banyak sangat benda yang I kena buat, so terpaksalah I sediakan satu checklist.

1 . Beli baju raya kakak (Soraya) -- settle, harap2 kakak suka
2 . Beli baju raya adik (Alea) -- settle
3 . Beli gelang kaki Dewi -- settle
4 . Beli baju raya mummy -- tak payah, dah berlambak dalam lemari
5 . Beli baju raya mak Selayang -- settle
6 . Beli kuih raya -- settle tapi belum bayor lagi (untuk makan sendiri)
7 . Asingkan duit raya -- settle tapi bajet tahun ni "kechik" sikit
8 . Bayar tukang cat -- dah bayar dulu, nanti nak mintak balik kat "banker"
9 . Renew road-tax -- hubby dah tolong settlekan
10.Call Terry pasal tenant -- Dah banyak kali call tapi tak berjawab, kena call lagi
11.Bayar kredit kad -- Tunggu dapat gaji, kalau boleh nak settlekan "perabih"
12. Tampal wallpaper -- Tunggu hujung minggu, itupun kalau tak gi "merendek" mana2


Uhukk ... uhukkk .... banyaknyer nak pakai duit, uhuk .... uhukkkkkk......

Monday, August 23, 2010

PadaMu ku bersujud


Lagu nih memang best. First time I dengar masa tengok slot Zehra "Janji Kekasih" kat TV3. Jom kita layanzzz .......

PadaMu ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta

Kau berikan bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa

Ampuni Ya Allah
Yang sering melepaskanMu
Saat kau lumpuhkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud ....

Ubat nyamuk karan

Semalam tak pasal2 I jadi "ustazah tak bertauliah" kat adik pompuan I, si Azean. Apataknya, pasal ubat nyamuklah. I cakap kat dia, kalau boleh janganlah guna ubat nyamuk gelung yang jenis bakar tuh ... bahaya, beli "ubat nyamuk yang karan". Dah banyak kes rumah terbakar pasal ubat nyamuk tuh. Kita kalau tido, bukannya "hengat dunia", tido mati macam "kayu balak". Kalau bilik tuh bersih takpalah jugak, ni mengalahkan "gudang barang", segala jenis barang semuanya diperosokkan dalam bilik tuh. Rasanya "mak mentipun mintak ampun beribu2 ampun" kalau nak masuk bilik pompuan sorang nih. I pun tak tahu "spesis malas" siapa yang minah nih warisi. Nak kata I pemalas, memang I malas tapi malas ke dapur jer tapi part2 rumah, memang bersih sebersih2nya. Baju beratus2 hengget boleh beli, ini "ubat nyamuk karan" yang tak sampai 20 hengget tupun, berkira sangat. Ntahlah, I pun tak tahu apa nak jadi kat minah nih, patutlah Mak Selayang selalu membebel ....

Sunday, August 22, 2010

Nostalgia ketika bertugas overseas

Ni rasanya kat tengah2 street kat Korea, belakang tuh pasar .... tak berani nak dekat
Bergambar ngan abang2 polis Taiwan, kitorang baru abih lawat kilang kat belakang tuh...
Rombongan "cik kiah" sempat pegi Sea World, San Diego, USA
Di atas bukit San Francisco ... dari atas bukit nih, pemandangannya cantik beb ....
Di tengah town London, belakang tuh Hotel Hilton
Di tengah2 kota London, nak gi Planet Hollywood, tapi sempat berposing
Di kota London, di Oxford Streets rasanya ...... excited sungguh tengok salji
Ni di Pelabuhan Rotterdam, Holland. Masa ni ikut Rafidah Aziz
Di tengah2 bandar Hague, Holland. Sejuk sangat and bandarnya "very the clean".
Di Las Vegas, belakang tuh Ceasars Palace. Ingat lagi masa tuh Anita Sarawak masih menyanyi kat situ.
Juga kat Las Vegas, belakang tuh casino.
Masih lagi di Qingdoa, China. Memang sejuk giler kat sini beb .......
Empat dara pingitan (tak termasuk nyonya baju merah tu tau) kat Qingdao, China


Baru tiba di airport Taiwan, dok tunggu kenkawan lain .......
Di tepi jalan dekat2 Hollywood Walk of Fame, Los Angeles, U.S.A
Di Monte Carlo ngan budak PR, tunggu nak masuk kasino lorrr ....
Kat Cannes, Perancis ngan Anne dan Sue (Reuters)

Thursday, August 19, 2010

Gelang kaki loceng kak Wiwi

Tengah hari tadi sebelum pegi ambik Alea, I ngan si Dewi, singgah kat Giant untuk beli "groceries" sikit dengan susu dan pampers si kechik. Cadangnya Dewi nak beli ayam sebab esok nak buat nasi ayam bukak posa. I pulak tak keje esok. Sementara, Dewi ada kat dalam Giant, I pun "cuci2 matalah" kat luar pasaraya tu sambil dok belek2 baju kurung yang "berogna-rogni" dan "pelbagai pesen" tuh. Tahun ni, I rasa untuk Hari Raya, I taknak belikan baju kurung untuk Mak Selayanglah. I nak beli blouse panjang ngan seluar panjang, biar nampak "kasual" sikit dan kalau nak gi jenjalan, boleh pakai blouse tuh. Tak sampai 20 minit, Dewipun "calling2" kata dia dah ada kat "cashier" tunggu "banker" jer datang bayor. I lah "banker" yang bertuah tuh ....Dalam perjalanan nak ke parking, we all "terlalu"lah kedai emas si apek "Poh Kong". "Jom Wi, kita masuk kejap, kita tengok jer dulu ... nanti akak dapat gaji baru kita beli". Huhhh, hampeh ... nak tahu, biasalah, dalam "nawaitu" tuh nak tengok2 jer, "terbeli"lah jugak. Sebenarnya, bukan untuk I, tapi untuk si Dewi. Si Dewi nih dah lama mengidam "gelang kaki loceng". So, I fikir dari alang2 bertanya tuh, baik terus beli, kira nih macam hadiah Hari Rayalah untuk dia. Tawar punya tawar dapatlah dalam 1,500 hengget. Dalam pada tuh, sempat jugak I suruh si tokey nih tolong tambah loceng kat gelang kaki I yang hubby bagi masa annivessary hari tuh. Nak tahu, I memang suka dengar bunyi loceng gelang kaki I, dah kira macam "trademark" I lah tuh, especially kat opis ....

Wednesday, August 18, 2010

Cari baju raya

Minggu depan dapat gaji plus ngan komisyen. so rasanya bolehlah I start "membeli-belah" baju anak2. Sebenarnya takyah tunggu dapat gajipun dah boleh pegi "window + shopping" barang tapi lately nih, masa I terlalu terhad, tak sempat nak "bershopping2" sakan. Cadangnya nak belikan adik ngan kakak, beberapa helai baju ngan baju kurung sekali. Si Dewi pulak, katanya taknak baju sebab baju dah berlambak2, dia cuma kalau boleh nak "gelang kaki siap loceng" (teringinlah tu sebab tengok I pakai) ... okaylah, okaylah, nanti kita cari, lepas tu nak carikan Mak Selayang baju kurung sepasang. Adik I, Azean cakap, cari kat The Weld dulu, banyak baju kurung cantik2. I ingat untuk bebudak, I nak gi masuk Guess Kid or Gap or Zara jerlah, sebab harituh I tengok banyak baju "new arrival". Memandangkan bulan nih, ada orang tuh janji nak bayar hutang kat I (harap2 janganlah janji2 palsu jer), rasanya bolehlah I berbelanja lebih sikit untuk anak2. Sebenarnya, bukannya dorang takda baju baru, cuma saja jer nak "memeriahkan" lagi bulan posa dan Hari Raya yang bakal menjelang. Macam kakak no hal, dah pandai bergaya, si adik nih payah sikit, balik2 nak baju "Ben-10" or "Tom and Jerry", balik2 baju tuh, pening kepala I. Kenkadang I nak jugak tengok si adik, pakai baju gaun pompuan yang simple dan cantik, yang takda ropol2nya, tapi susah bebenor sebab Alea memang tak suka langsung. I pulak, tak payah baru raya, baju kurung I berlambak2, sebut jer "rogna" apa, semua dah tersedia dalam lemari kat bawah tuh. Tahun nih, si Azean dan anaknya beraya ngan I sebab Mak Selayang balik Perak. I pulak bukannya tak nak balik, tapi I ingat cuti Raya yang panjang nih, I nak mentelaah sebab tak lama lepas raya, I kena duduk exam. Harap2 I passlah exam tu nanti .... tak raya takpa, yang penting pass exam, cerah masa depan akak ......

Alea 'n' Kimi


Ini ialah Alea dan Kimi. Kimi nih anak adik I, si Azean. Umur Kimi enam tawon dan bersekolah tadika Cina kat area Taman Melati. Emak dan Babah Kimi dah berpisah tapi dorang masing berhubungan demi Kimi. Kimi nih kira pandai budaknya tapi biasalah budak lelaki, "menggelitis dan kenkadang banyak cekadak". Part2 "melalak"pun boleh tahan. Kimi nih kalau dengan anak dara kechik I "speaking" memanjang. I pun kagum jugak dengar. Itulah kelebihannya kalau hantar tadika yang kurang orang Melayu tapi Mak Selayang I pulak risau takut "ada benda2 tak halal" kat situ. Well, kita kena justifiedlah jugak, bagitau kat bebudak tuh "yang mana halal, yang mana haram". Kalau nak maju, takleh lah duduk "dalam satu kepompong" jer. I ngan mummy si Kimi nih pulak memang rapat, yerlah dah adik beradik. Walaupun kenkadang perangai mummy si Kimi nih menyakitkan hati tapi selalunya bila I mintak tolong, dia akan tolong semampu yang boleh. Apataknya, I ni kan "banker" dia bila dah hujung bulan .....

Monday, August 16, 2010

Sepusat Sepusing

Inilah yang dikatakan "sepusat sepusing". Namapun "adik beradik", perangai mesti sama, tak lari punya. Gambar bawah, si kakak "poyo" sikit sebab merajuk pasal apa ntah, adik pulak dok menyakat lepas tuh siap berposing lagi sementara si Dewi pulak "control cun". "Relakslah kak Yaya". Gambar atas, turn adik pulak "poyo". Nihpun mummy tak tahu, pasal apa si kechik nih "poyo", mesti tak dapat apa yang dia hendaklah tuh. "Biasalah anak2, kalau tak dapat apa yang dikehendakki tuh, tahu pulak merajuk tapi cakap mummy, sorangpun taknak dengar ...."

Tukang cat si Ah Hock

Dalam dok sibuk "kulu kilir" mencari "tukang cat", finally I dapat jugak si "Ah Hock Apek" nih. Memang I dah lama cari tukang cat rumah. Bukan apa, dinding luar rumah I dah berkulapuk, hitam dan nampak kotor sangat. Rasanya dah tiba masanya I cat baru sebab dah tujuh tahun duduk sini, I taknah buat apa2pun. Kalau boleh, I nak duduk dalam suasana baru, lebih tenang dan damai. Harituh, masa gi rumah Mak Selayang, "terkezut beruk" I tengok, pagar rumah Mak Selayang I cantik dan baru. "Wooo, banyak duit mak aku". So, I tanya Mak Selayang, kot2 dia boleh rekemenkan tukang cat tuh kat I. But then, Mak Selayang cakap, eloklah cari yang profesional punya, sebab apa, "Mat Bangla" yang tukang cat rumah Mak Selayang tuh "banyak songeh" dan ayah si Adampun "tak baper nak berkenan". Si "Ah Hock Apek" nih pula kebetulan dok mengecat rumah sebelah I semalam, so I saja tanya jer, alih2 dia kata ok. Si Apek nih tanya nak lepas raya ker sebelum raya. I tak kisah lepas raya ker sebelum raya, janji dia boleh cat, no hal at all. So, deal si "Ah Hock Apek" nih, luar rumah (depan + belakang) plus gate dan semua ceiling (dalam dan luar rumah) sebab dinding rumah I semuanya "berwall paper", dia nak dalam 3 hebu hengget. Cat, dia pakai yang "Weatherbond", kira wokaylah tuh. Kerja dalam seminggu dan dia boleh "setat" dalam minggu ni jugak. Lepas I dapat quotation, terus sms "banker" bagitahu. Alah, setakat tiga hebu hengget tuh, lekat celah gigi "banker" jer ...

Thursday, August 12, 2010

SKT dan exam lagi

Hari nih mengantuk sangat. Storypun very slow, tak banyak assignments. Yang sibuk cuma, those yang kena prepare SKT, nak kena submit ngan form exam, termasuklah I. I punya dah siap, tinggal nak "touch up" sikit2, lepas tu nak buat tambahan sikit kat Senarai Tugas dan lepas tuh, next week boleh submit kat Admin. Tarikh tutup lambat lagi, exam pulak bulan Oktober tapi eloklah disubmit awal2, bukan apa, takut lupa ... silap2 nanti rugi setahun tak dapat duduk exam. Penting lorr ... Tapi, apa yang I tengoklah, belum lagi exam, setakat nak buat SKTpun dah ada persaingan. Bila pegi jer kat tempat si "polan2" tuh, cepat2 tukar page, takut kita ciplak idea. Hallo, memasing ada stail memasing, so takyahlah sorok2. Dan, jangan tak tahu, ada sesetengah tu "not willing to share at all". Itulah, I kata, buatpun "nak sorok2". Bayangkanlah, buat SKTpun dah ada competition. Pada I lah, apa salahnya "bershare", and in fact kalau I jadi "invigilator" atau pemeriksa, I bagi semua pass dan those yang bagus pulak, I bagi "pass with flying colours", kenalah justify sikit. Bukan apa, exam2 cam ginih tak pasal2 hanya createkan "unnecessary tension", orang yang taknah tension, tetiba jer "tension tak semena2". Yerlah, dah lama tak menghafal, tetiba kena pula study, subjek pulak tu "melaut luasnya", nak kena ingat itu, nak kena ingat yang ini ... aduh part nih memang I "lemah sesangat2". Pada I, apa2 kenaikan, tak kiralah gred or pangkat lebihlah elok berdasarkan kecekapan atau boleh ke tak boleh seseorang tu deliver kerja yang diberikan, plus seniority. Kalau setakat pass exam, tapi tak reti nak buat apa2pun, buat rugi jer produktiviti negara, itu belum lagi orang lain especially senior2 dok "mengata sok sek sok sek kat belakang". As for me, I pun dah start mengumpul bahan2 yang nak dibaca ... I repeat ... start kumpul jer okay, baca belum tahu bila nak start lagi ...

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa


Hari ini, bermulalah ibadat puasa di seluruh negara. Seperti biasa dan seperti tahun-tahun yang sebelum2nya, I akan berbuka puasa di ofis sahaja, ditemani oleh rakan2 sepejabat yang kerjanya shift petang, kecuali Sabtu dan Ahad. Tahun ini, makanan takda masalah sebab I akan bawak bekal, in fact harinih pun I bawak bekal. Awal2, Dewi dah pesan kat I, yang dia akan masak awal dan akan "tapau"kan untuk I, siap bekalkan kicap lagi. Terima kasih banyak2 Dewi. And tahun nipun, I harap anak dara I, si Soraya dapat puasa penuh. Budak2 nih, kena diasuh dari kechik kalau tak, dah besar panjang nanti, susah nak lentur. Ada sorang kawan I tuh, katanya gastrik, so I rasa, dah beberapa tahun dia tak penah posa walaupun sehari. Pada pendapatan I, kalau tak cuba, sampai matipun dia takkan posa punya. Alasan ... balik2 gastrik, balik2 gastrik. Konsepnya, takda sapapun nak tegur ..... hatta keluarga sendiri. Well, kubur masing-masing .... apasal kita nak menyebuk ....

Toys Story lagi

Tak abih2 ngan "Toys Story". Semalam si kechik I, Alea, "menyerongeh sampai nampak gusi" sebab dah dapat apa yang dihajati iaitu toys "Buzz Lightyear" yang macam gambar tiga2 kat atas tulah. Papa dia beli, siap ngan "walkie talkie" lagi. Malampun, tidor siap "pelok sakan" lagi, takut orang lain ambik. Gambar yang dua atas tu pulak, I ambik masa kitorang gi holiday. Tengoklah, si kakak siap ngan "action" lagi sementara si adik pulak "sedap membongkang". Si adik setiap kali tengok gambar nih, mesti marah I, "napa Aya tido". Tanya pulak, dah awak tuh memang kuat tidor. Bukan apa, menyesallah tuh, tak dapat "beraksi" macam kakak. Takpalah, kalau ada rezeki, kita pegi lagi tapi Disneyland yang lainlah pulak ....

Posing "santai" si Alea

Anak dara kechik I, si Alea nih, kalau tak tengok TV, inilah keja dia tetiap hari, main game yang hubby beli untuk "besday" dia harituh. Satu lagi, si kechik ni memang suka "berlenggeng". "Hok (hot), hok (hot), mamee, I no wan to pakai baju". Nasib baiklah badan tu boleh tahan montel, kalau "kurus keding" ... malu mummy nak tayang kat sini. Tempat lepak dia, "harus wajib makronah" , kalau tak atas katil kakak (Soraya), mesti "melinyak abih" katil I. Gambar paling bawah, si Alea seronok abih sebab menang main game lawan kak Dewi and mummy pulak sampai "la-la" nih pun tak reti2 nak main game adik tuh ....

Tuesday, August 10, 2010

Berita gumbira

Semalam I dapat dua berita gumbira. Satu, I dapat job buat translation tapi still pending on the workout, pembahagian so on and soforth, dan satu lagi ada orang nak bayar hutang kat I sebelum akhir bulan nih. Walaupun 1/5 dahulu tapi "oklah from out of nothing". Happy?, mestilah happy dan bersyukur tapi itulah takut janji tinggal janji jer nanti. I bukan apa, tak lama lagi nak Hari Raya, banyak duit nak pakai, kalau dapatlah orang tuh bayar balik hutang I, at least ringan sikit beban I nih. Ramai sebenarnya yang berhutang ngan I. Kalau bank, dah tentu I "kenyang makan interest jer" tapi nih sedara mara, adik beradik ... tak bagi kesihan, dah bagi, sekurang2nya kalau tak dapat bayar banyak, sikitpun jadilah, ini tak .... hampeh, buat "donno" jer ....

Part yang job tu pulak, within next week, kalau everybody dah agreed and agreementpun dah sign, kira "konpom"lah. Pagi tadi, I dah jumpa "kapla" projek tuh dan harap2 dalam minggu nih, atau minggu depan, semuanya berjalan lancar. Harap2nya berita gumbira nih akan menjadi kenyataan dan syukur sekali lagi kepada Allah SWT ... amin ....

Monday, August 9, 2010

Wallahhualam ...

Wallahhualam ...menurut si Dewi sejak dua menjak nih, apa yang dia alami ketika mula2 datang dulu sudah tiada lagi.

Alkisah ceritanya, kata si Dewi, masa dia memula keje ngan I dulu (awal tahun 2006), dia rasa yang rumah yang I duduk sekarang nih, ada tetamu lain yang turut menumpang yang pada firasat dia makhluk dari dunia lain ... tapi peliknya, sikitpun dia tak rasa takut. Wallahuallam ... sebabnya I tak penah rasa apa2pun, bulu roma I pun taknah naik or berdiri dan I tidurpun taklah pulak terasa terganggu.

Contoh kata Dewi, pepagi masa Subuh, pintu depan seolah2 ditutup/dibuka tetapi takda orang, begitu jugak pada waktu Maghrib, ada bunyi bising seolah2 macam orang balik/pergi kerja tapi bila dijengok takda orang. Wallahualam ... sebabnya I memang tak dengar langsung, yerlah waktu Maghrib masih lagi kat opis dan selalu lepas Subuh, I terus "sambung membongkang" balik.

Ada satu kali tuh, Dewi cakap dia ada kat tingkat paling atas rumah, tetiba dia dengar kecoh kat ruang tamu bawah dengan pintu depan dibuka, siap bunyi bising2, bunyi beg plastik macam orang balik "shopping sakan" dan kebetulan hari tuh I ngan "rombongan Cik Kiah" memang kuar shopping2. Dewipun launglah dari atas "Kakak ...kakak .... Cik Raja sudah balik ker" tapi takda orang jawab dan bila dia turun, memang "sah dan sahih" tak da kelibat sesapapun. Wallahuallam ... susah I nak huraikan.

Satu lagi, si Dewi nih kata dia kerap terbau asap rokok kretek, padahal takda sapapun yang hisap rokok dalam rumah I, tambah2 lagi rokok kretek. Sapa yek, selalunya yang suka asap2 nih, jin jer. Wallahuallam ... I tak pernah pula bau apa2, bau kentot adalah. Kentut si kechik I yang memang kuat "kontut".

Pernah satu pagi jugak, masa si Dewi nih abih jogging kot, tetiba ada Sami Siam kat ruang tamu, siap mintak ijin nak masuk dalam badan si Dewi kejap tapi si Dewi tolak dengan cara baik. I tanya si Dewi, kot2 dia bermimpi tapi Dewi cakap memang betul "Sami Siam" tuh memang wujud, pakai kuning2 bagai. Wallahualam .... sami siam???? ahhhh tak mungkin kot , tapi .....

Part2 pintu tetiba terbuka/tertutup nih, kata si Dewi memang biasa tapi sungguh I tak pernahpun melalui benda2 segini. Cuma, ada sekali tuh, I ada buat kenduri arwah dan antara yang datang tuh sorang Kiyai dari Singapura. Menurut si Kiyai nih, rumah I nih sebenarnya, laluan makhluk halus, tempat laluan dorang pegi/balik keje. Wallahualam .... I memang tak kisah, sapa nak numpangpun, janji dorang tak kacau I. Kita sama2 jaga rumah tuh. Yang pastinya, I rasa, makhluk yang menumpang kat rumah I nih, mesti jin Islam, sebab sungguh ... kitorang tak rasa takutpun dan bebudak kechik kat rumah nih takda pulak yang menangis atau meraung pada waktu2 tertentu.

Lagi satu, inipun sukar nak dipercayai tapi ada sekali MakNdak I datang rumah, nak tumpang sembahyang. I suruh dia sembahyang kat bilik I dan kata MakNdak, bila masuk bilik I, bulu roma dia meremang/berdiri dan bilik tuh tampak gelap segelapnya ... katil yang "rogna" putih melepak tuhpun jadi hitam. Memandangkan MakNdak nih, ilmu ugamanya tinggi, dia bacalah apa yang patut. buanglah apa yang patut dan kendiannya, semua baik macam biasa. Wallahualam ... sebabnya I rasa biasa jer dalam bilik I tuh. Pesan I "sesapa yang menghantor tuh, ambiklah balik, I pun bukannya kacau orang, so takyahlah nak hantor apa2, I pun dah tak kisah apapun, janji hidup I senang".

Satu jer yang I tak semena2 ingat balik, itupun bila dah dengar cerita si Dewi nilah. Pernah sekali orang yang sepatutnya dalam perjalanan ke rumah I, dia tak sampai lagi tapi I dah rasa seolah2 dia dah ada kat rumah I .... aduhhhh sapa nak jawab nih. Anyway, I bersyukur, yang semua perkara yang I sebutkan di atas tuh, dah takda, completely takda, mungkin dah dapat apa yang dikehendakki .... wallahualammmmm....

Sunday, August 8, 2010

Soraya n Celine Dion

Ini pulak best friend si Soraya. Namanya Celine Dion. Si Celine Dion nih selalu jugak datang rumah I. Kenkadang kalau we all gi mana2, contohnya swimming ker, main bowling ker, mummy si Celine nih akan postkanlah si Celine nih join kitorang. Mummy si Celine nih, kerja ngan property company and sibuk memanjang while daddy dia pulak, ada bisnes kat Singapore. I pernah gi sekali rumah si Celine Dion nih, hantar si kakak masa "besday' si Celine. Aduh mak datuk ... besar sungguh and "I like it very much". Ada sekali mak si Celine nih tanya samada I berminat satu rumah kat kawasan rumah dia tapi reganya aduhai 1.2 juta hengget ... manalah I nak korek duit. "You don't have to do any renovation, everything complete, belongs to a malay family". "Oh .. thank you so muchlah, maybe next time, as for now, I'm happy with my current house". Anyway, back to Soraya's friends, mostly semuanya "cher" dan yang paling kerap 'calling2" diapun si Celine Dion nih, so I assume Celinelah best friend kakak ....

Saturday, August 7, 2010

Kenkawan SR Alea

Inilah kenkawan si kechik I, Alea. Sibuk dok suruh I masukkan dalam blog I nih. Gambar nih diambik masa "besday" Alea yang baru lepas. Memang saja I buat"besday" Alea kat sekolah sebabnya dah pasti kenkawan dia semua ada. Kalau buat kat rumah, tak tentu lagi semua dapat datang. Apa2pun yang pentingnya, si kechik nih happy .....

Friday, August 6, 2010

Inilah dia Kak Wiwi

Inilah dia si Dewi, kesayangan si kechik I, Alea. Dialah jugak yang menjaga hal-ehwal dalam rumah I. Dari memasak, membasuh, mengemas hinggalah menjaga anak2. I salute pada orang yang sanggup merantau ke luar negara, tinggalkan anak/suami untuk mencari rezeki halal ... I sendiripun tak tahu sama ada sanggup berbuat demikian. Camnerpun, I bersyukur kerana mendapat pembantu yang baik dan harap2 kalau si Dewi ni dah balik ke kampung halamannya "for good" (takkan selama2nya nak duduk ngan I kannn), I akan dapat pembantu lain yang secekap Dewi nih. Tengok tuh, rumah I memang sentiasa bersih "tip top" dan dapur pulak berkilat2. Pada I, kalau orang baik dengan kita, kita akan berganda2 lagi baik dengan orang. I selalu cakap kat Dewi, nanti kalau balik Indon, boleh bukak restoran sebab Dewi nih cekap dalam hal masak memasak. Kalau ikut passport, Dewi nih akan balik tahun 2013, walaupun lambat lagi, kenkadang I risaulah jugak sebab I takut tak dapat pengganti sebaik dia, tambah2 lagi, si Alea memang rapat abih ngan si Dewi nih. Apa2pun, mesti cari Kak Wiwi dia dulu ... I pun kalau takda Dewi rasanya boleh "patah kaki tangan" dibuatnya ... Terima Kasih Dewi kerana sudi bekerja dengan kakak.

Thursday, August 5, 2010

Handbag baru I

Hari nih I gi One Utama. Cadangnya memula nak gi ambik gambar yang dah dicuci, lepas tuh nak cari "thumbdrive" dan lepas tuh nak gi beli toys Toy Story si kecik I. Si kechik I tuh semalaman merajuk sebab hubby beli Toy Story yang "kechik cinonet"nyer, dia nak yang "besor" yang "reganya"pun haruslah "besor". Masa dok tengah pilih "thumbdrive", tetiba masuk SMS dari hubby cakap yang dia nak belikan si Alea toys yang si kechik nak tuh. "Alhamdullilah, selamatlah duit aku, kalau tak harus melayang 200 hengget". Jampun masa tuh dah nak kul 11.30 pagi, sat lagi, si Alea dah nak kuar sekolah, so cepat2 I jalan ke parking, takut terlambatlah pulak. Dalam dok nak ke parking tuh, mata nih bolehlah terpandang kat butik handbag satu nih, bolehlah pulak tuh dengan "selamba kodok" masuk ke butik tuh. Sebenarnya dah lama I berkenan kat satu handbag nih, tapi biarlah dulu, mahak sangat, baik tunggu sale dan kebetulan ada sale "abih stock" pulak hari nih. Aduhai, nak beli ker tak beli, nak beli ker tak beli ...tak beli menyesal ...last2 belilah juga ... melayang dua hebu hengget ..."apasallah aku gatal sangat masuk butik nih tadi .....tapi design handbag yang I beli tuh tak da dalam gambar kat atas cuma brand jer sama, uhuk ...uhukkkkkkk"

Monday, August 2, 2010

Sehari di Petrosains



Ini masa I ngan "rombongan cik kiah" melawat ke Petrosains. I tak penah pegi, so yang jadi guide I ke sana ialah anak dara besar I, si Soraya. Tahu jer dia ... kat mana nak beli tiket, kat mana nak beratur, berapa hengget dan so on and soforth. Besar jugak Petrosains ni sebabnya kalau tengok dari luar taklah besor mana. Kiranya kejang jugak kaki nak berjalan. Anak dara kechik I, si Alea pulak, walaupun nampak brutal, penakut "ropernya". Contohnya, dinasour yanga kat atas tuh, langsung dia tak dekat, siap suruh si Dewi dukung lagi. Banyak lagi gambar dua bradik nih yang I dah "snap" tapi tak muatlah pulak nak isi perabih kat sini. Seronok juga sekali sekala meluangkan masa jenjalan kat anak2. Lain kali kita "ronda2" lagi okay sayang2 mummy ....

Sunday, August 1, 2010

Inilah budak yang merajuk tuh!

Inilah "roper"nyer budak comey yang merajuk tak dapat toys Toy Story tuh. Lepas tak dapat toys tuh, I bawaklah si kechik nih memain dan jenjalan kat taman dekat One Utama, nak"cuba terai" pujuk, tapi tengoklah, rajuk tak abih lagi ...buat muka "terpele'ot" lagi. Buatlah 'roper" hodoh manapun, adik tetap cute-mute and mummy tetap sayang adik dan kakak sampai bila-bila .......