Tuesday, July 26, 2011

Slumber Ladies Nite Bowling

The registration team - tukang kolek duit
Last call sebelum berbowling All the ladies' players posing maut

Last Sunday, we all WBC ladies ada "fun-fun bowling" and temanya semua wajib pakai baju tidor
. Sapa tak pakai, kena disqualified. Memang meriah sekali n memasing sporting abih. Dari baju kelawar, pyjamas, seluar katok sampailah ke lingerie seksi berenda "rogna rogni", dan paling best siap pakai bedak sejuk dan bertocang bagai. I biasalah, pakai baju longgar ngan seluar panjang jer, oklah tuh, tak seksi sangat dan tak seksa sangat ....We all bowl enam game dan dalam gelap. Weyyy, dalam gelap, mana nak nampak arrow beb, pakai belasah jerlah. Game yang ketiga dan keenam, kena baling pakai dua tangan and memang harus wajib sunat gitu, ramai yang jadi juara "cuci longkang". Memasing tertonggeng2 nak roll bola tapi tetap masuk longkang juga. Pendek kata, memang meriah dan semua dapat hadiah. Sebenarnya, we all semua nih berbowl bukan nak menang sangat tapi cuma nak kill the time jer ... almaklumlah duit dah tak reti nak buat apa ....heheheheh ....

Saturday, July 23, 2011

Pesan orang tua2

Inilah baby2 Soraya n Alea, hasil nyanyian merdu I tuh ...


Alkisahnya ....

I nampak jer cam moden tapi sebenarnya I nih kenkadang percaya juga pesan org2 tua. Contohnya, I kan selalu balik malam, samada abih keje lewat or lepak ngan kenkawan sampai melewati 1-2 pagi. So, bila sampai rumah tuh, normally I tak masuk terus. I pergi basuh kaki dulu, then pegi kat pagar rumah, sambil membelakangkan pagar, I toleh sedikit kemudian ludah ke luar pagar. I sebenarpun tak tahu untuk apa semua tuh, tapi itulah yang dipesan org tua2 kalau balik lewat malam and lebih2 lagi kalau ada anak kechik kat rumah. Lepas tu. sebelum bukak pintu rumah, baca bismillah, ayat Qursi dan segala doa yang ada sambil2 tuh pesan secara sepintas lalu kat "sesapa yang mengikut I balik, suruh dorang baliklah ke tmpt asal masing2". Masuk rumahpun, ada caranya, kena membelakangkan kamera gitu. And kalau misalnya I sampai rumah dalam 5 minit ke 12 mlm, I make sure I tunggu kat luar rumah sampai jam melewati lebih pukul 12pm, tak kiralah 12.05 ker 12.10 ker, janji lepas kul 12 mlm. Kalau part gaji pulak, selalunya orang kalau dapat gaji jer, harus diambik hari tuh jugak. Oh not me, I selalunya biarkan duit gaji I tuh bermalam sehari dua dalam bank dulu, baru I ambik, kononnya suruh dia tak merajuk. Ahhh, benda nih memang mengarut, tapi apa salahnya buat, bukannya rugipun ....

Kalau masa anak2 dara I masih baby pulak, tiap2 kali baby2 I nih "sedu nak membesar", siap cari bucu kertas sokkhabar, basahkan dan tampal kat dahi baby. Sambil2 tuh siap nanyi lagi "du keredu, kakak jawa, hilangkan sedu, pulihkan nyawa" untuk beberapa kali dan alhmadullilah, boleh hilang sedu tuh. Yerlah, kesian kat baby, penat tau kalau asyik "hiccup" memanjang. Lagi satu masa nak mandikan baby, ada lagu khas jugak, "oh badak bagi isi, oh badak bagi tulang, oh badak bagi isi, oh badak bagi" dua tiga kali, ikut suka hati apa 'rythm" yang kita nak dan haruslah baby2 I besar mengalahkan giant sebab ada badak malang mana tah yang dah kurus kering sebab isi dan tulangnya dah ditransferkan kat baby2 I. Harus diingatkan, boleh mintak isi dan tulang jer tau, takleh mintak kulit, nanti kulit baby kita kasar dan tak cantik macam kulit badak .... hehehhe, memang lawak giler tapi kadang2 pesan dan petua orang2 tua nih ada betulnya .....

Friday, July 22, 2011

Soraya berkoir di concert The Lion King

Seronok betul tengok anak dara besar I, Soraya bersama2 kawan Sri KDUnya berkoir semasa konsert "The Lion King". Ingat lagi I, setiap malam, anak dara I nih akan praktis lagu Lion King nih depan cermin kat bilik I. Si adik, Alea, haruslah sibuk juga berbusybody. Terjerit sana, terlolong sini, I pun join sama tapi pitching masing2 ke laut. Selalunya konsert sekolah kakak diadakan selama dua hari. Tahun ni tak tahu apa temanya pulak, sebelum nih kalau tak silap I "The Arabian Nite". Walau apapun tema konsertnya, yang paling penting anak dara I nih happy dan bergumbira suka ria ....

Thursday, July 21, 2011

True friendship is felt, not said

Kawan FB I ada posted something interesting kat statusnya. Katanya biarlah ada 20 kawan sahaja di FB tetapi ada interaksi antara satu sama lain, komen mengomen, gaduh2 manja, merajuk, hilang dari radar buat seketika tetapi suasana sentiasa meriah jika mereka ini berada serentak pada waktu yang sama tidak kira pagi, petang or malam berbanding dengan 200 ataupun 2000 kawan yang pasif ... hukk tidak ... hekk pun tidak, bagi salam dan tanya khabarpun, susah nak jawab. Alhamdullilah, kawan FB I, walaupun tak ramai, kebanyakannya hanya kawan ofis dan kawan2 masa belajar dulu, saudara mara memanglah tak masuk book, tapi setiap kali kebetulan kami berada serentak pada waktu yang sama, insyallah, keadaan begitu meriah sekali. Tak payah 20 orang, cukuplah kami lima orang jer - Marziah, Malina, Mohaini and Midah, banyak benda yang akan dikomen jika antara kami ada mengepos sesuatu di status kami. Haruslah yang paling banyak memposted dah tentu I sebab I memang suka menulis. Malina and Marziah pula suka mengupload lagu, Mohaini memang jarang sangatlah sebab dia "orang corporate" yang very the busy tetapi ada jugak bila datang angin kuskus terkeluarlah "bahasa Londonnya yang very the canggih one" and last but not least, ceekgu Midah yang sekali-sekala mencelah. Happy to be with these people around me. I pesan kat one of my friend yang sedang mengalami saat2 downnya, "biar orang lain tak sedar kita hilang tapi as friends, kita selalu tahu sama ada kawan kita tuh ada atau tidak, itulah yang dikatakan true friendship is felt, not said " ....

Alea's Sports Carnival

Last Sunday was Alea's sports carnival held at the Sapura Smarts School. A day before, dah gi recce, takut "sosek den" eventhough my frens yang their kids study kat sana dah bagi direction. Bukan apa takut pisang berbuah dua kali. Harituh, pegi rumah kawan I kat BJ yang dah pegipun boleh "sosek" apatah lagi tempat yang I tak pernah sampai. Sonang jor ruponya ... halo jor ke Subang Airport, sampai jer roundabout, ambik pukul 3, lepas tuh straight all the way. Memula rasa cuak jugak, sebab kena lalu jalan kampung n berdebu2an lagi. Memang tempat nih jauh drpd sebarang building construction and development. Still very the virginlah gituh. Dah katapun sekolah private, privacy abih ... Oklah, back to the sports carnival nih. I ingatkan buat kat padang, siap bawak payung, topi, air mineral n bekal bagai, rupa2nya buat dalam dewan. Aduh, alhamdullilah, kalau tak, dibakar mentarilah kulit I yang memang tak berapa nak cerah nih. Alasannya ialah untuk keselamatan anak2 sebabnya di luar tuh panas terik dan berjerebu. More a less, I wud said that the carnival, memang very the enjoyable one. Banyak games untuk anak2 and also parents. Clownpun very entertaining. Apa yang fenting, anak2 semua happy and parents dapat berkenalan dan bergether2 ....

Wednesday, July 20, 2011

Wang keluar ... wang keluar...

Kereta idaman I, dapat dalam mimpi jerlah ...


Kereta kalau dah masuk lima tawon, memang banyak songeh. Tetiba jer inner locking keyless system not functioning. Puncanya bila I tukar bateri baru kunci kereta I nih. Memula jadi, I take things for granted, kalau tak boleh secara keyless, boleh buat cara manual. Bila dah lama sgt, system electronik kereta jadi haywired, kunci tak berfungsi secara simultaneously, barulah I panik abih. Apataknya, semalam masa I gi the Curve, I pun kuncilah kereta I secara manual and keyless. Bila time nak balik, cubalah tekan keyless tuh tapi semuanya tak berfungsi. Cuba cara manualpun, kaput jugak. Memang masa tuh, darah naik ke muka, yerlah, Alea dah nak keluar sekolah, kereta buat hal, mana I tak panik. So, cuba jugak, siap baca segala doa yang ada and alhamdullilah, boleh jugak akhirnya. So hari nih, bawaklah kereta kesayangan I ke servis centre. Check punya check, memang inner lockingnya dah rosak, kenalah ganti. Bukan satu tapi tiga sekali, melayanglah RM2,500. Baru semalam buat entry wang besar ... wang besar, hari nih wang besar dah mengalir keluar, so jadilah wang keluar ... wang keluar ...

Monday, July 18, 2011

Wang besar ... wang besar ...

Sebelum start puasa, I punya weekends memang "fully booked" sampaikan I rasa lama dah tak balik rumah Mak Selayang. Mak Selayangpun bising, "sibuk sangat ker sampai tak sempat nak jenguk dia". Insyallah, weekend sebelum setat puasa, I memang free dan akan balik Selayang dan belanja Mak Selayang makan. Mak Selayang pilih jer mana tempat makan dia nak pegi, I akan bawak. Oklah, weekend yang baru lepas nih, I ada join tournament inter-media anjuran Felda Global. Alhamdullilah, I ngan mamat2 macho kat atas tuh, berjaya dapat 2nd placing. We all cuma 20 pins di belakang RTM dan berpuluh2 pin meninggalkan NSTP yg jatuh tmpt ketiga. Walaupun 20 pins, kalau ikutkan kiraan "ringgit n sen", we all rugi RM2k lorrr ... sebabnya 1st placing, cash prize Rm4k, 2nd Rm2K n 3rd placing RM1k. Anyway, syukur alhamdullilah, dapat juga wang besar ... wang besar. And for ladies category, I dpt 1st placing dgn hadiah worth RM2500k , 3 days 2 nites kat one resort kat Perak. Cadang nanti nak bawak Mak Selayanglah berehat2 kat sana, mungkin lepas raya. I memang bersyukur yang I terlibat dalam banyak aktiviti sukan, jadi hidup I taklah boring sangat dan yang paling penting aktiviti2 nih memberi ganjaran kepada I ... wang besar ... wang besar ....

Saturday, July 9, 2011

Friends in need


A friend in need is a friend indeed. I srongly believed that trusted true friendships never makes others down. It helps a lot to make friends to come up from any situation. Friendships normally never expect anything in return for all its offering. It saves life without looking into situation, whether you like it or not. Friends are also like child's heart which doesnt know wrong thinkings. When there is a friend with us, we feel secure, happy, huge support and comfortable which you cant get from others. Me and friends yesterday were dead worried when one of us suddenly disappeared from the FB atmosphere. Thank god, she is back now ...

Sunday, July 3, 2011

Benita Fun2 Bowling

All the ahli Benitas berkumpul sebelum berbowling Joinlah kejap ngan anak2 dara ganteng nih Bakal2 champion berposing maut

Last Sunday, ahli2 Benita ofis I adakan tournament berbowling. Bowling utk suka2 jer, bukannya untuk yg betul "hard-core"nya. Atcually, every year, we all banyak aktiviti. Aktiviti melancong, masak-memasak, jahit manik, charity, tari-menari, slumber nite, poco2, treasure hunt dan mcm2 lagi. Pendek kata, memang aktif betullah kami. Yerlah, kenalah aktif, janganlah langsung tak bersosial, boleh jadi kera sumbanglah pulak. Berbalik kepada bowling nih, ada sembilan pasukan. I tak berapa nak ingat nama2 team itu sebabnya ada yang sampai nak tergeliat lidah dibuatnya. Antaranya team I, "D RATUs", Unsangkarable, Bollywoodable, Bolos, Si Merah's Team dan yg lagi empat tak ingat. Memang best, mcm2 pesen boleh dilihat. Dan seperti yang diramalkan, team I menjadi juara. Thks to my teammates -- Sarta n Kak Haslinda. Dapatlah periuk karan cinonit. At least, betterlah drpd towel tiga beradik yang I dpt masa tournament agensi kementerian. At the end of the tournament, semua peserta mendapat hadiah, so dalam istilahnya sebenarnya "kami semua ni pemenang, tiada seorangpun pengalah" ....