Friday, November 20, 2009

"Interfere tak kena gaya"

Apa yang jadi kat kawan I sorang ni yang I anggap kawan baik dan karib, sekali lagi I anggap sebagai pengajaran. Sedih bila dengar suara kawan I sorang ni. Itulah orang tua2 cakap, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan ???" Pengajarannya "jangan suka interfere tapi tak kena gaya" masalah orang, tak kiralah masalah peribadi ker, masalah rumahtangga ker, masalah pekerjaan ker, hatta masalah suami atau isteri sekalipun ... yang penting "jangan campur tangan langsung" especially kalau benda tu sudahpun dibincangkan dan diperhalusi seteliti2nya. Kenkadang benda yang kita rasa "kununnya membantu" sebenarnya boleh "meremukkan" dan dalam sekelip mata segalanya boleh berubah. Kenkadang ada orang tu rasa bangga dapat jadi "orang tengah atau orang penting atau jadi orang rujukan", tetapi sebenarnya apa yang dibuat tu hanya nak menunjuk2 jer , tak lebih daripada itu. Pendek kata "tak membantu langsung".

Berbalik kepada kawan baik I ni, I harap dia bersabar jer. I juga harap janganlah "diperpanjangkan" masalah yang ada dan anggaplah "campur tangan orang ni" sebagai "ingin membantu dan dia sebenarnya ada hak untuk bersuara tetapi cuma tak kena gaya" walaupun pada pandangan I, "ianya tak sepatutnya berlaku dan mintak maaflah cakap, dia ini memang tidak patut dan tidak perlu langsung campurtangan". What I really hope is that , "everything will get back to normal".

Parking sampai 30 hengget

Terjojol bijik mata I bila I kena bayar sampai 30 hengget parking kat KLCC semalam. Duit tu buat reload phone ada gak pekdahnya. Biasalah orang "kodokut" macam I ni, terus komplen kat kawan. "Yang ko gi park kat dalam tu sapa suruh, dah tahu course tu satu hari suntuk, tu nasib baik 30 hengget, sikitlah tu, aku dulu park kat convention centre kena 70 hengget lagi, ko claim lah". "Nak claim camner, resitpun elek". Memangpun I masuk kat parking tu tepat kul 7.44 pagi dan "ketik balik" kul 6.15 petang. Anyway, kawan seofispun dah cakap kalau nak park kat KLCC tu mahal, kalau nak murah punya 4 hengget sekali masuk, park jerlah kat open space sebelah KLCC. "Tapi kau tanggunglah consequencesnyer, open space tu tak selamat, ko nak kete ko hilang ker, kena pecah ker, park jer kat situ, nak jimat 20-30 hengget, kena ribu2 hengget". Betul jugak cakap kawan I tu, takpalah 30 hengget ... 30 henggetlah.

Semalam, sebenarnya I attend kursus kat Petronas, KLCC. First time nak naik menara tu, tingkat 37 lagi ... ohhh ... so "the very canggih one", siap semua kena scan macam kat airportlah pulak. Bila I kira2 balik, oklah 30 hengget tu cover makan minum masa course tu. Biasalah, Petronas kalau organise apa2 , they will give the best treatment and food dia "very the excellent one" and lunch kat Mandarin Oriental lagi. Course yang I attend tu oklah jugak (walaupun I ni bukannya suka sangat attend course2 ni), mainly pasal oil and gas. Petangnya we all gi Petronasnya KlangValley Distribution Terminal kat Dengkil, tengok cara2 macam mana minyak diangkut dan diisi dalam tangki. Rupa2nya Shell ngan Petronasnya minyak sama jer. Lori tangki Shell ngan Petronas, isi minyak sebelah menyebelah jer, siap bertepuk tampar lagi drebarnye. I tanyalah sorang Datuk ni "Datuk, apa bezanya minyak produced by Petronas, Shell and BHP, I'm bit confuse here, ada kata pakai Shell lagi ok, ada kata Petronas lagi bagus". "Minyak sama jer semua, yang membezakannya ialah additive that added into the oil. Additive ni macam "serbuk perasa"lah, masing2 ada kelebihan memasing dan ia adalah rahsia syarikat. Pendek kata kalau nak2 campur2 minyakpun, tak memudaratkan".

OK, now I know. so, tak jadi masalahlah kalau I nak tukar pakai minyak Petronas sebab sekarang ni I dok pakai minyak hijau Shell yang cuma ada kat stesen Kota Damansara ngan Bandar Utama jer. Apataknya, kalau tak tukar, membazirlah pulak voucer free minyak Petronas yang I menang masa main bowling hari tu. "Jimat akak, sekurang2nya sampai mid next year, sapa nak bagi free cam tu kan, rezeki tahun ni mencurah2 gitu".

Wednesday, November 18, 2009

Hidup kena "think positive"

I tertarik dengan laporan akhbar hari ini yang memetik seorang warga Uruguay, Fernando Parrado (55 tahun) berkata "usah cakap soal mati selagi masih bernafas". Beliau adalah antara yang terselamat apabila pesawat yang dinaikinya terhempas di Pergunungan Andes pada 13 Oktober 1972 dan terus hidup sepanjang 72 hari itu dengan hanya memakan daging manusia. Dalam kesejukan di pergunungan itulah beliau sedar, "jangan cakap soal mati selagi kita masih bernafas". Kejadian itu jugalah yang menjadikan beliau lebih tabah dan berani dalam kehidupan tanpa mengenal putus asa selain mengubah kehidupannya untuk lebih berdikari dan menyayangi keluarga.

I jadi insaf tiba2. Yerlah, kita manusia ni bila "diuji atau dijentik sikit" oleh Allah, bukannya nak bersyukur sebab Allah tu masih ingat kat kita tapi yang terpacul kat mulut, "mati lebih baik, hiduppun tak guna". Astaqfirullahhalazim ... dijauhkan Allah. Kalau I mati, kesian kat "Four Arms" dan ""Ghost Freak" I, sapa nak jaga "intan2 payung" kesayangan I tu. I nikan kenkadang selalu berfikiran negatif walaupun kita sepatutnya mestilah "selalu berfikiran positif". Contohnya, ada sekali tu I alami "bleeding", tak tahu puncapun, I terus check internet, takut2 ada kena mengena ngan kanser or penyakit dalaman. Maklum sajalah, kita orang pompuan ni, banyak sangat penyakit dalaman, tambah2 I ni tak penah gi "tara checkup". Sudah2nya, malam tu I takleh tidor, dok pikir yang bukan2, pikir pasal matilah, pendek kata pikir yang negatif jerlah. Esoknya, pepagi lagi I cepat2 gi gynae, buat checkup sekali ngan "papsmear", doktor bagi treatment ringan and one week later, dapat result, semua ok, takda apa2. Tapi sebenarnya, dalam dok tunggu result tupun, "jantung I dok dug-dag-dug-dag" takut. Camnerpun, betul cakap si Parrado tu, "usah fikir pasal mati, selagi kita bernafas". Ni tak, belum apa2 , dah ingat pasal mati. Kita sebenarnya "cepat putus asa" bila diuji, padahal ujian2 itulah yang buat kita lagi kuat dan tabah dari orang lain. Alhamdullilah, I rasa I memang "kuat dan tabah" sampai kenkawan I cakap yang I ni "takda perasaan langsung, pendek kata buta perasaan dan tiada emosi". Mungkin I dah lali kot dan I bersyukur sebab dengan buta perasaan nilah, I dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. I selalu cakap kat diri I sendiri, "orang lain punya ujian lebih teruk dari aku, aku patut bersyukur, patut sentiasa positif". Tapi, kalau oranglah lain kena ujian macam I ni, "harus bunuh diri" gitu.

Anyway, semalam I got another internal bleeding. Jumpa kawan I yang juga sorang doktor and dia suggest try "this one produk" yang boleh cuci organ dalaman, tengok dulu seminggu camner sebabnya diapun pernah alami dulu and now dah ok. Harap2 begitulah sebabnya I tak rasa sakitpun. "Aduh ... macam2lah aku ni ... astaqfirullah ... jangan dok mengeluh, Allah tak suka umatnya mengeluh sebab pak2 jin ngan pak2 setan nanti tepuk tangan".

Tuesday, November 17, 2009

Road closure "menghuru-harakan"

The closure of the Jalan Tanjung in Bandar Utama "during the wee hours of Monday morning, caught many residents by suprise. I was informed by a friend (also a Tropicana resident) at about 2am, through text message that the road closure has been enforced on Monday despite Bandar Utama City Corporation (BUCC) saying the closure will only be enforced on Friday (Nov 20th).

"Which road?", I replied back. "Alah, Jalan Tanjung tu". "Jalan yang mana, I tak tahulah". "Alah, jalan yang depan Sony lama tu". "Oh ... ye ke ...lecehnya, macam mana I nak gi kerja esok, kena round satu dunialah, alamak, esok Soraya sekolah". Memangpun, I manalah tahu nama jalan tu, tapi kalau sebut "jalan depan Sony building" tu baru I cam. According to my friend ni (manalah minah ni gi beronggeng sampai pagi buta baru balik) several plastic and concrete barriers was put up in front of the entrance to Jalan Tanjung near the traffic lights and also near the I-Tech building (previously was a Sony building). The barricading of the road had inconvenienced many residents and create a massive traffic jam. Itu belum lagi masuk pagi, time mak bapak hantar bebudak gi sekolah kat Sekolah Cina dekat simpang empat traffic light depan nu, I dapat bayangkan betapa "huru-haranya" nanti. Kawan I ni pulak, nak balik umah pepagi buta tu kenalah ikut jalan ke "The Club", buat satu pusingan, lalu kat Pelangi apartment, Shell, masuk jalan Persiaran Tropicana Utama ke Challis Sunway Damansara, terus, barulah nampak bumbung rumah.

Memanglah, kalau jalan tu tutup, bayangkan nak gi One Utama, CentrePoint and McDonalds, yang cuma less than five minutes driving, boleh jadi setengah jam beb. Sebabnya I kena buat satu pusingan kat Curve nu, masuk ikut "The Club" barulah sampai ke CentrePoint. Aduhhh ... memang menyusahkan umat, tambah2 next year my "Four Arms" dah nak start "Smart Reader" kat Bandar Utama. Kadang-kadang, people tends to be very selfish kan. Just because tanah tu private property, ikut "suka hati mak datuk" dorang jer nak tutup jalan tu bila2 masa. What I heard, about 100 representatives from 19 Residents Association gathered for a peaceful protest at that barricaded road yesterday evening. Petition also being made, contained 11,000 signatures including those from the officials of residents associations, a school, and commercial managements in the affected areas of Tropicana, Kota Damansara and Sunway Damansara covering some 20 housing estates. According to them, BUCC only owns 800m of the road but they barricaded more than that. Part of the land where the barriers were placed where the i-Tech building was located - did not belong to BUCC and was public property.

Well, I just prayed for the best ....

Monday, November 16, 2009

"Ghost Freak" vs "Four Arms"

"Adik, how many times mummy nak cakap kat you, jangan dok buli and gigit kakak Yaya. Kesian kat kakak". Dah berbuih mulut I dok cakap kat "Four Arms" (Alea) I, tapi macam tu jugak perangai dia, sikit "tak makan saman". Setiap kali si kakak masuk bilik I, nak bermesra2, bermanja2 ngan I, siaplah si "Four Arms" tu datang menyerang si "Ghost Freak". Tak kickboxing, karate, tak karate, tumbuk, tak tumbuk, last2 sekali mesti menggigit. Woiii ... gigit si kechik ni bukannya gigit main2 tapi yang "real" punya, siap tinggal kesan gigi lagi tu. Yang bestnya, dia suka sangat gigit "bontot" si kakak, agaknya kat situ banyak isi, puas sikit si kechik ni nak "membaham". I bukan apa, kesian kat kakak. Kakak ni namanya jer "Ghost Freak" tapi sikit si Alea tak takut, si kakaklah pulak lari lintang pukang menyelamatkan diri. Kakak ni barulah nak bermanja ngan I tapi si adek cepat2 "potong jalan". "Hallo Porr Am, kalau Porr Am selalu buli kakak, kakak nanti taknak masuk bilik kita lagi, dahlah mummy selalu balik lambat, kalau kakak tak masuk bilik mummy, satu hari langsung mummy tak jumpa ngan kakak". "No wan ... no wan ... Aya lep mamee (Don't want ... don't want ... love mummy).

Memandangkan kerja I ni ikut shift, memang I jarang jumpa ngan Soraya kecuali masa hantar sekolah waktu pagi. Balik malam kenkadang dia dah tidur. Hati I sentiasa meronta2, kalau boleh, bila balik kerja I nak jengok dia kat bilik dia, bersenda gurau, berdakap-dakapan, tapi apakan daya ... tak tercapai tanganku ini. Mummy mana yang tak nak tengok anak selepas seharian kerja. Itu sebabnya, I selalu marah kat Alea kalau dia dok buli si kakak , si kakak nanti takut nak masuk bilik jumpa I. Yerlah, masuk jer, kena serang, masuk jer, kena serang ngan si "Four Arms", bapak segala "Ghost Freak" pun boleh "angkat bendera putih".

Bezanya perangai si Ghost Freak (Soraya) ngan Four Arms (Alea), macam "langit ngan bumi". Adek memang "brutal tapi poyo", si kakak pula "lembut dan cengeng tapi boleh dibawak berunding". Adek memanglah "takleh nak bawak berunding langsung". Contohnya, channel TV memang dia sorang jerlah yang "konker" walaupun kartun kat channel 616 dok tayang kartun yang dia tak suka langsung, janji Channel 616. Menjeritlah ko sampai kuar anak tekakpun, si kechik ni "buat donno" jer, janji jangan tukar channel dah. Dia buat keras macam batu jer or dia buat ala2 "Four Arms" tu kat I balik. Cuba bayangkan, kat rumah I ni, memasing bilik ada Astro memasing, yang bestnya si Dewilah, enjoy sorang2 Astro kat bawah raung tamu. Untungnya badan ... mana nak dapat "mem" macam I nikan ...... itupun ada orang kata I ada maki seranah maid sebelum ni macam "henimal" ... kalau betul dan kalau nak percaya jugak, pernah nampak ngan mata kepala sendiri kerrrr????

Kakak bling ... bling

Ada sorang kakak ni, few years senior dari I, diapun main bowling jugak tapi team lain. Kakak ni I panggil kakak "bling ... bling", apataknya, pakai barang kemas merelap-merelip, siap sedondon semuanya. Cencin dahlah setongkol, gelang siap ngan berjurai2 alam, sepasang dan sekaler ngan cencinnya, itu belum lagi contact lens, kejap biru, kejap hijau. Kalau tengok kaler contact lensnya pun dah gerun, apa tah lagi bila tengok barang kemasnya yang "berbling-bling" tu. Waduhhh, I kalau main sebelah lane ngan dia, siap pesan kat Pah, "Sorrylah, mental aku tak baper kuat bila tengok bling ... bling sebelah aku ni". Bukan apa, I rimas tengok, "berjurai2an dan bertongkol-tongkolan". Kalau pakai yang emas padunya pulak, gelangnya bagak2, kalau terpelantinglah masa baling bola bowling, dari jauh dah nampak, bayangkanlah betapa besarnya tongkol gelangnya tu, rantai pulak meloyot2, sapa dapat, "raya sakan, wa cakap lu". Itu takpa lagi, part tudung pulak, amboi ... saratnya ngan manik2, sorrylah kalau I cakap betul2 macam "kampung.dot.com"nya spesies. Lagi sekali siap cakap kat Pah, "Kalaulah esok2 aku dah insaf pakai tudung, misal kata aku pakai tudung yang sarat marat macam tu, tegurlah aku suruh aku tobat cepat". "Apa salahnya pakai tudung manik2 tu". "Aku tak cakap salah, cuma tegur jerlah aku kalau tetiber kau nampak aku pakai yang sarat-marat macam minah Indon tu, tandanya aku dah buang tebiatlah tu".

Tak fahamlah I, orang Melayu memang macam tu kot. Kalau yang pakai tudung tu, punyalah nak tunjuk loket sebesar "love kelap kelip Ramlah Ram", boleh tu pakai rantai kat luar. Tengoklah dunia ... ngko, sedebuk kat situ. Ada sekali tu, I tertengok program wanita kat TV, ada ke tetamu jemputan (rasanya pengedar kosmetik) siap selak-selak tudung, nak tunjukkan subang berlian yang dia pakai. Kelakar sungguh, punyalah nak bergaya, jadi tak bergayalah pulak. Hidup kita biarlah simple, sesimple simplenyer ... berpada2lah. Tak guna jugak kalau kita bertudung, tapi hati sebenarnya nak menunjuk2 ... tak faham sungguh I. Itu sebabnya, apa2 I dah awal2 pesan kat kenkawan I, "Korang, kalau tengok aku pelik sikit, tolonglah, tolonglah nasihatkan aku".

Thursday, November 12, 2009

"Four Arms" lah pulak

"Porr Am ... Porr Am ... Aya nyer, Aya nyer. Mamee ... mamee ... shee (Four Arms ... Four Arms ... Alea punye. Mummy see"). Oh, now no more "Ten-ten", "Four Arms"lah pulak. Macam2lah anak dara kechik I ni, tapi I suka tengok yang dia betul2 enjoy dan rasa "apa yang patut budak2 seumurnya sekarang nikmati dan rasai".

For those yang tak tahu, Four Arms ni is part of the Ben-10nya siri kartun kat Channel 616. I suka tengok siri kartun Ben-10 masa dia kechik, dah besar, tajuknyer "Ben-10, the Alien Force", I kureng sikit. Four Arms ni Tetramand (ntah, tak tahu menatang apenyer), the sixth alien to appear on the series. It was also Ben's most used alien form when he was his younger self. Possessing four arms, four eyes, armor-plated skin and extremely dense musculature. Four Arms is rarely matched in raw strength . His strength is such that he can create shockwaves simply by smashing the ground or clapping all four hands together. Four Arm's muscular legs also allow him to leap several city blocks at a time.

Alea ni, alien yang kuat jer yang dia nak, yang cinonitnya dia bagi kat mummy, apa ke namanyer Grey Matter - the little alien form wee grey that makes Ben super smart so that he can fix stuff. It's great atcually cuma cinonit tu jerlah. Kak Yaya pulak ghost freak - alien yang super power and super spooky, dia boleh tukar jadi shadow and Kak Dewi Diamond Head - alien kristal tajam, super strong and can bounce lasers around.

Itulah anak dara I, kalau satu hari tak tengok keletah dia, boleh bengong I dibuatnya ... sayangggggg bucuk bucuk Four Arms and Ghost Freak mummy ... nyawa I tu ...

Wednesday, November 11, 2009

Fuh ... baru lega rasanya

Semalam dalam pukul 10.30 pagi, I call my mak kat Selayang, tak berjawab. Pukul 11.00 pagi, pun tak berjawab. Pukul 12.00pm, sebelum gi kerja, sekali lagi tak berjawab. Dah sudah ... "mana pulak pegi mak aku ni, takkan sembahyang tak abih2 lagi.". Risau jugak, bukan apa, semalam sebelum semalamnya, I baca sokkhabar, kawasan Sungai Tua, Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana dan Jasa Utama, banjir air naik. Siap ngan gambar sekali ...teruk jugak. "Eh ... rumah hanyut ke, takda orang berjawabpun". Hiss ... jahat benor mulut I ni, takpa sat lagi, sampai ofis "cuba terai" sekali lagi.

Dalam kul 3pm-4m (lupalah pulak), I try call mak lagi. Oh ... kali ni berjawab ... lega rasanya. Rupanya mak I takda paginya sebab gi imigresen buat group pasport. Jangan marah, mak I nak gi rombongan ke Jakarta, siap nak pinjam beg glamour I lagi. I tanya mak, rumah kita tak kena banjir ke hari tu, jawab my mak, "nasib baik, memang tak kena, tapi yang bahagian Kpg Nakhoda tu memang teruk, banjir lumpur merah lagi". Rupanya my mak sempat lagi tu melawat kawasan banjir. So, bila I dah dengar suara mak I, kiranya semua selamat, oklah tu. Bukan apa beb, "mak kita, kenalah ambik berat sikitkan ...."

From SKII ke Shu Uemura

Dah almost tiga tahun I guna produk skincare SKII tapi I rasa macam tu jer, takda nampak apa2 perubahanpun. Dahlah "mehe" lepas tu tak silap I, nak naik "rega" lagi I dengar. Bayangkan dia punya essensepun dah Rm300 lebih and cuma bertahan dalam 40 hari jer. Rasanya, its time for a change, so, lately ni, I cuba dok berjinak2 ngan skincare "Shu uemura", regapun ok jugak, idaklah "mehe" sangat. Hari tu I beli empat produk skincare "Shu uemura" - cleansing oil, toner, whitening cream and moisturiser, tak sampaipun RM650. Banyak beza tu beb and I rasa produk2nya memang sesuwei ngan I especially produk UVnya yang tak bermenyak. I notice kalau I pakai UV brand lain, muka I akan cepat naik jerawat tapi sejak pakai yang "shu uemura" ni dah banyak kurangnya, mukapun tak bermenyak sangat sebab most of dia punya skincare produk ialah water-based. Cream UV Protection ni memang wajib I kena pakai sebabnya I ni selalu terdedah kat matahari, senang pigmentation/melasma nak merebak. Kalau setakat pigmentation jer ok, boleh hilang tapi kalau melasma, payah sikit sebab benda ni ada kat bawah kulit. Main problem I lani ialah pigmentation especially lepas I gave birth to Alea, hormon dah haywire, kata doktor. Dulu, langsung tak ada masalah, sekarang ni bila dah masuk "40 carats", maintenance I untuk skincare dah bertambah2lah pulak. Duit lagi ... lagi banyak dapat, lagi banyak keluar ... macam air.

Itulah orang pompuan, banyak benor masalahnya, semua nak berjaga, semua nak kena "maintenance". Orang dulu2, tampal "bedak sejuk" jer siang malam, dorang bolehlah kan, duduk rumah jer, kita ni nak gi kerja, takkan nak bertampal "bedak sejuk" jugak ??? Inilah yang dikatakan "zaman makin maju, makin berubah", jangan "hati jer berubah" dah .....

Tuesday, November 10, 2009

Mummy, Alea's day outing

Jumaat lepas I tak keje, so tak tahu apa nak buat kat umah sementara nak tunggu petang, jumpa geng2 boling, I pun bawaklah anak dara kechik I si Alea temankan I gi saloon, buat pedicure and manicure sekali. Perasan macam orang2 "kayas rayas" gitu and si kechik ni boleh lak duduk ralit tengok I. I pulak dapat bilik kecik satu, all by myself ... oh so relaks gitu. Dalam dok tunggu I buat manicure and pedicure tu, I suruh si amoi tu buatkan untuk si kechik ni sekali, bersihkan kuku tangan ngan kaki dia ... oohhh.... apa lagi suka bangat dia. Duduk sebelah menyebelah lagi. Kalaulah kakak (Soraya) tahu, harus dia mengamuk sakan. Si kakak ni cepat merajuk sikit, dia cepat terasa hati ... sejak dua menjak ni, kalaulah kata I buat sesuatu ngan adik tanpa bagi tahu dia atau tanpa dia, dia akan rasa macam I pinggirkan dia melainkan kalau I dah bagitau awal2 and diapun taknak takpa. "Sorrylah benda tak planpun. Lain kali mummy bawak kakak sekali. Kakak jangan risau, mummy sayang dua2 sekali, mummy tak akan sekali2 buat donno jer kat kakak". Selain daripada manicure and pedicure, I buat sekali "upper lips hair removal secara permanent" aka buang bulu2 halus misai yang tersesat kat tepi2 bibir tu. Dulu I dah buat sekali, memang "the very the ok one", and kali ni ada promotion, murah pulak tu, baik I buat sekali lagi, tak sampaipun lima menit, sambil2 dok baring gitu. Yerlah, kalau nak gi wax tetiap bulan, lebih kurang sama jer kena bayar, baik "bagi remove terus bulu2 halus sesat ni", jadi takyahlah risau tetiap bulan nak gi waxing. I memang particular benda2 segini.

Rasanya kurang lebih dua jam, semua selesai. Aleapun happy, asyik dok belek kuku tangan dia yang berkilat tu. Everytime kalau I gi manicure and pedicure, memang I taknah letak cutexpun, nanti nak sembahyang macam mana, cuma buat puffing jer, biar nampak kilat. Oklah, Alea, lain kali kita bawak kakak pula. According to my friends, I ni cuma menyepoilkan aje anak2 dara I ngan benda2 ni. "Alah, apa salahnya, bukan selalupun. Dari aku bawak anak2 aku shopping tak tentu hala, penat badan jer, biarlah dorang kat sini, tak penat, orang layan macam puteri dan boleh relaks lagi".

Monday, November 9, 2009

Hangen satu badan

Pasal apa I asyik nak naik angin jer hari ni. Dahlah hilang h/phone, hubby pulak suruh guna yang lama dulu, "oh ... sungguh unpatut". Sampai ofis pulak, bila tengok roster, I kena kerja Sabtu depan, lagilah "hangen satu badan". Bukannya I takleh kerja tapi last week I dah keje, bagilah orang lain pulak minggu ni. I dah ada plan ngan anak2 dara I. Next week, memang I tak mau kerja hari Sabtu sebabnya I dah start cuti dari 22 Nov - 4 Dis. Si Dewi nak balik bercuti ke Indonesia, jadi buat apa I nak kerja, lagipun I dah buat appointment nak buat "chemical peeling" sementelah I dah cuti seminggu tu. Dalam dok tengah 'hangen" tu, tak pasal2 si Usop pulak kena marah ngan I sebab printer yang I dapat hadiah untuk bowling finale "tak cukup sifat". Siap pesan kat dia, kalau nak bagi hadiah untuk next year, biarlah bagi yang "sempurnanyer". Itu belum lagi I nak mengamuk part Ustaz anak dara I yang "selamba dog" jer asyik datang lambat, lepas tu balik awal. Kalau dah kata ikut agreement ngajar satu jam, satu jamlah, awak tu "berbayar" bukannya "free". Ini tidak, dahlah datang lambat, tak reti mintak maaf pulak tu. Alasannya nak tunggu anak makan, weiii ... apa kena mengena anak nak makan dengan nak datang ajar ngaji. Awak tu ustaz, tahulah sikit "halal haramnya". Mana "tak hangen satu badan" I, dah empat tahun ngaji, anak dara I si Soraya tak injak naik muqaddam lagi. Bayar bulan2 bukannya sikit anak beb ... malaslah nak cakap berapa tapi boleh bayar maid soranglah. Jumaat ni, I off, I nak tengok lagi sama ada Ustaz ni datang on time ke tidak. Mak Selayang I siap pesan, "kalau nak marah tu, biar cakap lembut sikit". Sorrylah, I tak janji sebab "gunung merapi I ni dah meruap2 ".

So, I nak warning semua orang, tolonglah jangan dekat ngan I hari ni, takut tak pasal2 nanti ada yang dapat makan "pasembur free" sat ni .....

Saturday, November 7, 2009

Not so much about the h/phone

I tak tahu macam mana I boleh careless sampai tertinggal h/phone. Last port yang I singgah ialah McDonalds kat Kota Damansara, ngan Alea and Dewi, so rasa2nya kat situlah I tertinggal. This is my second time hilang phone. Yang first time nyer, I tertinggal dalam toilet BSC. Baru semalam Pah ngan I dok merepek kat Jam sebab dia asyik hilang h/phone jer and semalam si Jam ni boleh pulak tu tertinggal h/phone masa shopping kat Pavilion, tup2 instantly, hari ni, terkena kat batang hidung sendiri.

Hilang h/phone I tak kisah sebabnya I pun bukannya fancy h/phone yang mahal2 tapi content and contact dalam h/phone tu yang penting. Semua phone number ada kat situ ... dari sedara mara, rakan taulan, business partners hinggalah ejen rumah2 sewa I. So, sekarang ni, mana I nak korek nombor tu. I dah gi pun McDonalds tu tanya manager dia, kot2 adalah terjumpa h/phone I ... jawapan standard, "Takdalah, kak, kalau ada mesti cleaner dah bagi suruh kitorang simpan". Anak dara I si Sorayapun boleh membebel kat I siap suruh ajak dia gi investigate kat McDonalds lagi. Mentang2lah dia dok baca buku "Nancy Drew", segalanya anak dara ni nak investigate. Masa petang bila abih keje, terus I gi Selayang and my brother advice I suruh call Celcom "blocked" kan number tu and then on Monday gi Celcom ambik nombor yang sama, senang cerita, takyah susah2 nak tukar nombor lain. Yang bestnya hubby suruh guna phone lama. "Adaka patut, oklah kalau rasa taknak beli yang "mehe2"nyer, yang murahpun jadi ler, bukannya saya nak yang blueberry, blackberry, rasberry ... yang penting boleh buat calls, sms dan received calls".

Issh...issh...camnerlah I boleh tertinggal h/phone tu. Raya hindulah sapa yang dapat h/phone canggih I tu ....

Wednesday, November 4, 2009

Printer tanpa kabel

Tergolek2 I nak gelak bila sis-in-law I call kata Samsung colour printer 510n yang I menang masa bowling grand finale Ahad lepas tu "kabelnya elek". Kalau tak ada kabel, kat mana pulak nak dikoneknya. Jenuh dah dia geledah kotak printer, diangkat, ditonggeng, diterbalik, "sah dan sahih" memang takda. Ye tak ye pulak, dahlah dapat backdatednya printer, kabel pulak takda, nak "konek" camner. I cadang nak jual jer, suruh adik I advertise dalam "on-line", I bagilah "lima percent". Lagipun nak simpan buat nyemak jer, buat apa, I bukannya "celik komputer"pun.

So, sampai ofis, I pun tanyalah pihak organiser via e-mel, "Tuan penganjur, mengapakah printer yang Kak Lin dapat masa finale bowling tu, kabelnya takda". Jawapan yang I dapat, "Printer kabel biasanya tidak datang sekali (kena beli sendiri). Kalau beli printer dari supplierpun sama. Boleh cakap pada pembeli untuk beli printer kabel (USB/parallel) dari mana-mana kedai komputer. Kalau nak kami belikanpun takpe, no hal".

Oh, itu konsepnya, manalah I tahu. I ingat kalau beli apa2 PC ke, laptop ke, printer ker, scanner ker, semua dah "all-in". Nasib baiklah kita kalau nak beli TV semua dah "all-in", kalau tidak jenuh nak cari wayar nak "konekkan" pada plug ye tak ????

Nasi kangkang

Hari tu tertengok siaran ulangan cerekarama pasal "nasi kangkang" kat TV3, lakonan FS dan AP. Ngeri tengok, bukan apa, dahlah susah nak mati, terseksa pulak tu. Kenkadang pelikkan, dalam dunia yang serba moden dan canggih cam ginipun ada lagi orang pompuan yang mengamalkan benda2 kotor ni. Alasannya, suruh laki dengar cakap kita dan sayang kat kita sorang jer, gamak pulak tu bagi makan benda kotor. Nauzubillahhiminzalik .....

Pada I kasih sayang mesti "genuine" bukan dipaksa2. Kasih sayang yang lahir dari jiwa yang murni, kasih sayang antara dua hati yang jujur dan ikhlas kerana ia akan terus mekar dan subur untuk selama-lamanya. Apa gunanya dikasihi dan disayangi tetapi dengan menggunakan amalan kotor lagi keji ini. Memang tak kekalpun, menambah dosa adalah. Apataknya, nak bagi "maintain" cinta plastik ni, kenalah dok bagi makan kotor tetiap hari ... baru power bertambah. Dengan kata lain, kasih sayang ala2 kotor dan keji ini umpama "hidung tak mancung, pipi tersorong2", orang dah tak suka kat kita, kita yang terhegeh2 paksa dia sayang dan dengar cakap kita dengan menggunakan cara yang dikhianati Allah. Lagipun, orang2 macam ni tak takut mati ker ... tak takut ker ulat mengelitis keluar dari tempat tu ....

Agar disimpangkan Allah SWT, keluarga dan keturunan I dari perkara2 syirik dan mungkar ini. Amin ...

Monday, November 2, 2009

Lagi2 bowling, lagi2 bowling

Mintak maaflah yek, I ni tak abih2 story pasal bowling. Nak buat camner, dah tu aje sport yang I suka. Nak main golf takut jadi "puteri senandung", nak swimming, kulit I alah kat klorin, nak main tenis ... servis pulak tak sampai, nak main netball, badan pulak tak fit nak lari2. So, bowling ajelah. Sesuwei benor ngan I, dahlah indoor game, siap ada aircond lagi tu ....
Cakap pasal bowling ni, orang kata kalau nak kalah, biarlah berbaloi2, puas hati, ni tidak kalah 2 pin ngan tempat keempat and 4 pins ngan tempat ketiga. Bayangkan dengan 4 pin tu jer, RM100 melayang, bukan tu aje, kalung Rafflesia yang I idam2kan ngan aircond Panasonic 1HP siap compressor lagi. Tempat first and second placing tu, memang jauh sungguhlah nak kejar, memang tak tercapai dek tangan ku ini.

Camnerpun, I berpuas hati sebab I bowled "very the well one" and "not in the well ok" during our bowling grand finale yesterday. Kiranya konsistenlah juga with average 170 (12 games) ... boleh tercabut tangan beb. Atcually, bowling ni, kita kena relaks and satu lagi jangan bawak coach (kita bukannya main kat international level). Bukan apa, selalunya kita takleh main kalau ada coach kat belakang and we tends to force ourselves sebab takut kat coach. So, pesan I, takyahlah nak bawak coach ker, bawak hubby ker (especially yang also bowler), just play your own game, that's it.

Pada Zubir, yang dapat nombor satu tu, I pesan sambil gurau2 kat dia, "Bir, kalau your wifey nak pakai kalung tu, make sure, jangan lalu depan Kak Lin ok ". For those yang menang, congratule and for yang kalah, "Jangan risau, next year ada lagi, bola bowling tu bulat, anything can happen maaaa". Bagi pihak penaja pula, terima kasih banyak2 dan pihak penganjur, "well done guys, good job, next year, kita cari lagi bestnyer sponsors ok."

HIP2 HOREY, HIP2 HOREY ... KITA JUMPA TAHUN DEPAN

Update 2:
Cerita pasal bowling lagi. Last Saturday, one day before our bowling grand finale, me and the gang telah berjaya jadi champion "Bowling inter-media" organised by Petronas. The five of us, bowled very well, menjadilah pulak semua. Bukan senang beb nak kalahkan especially Berita Harian yang turunkan dua anchor ladies and one hard-core bowler as well as Harian Metro. For that, we all bawak balik voucer minyak Petronas worth RM2,500 and a Formula One ticket worth RM2,000 each. Part "voucer menyak" tu no hal one tapi tiket Formula One tu, I ni bukannya fancy sangatpun. Apa kata I jual jer dengan harga yang sikit murah. I nak mintak tolong adek I lah advertise dalam on-line, I bagilah 5 percent ... "rasa2 boleh tak Ja, lima percent tu".