Saturday, July 31, 2010

Rajuk si Alea

Semalam I tak keje, so I bawaklah anak dara kechik I gi OneUtama. Cadangnya nak cari dapur, nak ganti yang lamanyer walaupun masih elok lagi. I nak cari yang canggih sikit. Ingat tak, masa I gi family day kat Gambang dulu, I dapat voucer Jaya Jusco 50 hengget, campur pulak voucer 150 hengget yang I dapat masa "ntah tak hengat pulak bila", adalah dalam 200 hengget, so I nak belilah "something" yang boleh dipakai lama. So, lepas si kechik ni puas memain kat Kidzsport ngan si Dewi, I pun bawaklah ronda2 dalam Jaya Jusco. Awal2 lagi dia dah cakap kat I, "Aya wan toys mamee". "Okay". Dalam dok mengelintau tuh, ternampaklah dia toys Toy Story, terus dia ambik, bukan satu, dua beb ... peluk kuat2 lagi. I pun tengoklah "rega"nya, waduhh ... satu 199 hengget, satu lagi 328 hengget, boleh pengsan I dibuatnya. Kalau setakat 50 hengget tu, I tak kisah sangat, tapi kalau dah cecah 500 hengget lebih tuh, rasanya tak terdayalah I. "Dik, lain kalilah kita beli okay, banyak sangat barang mummy nak bawak nih". "No wan, no wan, Aya nak toys nih, Toi Stoyi". "Ok, kita belilah nanti, jom cari Ben-10 dulu". Walaupun taknak lepaskan toys2 tuh, I ambik jugak and lepas tuh, cepat2 heret dia turun escalator. Nasib baiklah Alea nih bukan jenis yang "guling2" tapi I nampaklah juga ada air mata kat pipi dia. Bukan I tak nak beli, dia dah adapun Toy Story punya toys, so, buat apa I nak membazir. Anyway, I belikan juga dia t-shirt Ben-10 tapi dalam kete tak abih2 si kechik ni marah I, "Mamee, a'at (jahat), mamee a'at (jahat)". Muncung jangan cakaplah ... boleh sangkut hanger beb ... merajuklah tuh .....


Thursday, July 29, 2010

Hero "Imam Muda" jadi kegilaan

I jarang tengok rancangan realiti "Imam Muda" nih tapi I kagum sebab program nih sebenarnya telah mendapat liputan meluas dan perhatian positif masyarakat bukan Islam, bukan sahaja di Malaysia, malah di Amerika dan Eropah. Sapa sangka, dalam ribuan program realiti TV yang bersifat hiburan, tak semena2 program ni tetiba menjadi "kegilaan ramai". Imam Muda mula mencuit perhatian antarabangsa apabila akhbar berbahasa Inggeris di Singapura, The Straits Times membuat liputan perjalanan program berkenaan. Artikel dari akhbar itu berjaya mencuri perhatian media antarabangsa yang lain seperti The Wall Street Journal, The Associated Press (AP), BBC, AFP, International Herald Tribune dan Reuters dan mereka tiba di ibu negara untuk membuat liputan. Program ini turut mendapat perhatian dari majalah terbesar Eropah, Der Spiegel dengan edaran lebih sejuta naskah setiap bulan. Sepuluh calon Imam Muda telah terpilih melalui uji bakat yang diadakan seluruh negara menyaksikan lebih seribu penyertaan bagi musim pertama. Remaja yang dipilih telahpun menjalani dan mengikuti jadual ketat di bawah pimpinan tokoh agama, mengharungi cabaran getir dari urusan kelahiran sehinggalah urusan kematian. Mereka yang terpilih ni bukan sahaja "hensem" tapi "berilmu" ugama yang tinggi. Sejuk mak yang mengandung ... I ni pulak, anak dara I si Soraya tuh, bila agaknya nak qatam Quran .....


Wednesday, July 28, 2010

Gosip2

Malam tadi balik keje, bila sampai rumah, si kechik I, Alea dah "terbongkang baik punyer". Dewi cakap si kechik ni penat, itu sebabnya masuk tido awal. Petang tadi, kuar ngan papanya, gi jalan2 ke Giant, beli mainan "tah apa tah", tak perasanlah pulak. Memandangkan I belum makan, I pun pegilah menyelongkar dapur. Sambil tu sempat "bergossip-gossipan"lah dengan si Dewi. Dewi cakap "somi" dia calling2, siap nangis lagi sebab hari nih, anak si Dewi abih kelas agama ala2 "graduation" gituh, so semua parents ada cuma Dewi jer yang takda, itulah buat si somi tuh sedih. Nak buat camner, Dewi cakap, sebabnya dia merantau "cari rejehki". Biasalah, mak ngan anak, tak seharusnya dipisahkan. Banyak benda yang digossipkan ... alah bukan selalupun, sekali sekala. Dalam pada itu, sempat I tanya Dewi satu soalan yang sampai sekarang I rasa macam tak masuk akal bagi yang berakal. Senang jer jawapan si Dewi, "Kak, sudah nyata, kena bawak pergi sekali walaupun tidak ada hak. Sebabnya, itu boleh dijadikan senjata, agar kalau kita hendak menumpang, tidak kekok rasanya. Kita, kalau nak tumpang rumah orang kak, kita mesti ada sesuatu yang boleh dijadikan sandaran, kalau tidak malu kak, nak menumpang rumah orang macam tu saja2". Waduhhh ...jawapannya lebih kurang sama dengan pendapatan kenkawan I ....

Kakak mummy dah big girl


Sweetkan gambar anak dara besar I nih, Soraya. Sekejap jer kakak dah jadi "big girl mummy". I memang suka tengok kakak dalam gambar yang kat atas tuh dan yang bawah tu, ada style ala2 model sikit. Itulah yang I cakap, si adik ngan si kakak, banyak betul bezanya. Si Alea nak jadi macam boy ... toys dia semua arah ke boy and kakak pulak memang "gegirl" abih. "Untuk dua2 anak mummy, mummy sayang, sayang sangat ... ingat tuh".

Tuesday, July 27, 2010

Panties Ben-10

"Aduh mak oii ... manalah I nak godak cari panties Ben-10 yang anak dara kechik intan payung I dok nak tuh". Tetiap hari si kechik nih dok "rapping" kata telinga I, pagi petang, siang malam. "Mamee, Aya nak panties Ben-10, mamee yi (beli) otey". Seriously, mana I nak cari ...panties manalah ada. Spendar or boxer budak jantan Ben-10 adalah berlambak2. Panties untuk bebudak pompuan, selalunya "Power Puff" ke, "Princess Disney" ker, "Ben-10" selalunya untuk bebudak lelaki. Alea nih, memang beza sungguh ngan si kakak, Soraya yang lebih "gegirl". "By hook or by crook, I mesti dapatkan untuk si kechik I sorang nih".

Saturday, July 24, 2010

Bowling Time

Hari nih ada boling tournament organised by our union. Tournament bowling union ni selalunya diadakan dua tawon sekali. Hadiah memang berlambak2, dari electrical items, perfume harga ratusan ringgit, digital camera hinggalah ke payung "rogna-rogni". Awal2 lagi, member2 union yang lain dah cakap, juara pompuan "sepanjang zaman" dah tentulah I nyer. "Takpalah, nak bagi chan kat kenkawan pompuan yang lain, akak baling pakai tangan kiri jerlah". Dan seperti yang dijangkakan, memangpun I menang, dapatlah periuk nasi seperti yang I tayangkan kat atas tuh dan hamper. Oklah tuh. Yang lelain, dari nombor 4 sampai 13 , dapat standing fan. Kitorang nyer hadiah, semuanya berjenama, "cokiah2" punyer tak main beb ...

Friday, July 23, 2010

Let's party

Hari nih we all kat opis buat party ala2 kenduri doa selamat/kenduri menyambut puasa. Kenduri ini disponsor oleh those yang "naik setakuk" baru2 ini. Banyak makanan disediakan dan semuanya "yummy2" belaka. Paling sedap antaranya spaghetti (Bahagian Rencana), laksa (PBE) , satay (GNS dan Malay Subs), murtabak Singapore (Malay Subs), kuih-muih (Malay Subs), tapai pulut (Dotcom), buah2an, yogurt, bubur durian ngan kuih jala (Malay Subs and GNS) dan I pulak bawak kek Secret Recipe "Black forest cheese" jerlah. I dah cakap awal2 yang I memang "tak berapa ringan tangan" kat dapur, so, I bawak yang paling mudah jer. Tahu2lah, buat kenduri kat ofis I, walaupun kecik, meriahnya mengalah kenduri kahwin. Kami, kat ofis, tak kira kalau ada group yang dapat khidmat cemerlang ker, naik pangkat ker, menang apa2 anugerah ker, "wajib makronah" mesti tak lama tuh ada kenduri kesyukuran. Dah jadi tradisi di ofis I, setiap rezeki itu akan dikongsi bersama-sama, lebih keberkatannya .....

Bercuti di Disneyland

Dah jadi trademark, tiap kali jer ada citer Walt Disney mesti ada gambar "castle" cam kat atas tuh. Sapa sangka, I boleh sampai kat sini satu hari nanti, ngan anak2 lagi. Thks to hubby sebab bawak we all lah, sebabnya kalau harap kat I ... pegi memang pegi, tapi tak tahu bila. In fact, this was our second time. First time masa Alea dalam perut I, second time nih, Alea dah keluar dari dalam perut. Cuaca time nih not so sejuk tapi we really enjoy, cuma Alea jer, sikit2 tidor, sikit2 tidor sampai kebanyakan gambar yang kami ambik, Alea dok "tido bagus punye" ...

Wednesday, July 21, 2010

Golf, anyone?

Kenkawan I, sibuk dok ajak I join them golfing. Seriously, I tak minat langsung dan tak akan minat untuk selama2nya. Kayu golfpun tak reti nak handle, apatah lagi nak "swing menyewing". Pah dan Kak Ani "dah terrer de merrer" and dorang selalu gak gi main kat course. Yang buat I tak minat ngan sports ni ialah I tak tahan panas beb. I yang ala2 "pompuan melayu terakhir" nih kalau dah jadi "puteri senandung" memang susah sikit nak kembali ke kulit asal. Berminggu2 lamanya. Kalau Mesia ni macam bumi Amerika, yang sejuk sepoi2 bahasa tuh, haruslah jugak I "join the club" tapi kalau dah panas "lak lik lak lik" ..."tengkiu jerlah frens, you all jerlah yang carry on", I tunggu kat club jerlah, tunggu makan .......

Kakak and her bracelet

Anak dara sulung I, si Soraya memang kreatif orangnya. Dari dulu lagi kakak suka buat "art and craft" and in fact, dalam lemari hiasan kat rumah I banyak hasil kraftangan si kakak. Gambar kat atas nih menunjukkan kakak dengan hasil tangan terbarunya, bracelet. Soraya seorang yang kidal dan orang2 tua cakap "orang kidal ni berseni" ... gitulah harap2nya. Last but not least Mummy loves you very much darling ......

Tuesday, July 20, 2010

Take it or Leave it

Baru-baru nih, management kat opis I buat restructuring, dengan tujuan nak combinekan dua skim menjadi satu skim, so senanglah nak selaraskan segala2nya. Pendek kata, dari strata gaji hinggalah ke elaun, etc, etc, etc. Di bawah management sekarang nih, ada dua skim, contohnya I, bawah Skim A sejak azali lagi dan Skim B pulak telah diwujudkan kemudian sebab "ada sebab"lah dolu2. Dipendekkan cerita, di bawah restructuring nih, banyak betul jawatan kosong profesional perlu diisi dengan segera, terutama for those di bawah Skim A yang lama sudah "terstuck" kat satu gred bertawon2 lamanya termasuklah "akak sorang" nih. Kekosongan yang banyak nih, bukan hanya untuk orang2 Skim A sahaja tetapi turut diperuntukkan untuk mereka di bawah Skim B mengikut kelayakan masing2 dan perlulah duduk beberapa exam terlebih dahulu. That's the rule. Camnerpun, dorang kat Skim B nih kenalah convert ke Skim A yang "lebih banyak menguntungkan daripada merugikan". Kenapa I cakap menguntungkan, sebabnya dari segi "gaji bawak balik", boleh dikatakan semua bawak balik lebih banyak, tak kiralah lebih 20 hengget sekalipun, janji lebih. Pada I, tawaran yang dibuat management memang "fair and square". Tapi masalahnya pulak, ramai yang dioffer tu tak faham. Nak kata tak cerdik, cerdik mengalahkan "cendiakawan" tapi mungkin "tamak haloba" dah mengatasi segala2nya. Memanglah pada hakikatnya, mereka nampak gaji pokok tuh kechik sebabnya di bawah restructuring ini, elaun telah diasingkan untuk di"standardise"kan dengan Skim A. Tapi malangnya, ramai yang tak boleh terima hakikat itu, nak gaji yang mereka dapat sekarang dengan elaun yang sudah di"lamsam"kan itu, tang elaun pulak diadakan secara berasingan. "Boleh, memang boleh ... boleh belah". Banyaklah cekadak korang. So, pesan I pada management, jangan dok layan sangat. Bagi jer kata putus "take it or leave it". That's it fullstop ...

Mummy ada Kamu

Mummy suka lagu nih. Liriknya amat menyentuh perasaan dan mummy tujukan khas untuk anak2 dara mummy yang amat mummy sayangi. Tajuk originalnya "Ku ada Kamu" tapi mummy ubah lirik kamu (Kakak dan Adik) dan aku (mummy).

Di kala ku (mummy) kehilangan,
Di dalam kegelapan,
Kau (Kakak dan Adik) suluhkan sinar petunjuk,
Di kala mummy kesedihan,
Kau (Kakak dan Adik) hulurkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau (Adik dan Kakak) menyambut tiap kali mummy terjatuh,
Andai hari esok, langit akan runtuh,
Tabahkanlah junjung bersamaku (mummy),
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan (mummy) gemuruh, selagi mummy ada kamu (kakak dan Adik),

Di kala mummy tak pasti,
Kakak dan Adik tampil dengan berani,
Membimbing mummy agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kakak dan adik berikan jawapan,
Melengkapkan semua kekurangan,
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa dorongan mu .... SORAYA dan ALEA permata hati mummy ....

Monday, July 19, 2010

Alea mummy yang pelat


"Alea cuba kira satu sampai sepuluh". "Otey (okay) ...tatu, tuwe, tije, apat, yima, anang, tojoh, yapang, semayang, topoyoh". Itu kalau versi Malaya, kalau omputih pulak, dia upgrade sikit one to 20 ..." wang, tu, tiyee, porr, paiv, sik, cheven, ekk, nain, teng, elewen, twef, tertin, fotin, fittin, cheventin, yektin, naintin, cwenty" .... Anak dara kechik I nih walaupun dah empat tawon, still cakap pelat. Mak Selayang I selalu pesan, kalau dia cakap pelat, jangan kita "terikut2", elok kita cepat2 perbetulkan sebutannya. Tapi, dah berbuih mulut I dok "cakap betul2" dengan si kechik nih, tapi tengoklah, macam tulah jugak sebutan dia ... kenkadang nak tergelakpun ada ....tengok tuh, dalam bakul kainpun dia boleh berposing ... aduh "notty"nyer anak mummy nih.

Ini Adam punyer

Yang ini pulak "sah dan sahih" Adam "Bob de Beder' punye favourite machine. Orang lain takleh usik, dah jadi trademark si gumuk sorang nih. Rasanya, kalau si Adam bawak, abihlah keter "comey lote" si Alea tuh penyek digeleknya. Takpa Adam, "kalau Adam jadi tokeh "Bob the Beder" nih, insyallah Adam dah ada dalam list makngah".

Alea's dream car

Kalau mummy punye dream car "besar gedabak"nyer tapi Alea pulak yang "comey cute lote"macam yang kat atas tuh. Memang "sesuwei" ngan si kechik I nih. "Suka bebenor" Alea. Kalau pepagi I dok hantor dia gi sekolah, "lalu jer" kete nih, terus jerit kat I, "Mamee, kar (car) Aiya, kar (car) Aiya". "Ok, nanti mummy cop duit belakang rumah, mummy belikan untuk adik bawak gi sekolah ok". "Otey (okaylah tuh)".

Kenduri kesyukuran

Semalam, I buat kenduri kesyukuran cum menyambut bulan posa sekali kat rumah mak Selayang. Dah lama nak buat tapi tup-tup semalam adalah hari yang paling "sesuwei". Banyak benda yang I nak "bersyukur" dan "berterima kasih kepada Allah" dan kenduri adalah yang paling afdal, memberi makan dan berkongsi rezeki yang kita dapat. Banyak jugak juadah yang disediakan, I tempah dari kawan I yang duduk "setaman" ngan mak Selayang nih. Antaranya nasi lemak (sambal dia sedap beb), mee goreng (separuh I buat sendiri takut tak cukup), karipap, kuih badak, kuih gulung, kuih keria dan satay ayam/daging. Mak Selayang pulak tolong buatkan bubur durian cecah roti ngan pulut (I bagi duit, bukan mintak tolong pakai ayaq liyoq macam separuh orang tuh), buat rendang ayam pencen makan dengan nasi himpit dan air pulak, air panasnya nescafe tarik (tak berapa kaww sebab cayaq) dan air tauhu fresh punyer. Oh yer ... yong tau foo mana yekkk????

Ramai jugak sedara mara I yang datang, terutama sekali belah mak Selayang. Terima kasih pada keluarga/anak beranak Pak Panjang (Pak Panjang jugak tolong bacakan doa) yang memang tak pernah ketinggalan menghadiri apa jua kenduri yang kami anjurkan, begitu jugak dengan anak2/cucu arwah Pakcu/Makcu I dan cousin2 I yang lain. Sedara mara I belah arwah ayah pulak, bukan takleh datang tapi takda sapa yang boleh "bawak" ke rumah kami, so tak dapatlah "den nak nolong". Anyway, alhamdullilah, semua berjalan lancar dan insyallah, kalau ada rezeki lain, I akan kongsi lagi bersama-sama ...Amin ...

Hensem ka mamat nih?

I pun tak tahu pasai apa ramai minah2 kat luar sanun minat sangat kat mamat sorang nih. Hensem? For me so-so jer. Rambut asyik berserabut jer ... tu kot yang orang minat. Filem mamat nihpun, I tak brapa nak minat. Kureng ... tak tengokpun, rasanya tak rugi tapi herankan still "boxoffice". Nak tahu, kawan I yang duduk kat depan I, giler abih kat mamat sorang nih, terpampang "sebesar2 alam" gambar mamat nih kat skrin PC dia. Aduh .... koleksi dia punyalah banyak. Hari nih gambar lain, esok gambar lain, tulat, tunggeng, terbalik, gambar lain ... itu belum masuk FB minah ni lagi, boleh berbulu mata I tengokkkk .....

Saturday, July 17, 2010

Kak "Hajah" Kechik

Ini tahun 2004, masa si Kakak umur 4 tawon, I bawak dia mengerjakan umrah. Kami pegi ngan Utas Travels, kalau tak silap. Memandangkan I baru pertama kali ke Tanah Suci, mak Selayanglah yang banyak membantu. Ingat lagi sebelum pegi, setiap kali I sembahyang, I sentiasa berdoa semoga dipermudahkan amal ibadat I kat sana, maklumlah I bawak anak kechik. Alhamdullilah, sepanjang kami di sana, Soraya sikit tak buat perangai sampaikan orang tak perasan yang I ada bawak anak kechik. "Thks kakak, sebab permudahkan amal ibadat mummy, in fact, mummy kena dukung kakak pagi2 dan setiap kali untuk bersembahyang di Masjid Nabawi semasa kita kat Madinahpun, sikit mummy tak rasa penat". Kebetulan, jarak Masjid Nabawi dari hotel kami, agak jauhlah jugak tapi kat Mekah tiada masalah langsung, sebabnya, Masjidil Haram, memang dekat ngan hotel, kiranya dari tingkap bilik, boleh nampak orang sembahyang. Insyallah, kalau diizinkan lain kali, I nak bawak Alea pulak. Aminnn ....

p/s: Gambar paling bawah, kakak sempat berposing ngan Aznil lagi, kami jumpa masa di airport dalam penerbangan nak balik ke Malaysia.

Friday, July 16, 2010

My dream car

Inilah kereta idaman I. Dari dulu lagi, I memang minat kereta nih tapi of courselah "manalah I mampu" dengan gaji "seciput" I. Rasanya sampai pencenpun, I takkan dapat kereta idaman I nih. " Ambik bau jerlah". Anyway, I bersyukur dengan kereta yang I drive sekarang nih. Insyallah, selagi I boleh "lenjan", I akan "lenjan abih2". Walaupun dah lima tahun I pakai, kenkawan I cakap, "Lin, kete ngko still nampak baru lagi beb ...."

Alea oh Alea

Tengah hari tadi masa I ambil si anak dara kechik nih dari sekolah, I rasa "angin kentut I dah sampai kepala", apa taknya bengang, si kechik nih boleh "chi-chi" dalam kereta I. Bayangkanlah, air "chi-chi" tuh macam air yang kuar dari paip rumah kita, punyalah banyak, boleh nampak bertakung lagi. Si kechik nih boleh "selamba kodok" pulak tu cakap kat I, "Mamee, Aya chi-chi". Astaqfirullah, I nak cakap apa, kalau nak marahpun "buat abih ayaq liyoq jer" tapi terkeluar jugaklah "pitching I yang tinggi". "Alea, pasal apa kat school tadi Alea tak cakap kat Mummy". Sebabnya, dia "membese' ngam-ngam jer I sampai kat pondok pakguard, tak sampai tiga minitpun dari school. Dalam kepala otak I, "gone with the wind"lah, alas kereta I, tentu banjir abih dan pastinya tinggalkan "aroma menusuk kalbu" tapi bila sampai jer rumah, Dewi nak cuci, cuma karpet atas jer yang basah, yang bawah tak terjejas langsung. Aduh ..alhamdullilah tapi nak tak nak, satu botol "Febreeze' jugak abih disembur dek Dewi.

Ni pasal Alea lagilah, semalam sebelum I tidor, saje jer I tanya si kechik nih, "Tadi keluar, adik mamam apa?". Si kechik nih jawab, "No mamam, Aya nak mamam ngan Kak Wiwi, Aya nak dido (tidor) ngan mamee jer". Aduh ... terharunya I dengar ... tetiba jer datang rasa bersalah, apa taknya, masa I ngan anak2 amat terhad sekali. Contohnya, pagi anak2 pegi sekolah, I pulak bila balik dari ofis, anak2 dah tidor. Yerlah nak buat camner ... mummy kerja nak cari rejeki ...

Thursday, July 15, 2010

"Little Princesses" yang bakal "spoil"

I kenkadang suka jugak baca majalah hiburan omputih dan paling feveret part ialah tang "anak2 selebriti" yang dilahirkan dalam "dulang emas". Apa taknya, hidup diselubungi dengan kekayaan dan kemewahan. Semua yang nak, dapat. Antara ramai2 anak selebriti omputih, I suka yang dua orang nih. Memang sama comey, sama kaya dan sama fofular. Pasal apa yek, anak2 omputih nih selalunya comey2 belaka. Sorang tuh, Shiloh Pitt (dia nih nampak pemalu sikit) dan sorang lagi Suri Cruise. Dengarnya si Suri tuh, walaupun baru umur tiga tawon, tapi wardrobe dia saja dah cecah AS$3 juta. Mak oooiiii ... itu baru wardrobe, belum yang lain2 lagi. Cuma, I harap, bila dah besar nanti, janganlah bebudak comey ni jadi "spoil brat" pulak walaupun bayangannya dah ada, bukan apa, sayanglahhh ... ish ... ish ... ish ... cakap anak orang, jaga anak awak tuh dulu !!!!!

Wednesday, July 14, 2010

KakAje:Life in the Fab Lane

Pompuan yang kat atas tuh, bukannya lawa sangat, "biasa2" jer tapi yang pentingnya pompuan nih "kaya$ raya$". Orang yang tak lawa, bila dah "kaya$ raya$" mesti boleh jadi lawa "ada duit semua boleh jadi lorr". I memang suka tengok program realitynya "Life in the Fab Lane" sebab dapatlah I berangan2 "kalaulah aku boleh jadi kaya$ raya$" macam gitu, harus ramai yang datang "menyembah2", ramai yang akan jaga I siang malam, pagi petang hatta sampai ke "subuh sepie". Itu kalau pompuan "kaya$ raya$", kalau spesies jantanz "kaya$ raya$" pulak, harus ramai yang mengekor, tak kira anak dara, janda atau bini orang, silap2 guna "mak esah" ... yerlah dah puas hidup susah, nak jugak rasa senangkan . Pompuan2 murahan cam ginih bukan kira, jantan tu perut boroi ker, muka macam pecah rumah ker, janji poket penuh beb, dosa pahala tolak tepi. Ehhh, melalut pulak akak nih ... Oh yer, tengoklah rumah si Kimora nih, harus I duduk "berkubang" jer dalam rumah sepanjang hari. Cakap lu, boleh giler I tengok koleksi kasut dan bag "Louis Vuitton, Chanel dan Hermes" yang berlambak2 tuh. Aduhai untungnya badan ... berangan jerlah aku ......

No "U-Turn" please

Disebabkan "signboard" kat atas tulah, pagi2 buta "subuh sepie'", I dah kena tahan dengan empat "pak polisi". Siap melambai2 lagi suruh I berenti tepi jalan. Nasib baik tak suruh keluar, apataknya I pakai baju tidor "tak pakai bra" lagi ... yerlah baru lepas hantar Alea kat sekolah, lepas tuh harus "terus balik rumah" sambung tidor. Inilah pertama kali I ditahan polis sejak mula "mendrive" kereta kira2 10 tahun lepas. I memang dah nampak sign "no U turn" tu kat Wisma BU8, Lebuh Bandar Utama, tapi I "redah" jer sebab nak cepat, tau2 empat orang "pak polisi" dah siap menunggu I kat depan sanun. Nak taknak, terpaksalah I "merayu sakan" dan "seboleh2nya merendahkan intonasi" supaya dorang rasa belas kat I. Tapi dalam dok "maintain I nyer vogue", sempat pulak I tanya, "kalau tak boleh U-turn, apa gunanya buat jalan pusing kat situ, tutup jerlah jalan tuh". Anyway. I bernasib baik sebab dilepaskan, kalau tak melayang 80 hengget yang boleh I guna untuk beli kek "BlackForest" Secret Recipe untuk jamuan kat opis minggu depan ...

Tuesday, July 13, 2010

Income Tax settle

Semalam I tak keje, so I decided lepas jer hantar si Alea sekolah, terus I gi income tax Jalan Duta, nak settlekan segala hutang piutang I. Hari tuh, I dapat surat dari income tax, katanya I kena bayar balik 780 hengget, so, tujuan I pegi ni kalau boleh nak buat rayuan bayar secara ansuranlah, tak kiralah dua kali ataupun tiga kali ansuran. Maklumlah, bulan nih I "kopak" abih sebab "overhaul" gigi I. Nawaitu I memang nak bayar tapi I bawaklah sekali segala resit, statement insurance dan EC form, nak suruh dorang kira balik sebelum I bayar. Sampai jer kat kaunter, I terus "sua"kan kat Puan Kaunter tuh segala apa yang patut. Memula sekali, I tanya Puan Kaunter, "Betul ke saya kena bayar sampai banyak gini sebabnya kalau tengok pada PCB, saya dah bayar lebih daripada 1,500 hengget, boleh tak Puan tengok balik, takut2 belum ditolak lagi". Memang betul, bila Puan Kaunter semak semula, terdapat kesilapan pengiraan dan sebaliknya pula, pihak income tax yang dah berhutang ngan I lebih kurang 600 hengget selepas ditolak "hutang terkurang bayar" cukai2 I tahun2 sebelumnya. Alhamdullillah, I takyah bayar sesenpun dan Puan Kaunter tuhpun terus tulis "surat priority" agar duit I dapat dikembalikan dalam tempoh satu hingga dua minggu. Aduh ... tarik nafas lega I ... tapi sekejap jer sebab lepas gi income tax, I terus pegi pejabat admin kondo BP yang I sewakan kat tenant untuk bayar "duit maintenance" 600 hengget. Well, I still bersyukur sebab sekurang2nya duit yang I sepatutnya bayar kat income tax, I dah boleh settle duit "maintenance". Syukur, syukur ... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Mengasihani di kala umatNya berada dalam kesusahan ....

Monday, July 12, 2010

Cheeky Adamm


Amboi .. amboi...amboi..."abang lebai" sorang nih bukan main lagi dok kacau anak dara orang. Menyerongeh sampai nampak gigi. "Ingat tau pesan makngah, nak anak dara makngah, kena belajar pandai2 sebab "maintenance" anak dara makngah sorang ni tinggi". "Abang lebai" ni namanya Adam "Bob de Beder". Memang "very the cheeky one" dan kuat menyakat. Kiranya "menyakat" dan "buat perangai' tuh sama naiklah. Nak tahu, si "abang lebai" nih, kalau naik basikal siap pacak (tayar depan kat atas langit nun) wa cakap lu ... sampai Mak Selayang I dah tak kuasa nak "berleter". Anak dara I ngan "abang lebai" nih kira macam "besfren"lah kalau I ngan 'rombongan cik kiah" balik Selayang.

Bintang Terhebat Piala Dunia 2010




Dari atas: Wesley Sneijder (Belanda), Thomas Mueller (Jerman), David Villa (Sepanyol) and Diego Forlan (Uruguay).

Walaupun I memang "kurang berminat" dengan World Cup, malah memang tak penah tengok langsung, at least I tahulah jugak yang Sepanyol muncul juara Piala Dunia Pertama di bumi Afrika bila berjaya menewaskan Belanda 1-0. I kenalah jugak baca sokkhabar, I taknaklah orang kata yang I nih "ketinggalan kapal terobang". Anyway, sepanjang kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, empat pemain di ataslah yang paling menyerlah, sekali gus memukau dunia dengan memberi inspirasi kepada kemaraan pasukan masing-masing. Mereka tampil dengan aksi menakjubkan mengatasi reputasi pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo (Portugal), Wayne Rooney (England) dan Lionel Messi (Argentina).

So, empat tahun akan datang, l akan updatekan "hero2 baru" Piala Dunia pulak ok, itupun I ciplak jer dari sokhabar. Rasanya, sampai matipun I memang tak minat bola langsung. Entry ni I buatpun sebab kononnya taknak ketinggalan ... So, Brazil see you in 2014 ...

Saturday, July 10, 2010

That is so sweet kakak


"That is so sweet kakak". Sejuk mata mummy tengok dan sejuk hati mummy yang mengandungkan anak2 dara mummy nih. Soraya, walaupun nampak "cengeng" dan "poyo" tetapi dia memang seorang kakak yang "loving and caring". Tengoklah gambar2 yang kat atas tuh tapi adik jer yang kenkadang "brutal" sangat sebab selalu suka "bully dan berwrestling" dengan kakak. Woo ... jangan memain ngan adik, tulang dia manyak kuat lorrr, kalau dia "mendebik", boleh naik lebam dibuatnya. Anyway, adik beradik will always be adik beradik, no matter where they are, bak kata orang tua2 "cubit peha kiri, peha kanan terasa". Apa yang Mummy harapkan, kakak akan selalu ingat dan sayangkan adik walau di mana kakak berada ... walaupun jauh sampai ke Kutub Utara nun .....

Separuh gajiku melayang

Kalau Anang femes dengan lagu hitnya "Separuh Jiwaku Pergi", lain pulak dengan I, "zaman jiwang2"nih dah lama berlalu dalam kamus hidup I tapi "hit of the month" I ialah "Separuh gajiku Melayang". Apataknya, hari nih I ada appointment lagi ngan Dr Dentist. Masuk nih dah tiga kali dalam tempoh sebulan. Tolak, campur, dharab, bahagi, rasanya lebih separuh daripada gaji I untuk bulan depan dah abih kat gigi I. Yerlah, asyik "menenyeh" jer sementara nak tunggu gaji bulan depan masyukkk. Kawan I yang kat overseas tu cakap kat I, "Takpalah, orang lain naik setakuk, tayang pay slip, tayang kereta baru, ngko pulak tayang jerlah gigi ngko, menyerongehlah ngko sepanjang bulan depan". Kureng asam punya kawan. Yerlah, kalau tak buat kalu, I yang tanggung sakit sorang2, so "biar lebur jerlah separuh duit gaji tuh". Tapi takpa jugak, ada hikmah sebenarnya yang I sakit gigi sebelum nih, kalau tak sakit "haram I nak jejak dentist", so bila dah sakit nih, baik "overhaul" semua, omputih cakap"once and for all". Memanglah "rasa sengkek" sangat tapi I selalu ingatlah diri I, insyallah rezeki ada di mana2, "taklah sampai mati kebulur". Kat dentist tadipun, hampir sejam jugaklah, Puan Dr tuh "menggerodak" mulut I. So, next appointment, end of this month. Oh ... duit lagi. Isnin ni pulak, kena gi income tax, nak settle payment. I ingat nak buat rayuan, bayar dua kali. Oh tidak .... duit lagi. Bestkan kalau kita dilahirkan "kaya$ raya$", tak payah nak susah2 hati pasal duit ... sebut jer "dan2 tu jugak duit dah ada depan mata" ....

Friday, July 9, 2010

Boifren baru mommy



Jeng ...jeng ...jeng, inilah boifren baru aka "anak ikan" I. Yang lama tuh si "McDreamy" (Grey's Anatomy), I dah "tauk buang". Mamat sebelah nih handsomekan. Biasalah, taste I mestilah "hensem2" belaka. Oklah, mamat nih berlakon dalam NCIS Los Angeles, sebagai ejen khas or special agent G. Cullen. I jarang "miss" siri nih melainkan kalau I kena "shift keje lambat". Nama sebenarnya Chris O' Donell. Anak dara I si Alea, kalau nampaklah mamat nih masa tengok TV, haruslah dia jerit, "mammee, boifren mamee". "Ahaa, hensem tak boifren mummy". Aduh ... bila lagi akak nak perasan .....



Paul, Si Sotong


Kelakarkan, dunia dah nak kiamat kot, sotongpun boleh buat ramalan, siap ada nama lagi tuh -- Paul, Si Sotong. Kalau mengikut ramalan si Sotong nihlah, impian Jereman untuk menjulang World Cup mungkin tidak kesampaian. Ramalan pulak tepatlah tuh bila Jereman tewas 0-1 kepada Sepanyol pada perlawanan separuh akhir, awal pagi semalam. Binatang berkaki lapan berusia dua tahun yang diberi nama Paul itu sebelum ini memberikan jawapan cukup tepat ke atas semua ramalan membabitkan Jereman setakat ini. Menggunakan salah satu sesunggutnya untuk menarik keluar bendera negara yang dikumpulkan di dalam kotak, semua ramalan yang dilakukan Paul masih belum tersasar. Paul juga pernah membuat ramalan bahawa Jereman akan tewas di tangan Serbia di peringkat kumpulan dan ia benar2 berlaku. Dan kelmarin Paul yang diletakkan di dalam Akuarium Sea Life di Oberhausen memilih Sepanyol selaku pemenang pertemuan akhir dengan Jereman. Kemarahan dan kekecewaan penyokong Jereman sudah tentu meluap2, apatah lagi Paul tidak langsung mahu menyebelahi Jereman, rumah keduanya selepas England. Petugas Aquarium Sea Life seharusnya mengetatkan kawalan keselamatan ke atas Paul kerana seorang chef dari Argentina mahu memasaknya manakala penyokong fanatik Jereman sudah tentu merancang untuk membunuhnya. Malang sungguh nasib Paul...

Oh yer, semalam si Dewi buat sotong masak cili merah, dan I "haruslah sokmo" melantak bagai nak rak. Opppss, adakah itu anak beranak Paul, Si Sotong ....oh tidakkkkkk ..........

Thursday, July 8, 2010

Exam lagi

Bila dah naik setakuk nih, nampaknya kena bersiap sedia untuk exam lainlah pulak untuk takuk seterusnya. I bila sebut tang exam ni, dah "naik jeran", rasa tak sanggup nak lalui lagi. Susah beb, bukan "calang2"nya exam, soalannya melangkaui minda kita. Soalan nampak mudah, tapi bila nak "menggoreng" terkedulah kejap. Satu lagi, I part2 nak "memorise" ni memang lemah abih. Ingat subjek tuh, lupa subjek nih, baca lain, kuar benda lain. Kali nih pun lagi susah, I dengar siap kena buat presentation, group and individual dalam dua2 bahasa English and Bahasa, depan audien besar pulak tuh. I ni dahlah "stage fright", "wajib makronah" harus I terkedu dan terkelu seribu bahasa. Part penampilan, should be ok, part nak "berpublic speaking" tu yang I rasa boleh pitam. Lagi satu kena guna "power point". Amendenya "power point" tuh ... "aduhhhh mak, tolong mak ....". Lagi dua minggu we all kena gi kursus untuk exam nilah, ada format baru katanya, dan kalau tak salah I, exam in Oktober. Camnerpun, I kena lulus jugak. Exam yang first2 dulu, I ambik sampai tiga kali baru lulus, itupun nasib agaknya sebab bak I cakap awal tadilah, "soalannya melangkaui minda dan ada yang tak ada kena mengena langsung dengan tugasan harian I". Anyway, orang2 tua cakap "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, sapa tahu kan ...kan ... kan".

Ben-10 and the gang





Inilah "monster-monster" Ben-10 yang tak boleh duduk diam walau seminitpun. Gambar bawah paling kiri sekali ialah Adawiah "the unpredictable girl" (Grey Matter), Addam "Bob de Beder" (Heatblast), Aqimi "the gedik boy" (Diamond Head), Alea "the chubby" (Four Arms), Ashraff "the menace" (Wildmutt) and Akmal "the blurr" (Stinkfly). Soraya (Ghost Freak) was not in the picture sebab dia lebih "girl-girl" sikit ... alah macam mummylah katakan ......

Wednesday, July 7, 2010

Killing the time


Inilah tempat yang I selalu bawak anak2 dara I pegi masa weekends. Tempat "play-play" ni adalah sebahagian daripada "Starship Galactica" di One Utama. Bentuknya macam "space ship" sikit dan dalamnya banyak bola dan slide. Selalunya si Dewi yang akan join anak2 dara I dan I duduk jer kat bawah baca "story book". Kenkadang tuh I pegi jugak "window shopping" tapi most of the time memang I lepak kat situ jer. Kalau tak ke sini, kami akan ke "Kidsports" kat old wing or gi "Jungle Gym" kat BSC. Itulah untuk anak2, apa saja mummy akan buat kalau mummy mampu. Tapi bak kata orang tua2 "sayang mummy ditinggal-tinggalkan, sayangkan anak sampai hujung nyawa".