Thursday, December 30, 2010

Ngauman Harimau Malaya

I memang jarang ataupun tak pernah langsung berminat untuk menonton apa saja perlawanan bola sepak, tak kiralah pasukan negara, apatah lagi luar negara, memang tak "angkat pot" langsung. Kalau tertengokpun, mungkin tidak dapat dielakkan (terutamanya di opis), sebabnya TVnya betul2 tercongok kat depan I. Contohnya malam semalam, masa Malaysia lawan Indonesia, Piala Motor Suzuki (kelakarkan ... takda ker nama lain yang lebih glamor lagi). Apa taknya, TV keliling I, semuanya pasang channel bola tuh. Ada lima TV, semuanya channel yang sama. Bukan setakat sorak riuh rendah di dalam opis, hiruk pikuk student2 medic kat bangunan sebelahpun boleh tahan kuatnya. Anyway, I nak ucapkan syabas kepada Pasukan Malaysia Harimau Malaya kerana berjaya memenangi piala ini dengan agregat 4-2 (sorrylah, I pun sebenar bukannya faham part2 agregat ini). Walaupun kalah 2-1 tapi permainan Malaysia memang bagus abih. Tabik springgggg ....I rasa patut diberikan kepada semua pemain, terutamanya keeper kita yang I sifatkan sebagai "man of the match". Part dia dapat selamatkan penalti, "naik bulu roma" I, itu belum lagi gema sorak kat opis I nih. Syabas sekali lagi dan semoga maju sukan untuk negara.

Tapi dalam seronok2 tuh, sedih jugak bila dengar yang pasukan kita tidak dapat berlatih di padang sebelum perlawanan kerana keadaan tidak mengizinkan (sebab terlalu ramai penyokong lawan, ditakuti perkara tidak diingini berlaku). Mereka cuma dapat memanaskan badan dan berlatih ringan di kawasan berumput kecil di tepi kolam hotel penginapan. Fanatik sungguh, orang Indon nih. Lagi teruk, nak gi stadiumpun, kena naik kereta kebal. Lima kereta kebal yang dikenali sebagai panser Gegama atau Baracuda digunakan untuk bawak dorang. Kah....kah....nak gi main bola macam nak gi berperang ....

P/s : Aduh .... tetibar minat pulak kat pemain Garuda. Irfan Haarys Bachdim (gambar yang kat atas tulah). Handsome beb. I rasa kalau dia tak jadi pemain bola, boleh jadi pelakon sinetron Indonesia ... kok kamu ganteng bangat gituhhh ......

Tuesday, December 28, 2010

Untuk renungan bersama (akhir)

Bahagian akhir:

38. Tuhan memberi peluang kepada siapa sahaja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutamanya yang dari pekan tidak boleh.

39. Kita tidak usahlah selalu mengulang2 perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap mengenai kereta besar dan rumah besar. Sesiapapun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

40. Orang Melayu sebenarnya, kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

41. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi manapun kejayaan yang dicapai.

42. Apa yang saya buat (kerja2 sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

43. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tidak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis, sayapun mati dan apapun tak sempat saya buat.

44. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tiada ada segelas air, ada setengah gelaspun saya bersyukur.

45. Kalau kerana sedikit bantuan itu, mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdullilah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

46. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka, kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

47. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai kesenangan apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya kata kepada diri saya , apa yang saya dapat, saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.


p/s: Alhamdullilah, semoga Allah terus memberikan rezeki kepada hamba2Nya

Untuk renungan bersama (pt 3)

Sambungan dari pt 2:

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam, bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi, walaupun sedikit, tetapi sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu, orang lain boleh berkongsi bersama.

29. Saya kadang2 kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung, kita mungkin ada jiran2 yang perlukan bantuan.

30. ...... kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan, tetapi saya insaf, beristifar dan jalan lagi. Sejak awal, saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu, saya terpaksa bersusah sedikitpun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok luas, orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kita jangan cepat putus asa. Putus asas boleh tapi kena cepat2 kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

34. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana sini. tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

35. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana (2006) untuk sokong kereta nasional. Kereta itupun cukup untuk bawa saya ke mana2.

36. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapapun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan, saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

37. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi, perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.


-- BERSAMBUNG

Untuk renungan bersama (pt2)

Sambungan dari pt 1:


12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana2 yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk tolong orang lain. Rezeki itu bila2 masa dia boleh ambik balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah, mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada, kalau adapun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha, mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukumpun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit sahaja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih, ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa2 dan balik ke Alor Setar tetapi saya rasa hidup ini akan sia2. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita, kita tak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa2 !!!!!!.

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kepada orang Cina yang kaya beratus2 kali ganda daripada saya. tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju, kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa2. Apa yang saya tidak tahu, saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing2. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata2.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu, yang menjadi masalah kononya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung, orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana wang.

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada Rm10 juta atau RM20 juta d alam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa kekayaan tidak boleh membantu selama2nya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi, sebelum berhutang RM10 juta, mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik, mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tetapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki) Saya ini , kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu, hal2 asas. Kalau mahu, saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar, biarlah padan dengan badan.

-- BERSAMBUNG

Untuk renungan bersama (pt 1)

I dapat emel ni dari seseorang dan isinya amat menarik untuk kita sama-sama renungkan.
Ia mengenai orang terkaya ke-tujuh di Malaysia dan ke-32 di Asia Tenggara (pada tahun 2006). Beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, berusia 57 tahun dan cuma berpendidikan SPM. Mula berniaga pada usia 19 tahun dengan menjual lembu dan kerbau. Beliau kini mempunyai kekayaan berjumlah lebih RM1,800 juta (mungkin lebih lagi).

Sumbangan sosial beliau ialah Yayasan Al-Bukhari iaitu institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks AL-Bukhary, yang menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Sumbangan sosialnya bermula bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh belliau menghantar lampu kerosen ke surau2 untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situlah bermulanya pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Antara kata-katanya yang boleh dijadikan teladan kepada kita semua:

1. Ada sebab mengapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja2 kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit2. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa2 rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama saja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapapun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok2kan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu gunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham, baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita2 mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Sayapun suka kemewahan. Sayapun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Sayapun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidor dalam berapa rumah satu malam, hendak makanpun sampai larat mana????

11. Dalam hidup ini, kita sebenarnya tidak ada status, ada masa di atas, ada masa di bawah.


--- BERSAMBUNG

Minggu "beef steak" n "cekelat"

Dua minggu bercuti ... uhhh, hilang habis rasa segala stress. Bukan macam orang lain, selalunya, bila bercuti, I lebih suka "berlengkor macam ular sawa" kat rumah ngan anak2 dara. Tapi yang tak bestnya, masa cuti nilah, "part melantak" menjadi2. Bayangkan, dalam seminggu, selang sehari, wajib pegi makan "beef steak". Kalau tak kat Chilis, we will go to Tony Roma's Steak House ataupun ke TGI Friday, tapi yang paling sedap memanglah kat Tony Roma's. Itu bab "steak", belum masuk bab "cekelat" lagi. "Cekelat" bukan yang "cokiah2" punya, harus "cekelat" brand "Mark and Spencer" jer, tak nak kalah langsung. Si kechikpun dah terikut2, makan "cekelat". Takpalah, kalau gemuk, start keje, boleh diet balik. Kawan I cakap, selagi ada selera makan tuh, makan jerlah, jangan esok2, bila terlantar, terkebil2 jer tengok orang lain makan. Camnerpun, katanya, biarlah berpada2, makan tuh.

Anyway, back to my cuti, inilah masa nak spend quality time ngan anak2. Maklumlah, I ni kan time kerja, pegi masa matahari tegak, balik rumah masa bulan dah nak kuar, so, campur, tolak, bahagi, darab, berapa kerat timelah I ngan anak2. Tapi macam biasa, anak dara besar I, si Soraya, takda ngan I. She has her own plan masa cuti sekolah. Takpalah, I berkorban jerlah ... asalkan dia happy, itu sudah membahagiakan I. Camnerpun, walaupun kami tak gi mana2 bercuti, I ngan anak dara kechik I pun masih juga "consider ourselves bercuti kat resort". Walaupun berkubang kat rumah sendiri, I bayangkanlah we all duduk kat mana2 chalet "10 stars". Semua facilities ada, baby pool "pasang siap"pun ada. Kalau nak guna "as and when", isi jer air ... berendamlah ngko sampai kecut segalanya. Masa bercuti nilah, selain bawak Alea gi "ronda2 shopping complex Kelumpor and PJ" (hampir tetiap2 hari), most of our time kalau kat rumah, I ngan si kechik akan tengok TV programme kat bilik kakak. Kalau Alea nak tengok channel kartun, dia akan tengok kat bilik I, and I will just remain in kakak's room "just to get the aroma and the feel of her". Mummy mana tak rindukan anak kannnnn ... kannnn.....kannn. "Rinduuuuu sangat2 mummy kat kakak ........"

Monday, December 27, 2010

Kembali bertugas

Selepas dua minggu bercuti, I kembali bertugas seperti biasa. Aduhh ... malasnya, menyesal pulak tak ambik sampai hujung tahun. Anak dara I si kechikpun dah pandai merengek bila I cakap yang "esok, mummy kena stat work, adik duduk ngan kak Wiwi ok, jangan gaduh2". "I do want, mamee dont go to work ok". "Mummy kena worklah, nak cari duit banyak2, nanti nak beli adik toys". Kesian pulak ngan si kechik tuh. Memang tak puas cuti dua minggu berlengkor kat rumah. Oklah adik, mummy janji, nanti mummy cuti lagi, cuti lama-lama gitu ....

Wednesday, December 8, 2010

Bowling lagi


Ahad lepas, I participate dalam this inter-media bowling. I tak tahulah, lately, I bowl "very the bad2 one". Ntahlah, dah tak larat nak adjust, tapi still bola tuh tak tepat, asyik split memanjang. Kalau ikutkan mak si Shalin, dia suruh I tukar bola jer. Yang ada sekarang nih, dah patut masuk "muzium negara". Memangpun, kalau ikutkan, bola tuh dah "takda track", kalau balingpun dah "melelong" tapi disebabkan ia "sentimental value", sayang I nak buang. Oklah, balik pada game inter-media tuh, memang I langsung tak sangka, dalam we all bowl macam "palat", we all still manage dapat nombor dua beb. "SECOND PLACING" wa cakap luh, sapa sangka, memang tak disangka2 langsung. Dapatlah I "dua ratus hengget", lepaslah kalau nak beli "lapstik". Teruk memang teruk, first and second game, tapi bila dikira balik, our third game tulah yang banyak membantu "we all terus meloncat" ke position atas. Anyway, alhamdullilah, rezeki jangan ditolak. Ini umpama tebus balik maruahlah bila we all kalah golek2 masa inter-media dua minggu lepas di Kajang SuperBowl. Nak citer sikit pasal bowling yang dua minggu lepas tuh, I dengar ramai yang komplen sebab yang dapat nombor satu tuh bowlernya takda kena mengena ngan media langsung. Sebabnya dorang ambik tiga pemain import, kira "hardcore bowlers"lah, itu sebabnya dorang bowl memang "very the terrer merrer". Harap2, next year, kalau organiser nak organise, kenalah make sure participants semua dari media. Tapi kalau ikut pengalaman I lah, last year masa we all dapat nombor satu, organiser akan call balik, nak betul2 confirm yang we all memang dari media. So, I harap, tahun ni, organiser akan call dorang biar dorang "terkezut beruk" sikit. Anyway, kalau organiser tahupun, takkan organiser nak tarik balik hadiahkan, cuma boleh jadi panduan untuk tahun depanlah. We all pun nak gak rasa hadiah yang berharga "ribu-riban" tuh ....

Friday, December 3, 2010

Nak cuti panjang

Tahun ni rasanya memang berbaloi gaji yang I dapat, memang berkat abih, especially from Sept onwards. Rasa2nya, we all kat desk tu kerja non-stop. Mana taknya, bos gi Mekah, NHZ cuti beranak, sorang tuh dah abih kontrak dan Kak KY nak kena perabihkan cuti "cooling period" dia dan sibuk dengan kenduri kahwin anak sulungnya. Yang tinggal terkonteng2 empat orang jer. Sorang off, tinggal tiga, itulah yang dipusing balik tetiap minggu and dalam "worst case scenario", kena kerja straight seminggu "non-stop" ... memang penat giler. Ada sekali tuh, tinggal I ngan Zai jer keje, Kak LZ dan Kak NHD ada exam, kena pulak, hari tuh "segala benda major announcement" keluar, memang "tak menang tangan" langsung, nak gi toiletpun tak sempat. I punya syle senang jer, "buat apa yang termampu dan terdaya, kalau kena panggil masuk bilik bos, kami dua2 akan masuk, explain apa yang patut, nak, terima, taknak we all pun tak boleh nak buat apa". Jawapan I jelas and mantop, "we go for quality and not quantity". Tapi yang peliknya, we all kat desk sikit tak merungut, story banyak ker, panjang berjela macam langsir ker, sikit ker, buat jer kerja "uhh tidak, hekkpun tidak" dan alhamdullilah semua berjalan lancar. By the way, dua minggu lagi, I nak cuti panjang. Tak ke manapun, nak cuti rehat kat rumah jer .....

Wednesday, December 1, 2010

Bumbung rumah bocor lagi


Fenin, fenin, fenin ... atap dah bercat baru, tapi masih lagi bocor. Bukan saja I yang fenin, si kontraktor tupun fenin sama ... tak tahu tang mana nak setat balik. Katanya mungkin alangnya sengit, itu sebabnya bila hujan, siap ngan angin sekali, kepingan atapnya boleh teranjak, itulah yang buat air boleh mengalir masuk. Kemungkinan besar, kena ganti alang kayu tu balik. Bocor taklah kronik sangat, tapi daripada nanti ia merebak, baik dibaiki sekarang. Duit lagi .... Fenin, fenin, si kontraktorpun, duit masyuk, fenin I pulak, duit yang akan mengalir keluar. Tak tahulah, berapa banyak "fulus" kali nih. I setakat sehebu hengget, oklah, bolehlah I gagah lagi tapi kalau lebih dari tuh, manalah "akak nak korek". Nak taknak mesti kena mintak banker punya tapi harap2 tak banyaklah kena. Bukan apa, I tak sukalah nak "meminta2". Kalaulah, orang2 yang berhutang ngan I, bayar balik hutang memasing2, rasanya takyahlah I dok "meminta2". Anyway, takkan banker nak biarkan bumbung rumah tuh terus bocorkan .....

Monday, November 29, 2010

May Mr LC rest in peace

Jumaat lepas, pagi2 lagi I dikezutkan dengan berita paling mengezutkan. Sebelum tuh, si Liza sebelum menyampaikan berita terkezut tuh, siap marah2 lagi, telpon berkali2, tak sorangpun jawab. Bukan I sorang jer yang dia telpon, kenkawan lainpun tak angkat jugak. Mana taknya, pepagi buta telpon, orang dok terbongkang atas katil lagi, tambah2 I nih, tengah sedap memeluk si anak dara kechik I Alea, hari pulak hujan renyai2 kat luar, siap pasang aircond lagi, h/phone pula dalam silent mode, manalah nak dengar. Khabar sedih yang diterima pagi tuh ialah kawan sekerja I, Mr Lim (English subs) meninggal dalam kapalterbang, perjalanan balik dari London ke Kuala Lumpur. Tersentap kejaplah I. I dengar ramai yang meraung sebab Mr Lim orangnya, sebaik2 manusia, uhh tidak, hekk pun tidak. Suara memang langsung tak berbunyi, apa tah lagi kalau nak mengata2 orang, bukan dalam kamus dialah. Memang betul orang cakap, orang yang baik selalu akan pergi dulu. Sebelum nih, kawan seboling I, arwah Syarif, pun baik orangnya, sembahyang tak pernah tinggal, cakappun selalu berhemah, Allah ambik dia dulu. Semoga arwahpun berada di tempat orang-orang beriman.

Berbalik pada Mr Lim nih, memang jarang dia bercakap tapi kalau jumpa kat luar, selalu dia angkat tangan. Ingat lagi seminggu sebelum dia ke London (pergi atas tugasan), kami kat desk siap berlawak2 lagi dengan dia, "Oh Mr Lim. you going to London to visit the Queen, send our regardslah". Menyengih jer dia. Tambah pulak seorang lagi, "Oh, jangan lupa visit William and Kate Middleton, they just got engaged". "Nolah, not Middleton, "Tepiton", jawab pulak si Hawa. Semua nih masih lagi terngiang2. Ingat lagi, masa I nak exam harituh, esok nak exam, malam tuh I masih lagi keje and bila I nak balik, siap cakap, "All the best ok, I pray, all of you pass your exam". "Thank you, thank you". Aduh, terharu sungguh I masa tuh. Semua ini dah jadi kenang-kenangan, takda lagi pakar rujuk untuk IT dan chess. "May you rest in peace Datuk Lim ...."

Friday, November 19, 2010

Mutiara doa (4)


DOA KETIKA SESUATU PENYAKIT MEREBAK:

"Aku berlindung membenteng diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

DOA APABILA MELIHAT ORANG MENDAPAT BENCANA:
"Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah diuji dengannya; dan telah memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang".
DOA KETIKA MENDENGAR KEMATIAN ATAU KEMALANGAN:

"Bahawasanya kami kepunyaan Allah dan bahawasanya kami akan kembali kepadaNya".

Mutiara Doa (3)


DOA MEMOHON AKHLAK TERBAIK DAN REZEKI YANG BERKAT:

"Ya Allah, semoga Engkau berkenan melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan selawat yang dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikan keselamatan".

DOA MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN:

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendakki".

DOA MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA KERUNSINGAN:

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada kerunsingan dan dukacita, aku berlindung kepada Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada Mu daripada perasaan penakuat dan bakhil dan aku berlindung kepada Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang".

DOA MENGELAK MUDARAT:

"Dengan nama Allah yang dengan namaNya itu tidak akan mendatangkan mudarat sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

DOA KETIKA KELUAR RUMAH:

"Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku menyerahkan diri kepada Allah, tiada daya upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua".

DOA KETIKA SUKAR MENYELESAIKAN SESUATU URUSAN:

"Wahai Tuhanku, tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendakki".

Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha


Semalam Hari Raya AidilAdha. Sempena dengan sambutan ini, I nak ucapkan "Selamat Hari Raya AidilAdha, Maaf Dzahir dan Batin". Sorrylah, terlewat sehari. Semalam kat rumah I, takda internet, itulah sebabnya postpone ke hari nih.

Pada mereka yang buat Qurban, buatlah Qurban dengan ikhlas, di luar dan di dalam. Jangan di luar jer nampak suci plastik, agar orang memuja memuji tetapi di dalam tuh hitam pekat. Sekali lagi, untuk semua umat Islam, "Selamat Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir dan Batin".

Tuesday, November 16, 2010

Mutiara Doa (2)


DOA KETIKA DUKACITA DAN SEDIH:

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuan Mu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atas ku hukumanMu terhadapku, aku memohoan kepada Mu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diri Mu atau Engkau turunkan di dalam kitab Mu , atau Engkau mengajarnya kepada seseorang daripada makhluk Mu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku".


DOA (SELAWAT) MOHON REZEKI YANG LUAS DAN AKHLAK YANG BAIK:

"Ya Allah, semoga Engkau melimpahkan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang dengannya dapat melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya serta berikalan keselamatan"

Saturday, November 13, 2010

Mutiara Doa (1)


DOA KETIKA DITIMPA BENCANA:

"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung Lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang Agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia."

"Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon, maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau".

"Tiada Tuhan yang berhak disembah, melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong daripada orang yang zalim."

"Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukan Nya dengan sesuatu".

DOA MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN:

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendakki".

DOA MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH

"Ya Allah, kami menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, nescaya masuklah kami ke dalam golongan mereka yang rugi" (Surah al-A'raf ayat 23).

DOA KELUAR RUMAH AGAR MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH ATAS HARTA BENDA DAN KELUARGA

"Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku menyerah diri kepada Allah, tiada ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua".

Friday, October 29, 2010

Happy Birthday Hubby


Today, hubby tercayang punya birthday. HAPPY BIRTHDAY DARLING HUBBY. Yang ke berapa yek, alahhhh dua tahun lebih daripada I jer. Kira pada orang lelaki, muda lagilah tuh ...

"So sempena hari jadi awak tahun ini, saya sebagai wifey sentiasa mendoakan agar umur awak panjang sehingga dapat tengok cucu dan cicit, sempat dan dapat mengerjakan ibadat agar dapat dijadikan bekalan di hari akhirat dan dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa. Tidak lupa dalam sembahyang, saya sentiasa mendoakan agar awak serta saya sendiri dilimpahi rezeki yang murah. Kalau awak senang, saya dan anak2 akan tumpang senang jugakkan dan bertambah rapat dan sayanglah kaum kerabat terdekat yang lain".

Part2 hadiah, selalu hubby yang tentukan, bukan apa I nak apa yang hadiahkan pada hubby ialah sesuatu yang memang beri manfaat pada dia. I bukan jenis orang yang reti nak "throw2" kan birthday party, siap bertema2 bagai, sebabnya birthday party segitu lebih sesuai untuk anak2. Setakat "candle lite" dinner berdua2an atau "beranak2an", memang sesuwei bagi kami yang dah lama berkahwin, takyahlah over2 sangatkan ....

Sekali lagi pada hubby, "HAPPY BIRTHDAY, SEMOGA HIDUP SENTIASA DIBERKATI ALLAH SELALU".

Teringat pada lirik lagi ... "Jangan pandang-pandang, duduk renggang-renggang .... bertambahlah sayang".

Tuesday, October 12, 2010

Moh kita gi Sunway Lagoon

Dah lama I rancang nak bawak anak2 dara I bermalam kat Sunway Lagoon Hotel. Cadangnya "check-in" dua malam, esoknya boleh "bergumbira suka ria" kat Sunway Lagoon dan kemudiannya "shopping sakan" kat Sunway Pyramid. Part makan2pun tak kisah, kat Sunway Pyramid tukan banyak tempat "mamam" dan lepas tu bolehlah berbowling. Biasalah "rancangan tinggal rancangan" jer, tak jugak pegi2. Last sekali I pegi Sunway Lagoon adalah dua tahun lepas kot. La ni, tiket nak masukpun dah naik, rasa2 100 hengget untuk adult and budak kechik macam si Alea tuh free and Soraya mungkin 50-80 hengget (tak begitu pasti). Pernah suruh sis-in-law check brapa ongkosnya kalau nak "bermalam" kat hotelnya ... aduh dalam 400-500 hengget jugak semalam. Anyway, kenkadang I terfikir juga kat kepala hotak I nih, selalu benda yang I "teringin" tuhlah tetiba jer muncul tak semena-mena. Contohnya, pagi tadi, someone dari Sunway Lagoon call I, offer VIP kad and reganya pada I agak murah iaitu 448 hengget dan setahun I masuk free. Those yang datang ngan I dapat 30 ke 40 percent diskaun dari harga biasa 100 hengget and kalau nak makan kat dalam pulak ada 15 percent diskaun lagi. Lepas tuh, takyah nak rebut2 beratur dan kalau rasa teringin nak tidor kat katil empuk hotel, dorang boleh tolong "book"kan dan dapatlah diskaun 20-30 percent. Memula I tak teringin tetapi mengenangkan "anak-anak dara" I, why not, anyway 448 hengget jer. Kesian kat Alea, jarang I bawak dia jenjalan kuar dari "territory" Bandar Utama tuh. "Terukkan mummy nih ... asyik kerja, kerja, kerja, cubalah sesekali pegi bukak pintu shopping compleks pepagi buta tuh". Oklah, back to this VIP Card, seriously, disebabkan anak2lah, I willing to sign up for the Card. Tapi, tak bahaya ker bagi nombor kad kredit kita kat orang yek ... anyway, dah terlambat, I dah bagipun. Tawakkal jerlah .....

Monday, October 11, 2010

Harap2 tak bocor lagi


Harap2 dah tak bocorlah, sebabnya kali nih I tukar "the entire" atap rumah I. Kiranya, tahun ni saja, I perabih kat rumah I adalah dalam "belasan ribu hengget". Nasib baik ada "banker" mengolor, dan kalau terlebih budget, I cuma "top-up" aje. Oklah tuh. First2 dulu, sebelum raya, I cat satu rumah, lepas tuh baru-baru nih, repair bumbung pulak. Alang2, bumbung tupun dah lama tak berganti, baiklah ganti terus. Paling problem kat bahagian dapur. Yang peliknya, air bukannya turun dari syiling tetapi mengalir kat dinding. Dah tak larat I dok panggil tukang rumah, upahnya "ratusan hengget" tapi still ada air kuar sampaikan cabinet dapur rumah I dah runtuh satu. Rupa2nya, masa dok tukar atap nilah, si kontraktor tuh bagi tau yang air yang dok ngalir tuh datang dari rumah sebelah, sebabnya masa dorang renovate dapur dorang dulu, kontraktor neighbour I ni sudah termasukkan bahagian awningnya kat rumah I, so setiap kali hujan, air akan mengalir dari bumbung neighbour I masuk ke dalam rumah I. Aduhai .... patutlahpun. Anyway, I harap lepas nih dah takda bocor2 lagi. Atap rumah I sekarang nihpun "so the very new one, kilat2 lagi gituh ....

Wednesday, October 6, 2010

Alea n selepar "Ben-10"


Si kechik I ni memang minat betul kat "Ben-1o". Bukan setakat baju jer, sampai seleparpun berpasang2. Cuba tengok kat atas tuh, lapan pasang selepar "Ben-10", punyalah dia sayang. Ada satu tuh dah buruk sangat, itulah yang dipakainya hari2. Selepar "Ben-10" ni pulak bukannya murah, ada yang sampai 20 hengget tau. "Anyway, apa2 untuk adik, mummy akan belikan kalau mummy mampulah ...."

Tuesday, October 5, 2010

Semangat berkobar2

Wa cakap lu, semangat I begitu berkobar2 sekali nak start study. Apataknya, lagi dua minggu, I kena duduk exam. Penting exam ni beb, wajib lulus, kalau lulus, pasti cerah masa depan akak. Sebenarnya I phobia sikitlah kalau cakap pasal exam2 nih. Yang sebelum ini, tiga kali baru lulus, bukan tak lulus tapi lulus bersyarat. Exam kali nih pulak siap ada tiga kali presentation, satu dalam Bahasa Melayu, satu omputih dan satu lagi campur2 (tak kisah nak cakap omputih or cakap malaya). Kena present depan orang ramai pulak tuh, pakai "power point' lagi ... harus terkedu I. Camnerpun , I will try my bestlah dan harap2 "reading lamp" yang ala2 macam kat atas tuh (baru beli tadi beb) dapat membantu I mentelaah tengah2 malam. Bukan apa, si kechik Alea tu selalu komplen takleh "dido" sebab lampu terang benderang ... banyaklah cikadak si kechik sorang nih ....

Handphone oh handphone

"Aduh pompuan, tukarlah handphone ngko, sedih aku tengok. Pakai kereta besar tapi handphone "cheapskate". Nak kata takda duit, hari tuh baru dapat payment, tak luaknya pun duit ngko".

"Ok aper, handphone aku nih. Memanglah aku nak tukar tapi nantilah dulu".

Rasanya dah beratus2 kali kenkawan I suruh tukar handphone cabuk I tuh. Paling kurangpun blackberry. Bukannya mahal sangat kalau ambil yang dah ada plannya, rasa tak sampaipun sehebu hengget. Hari tuh, I ada survey kat One Utama, ada satu Nokia latestnya yang I "terbekenan". Cantik beb dan reganya dalam 1,200 hengget dan kalau tambah 50 hengget lagi, dapat satu lagi handphone biasa. Oklah tuh, tolak handphone I yang I pakai sekarang dalam 200 hengget, dapatlah 1,000 hengget. Nantilah, I fikir dulu, sembahyang istiharah apa yang patut sebelum I proceed. Kalau setakat nak calling2, receive call dan sms jer, buat apa pakai yang mahal2kan, membazir jer .....

Monday, October 4, 2010

Rambut kakak dah panjang

Rambut kakak dah panjang mengurai. Ayu gitu , dah jadi anak dara sunti lagi. Rindu mummy .....

Back to e-Curve


Selepas hampir sebulan setengah berehat daripada WBC, kami kembali semula ke gelanggang dua minggu lepas. Kali nih, we all kena bowl dua session serentak, three games for every session. We all bowl kat Pin Junction e-Curve. balik. Ingat lagi, memula dulu kat Bangsar Bowl, kiranya bertawon2 jugaklah kat sana, dari Soraya takda sampailah Soraya melihat dunia. Lepas Bangsar Bowl tutup, kamipun berpindahlah ke Pin Junction. Sempatlah dua season kot sebelum kami berpindah pulak ke One-U Bowl sebab ada "sedikit salah faham" kat Pin Junction. I kat mana2 bowlpun, kira ok, tak kisah punya. Di One-U, kami bowl dalam beberapa bulan sebelum terpaksa berehat seketika kerana One-U buat renovation. Dan disebabkan renovation kat One-U belum lagi abih, kami kembali berbowl kat Pin Junction yang telahpun bertukar management. I lebih suka berbowl kat Pin Junction sebab lebih aman, tak sehiruk pikuk kat One-Utama. Senang sikit kalau nak bawak si Dewi ngan Alea sebabnya Curve tu kechik sikit, pusing2, kat situ jugak, pi mai, pi mai, tang tu jugak. Kiranya, kalau lepaskan si Dewi ngan Alea masa I berbowl, tak bimbanglah sangat. Janji bagi duit untuk dorang beli apa yang patut. Tak macam One-Utama, rasa sesak yang amat sangat, tak berapa "friendly" dan memang tak percaya kalau nak lepaskan si Dewi ngan Alea, bukan apa takut si Dewi sesat. Anyway, best jugak bila WBC start balik, bukan apa, sekali sekala nak jugak bersosial .....

Adam and ibu Adam

Inilah ibu YB Adam, namanya Yati dan si kechik yang kat gambar bawah ngan Adam tuh, tak payah diperkenalkan lagi, mestilah anak dara kechik I, si Alea yang memang suka bergambar sakan. Gambar ni diambil pada pagi raya. Tak nampak macam suasana rayapun sebab dua-dua ekor nih taknak pakai baju raya. Si Alea pulak, membazir jer duit I beratus hengget beli baju kurung, "tak hengin dia pakai". Baju "Ben-10" jugak yang dipilihnya. "Sekali sekala nak jugak mummy tengok Aiya pakai dress tapi ntah bila agaknya ...."

Thursday, September 30, 2010

Alea dah pandai jeles2


Dah besar rupanya anak dara mummy sorang nih. Rupa2nya si kechik nih, dah pandai jeles. Contohnya, bila dia tengok album gambar kakak (Soraya) masa kechik kat tempat2 dia taknah pegi, dia jadi jeles. "I wan to go here mamee, Kak Yaya go".
Memanglah, Soraya masa kechik, in fact sampai sekarangpun, selalu travelling overseas. Hubby providekan duit tambang kakak oklah, mana2pun boleh "terbang", tukang bawak hanya bawak saja. Kiranya, part2 melancong overseas, mengalahkan I. So, gambar dia banyaklah masa kat overseas dan tempat2 menarik.
"Takpalah dik, nanti mummy bawak you, kakak and Kak Wiwi pegi tengok snow, kita ambik gambar banyak2 ok". Memang I cadang nak bawak anak2 dara I gi overseas, holiday tapi tak tahu bila. I teringin sesangat nak pegi London lagi sekali tapi itulah "kita yang merancang tapi kalau pitih tak mengijinkan, memang takkan sampailah". Bulan lepas my cousin from Shah Alam calling2, ajak I pegi Yokohama, Jepun, April tahun depan. Sedia duit tambang jer, tempat tinggal tanggung beres sebab ada kawan kat sana. Sebelum nih, dia pernah ajak I round Europe sebab anak dia ada kat Ireland tapi I belum ready lagi. Yerlah, tak sanggup rasanya nak tinggalkan anak2 dan I pulak pegi "hora2 ... ya beda beduu". Sedangkan bos nak hantar I gi assigment overseaspun, contohnya Belgium, Paris, Korea, I tolak berkali2, inikan pulak nak gi "hora2". Kalau nak gi "hora2"pun, I akan usung sekali anak2. Insyallah, satu hari nanti kalau diijinkan Allah ... "London, here we come ...."

Si Dimple yang ganteng


Mamat kat atas tuh memang ganteng sekali. First2 sekali I tertengok dia masa dia berlakon siri "Ugly Betty" dan yang paling latest mamat nih berlakon dalam CSI-Miami season terbaru. Mamat nih, kalau senyum, boleh buat pompuan cair, siap ada "lesung pipit" lagi, samalah macam I .....

Dewi "n" partners in crime


Inilah Dewi atau Kak Wiwi si Alea. Every weekend I bawak si Dewi kuar jalan2, pegi tempat2 "partners in crime" dia ada. Selalunya kat tempat bebudak mainlah. Bukan apa, sekali sekala si Dewi kenalah jumpa kenkawan sekampungnya untuk bertukar2 gosip. Contohnya, kenkawannya seperti yang kat atas tuh. Ada sesetengah orang kata "jangan terlalu percaya sangat kat maid" tapi pada I, sesapa saja I akan layan "macam sedara sendiri" tapi kalau dorang nak buat onar ker "back stab" ker, terpulanglah, kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui niat masing2. So far, si Dewi nih ok dan memang boleh diharapkan dan mintak2 biarlah begitu sampai bila2. Ingat lagi, dulu I ada sorang maid, I layan macam sedara. Dari datang naik tongkang, takda passport sampailah dia ada passport, balik Indon naik aeroplane lagi. Tapi malangnya kat belakang I, dia cuba melaga2 dan sanggup cakap yang I selalu marah dia macam binatang. Oh ... dasyat sungguh tohmahan itu. Dah tuh, orang yang mendengarnya pulak, percaya abis2 walaupun kalau nak difikirkan, tidak termasuk waktu malam, time I kat rumah, kurang dari tiga jam ... so bila masa lah pulak I nak "menyalak2" kat maid nih. Subhanallah, takkanlah I sanggup buat camtu. Tapi Allah Maha Kaya, tiga bulan lepas, ada ejen call I kata si maid ni nak kerja balik dengan I, "boleh tak boleh, dia nak jugak kerja dengan I walaupun gaji tak tinggi". Well, kalau dia kata I layan dia macam binatang, pasal apa pulak dia beriya2 sangat nak kerja balik dengan I, siap merayu2 lagi... Kalaulah I berkesempatan bercakap ngan maid nih, harus I "berbahasa" dengan dia. . So, camnor tuh, kalau benda tak betul jangan "buat cerita", fitnah itu satu dosa besar, bak kata Nabil, ... sebelum berkata2 tuh, lu pikirlah sendiri ...

Wednesday, September 29, 2010

Filem Magika, nampak macam best jer

Filem Magika, arahan one of the kru brothers, nampak macam best jer. My friend cakap ala2 "Alice in Wonderland". Rasa2 macam nak pi tengoklah kalau ada masa. Nantilah, Ahad ni kot, boleh bawak anak2 dara I pegi tengok wayang. Kalau ada gold class lagi best, sebabnya, kalau Alea boring bolehlah si Dewi bawak si kechik nih main kat keluar and I bolehlah continue tengok .....

Alea "n" cousin monsters



Waduh2 hepi sakannya "monster2" Selayang kat atas nih. Anak dara I pun, taknak ketinggalan. Kalau2 bab bergambar, memang taknak kalah langsung. Macam2 stail dan macam2 pesen yang dipergayakan. Si Alea tuh, ikut jer, suara memang tak pernah dengar langsung. Yang bestnya, semuanya bergambar naturally .... Oh yer, Adam, Adawiah and kakak takda, mana dorang pegi yek masa ni ....?

Monday, September 27, 2010

Selagi hayat dikandung badan


Anak2 memang penting dan itu sebabnya kawan I pesan kalau dah banyak sangat simpanan, baik buat wasiat, lebih2 lagi masa kita masih hidup nih. Terus terang I cakap, saving I bukanlah banyak manapun tapi "nawaitu" I setiap sen yang I ada, tak kira dalam akaun ASB ker, akaun bank2 lain ker, insurance, gratuity malahan "golden hand shake" I akan dibahagi sama rata 50:50 antara kedua2 anak dara kesayangan I. Tak lebih dan tak kurang. Dan sesapa yang masih berhutang dengan I, tak kira sikit atau banyak, diwajibkan bayar kepada anak2 sekiranya I sudah tak ada lagi. Kalau nak dikirakan, ramai yang masih berhutang dengan I. Sama ada lupa atau buat2 lupa, I tak tahu tapi pada I setiap sen yang dipinjam, I ingat dan tak pernah lupa walaupun sepicingpun. Orang kata, kalau kita hutang tapi tak bayar, Allah akan ambil balik duit orang meminjam tuh lebih banyak daripada yang dipinjam tanpa disedari. Contohnya, hilang kereta, hilang handphone, duit kena curi dan sebagainya. Selain daripada anak2 I, orang lain "diharam"kan untuk menggunakan walaupun sesenpun duit yang I tinggalkan. Bunyi macam zalimkan tapi pada I, itulah hakikat kehidupan. I nak anak2 dara I hidup senang dan tidak menyusahkan orang lain. Dan itu sebabnya dua2 anak dara nih I belikan insurans hospitalisation dan education sampai umur 21 tahun. Pencen pulak, kalau umur I tak panjang, cuma dapat kat anak2 kalau dorang belum lagi mencapai usia 21 tahun. Camnerpun I harap, Allah memanjangkan usia I sebabnya I nak tengok anak2 dara I membesar dan kalau boleh I nak pergi mengerjakan haji bersama2 dengan dorang dengan duit simpanan I sendiri. Pendek kata, "selagi hayat mummy dikandung badan, anak2 mummy adalah segala2nya dan sebenarnya takda sapa yang berhak memisahkan seorang anak dengan ibu kandung yang mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari" .....

Saturday, September 25, 2010

Nasi daging cecah air asam

Seminggu lepas raya, mak Selayang I buat "open house" dan menu utamanya ialah nasi daging cicah air asam. Aduhhh, kecur "ayaq liyoq" I bila sebut jer menu nih. Mak Selayang I memang "terrer de merrer" buat nasi daging dan air asam dia "so the very2 kawww one". Orang kata masak-memasak nih, kalau "kena ngan air tangan", pakai "campak2" jerpun dah sedap bangat. Ramai jugak yang datang, kiranya "anak-beranak" Pak Panjang mostly semua ada. Adik I cakap mungkin nak buat sekali lagi sebab "anak-beranak" arwah Makcu belum lagi beraya kat rumah tuh, soI macam biasa akan "menumpang" jerlah. Bukan I taknak buat kat rumah I, rumah I "kochik dan sompit", so alang2 Mak Selayang nak buat 'second open house", I "tumpang sekaki" jerlah. Gambar nasi daging yang kat atas tuh, I ambik dari "blog resipi one of the bloggers", nampak sedap jugak tuh .....

Thursday, September 23, 2010

Kebetulan ataupun Suratan

Hidup ini memang susah dijangkakan. Samada sesuatu yang berlaku itu kebetulan ataupun sudah disuratkan sebegitu, sukar ditelah. Entahlah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Apa yang I nak citer nih berkaitan dengan diri I lah. Tak tahulah, suratan ataupun kebetulan nak jadik. Contohnya, pagi semalam, memang I cadang nak telpon handyman I yang baru si Ah Hock sebab bumbung yang dia repair harituh bocor balik. I fikir kalau tak call cepat2 nanti dia charge lagi, padahal masih lagi "under warranty". Yerlah, dah bayar ratusan hengget, mestilah kita harapkan yang "tip-top". Anyway, masa tuh masih awal lagi dalam kul 8.30 pagi, so I cakap kat diri I "sat lagilah aku call, kot2 si Ah Hock nih tak bangkit tidoq lagi". Tup-tup dalam I dok berkata2, tetiba I nampak kereta si Ah Hock nih berhenti depan rumah neighbour I. Waduhhh ... macam tahu2 jer yang I nak calling2 dia. Si Ah Hock ni sebenarnya datang nak jumpa neighbour I tapi I ambiklah kesempatan untuk komplen kat dia pasal bumbung yang dia repair tu ada bocor lagi. Satu lagi, pagi tadi. I singgah stesen Shell nak isi minyak dan pada masa yang sama nak reload kad "Sentuh 'N' Boleh Blah" kat ATM machine yang ada kat situ. Sekali cuba tak boleh, so I terai sekali lagi, tup2 kad ATM Maybank I terus ditelan mesin tuh. Siap tulih lagi, sila hubungi cawangan terdekat. Aduh mak oiii ... harus seminggu I nak dapat balik kad ATM tuh. Dalam dok I "mencarut segala perkataan yang tak senonoh" (pelan2 ler bukannya jerit sekuat alam), tetiba masuk satu gerombolan security guard bawak duit seguni nak replenish duit kat mesin tuh. Alhamdullillah ... dorang nih macam tau2 aje kad I tersangkut kat dalam mesin tuh dan I apa lagi mintak tolong pak2 guard nilah ambikkan kad I tuh ... kalau tak, seminggulah I tak dapat kuarkan duit. Itulah, nak kata kebetulan ker ataupun sudah disuratkan untuk berlaku macam tuh. Camnerpun, syukur I kepada Allah yang selalu mempermudahkan segala urusan I. Allah Maha Besar, Dia sentiasa membantu kita tetapi kita yang selalu lupa kepadaNya ... ampunilah aku Ya Allah ....

Tuesday, September 21, 2010

Gila Tupperware



Lama sungguh I tak update blog I nih. Bukannya takda masa, cuma malas, takda mood dan takda benda yang nak diciterkan. Oklah, hari nih, I ada satu benda nak citer. Citernya ialah, sejak balik dari cuti raya nih, I jadi "gila tupperware"lah pulak. Apataknya, dealer tupperware kat tempat I nih bagi rega murah2, "akakpun apa lagi kalau boleh sebanyak mungkin nak diborong ... nasib baiklah "pitih" tak mengizinkan, tetiba akak jadi insaf kejap so belipun berpada2". Contohnya, beli enam tupperware dapat enam tupperware lain percuma, bukan yang cinonitnya punya tau. Tak tahulah pula kot2, reganya dah "dilamsam" tapi pada I still murahlah tuh. Itu belum lagi tupperware bulat (buat isi kueh raya) yang kawan I cuma jual 15 hengget jer kat I. Si Dewipun pelik buat apa I beli banyak2, katanya macam dah boleh bukak kedai. "Ntahlah, I pun tak tahu, bukan nak gunapun tapi saja suka2, I suka tengok colouringnya yang berogna-rogni". Ada pulak gitu konsepnya ....

Thursday, September 9, 2010

Dam dam dum bunyi mercun


Dam dam dum bunyi mercun ....
Esok hari raya. Emak Selayang I macam biasalah dan berangkat balik ke Perak tetapi untuk pertama kalinya tahun nih, semua adik beradik I beraya di Kuala Lumpur kecuali si Uda yang balik beraya kat rumah mertuanya di Perak. Jija ngan Yatipun, ikut perancangannya akan balik ke rumah mak Yati tapi "kete pulak buat hal" , so nak tak nak terpaksalah balik lepas raya. Zaim pulak tengah gila "overtime", asyik kerja, kerja, kerja. Raya tak penting janji "duit masyuk". Azean macam I lah, kami jarang ke mana2, lepak jer kat rumah. Si minah nih katanya, nak bermalam raya kat rumah I, tapi ntahlah sebab "cakap dia satupun susah nak pakai". Anyway, raya tahun ni, raya macam biasa untuk I dan family seperti tahun sebelumnya. Walaupun rasanya tak ramai yang datang rumah kecuali adik beradik, I still buat preparation. Cadangnya malam nih, I nak buat masak daging dendeng, rendang ayam dan masak lodeh. Masa nak datang keje tadi, si Dewi dahpun rebus ketupat dan I dah beli lemang sebatang kat pasar Taman Tun pagi tadi. Harap-harap, I boleh balik awal hari nih so bolehlah I tolong si Dewi masak dan kemas rumah sikit-sikit. Pada semua, I nak ucapkan in advance "Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Dzahir Batin sekiranya ada tersilap kata atau terkasar bahasa. Kita hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan tanpa sedar dan juga sedar".....

Naughty little girl


Tengok, punyalah naughty anak dara kechik I nih. Nih dah boringlah, tak da kerja, toys semua dah abih main, last2 merangkak macam askar dalam "citer combat" tuh dan lepas tuh, suruh Kak Wiwi snap gambar dia. Kalau I tak kejelah, bilik I macam "kapal pecah", bersepah lerah dengan segala toys si kechik. Tapi, kalau I keje pulak, si kechik nih langsung tak masuk bilik I, lebih memerap kat bilik kakak (Soraya) atau bilik dia sendiri yang I kosongkan jadi ala2 "play room". Petang pulak, main basikal ngan kenkawan kat kawasan rumah. Nasib baiklah ada anak2 jiran, so tak pernah sunyilah anak dara kechik I nih .....

Wednesday, September 8, 2010

So cute si pelat cakap

"Alea, tunggu mummy balik ok malam nih"
"Mamee, kam back yet aahh tonite" (Mummy come back late ahh tonite).
"Yap, maybe quite late".
"So, Aiya ship where?" (So, Alea sleep where)
"Alea sleep in mummy's roomlah, nanti kak Wiwi temankan".
"Otey (ok) mamee".

Cutekan, anak dara pelat I cakap. I pun tak tahu bilalah si kechik ni boleh cakap betul2. Kisahnya semalam, I kena balik lewat sikit sebab adalah sorang VIP nih nak melawat bazar ramadan. Aduh ... dekat nak raya barulah nak pegi tengok bazar ramadan. Patutnya awal2 ramadhan lah kalau nak buat aktiviti lawat melawat nih. Lagipun tak terawih ker awak??? Start melawat pulak nak tahu pukul berapa? Pukul sembilan malam wa cakap lu ... Kalau kul 9 mlm baru nak start berjalan, kul berapa pulak nak abih. Bukan apa, dah dekat2 nak raya nih, mood raya lebih daripada mood nak kerja dan kalau I lah yang assign assigment nih, I bagi photographer jer pegi, sebab kerja lawat melawat nih lebih sesuwei untuk story "photo caption" jer. Omputih cakap "a picture's worth a thousand words" meaning what one can capture in a photograph or still picture has the more power to speak to viewer and extract their emotion because it can "show" a story or scene rather than "tell" it. Wahhhh ... teman speaking London gituh ....

Monday, September 6, 2010

Laksa Johor Kak Aje

Semalam Mak Selayang and "the gang" datang bukak posa kat rumah I. Sejak dua menjak nih, Mak Selayang rajin gak datang tido kat rumah I. So, untuk menu bukak posa, selain dari ikan bawal masak pedas, sup sayur dan asam pedas yang disediakan oleh si Dewi, I pulak ntah apa datang "angin rajin" mencubalah buat laksa johor. Sebenarnya, dah lama I nak buat tapi semalam adalah hari yang paling "sesuwei" sekali. Resipi laksa johor ni diberi oleh kawan I yang bukannya dari Johor tapi "anak jati" Kedah. Resipi yang kawan I bagi nih memang "sempoi abih dan tak banyak renyah langsung". Takdanye pakai jintan or rempah ratus bagai, "straight forward" je punya resipi dan hasilnya tengoklah "ala2" seperti yang di atas tuh. Siap Yati Cantik "tapau" lagi. Cuma, disebabkan bulan posa, rasanya tak cukup masin, yang lelain "kira oklah for a first timer" macam I nih ....

Sunday, September 5, 2010

Kakak and her bowling KDU "buddies"


Ini gambar kakak and her bowling "buddies" from Sri KDU. Soraya nih memang suka main boling and in fact, dia ada bola sendiri lagi. Tapi, biasalah, anak dara I nih ada angin. Semuanya "separuh2", tak penah complete apapun. Nak tahu bukan setakat bola bowling, set golfpun anak dara I ada, tapi macam yang I cakaplah, semuanya "separuh2" aka "hengat2 tahi ayam". Anyway, ini masa "besday" kakak yang dicelebrate kat Tropicana Golf & Country Resort. Dah lama I nak upload gambar nih tapi baru nih ada kesempatan. "Oklah kakak, ingat buat apa2pun mesti betul2, taknah "half-way" jer ....."

Friday, September 3, 2010

Sayang anak2ku Sayang

Ini kalau tak salah I masa I ngan family bercuti kat Bali. We all stay kat one of the luxury villa kat sana. Hubby sewa villa dua tingkat yang siap ada swimming pool lagi. Masa nih rasanya, Alea tak sampai setahun manakala Soraya dalam tujuh tahun. Tengoklah Soraya punya kulit "tanned" abih sebab dok berendam dalam pool, itu belum lagi dalam jacuzzi. Masa nih, rasanya Dewi ikut sekali. Si Alea pulak, masa tuh bukan sahaja "chubby", semua orang geram tengok "rosy cheek" si kechik nih ...

Thursday, September 2, 2010

Kad Raya YB Adamm


Rasanya dah dua tahun berturut2, "without fail" Alea and Soraya akan dapat kad raya dari cousin dorang nih, si "cheeky Adamm". Kali nih, Adamm mengalahkan YB beb, siap bersongkok ngan "berneck tie" lagi. Kawan I yang kebetulan tengok kad raya ni pulak cakap Adamm macam "Imam Muda". Amin ... manalah tahu "masin" mulut kawan I nih, tup2 jadi "imam masjid Selayang". "Oklah Adamm, bagi pihak Alea dan Soraya, makngah ucapkan terima kasih banyak2 dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri".

Wednesday, September 1, 2010

A brand "new" home


Ni nak citer pasal rumah I lagilah. Finally, semalam "kerja cat mengecat"pun abihlah. So, raya nanti, I raya kat "a brand new home". Apataknya, budget awal tiga hebu dah "terburst". Nasib baik, budget awal "banker" tolong cover tapi yang lebih tuh I kena top-up sendiri. Siap "banker" sound lagi, "Yang lebih tuh awak top-up, sapa suruh burst budget". Oklah, no hallah, setakat yang lebih tuh "lekat celah gigi I jerlah" janji rumah cantik. Rumah lama tapi bila dah cat nampak barulah. Plan awal, nak cat luar dan siling saja sebab dinding semuanya "berwall paper" tapi "last2 minute" pulak ada "changing of plans". Nak tahu, I suruh si tukang cat "ripped off" semua wall paper, sapu cat aje. Si tukang cat ni kata kalau ikut "fengshui" dia suruh bagi cat warna "cooling" sikit sebab wallpaper I yang "rogna" kuning emas tuh (walaupun still cantik) nampak gelap sikit. So, finally, we all cat rogna "purple orchid". Memula I tak berapa nak suka tetapi bila dah siap semua, memang nampak "cooling abih" dan rumah jadi "terang". Itulah sebabnya tak sedar sampai budgetpun ter"burst". Tukang cat pulak punyalah baik, siap cakap kat I, "kakak, kalau kakak takda duit sekarang, kakak boleh bayar bila dapat gaji, saya takda kisah punya". Cuba tengok, cher kalau buat bisnes, memang pandai, boleh hutang lagi, tapi takkan kita nak berhutang pulakkan ... standard mau jaga beb ....
(p/s - yang atas tuh bukan rumah I okey .....)

Tuesday, August 31, 2010

"Putty Tet" Aiyea

"Mamee, mamee, I wan putty tet (pussy cat), I do wan ors (horse)". Inilah yang selalu dimintak oleh anak dara kechik I. Memandangkan I nih spesis "tak brapa gemorkan kuching", I selalu cakap balik kat anak dara nih, "Don't want pussy catlah, I buy you a horse okay". By the way, kuching keding kat atas tuh kerja si Alealah. Suka sangat mengambil gambar. Sekor tu tengah "bunting", bila2 masa jer boleh "terberanak". Kuching2 nih selalu ada kat belakang rumah I dan si Dewilah yang selalu bagi makan. Si Alea nih, "kunun2" suka kat kuching tapi bila kuching pegi dekat, dia "lari lintang pukang". "Sorrylah Alea, rasanya sampai bila2pun Alea tak dapat bela pussy cat sebab memang mummy takut ngan pussy cat".

Saturday, August 28, 2010

Kakak "n" Adik

Oh so sweet my two little princesses nih. Sapa sangkakan dalam I susah2 nak conceive, last2 dpt jugak dua anak dara. Dah besar panjang "anak2 dara mummy". Untuk masa depan anak2 dara nih, I banyak buat savings and beli insurance sampai dorang umur 21 tahun. Kalau boleh I taknak anak2 dara I susah dan menyusahkan orang lain. Walaupun savings I tak banyak tapi kalau umur I panjang, insyallah, by the time I pencen, rasanya lebih daripada mencukupi. Duit pencen plus gratuity plus "goncang tangan emas" plus insurance ... okaylah tuh. "Well, anak2, jangan sekali2 cakap mummy tak sayang ... mana ada mummy yang nak berpisah ngan anak2 sendiri ..."

Friday, August 27, 2010

Selangor cuti, KL jam

Sejak azali lagi, bila Selangor cuti jer, KL jam teruk. Tak kiralah cuti apapun, cuti Nuzul Quran ke, cuti Thaipusam ker ... "harus wajib makronah jam punyer". Tadi masa on the way ke tempat kerja, bulatan jalan Parlimen nak menghala ke Jalan Tunku Abdul Rahman, memang dah "pack abih", kereta semua bergerak macam "kura-kura". Info yang terpampang kat sistem maklumat ITIS (intergrated transport information system)pun kata kalau boleh "elakkan Jalan TAR sebab sesak teruk". Mintak maaplah yer, Jalan TAR bukan "territory akak" dan rasanya dah bertahun-tahun tak penah gi ke Jalan TAR tuh. Entahlah, masa ni jer kot orang Selangor nak turun shopping kat KL, kat Selangor takda shopping kompleks ker. Yang peliknya, kalau hari Ahad, idaklah jem teruk sangat, padahal Selangor ngan KL sama2 cuti. Aduh fening ...fening ... fening .....