
Anak dara I nih mengalahkan bebudak lelaki. Sibuk sungguh nak berposing atas motorbike nih. "Mummy, ambik gambar Aiya, otey". "Oklah, posing kaw2 punya". Tak dapat naik Ducati yang betul, naik yang nipun jadilah .....
Dalam dok I plan nak berbelanja secara berhemah tahun ini, sedar tak sedar, tetiba gatal pulak tangan I ni pegi beli treadmill. Come to think about it, memang ia satu "perbelanjaan berhemah". Yerlah, daripada I perabihkan ribuan ringgit kat "slimming centre wrapping2 badan tuh" yang I pegi ikut mood (kalau tengah bersemangat tuh, langsung tak pernah "tuang" tapi kalau datang penyakit malas tulah yang I jeran sangat). I memang determine nak kurangkan berat badan I yang tengah membuak2 nih. Nak kata gemok sangat, taklah tapi tak tahu tang mana beratnya. So finally, I decided might as well I beli treadmill, letak kat rumah and just spend masa one hour, setengah jam (pagi) dan setengah jam (malam), dah boleh bakar dalam 300-400 kalori sehari ... oklah tuh. By the way, I beli treadmill nipun guna duit deposit yang I letak masa buat renovation harituh. Hubby just bank in and I pun belilah "something" yang I rasa berbaloi. Harap2 dapatlah I turunkan badan I ke ideal weight I balik. Ok people out there ... wished me all the best ......
Yahoooo, minggu depan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Macam biasa, tak gi maner2, cuma berguling galak ngan anak2 dara kat rumah. Tapikan esok rasa macam nak gi makan "steak" jer, sambil2 tuh, cari dua patung Power Puff (blue and pink colour) untuk si Alea. Aduhhh ... part shopping tu ok, part makan2 tuh yang takleh tahan, cam mana gue nak kurus macam ginih dong, dietnya kejap, melantak yang lebih ....reunion tak lama lagi ....

Cepat betul anak2 membesar, itu yang depan mata, yang tak depan mata, mungkin dah tinggi menggalah. Ingat lagi masa anak2 dara I baby dulu, macam mana bau masam atau comot sekalipun ngan susu atau air liyor, especially part "baby tengah dalam peringkat menyembur" aduh .... masa tulah I suka sangat menggomol sebab I rasa "harum" sangat baby2 I dan sampailah anak2 dara tuh besar sekarang nih. Contohnya, si Alea, setiap kali, kalau nak dikejutkan ke sekolah, walaupun mulut "berlemuih" penuh ngan "ayag liyoq basi", tapi I suka sangat "cium2" dia sampai naik lemas budak tuh. Kakakpun macam tuh, kalau part tidor tuh, ternganga, lalatpun boleh masuk mulut. Tuh dulu, sekarang nih dah besar lainlah pulak. Lagi satu anak2 dara I, kalau tido, bantal dorang saja dah penuh satu katil. Bayangkan, si Alea, "wajib makronah", lima bantal dia sorang -- satu bantal peluk besar, satu bantal pelok cinonit, satu bantal sederhana besar nak letak kat kaki dan satu bantal dengan sarung "Superman" untuk alas tidor, satu "bantal busyuk", dan last but not least patung lembut Power Puff Girl (yang green colour). Si kakak pula, tiga jer, satu bantal pelok besar, satu "bantal busyuk" dan satu bantal alas tido. Kakak kalau nak tidor, suka main kening dan adik pula suka gentel bucu bantal sampai dah takda rupa bucu bantal lagi. Rindu sangat kat anak2 dara I nih, itupun kejap jer time masa I gi kerja, tapi kalau lama tak jumpa lagilah rinnnduuuu, serindu-rindunyaaaa ....

Gambar di atas tuh masa Alea nak gi besday kawan dia, kena pakai baju ala2Halloween. Nasib baik si kakak banyak costume Halloween, so si adikpun pinjamlah kejap. Memanglah kita orang Islam, mana boleh percaya "Halloween-Halloween" nih tapi disebabkan tema party besday anak dara I menjurus kepada itu, terpaksalah I "sporting" untuk "suka2" jer. Bebudak sekarang, kalau besday party, mesti ada "tema2"nya. Itu budak kecik, orang tua dah bangkapun, buat besday mesti ada "tema2", baru ada kelas. Kan ke elok, buat doa selamat, sama2 baca yasin semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Gambar yang bawah pulak, si adik posing sebelum buat konsert, siap tonggek2 lagi .....

"Lagi-lagi Kak Yaya, lagi2 Kak Yaya ....", komplen si anak dara kechik I, Alea. "Yerlah, alternatelah, semalam gambar Aiya, hari nih mummy letaklah pulak gambar Kak Yaya, dua2 anak mummy, kena bagi sama rata". Ini gambar masa kat Hong Kong kot, entah apalah backgroundnya, lupalah pulak ....
Tahun 2011 ialah tahun perbelanjaan berhemah untuk I. Berhemah, bukan maknanya "genggam tak celuih" tapi lebih kepada berjimat cermat. Bermewah2 boleh tapi biarlah berpada2. Kalau tahun lepas, banyak job kecil2an 'masyuk", tahun ni, I rasa "slow sikit". Kalau nak harapkan pun jika adalah orang yang berhutang ngan I sudi membayar hutang memasing2. Bukan sikit beb, cecah ratusan ribu ringgit, kalau nak dihimpunkan semua. Harap2, janganlah pulak ada yang terkena "sakit lupa ingatan" bila sampai bab hutang. Tahun ni jugak, I harap dapatlah apa2 "job transalation". Harituh kawan I kata nak bagi. Tak dapat banyak, "ciput"pun ok, boleh gak lepas bayar "duit kutu ngan groceries". I memang suka buat2 keje cam gitu. Buat sambil tengok TV jer kat rumah, janji translation "mesti bagus" sebab nanti, company tu akan cari kita lagi. Anyway, kita masih lagi di awal tahun, masa masih panjang dan harap2 rezeki I akan lebih murah tahun ini, Aminnnn .....