Tuesday, October 12, 2010

Moh kita gi Sunway Lagoon

Dah lama I rancang nak bawak anak2 dara I bermalam kat Sunway Lagoon Hotel. Cadangnya "check-in" dua malam, esoknya boleh "bergumbira suka ria" kat Sunway Lagoon dan kemudiannya "shopping sakan" kat Sunway Pyramid. Part makan2pun tak kisah, kat Sunway Pyramid tukan banyak tempat "mamam" dan lepas tu bolehlah berbowling. Biasalah "rancangan tinggal rancangan" jer, tak jugak pegi2. Last sekali I pegi Sunway Lagoon adalah dua tahun lepas kot. La ni, tiket nak masukpun dah naik, rasa2 100 hengget untuk adult and budak kechik macam si Alea tuh free and Soraya mungkin 50-80 hengget (tak begitu pasti). Pernah suruh sis-in-law check brapa ongkosnya kalau nak "bermalam" kat hotelnya ... aduh dalam 400-500 hengget jugak semalam. Anyway, kenkadang I terfikir juga kat kepala hotak I nih, selalu benda yang I "teringin" tuhlah tetiba jer muncul tak semena-mena. Contohnya, pagi tadi, someone dari Sunway Lagoon call I, offer VIP kad and reganya pada I agak murah iaitu 448 hengget dan setahun I masuk free. Those yang datang ngan I dapat 30 ke 40 percent diskaun dari harga biasa 100 hengget and kalau nak makan kat dalam pulak ada 15 percent diskaun lagi. Lepas tuh, takyah nak rebut2 beratur dan kalau rasa teringin nak tidor kat katil empuk hotel, dorang boleh tolong "book"kan dan dapatlah diskaun 20-30 percent. Memula I tak teringin tetapi mengenangkan "anak-anak dara" I, why not, anyway 448 hengget jer. Kesian kat Alea, jarang I bawak dia jenjalan kuar dari "territory" Bandar Utama tuh. "Terukkan mummy nih ... asyik kerja, kerja, kerja, cubalah sesekali pegi bukak pintu shopping compleks pepagi buta tuh". Oklah, back to this VIP Card, seriously, disebabkan anak2lah, I willing to sign up for the Card. Tapi, tak bahaya ker bagi nombor kad kredit kita kat orang yek ... anyway, dah terlambat, I dah bagipun. Tawakkal jerlah .....

4 comments:

  1. Salam.I'm edy. Boleh i tahu apa yg terjadi dgn VIP card tu? adakah betul2 berbaloi? sbb i pun baru tadi org tu call. same like you.RM448..huhu

    ReplyDelete
  2. Hai Rusydi, sorry lambat sangat reply sebab tak perasan ada reader comment. Ok, the package memang worth it. I dah pegi bawak anak2, bukan sahaja agak berbaloi tapi kat dalampun bila nak beli makan dapat 10 pct diskaun. Part nak masukpun senang, takyah berbaris panjang, terus jer gi kat kaunter VIP. Hope you enjoy your trip there...

    ReplyDelete
  3. Ok. thanks a lot for your info. I just received the card yesterday :)

    ReplyDelete
  4. Hi Akak,

    Just want to enquire, i just received a call offering the VIP card also. Admission for card holder free, tapi how bout main all those games? kena bayar juga ke?

    ReplyDelete