Tuesday, January 4, 2011

Plan nak round Europe

Sebelum berakhirnya tahun 2010, selepas dicongak, dikira dan dicampur simpanan dan dividen ASB yang I dapat untuk tahun 2010, I ada buat plan nak bawak anak dara I, Dewi dan Mak Selayang melancong ke luar negara tahun ini. (Untuk Mak Selayang, tertakluk, kalau Mak Selayang tak ke mana2lah, selalunya, Mak Selayang dah buat rancangannya sendiri ikut rombongan melancong bersama2 dengan group warga emas yang lain). I plan nak tour Europe. Pegi lima negara terus, bermula dari Zurich/Lucerne (Switzerland) - Paris (France) - Brussels (Belgium) - Amsterdam (Belanda) dan akhir sekali ke London (England). Memang I plan diam2, in fact, tarikhpun dah ada iaitu dari 11 Mac - 20 Mac (lebih kurang 10 hari). Kawan I yang ada kawan keje kat travel ejen bagi "quotation baik punya" tapi fly ikut Emirates Airlineslah bukannya MAS. Emiratespun ok, tempat duduk kelas ekonominyapun "quite big" sebab masa I pegi umrah dulu, naik Emirates. Kalau nak naik business class, cuma tambah Rm15 ribu lagi, tapi buat apa nak membazir, sebab duit tambahan ni bolehlah buat beli souvenir "Hard Rock Cafe". Punyalah bagus plan ... siap check tempat2 menarik yang nak pegi. Selalunya, kalau I ngan family bercuti, kami jarang ikut pakej, selalunya pegi sendiri2 so that "we have our own leisure time", tak terikat sangat ngan jadual. Tapi, kali nih, I memang plan nak ikut pakej. Pakej kawan I nih, memang terarah kepada Islamic, so part2 makan tu tak payah risau, siap bagi jadual solat lagi. In fact, dalam schedule, kita akan bersolat di masjid yang terbesar di London. Tempat2 lain yang nak pegipun semua menarik, boleh pilih sama ada nak naik cruise ataupun tube. Sebenarnya, nawaitu I melancong ni lebih kepada nak bawak anak dara kechik I, si Alea sebab kakak (Soraya) dah biasa sangat ke overseas, "globetrotter", mengalahkan I. Kalau ikut time yang I plan nak pegi nih, dah masuk spring tapi still sejuk sebab masa winter hari tuhkan teruk, jadi sejuknya masih terasa lagi. Kira kalau kita bercakaplah sesama kita, "asap kuar kat mulutlah gituh".

Camnerpun, biasalah, "kita merancang, Tuhan yang menentukan" segalanya. Jumaat lepas, bila I check passport I, rupanya dah lama "mati" dan Dewi pulak, disebabkan dia warganegara Indonesia, I kena buat visa untuk dia dan I have to call Indonesian Embassy nak bagitahu. Walaupun, visa cuma untuk entrance and exit point jer, tapi I still kena buat visa semua negara tuh untuk si Dewi, kalau tak nanti, silap2, I dituduh jadi "pengsmuggler"lah pulak. So, jawabnya, kena postponelah semuanya. Nasib baik tak letak apa2 deposit lagi. Anyway, ini semua ada hikmah, sebabnya duit tuh I boleh terus simpan dan bertambahlah lagi duit dividen I untuk tahun nih. Duit yang lebih tuh, mana tahu boleh buat pegi Mekah jugak. Syukur kepada Allah ... tapi kalau Allah kata "jadik" mungkin akan "jadiklah" jugak plan I tu. Insyaallah, kalau diizinkan Allah .....tapi kawan I yang satu lagi tuh pulak cakap baik pegi Mekah dulu sebelum plan nak melancong mana2 ....

No comments:

Post a Comment