Monday, February 7, 2011

Fedup betul!!!!

Fed-up betul kalau rumah dekat ngan sekolah. Mana taknya, jem teruk. Mak bapak pakai letak jer kereta kat kiri kanan jalan ... nun, sampai kat rumah pak guard kws rumah I. Kereta kalau kechik cinonit takpalah jugak, ni semua yang bagak2. Bayangkan, setiap kali ambil Alea dari sekolah, kat trafik light sekolah tu jer dah sangkut 2o minit, padahal, dari trafik light sekolah ke rumah I, tak sampai lima minit dah sampai. Alea selalu tanya I, "why mummy selalu marah2 nih". Apa tak marahnya, jalan dua lane, tinggallah satu lane, cukup untuk kereta saiz Myvi lalu. Lampu trafik light pun cepat tukarnya, bau aroma kentutpun tak abih lagi, dah tukar kaler merah. Dulu takpa jugak sebab Alea keluar sekolah kul 11.45am. tapi sekarang nih, pukul 12pm, Isnin dan Jumaat pulak, kul 1pm, ada kelas tambahan 'omputih". I pulak, lepas tuh, nak rushing gi kerja, itu yang buat darah I nih mendidih ... sabar, sabar, sabar tuh separuh daripada iman .......

No comments:

Post a Comment