Thursday, July 21, 2011

True friendship is felt, not said

Kawan FB I ada posted something interesting kat statusnya. Katanya biarlah ada 20 kawan sahaja di FB tetapi ada interaksi antara satu sama lain, komen mengomen, gaduh2 manja, merajuk, hilang dari radar buat seketika tetapi suasana sentiasa meriah jika mereka ini berada serentak pada waktu yang sama tidak kira pagi, petang or malam berbanding dengan 200 ataupun 2000 kawan yang pasif ... hukk tidak ... hekk pun tidak, bagi salam dan tanya khabarpun, susah nak jawab. Alhamdullilah, kawan FB I, walaupun tak ramai, kebanyakannya hanya kawan ofis dan kawan2 masa belajar dulu, saudara mara memanglah tak masuk book, tapi setiap kali kebetulan kami berada serentak pada waktu yang sama, insyallah, keadaan begitu meriah sekali. Tak payah 20 orang, cukuplah kami lima orang jer - Marziah, Malina, Mohaini and Midah, banyak benda yang akan dikomen jika antara kami ada mengepos sesuatu di status kami. Haruslah yang paling banyak memposted dah tentu I sebab I memang suka menulis. Malina and Marziah pula suka mengupload lagu, Mohaini memang jarang sangatlah sebab dia "orang corporate" yang very the busy tetapi ada jugak bila datang angin kuskus terkeluarlah "bahasa Londonnya yang very the canggih one" and last but not least, ceekgu Midah yang sekali-sekala mencelah. Happy to be with these people around me. I pesan kat one of my friend yang sedang mengalami saat2 downnya, "biar orang lain tak sedar kita hilang tapi as friends, kita selalu tahu sama ada kawan kita tuh ada atau tidak, itulah yang dikatakan true friendship is felt, not said " ....

2 comments:

  1. very true my darling sis.. 'true friendship is felt, not said...' sometimes I wonder if I hilang from FB kawan-kawan I yang seramai 313 tu perasan tak? huhuhu

    ReplyDelete
  2. btw bila lagi nak belajar meng'upload'? hehehe

    ReplyDelete