Wednesday, January 4, 2012

Tawakal, itu yang penting

Dah banyak kali I dengar, "dont trust maids, jangan percaya sangat kat dorang". I nak tanya balik to these people, what more can we do sebab kita wanita bekerja yang memang bergantung sepenuhnya kat maids. "Kalau tak caya kat maid, ko nak kerja kat rumah aku ker, cakap memang senang". Kalau asyik tak percaya kat dorang nih, macam mana kita nak pegi kerja, tinggalkan anak2 untuk cari rezeki. Dalam zaman moden yang serba mahal nih, tak boleh bergantung kepada satu pendapatan jer. Nak taknak, percaya atau tidak, "tawakkal jerlah, itulah yang mampu kita lakukan". Pesan arwah my ayah, "walau sekaya manapun kita, sebagai seorang perempuan atau isteri, selagi boleh kerja, kita kerja, cari duit sendiri untuk simpanan masa depan. Nasib kita masa depan belum tentu lagi macam mana". Sekurang2nya, apa yang kita ingin beli ataupun impikan, tidak perlu meminta2. Berbalik pada maids nih, kalau ikutkan ejen2 yang berpengalaman yang pernah I berborak, the first thing they wud said, "You must remember, this maids especially from Indonesia, mereka datang sini bukan dengan dada yang kosong, mesti ada ilmu, sekurang2nya ilmu pendinding diri, maklumlah nak bekerja dengan orang, anything can happen and certainly, they have to be well prepared. I dont think their parents or husbands will let them go just like that". Rasanya tak salah, kalau kitapun kalau nak bekerja kat tempat orang, sedikit sebanyak, kita pergi berbekalkan dengan ilmu, bukan "pegi buta tuli" jer. Part maids nih, tak kisahlah dorang nih ada ilmu ker tidak, janji boleh buat kerja dan sama2 melindungi rumah yang mereka tumpangi. Alhamdullilah, I dapat maids semua ok. I layan dorang macam sedara sendiri dan sekiranya mereka nak membuat onar ataupun melaga2kan I dengan orang lain, hanya Allah yang maha mengetahui dan akan membalasnya. Terus terang, I bukannya malaikat, yang tahu hati budi orang. Contohnya, macam Dewi, takkan I tak boleh trust dia lagi, dan enam tahun dengan I. Dialah yang menguruskan segala2nya di dalam rumah tuh sehinggakan homework Aleapun I bagi direction thru phone, dialah yang tunjuk dan buatkan. Itu belum makan pakai lagi, urusan dalam dan luar rumah, gotong royong, beli groceries, ganti lampu, betul paip (ala2 handyman) dan sebagainya. Paling penting, sembahyang tak tinggal, mengaji dan mendoakan sama kesejahteraan rumah I. Memang pada I, maids memang penting sebab kerja I bukan macam orang lain 9 to 5. I kerja tak tentu masa dan anak2 lebih banyak duduk dengan maids. Maids yang teman dorang berbasikal dan bermain sekitar rumah. So, nak taknak, I memang kena percaya jugak2 dengan maids. Part2 beli barang kemas or bawa maid pegi holidays, itu adalah sebagai "token of appreciation to them". Doa I, segala kebaikan dan layanan baik untuk maids I itu janganlah dibalas dengan kejahatan, itu saja dan I tak minta lebih daripada itu. Kawan2 I pun tahu macam mana I layan maid I walaupun ada sorang maid I sebelum Dewi pernah mengadu kat seseorang yang I layan dia macam binatang ... aduh subhanallah...bila masa pulak I buat dia cam gituh sebab "most of the time" memang kat ofislah tempat I dan uols nak tahu alih2 harituh ada sorang ejen call and cakap maid yang kata I layan dia macam binatang tuh seboleh2nya nak kerja dengan I balik, taknak dengan orang lain. Kat situ jer Allah dah tunjuk, mana yang betul dan mana yang tak betulkan. Dan untuk tahun ini dan tahun2 seterusnya, I sentiasa berdoa kepada Allah, agar dipermudahkan segala urusan I seharian. Aminnnn.... Dan, sekali lagi I tegaskan, maids yang datang kerja kat Malaysia nih, bukan datang kosong, jadi terimalah hakikat yang mereka ada sedikit sebanyak ilmu dan pendinding diri mereka sendiri seperti mana juga kita ada untuk perlindungan diri daripada benda2 jahat ....

No comments:

Post a Comment