A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Saturday, April 14, 2012
Kun Fa Ya Kun
Kuasa Allah sememangnya tidak boleh dinafikan. Kun Fa Ya Kun ... dengan sekelip mata Dia boleh tukarkan segala2nya. Dari kaya menjadi miskin dan dari papa kedana menjadi kaya-raya dan banyak2 lagi yang tak tercapai oleh akal kita untuk memikirkannya. Menyentuh mengenai perkara ini, I masih lagi ingat masa nak beranakkan Soraya 12 tahun dulu. Kalau ikutkan tuan Doktor, I patut "beranak"kan Soraya pada 4/4/2000 tetapi masa tuh kononnya percayakan nombor 4 tuh tak berapa cantik kalau ikutkan kepercayaan orang Cina, I mintak tukar diawalkan sehari iaitu pada 3/4/2000. Sorrylah, masa tuh masih dalam jahiliyah lagi, percaya sangat kat nombor2 nih, padahal semua nombor sama jer. I kena beranakkan si Soraya dgn cara Ceasarian sebabnya talipusat dah terbelit dua. Kalau tak dibuat segera nanti, takut baby lemas. So, 3/4/2000, I pun disorongkanlah ke dalam OT untuk dioperatekan n nak tak tahu kuasa Allah yang Maha Besar, dalam konon2 kita taknah nomb0r 4 tuh, tepat jam 4.44 petang, keluarlah baby yang I namakan R.E Soraya nih. Tengok, Allah nak tunjuk, tak sampai 24 jam, Dia dah tunjuk....subhanallah...Kun Fa Ya Kun..."Bukankah Allah itu apabila menghendakki maka segala sesuatunya akan terwujud? Bukankah apabila Allah berkata Kun (jadilah) Fayakun (maka jadilah)".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment