A full-time working mummy who have to juggle between work and family. Married and blessed with two beautiful princesses. Believes in a philosophy "Life is not complex...we are complex. Life is simple and the simple thing is the right thing".
Tuesday, July 3, 2012
Cucuk"king", Botox"ing" n Susuk"king"
Well, beauty is very subjective but, not to forget, dalam zaman serba moden canggih ginih, bukan senang nak cari kecantikan yang betul2 sejati, asli and semulajadi, free from those cucuk"king", botox"ing" and "susuk'king" procedures. Kalau zaman2 seniwati Sarimah Ahmad, Saadiah or Saloma, yess...I berani cakap kecantikan dorang memang asli dengan bantuan segala mak datok ramuan jamu Indonesia tapi (mesti ada tapikan) susah jugak nak cakap, dulu2pun dah ada susuk??? Why do we need all those cucuk'king", botox"ing", susuk"king" and macam2 "king...king" yang lain walaupun sebenar2nya kita dah memang cantik, jelita and menawan. Ingat "beauty lies in the eyes of the beholder". Tak kira gelap camner kulit kita or ada dua tiga jerawat batu kat muka, tapi pada penglihatan orang lain, kita mungkin nampak sweet and cute gituh. Kalau tak, takkan orang cakap "hitam itu menawan". Sebenarnya, kita sendiri rasa "insecure", itu sebabnya kita perlukan benda2 gituh. Tapikan, pada wanita2 di luar sana "pandai buat, pandailah simpan". Nak cucuk ker, botok ker, susuk ker, buat filler ker, diam2 dah lah, kita sendiri jer tahu. So, bila orang tanya, "oh lawa, cantik, gebunya kulit ngko nih", jawab jerlah, "inilah berkatnya air sembahyang". Betul apa, bukannya kita tipu, kita sembahyang lima waktu setiap hari. Orang mana tahu, kita pegi makeover muka tuh or tak. Ini tak, apa ker bodohnya, diwar2kan kat orang lain, siap yang ada FB, berkomen2 lagi gituh. "Hello nyah, bila nak cocok". Jawab pulak si polan yang lain, "Tunggulah, duit tak masyuk lagi and bla...bla...bla". Tak ker dah jadi public gituh. Dalam cerdik ada gak bodohnya kan. Aduhai...yang susuk, lain pulak. Bukan setakat kat muka, tang tutttt...tuttt...tuttttpun disusukkan jugak. Haiiii, tak ingat mati ke???Anyway, jawapan yang pasti ialah "kalau matipun, kubur lain2...."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment