Thursday, February 4, 2010

"Dont want banana 2 fruit 2 times"

"I dont want banana to fruit two times" aka direct translations to "taknak pisang berbuah dua kali". Ayatnya biasa jer tapi catchy. Tak pasal2 jadi fofularlah pulak. I terdengar ayat2 ni masa radio buat promo citer "Adam sempit ke Adam rempit ker" (lupalah pulak). Mula2 tak faham, "amendelah mamat ni dok cakap", bila dah lama2 barulah terperasan. "Aduhh, blurrnya aku ni". Kalau dalam bahasa Melayu, peribahasa tu bermaksud "jangan sampai kita terkena dua kali". Disebabkan "I dont want banana to fruit two times" nilah hari ni, kerja I lepas hantar Alea sekolah ialah menyurvey parking kat One Utama. Cari parking yang paling dekat sekali ngan bowling alleynya dan paling penting ngan lift. Bukan apa, sejak bowling league I dipindahkan dari Curve ke OneUtama, I dah takda mood nak berbowling. I tak kisah kalau league tu pagi sebab parking melambak2 sampai kitapun "rambang mata", yang mana satu nak pilih tapi kalau malam, bab2 parking ni memang I "bercinta sungguh". Bak kata si Pah, "ngko ni Lin, kalau boleh tu parking nak depan mata jer, lain kali ngko suruh jer OneUtama ni buat parking khas untuk ngko". Jangan tak caya, masa we all berbowling kat Curve dulu, I sanggup "bertawaf berpuluh2 kali" asalkan dapat parking kat LG. Pernah sekali I bowl kat OneUtama, mula2 naik kat tingkat empat tu, memang langsung takda parking. Yerlah, mana taknya, dengan orang nak tengok wayangnya, nak berbowling, bersnuker kat situ, mana parking tak penuh, so, terpaksalah I park kat BI, dekat ngan tempat Car Wash si Tony. Confident jer sampai lupa nak ambik zone parking tu,"alah cam jer kedai si Tony ni, sure dapat carinyer". Kepala hatok I lah, habih bowling kul 11pm. duduk lepak2 sampai kul 12pm, bila nak gi parking mulalah menggelabah sebab semua park tempat lelain. Ada yang kat tingkat 3, ada kat B2, ada kat tingkat 2. Kalau turun ikut eskalator, I boleh camlah, kalau ikut lift, memang I tak tahu langsung.

Eskalator pulak bila dah tengah malam tu, semua diswitch off, nak tak nak I kena pakai lift. Yang I tahu I park kat B1, dekat ngan tempat cuci kereta si Tony, tapi zone mana tak tahu. Bayangkanlah, bila dah tengah malam tu, kedai dah tutup semua, kawasan parking kat basement tu semua dah jadi sama. Pucat lesi I beb kalau "you all toreh muka I ni, memang tak berdarah punya". Nasib baik I heret kak Ani sama suruh teman, kalau tidak meraung I sorang2. Mana tak mengelebah, pandang kiri, pandang kanan, pandang depan, pandang belakang, kawasan basement tu semua sama, langsung I takleh nak cam apa2. Berkebetulan, ada sorang bangla lalu depan I nak buang sampah, langsung I tanya dia, "Hallo, mahu tanya sikit, you tau tak mana itu tempat basuh kereta, boleh tunjuk sama saya". "Oh, itu basuh kereta punya tempat, depan kalu, pusing kanan sikit". "Ok, ok, terima kasih, terima kasih". I kesian pulak kat KaK Ani, so I cakap. "Thankslah Kak Ani, I rasa I dah boleh cari, Kak Ani bolehlah pegi kat kereta Kak Ani, dah tengah malam sangat ni". "Takpa ke, you berani ker". "Nak kata berani tu taklah berani sangat, takpalah, I tawakal jer". Memang betul cakap si bangla tu, I jalan konar sikit dah nampak kereta. Apa lagi, I pun berlari sekuat hati (rasa macam anak gajah berlari), bukak pintu, masuk terus kunci cepat2. "Takut beb, macam2 boleh jadik". Memang, sesungguhnya "I don't want banana to fruit two times", boleh luruh jantung I ni dibuatnya. So, tak pasal2 hari ni, I jadi ratu survey parking. Kalau Pah tahu, harus dia gelak kat I guling2. Walaupun I dah tahu kat mana tempat parking yang strategik tapi hati ini masih lagi "was-was", sebabnya bila dah malam nanti, dah pastilah I kena jalan sorang2 jugak kat situ, takkan asyik nak suruh orang temankan jer .......

No comments:

Post a Comment