Monday, February 8, 2010

Jerawat sedebuk

Lately, I notice sejak masuk "40 carats" ni, jerawat I kalau naik kat muka, bukannya kechik2 anak tapi "nah ngko, ambik sedebuk". Besar beb, bak kata my friend, "Amboi Lin, ranum lagi rupanya ngko ni". "Tahu takpa, memanglah aku ganteng lagi tapi aku rimaslah, lambat pulak jerawat ni nak surut". Tempat favourite kat muka I ni ialah dagu. Apataknya, suka sangat jerawat membiak kat situ. Pernah tanya skin specialist, dia cakap itu tandanya "digestion system you tak betul". "Oh, ye ker". Kadang2 geram jugak, kalau naik, dua tiga bijik sekali kat bawah dagu dan terselitlah satu "sebesar penumbuk". Galak sungguh macam dituai2 gitu. Duit untuk skincare berhebu2 hengget sudah lebur, tapi still camtu jugak. But according to kawan I sorang lagi (doktor), dia cakap, "apa nak risau, sebabnya jerawat tu tandanya kita masih subur, masih ada hormon kalau takda jerawat tu tandanya dah menopauselah ngok, ko nak cepat menopause ke". Entahlah, kita orang pompuan ni, makin bertambah usia, makin banyaklah pulak benda yang nak dirisaunya. Tak yang itu, yang ini , ada jer ... tapi setakat nak risaulah "jerawat sedebuk" tu, takyahlah, banyak benda lain yang patut dipikiorkan makcik oii. Hissh...hissh...hissh... kalau dah pompuan, pompuan jugaklah .....

No comments:

Post a Comment