Friday, April 1, 2011

Attention to all ladies out there

I selalu baca pasal sindiket curi kereta tetapi tak pernah terlintas yang benda nih akan terjadi kat diri I sendiri tapi nasib baik I memang "cool" abih masa benda nih jadi. So, ladies out there, try not to be mengelabah or panic. Kalau nak "panicking"pun, jangan tunjuk sangat. Citernya gini, Rabu baru nih, sepanjang perjalanan I ke ofis, I langsung tak sedar, ada kereta Myvi kelabu ikut I dari belakang. Yang paling tak masuk akal, macam mana kereta nih boleh ikut I sampai ke basement ofis, itulah yang paling pelik bin ajaib. Sedangkan staff sendiripun, guard begitu strict ... tanya itu ini, check beg, bonet bagai, inikan pulak sebuah kereta yang takda "sticker" boleh terlepas masuk terus ke basement. Memula I pun rasa pelik, pasal apalah pulak kete nih dok mengekor I sampai ke tempat parking I sebabnya kalau staff lain, memang dah tahu, tempat parking I tuh dah menghala ke jalan mati, memang takkan ikut sebab susah nak U-turn balik. Oklah, I pun turun kereta, siap nyanyi2 lagi, tukar kasut, ambik nametag, ambil bag, ambil bekal tapi I perasan juga ada sorang dari yang naik Myvi tuh turun dari kereta dan terus melilau kiri-kanan. Dalam hati I, kontraktor ker apa nih. Sebabnya, hanya staff sahaja yang dibenarkan masuk, full stop. Dalam dok2 sibuk tuh, muncul sorang lelaki cina lain datang kat I. Nak kata macam samseng, takda rupa macam samseng cakap, "kakak, ada rekod ini h/p kereta 6 bulan takda bayar, mahu tarik, kita tarik pegi luar dulu". Nasib baik I tak panik sebab memang I selalu monitor payment kereta dan make sure hubby bayar on time. Tapi yang "sah dan sahih" kereta nih memang dah abih bayar bulan 12 lepas, tunggu "release letter" jer dari bank. Hubbypun dah confirmkan perkara nih. "Eh awak nih biar betul, macam mana nak tarik, kereta sudah abih bayar, mana surat dari bank, selalu mesti ada surat bank, baik awak check dulu". "Ok, ok kak". I pun tak tahu bila masa si cina apek nih call bank pun I tak perasan, cuma yang I tahu ada tiga orang lain dalam kereta Myvi tuh tengah "standby". Tak sampai seminit kemudian, si cina apek ni datang kat I, "kak, sorry kak, saya dah call HQ, semua dah clear, memang takda, salah nombor". "Awak nih biar betul, sepanjang yang awak ikut saya, takkan awak tak perasan nombor kereta saya". "Sorry kak, sorry kak, tadi saya call bank kecil, nih HQ sudah confirm". Nak tahu siap "salam2" lagi ngan I dan dia terus belah dengan konco2nya. I terus sms hubby and hubby terus call bank. According to hubby, bank takda hantar orangpun suruh tarik kereta. Buat apa bank nak hantar orang sebab memang dah takda hutang langsung. Hubby siap pesan, apa2 call jer polis. Bayangkanlah kalau I nih cepat panik dan tak pernah monitor langsung pasal payment, harus jerlah I bagi kunci kereta nih dan kereta I entah dibawa ke mana2. Pompuankan selalu cepat panik dan mengelabah. So, once again, pada pompuan2 yang kat luar sana nun, please be careful and extra careful. By the way, I pun ada komplen kat TKP I macam mana security boleh terlepas benda nih and I'm very2 sure perkara nih akan dibawa ke meeting Isnin depan ....

No comments:

Post a Comment