Monday, April 4, 2011

Happy Besday Kakak





Semalam Besday anak dara besar I, si Soraya aka Masako yang ke-11. Dah besar anak dara mummy. So, sempena besday si kakak, Sabtu lepas I bawak si kakak ngan si adek gi tengok "Disney on Ice" di Stadium Putra, Bukit Jalil and semalam hubby bawak lunch di "Hard Rock Cafe". Besday kali nih, I bagi si kakak basikal "LeRun" and papa pulak bagi I-phone. "Waduh, mummypun pakai hp cekai jer, kakak pakai yang canggih-manggih lagi ...". Malam tuh pulak, I belikan kakak kek ice-cream Baskin Robbins ... sedap beb hingga menjilat mangkuk. "Oklah, kakak, mummy nak ucapkan Happy Besday kat kakak, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kakak. Kakak dah besar, kakak pandai buat keputusan sendiri, jangan confusekan diri dengar orang cakap itu ini. Pada mummy, apa sahaja yang menggembirakan kakak, maka mummypun turut gembira. Ingat, apa2pun, mummy dan adik sentiasa ada dengan kakak, mummy akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kakak. Yang paling penting, mummy mahu kakak abihkan quran sebelum akhir tahun depan ok. I love you darling ....".

No comments:

Post a Comment