Thursday, October 13, 2011

Bahasa melambangkan jiwa bangsa

I terpanggil untuk membaca satu blog nih satu masa dulu. I pun tak tahu langsung pasal blog nih tetapi seseorang dengan sengaja suruh I membacanya dan meminta "pendapatan" I yang belumpun sampai lima angka tuh. Rasanya sekali jer I membuka dan membaca n selepas itu "that's it ... cukuplah sekali itu" kerana tidak sanggup menatap bait2 ayatnya yang amat "memalukan kaum". Bak kata pepatah "sekilas air di laut, sudah tahu jantan atau betinanya". Daripada setiap patah perkataan yang digunakan serta bahasa "kurang ajar dan tidak berhemah langsung" cukup menyatakan ciri2 ketidakcerdikan dan tiada ketamadunan dalam diri orang itu walaupun berpelajaran tinggi. Timbul rasa kesian dan sedih sangat, ke manakah hilang kesopanan dan tatasusila yang dididik selama ini. Jelas sekali "bukan salah ibu mengandung". Daripada pemerhatian apa yang I baca, segala penulisan itu adalah berdasarkan "hear say" dari orang ketiga dan tiada "kesahihan berita" langsung. Tapi itu tidak bermakna, kita boleh menyalahgunakan bahasa dan "menghentam keromo memaki hamun" sesuka hati. Betul lah kata para cendiakawan dan cerdik pandai "bahasa melambangkan jiwa bangsa ... peliharalah ia, kerana ia mencerminkan budi pekerti yang mulia...."

No comments:

Post a Comment