Monday, October 3, 2011

Mendung tak bererti nak hujan



Aduhh ... klazz ko pompuan, tajuk entry bukan main lagi ... mendung tak bererti nak hujan gituh ... Oklah, kita nihkan selagi dinamakan manusia, memang takleh lari dari sebarang ujian Allah. Aci kerat kukulah, kalau ada yang bermegah2 kata yg dia taknah diuji Allah. Dugaan Allah ni pelbagai2. Ada yang berat dan ada yang ringan, semuanya ada hikmah memasing. Pokoknya, kita mesti ada faith pada Allah. Memanglah kenkadang 'fikiran kita nih jahat, dikacau dek setan" dok kata, "pasal apalah Allah turunkan dugaan pada kita nih, memanglah kita ni manusia, bukannya Nabi, sikit sebanyak mesti ada buat salah, tapi orang lain yang terang2 aniaya kita, kita nampak hidup dorang senang memanjang, macam takda apa2pun, takda rasa bersalahpun, Allah tak buat apa2pun kat dorang". Nauzubillahhiminzalik, astagfirullahhalazim ... kena berisytifar gitu. Ustaz selalu cakap doa orang yang teraniaya itu sentiasa dimakbulkan Allah, doa jerlah. Bila dan bagaimana tuh adalah urusan Allah, Dia yang menentukannya. Dalam zaman sekrg nih, Allah kenkadang bagi cash jer. Anyway, pada I senang jer, "we gain some, we lose some". Kita kurang yang ini, kita lebih tang situ, that's it ... that's the rule. Orang kaya tuh, kita ingat dorang senang sangat ker, tak tentu lagi weyyy .... besar periuk, besarlah kerak, besarlah hutang keliling pinggang. Dan yang susah tuh kita ingat susah ker, mungkin dari luaran kita nampak susah, tetapi insyallah Allah tidak sekejam itu "ulat dalam batu lagikan hidup, apatah lagi kita manusia yang boleh berfikir dengan waras". Kenkadang bila kita diuji, kita ingat kitalah yang paling teruk dalam dunia tetapi sebenarnya ada orang lain yang lebih lebih lebih dasyat dari kita. Dari segi tuh, kita patut bersyukur sesangat2....Tak guna nak berendam air mata bagai, life has to go on my dear ...I juga pernah diuji dengan dugaan maha berat tapi as I mentioned earlier "we gain some, we lose some". Alhamdullillah, sejak tiga tahun lepas, rezeki I membuak2 walaupun tak banyak mana. Sekurang2nya dalam tempoh tuh, I dapat dua kenaikan gred, gaji backdated 6 bulan, kenaikan gaji tahunan dan insyallah kalau diizinkan Allah, kot2 gomen buat pelarasan gaji sehingga 30 percent, sapa tahukan .... aminnn, rezeki lagi. Pada yang tak dapat jodoh tuh, tak usah sedey2, tup2 esok Allah turunkan jodoh yang terbaik untuk kita. Yang mana anak tak pernah balik jumpa, mana tahu Allah bukakan pintu hati dia suruh balik satu hari nanti sebab "syurga di bawah telapak kaki makkan" dan yang bisnes tak berapa nak ok tuh, biasalah ekonomi sedang merudum, esok kalau ekonomi mencanak, mencanaklah rezeki kita ... so mendung tu tak bererti nak hujan kerana beraraknya awan, berlalulah mendung itu ....

No comments:

Post a Comment