Wednesday, November 30, 2011

Kebetulan or memang betul2...

I pun tak tahu whether this is kebetulan or memang betul2. Bukan sekali tapi dah banyak kali benda nih jadi. Kenkadang terfikir jugak samada we all nih pembawa rezeki kepada orang lain. Kalau betul, alhamdulliah ... dan semoga rezeki kami sekeluargapun terus diberkati dan murah. Citer macam ginih, setiap kali we all masuk restoran or mana2 kedai makan yang memang selengang2nya, tak sampai 10 minit kami buat order, tetiba menderu2 customer lain masuk dan kedai yang lengang tadi jadi penuh. Pernah sekali, kami makan di satu kedai kat Sunway, memang kosong-sekosongnya sampaikan tukang masak dan pelayan kedai nih masing-masing dok ternganga rileks tengok TV. I siap sound Dewi, "sure tak sedap makan kat sini, sebab kosong jer". Disebabkan malas nak cari kedai lain, kamipun masuklah. Tak sampai 5-10 minit, lepas kami buat order, tetiba lepas sorang, sorang customer masuk. Itu takpa lagi, tapi kalau dah setiap kali kami masuk restoran or kedai kosong, tetiba lepas tuh, ramai pulak yang masuk, mesti terdetik dalam hati "kami nih memang pembuka rezeki ker, alhamdullilah ... semoga rezeki kami juga murah". Last Sunday, I, Soraya , Alea and Dewi pergilah ronda2 kat Curve and bila lapar kami masuklah satu restoran nih. Customer cuma dalam lima orang jer kalau nak dibandingkan dengan restoran yang besar tuh. Tak lama kemudian, tetiba penuh jer restoran tuh. I cakap kat Dewi, "Dewi, perasan tak, setiap kali kita masuk mana2 restoran/kedai kosong, tak lama kemudian ramai yang masuk. Kita nih memang penarik rezeki kot untuk tokeh kedai nih". And Dewipun ala2 Master Chin pun tanya I, "Akak lahir hari apa, saya tahu Alea hari Selasa. Orang Indon percaya, Selasa hari yang bagus kerana ia dianggap hari tertua.". Manalah I ingat, hari apa I diberanakkan. Kebetulan Soraya ada, so dia cakap IPhone dia boleh track ke tahun I dilahirkan. So, lepas ditrackkan, Soraya dilahirkan pada hari Isnin, Alea pada Selasa, mummy hari Rabu dan hubby hari Khamis. Dan menurut Master Chin I yang bertauliah tuh (Si Dewi), itu memang petanda baik kerana hari2 kelahiran itu berturut2 dan menyokong antara satu sama lain. Entahlah ... wallahualam, tetapi apa kena mengena dengan memberi rezeki. Si Master Chin ni adalah explain dengan panjang lebar kepercayaan orang Indonesia, tapi complicated sikit and I tak berapa nak faham sebab berkait antara satu sama lain. Apa2pun rezeki semua di tangan Allah dan kita sebagai umatNya kenalah berusaha, tak boleh tunggu duit turun dari langit jer ....

No comments:

Post a Comment