Thursday, November 24, 2011

Nasi daging - My mak's recipe

CARA-CARA MEMBUAT NASI DAGING:

Untuk daging:
1.Daging di potong - besar2 penumbuk.
2.Kemudian direbus hingga empuk (masa rebus tu, masukkan garam & serbuk perasa secukup nya - terpulang kalau nak guna serbuk perasa, kalau taknakpun no hal).
3. Bila daging sudah empuk - toskan daging tersebut. Simpan air rebusan untuk masak nasi.
4. Tumiskan sedikit bawang merah / bawang besar ke dalam kuali/periuk sehingga kuning kemudian masukkan sos tomato, kacau hingga sebati dan kemudian masukkan daging yang telah ditoskan tadi. Gaulkan hingga rata dan angkat daging dari dlm kuali/periuk berkenaan. (Perlu diingatkan yang sos tomato, agak2 sendiri tapi cukup untuk menyaluti semua ketulan daging berkenaan.
5. Angkat dan potonglah daging itu nipis2.


CARA-CARA MEMASAK NASI:

1. Bawang merah + halia ditumbuk kemudian ditumis hingga kuning. Kemudian masukkan air yang telah disukat secukupnya untuk masak nasi (air tadi hendaklah dicampurkan dengan sedikit air rebusan daging awal tadi dan kalau suka campurkan sedikit susu cair untuk menambah sedikit citarasa dan garam secukup rasa). Jangan lupa daun pandan untuk bauan yang lebih wangi.
2. Apabila air mendidih, masukkan beras yang telah telah disukat dan basuh ke dalam periuk dan tunggulah hingga masak.

SIDE MENU YG LAIN - DALCA & JELATAH (Ini semua orang tahu buat)

CARA MEMBUAT AIR ASAM:

1.Buah tomato - dipotong nipis2.
2.Bawang besar - dipotong nipis2.
3.Cili besar + cili api + belacan (ditumbuk macam nak buat sambal belacan).
4. Sedikit sos tomato + sos cili + air asam jawa.
5.Gaulkan semua bahan-bahan. Masukkan gula dan garam secukup rasa...


Sesiapa nak cuba, bolehlah cuba. Setakat saat ini, I pun tak pernah mencuba, cuma tahu pegi makan jer bila my Mak Selayang masak. Bertuahnya punya anak .....(kredit untuk my SIL yg tolong postkan dalam FB and I cut n paste jer).

No comments:

Post a Comment