Thursday, December 8, 2011

To whom it may concern

Selalu jugak I tertanya2, apsal mereka yang terang2 menganiaya orang lain, masih hidup dalam kesenangan, seolah2 tiada dosa atau kesalahan yang dilakukan mereka. Boleh buat selamba lagi, walhal bukannya mereka golongan yang tidak tahu agama langsung. Sebagai manusia biasa, tentulah di dalam hati ini akan berkata Allah tidak adil (nauzubillahhiminzalik) ... yang dianiaya terus diuji dan yang menganiaya terus hidup dalam kesenangan sehingga lupa diri. Dan hari ini I telah mendapat jawapannya:
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ".
Makna Istridraj : Perlu diketahui bahwa ketika Allah SWT mengabulkan sesuatu yang diminta oleh seorang hamba baik permintaannya itu sesuai dengan kebiasaan (wajar) ataupun tidak (tidak wajar), tidak bererti serta-merta hamba tersebut mulia di sisi Allah SWT. Tatkala permintaan itu dimakbulkan, kemungkinan Allah SWT memuliakan hamba tersebut atau boleh jadi itu semua hanyalah istidraj.

Al-Qur’an sendiri menyebut berkenaan dengan istidraj.
Al-Istidraj: “Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah
kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui.” [Q.S. al-Qalam: 44]
Dari ayat ini dapat diketahui bahwa makna istidraj adalah pemberian Allah
subhanahu wata'ala kepada seseorang atas apa yang ia inginkan di dunia agar
orang tersebut bertambah sesat, bodoh dan durhaka. Sehingga setiap hari ia
semakin jauh dari Allah subhanahu wata'ala.


Istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah
subhanahu wata'ala kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti
dikehendaki-Nya. Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan tersebut. Dengan kata lain, Allah menginginkan mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihannya itu dan akhirnya kaum tersebut termasuk ke dalam golongan yang tidak mendapat hidayah-Nya. Ada juga pihak yang mentakrifkan istidraj sebagai anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredhai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kekuasaan, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat dan umur yang panjang.

Terdapat tiga tanda manusia istidraj iaitu sering melecehkan ibadah, orang-orang
di sekelilingnya bukan dari kalangan golongan berilmu (dunia semata-mata) dan
tidak mempedulikan nasihat. Amat malang sekali apabila golongan yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh serta pangkat ini lupa bahwa kesemua nikmat tersebut adalah pemberian Allah dan merupakan “pinjaman”. Mereka hanyut dengan nikmat yang diberikan hingga pada satu peringkat menjadi angkuh dan bangga dengan kelebihan tersebut. Nikmat itu gagal menjadikan mereka lebih tawaduk dan bertaqwa. Contoh manusia istidraj ialah Fir’aun, Haman, Qarun, Namrud dan Abu Jahal.
Kesemua mereka diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan tetapi mereka
mengingkari Allah. Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan mati dalam keadaan yang amat hina.

No comments:

Post a Comment