Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa


Hari ini, bermulalah ibadat puasa di seluruh negara. Seperti biasa dan seperti tahun-tahun yang sebelum2nya, I akan berbuka puasa di ofis sahaja, ditemani oleh rakan2 sepejabat yang kerjanya shift petang, kecuali Sabtu dan Ahad. Tahun ini, makanan takda masalah sebab I akan bawak bekal, in fact harinih pun I bawak bekal. Awal2, Dewi dah pesan kat I, yang dia akan masak awal dan akan "tapau"kan untuk I, siap bekalkan kicap lagi. Terima kasih banyak2 Dewi. And tahun nipun, I harap anak dara I, si Soraya dapat puasa penuh. Budak2 nih, kena diasuh dari kechik kalau tak, dah besar panjang nanti, susah nak lentur. Ada sorang kawan I tuh, katanya gastrik, so I rasa, dah beberapa tahun dia tak penah posa walaupun sehari. Pada pendapatan I, kalau tak cuba, sampai matipun dia takkan posa punya. Alasan ... balik2 gastrik, balik2 gastrik. Konsepnya, takda sapapun nak tegur ..... hatta keluarga sendiri. Well, kubur masing-masing .... apasal kita nak menyebuk ....

No comments:

Post a Comment