Thursday, August 19, 2010

Gelang kaki loceng kak Wiwi

Tengah hari tadi sebelum pegi ambik Alea, I ngan si Dewi, singgah kat Giant untuk beli "groceries" sikit dengan susu dan pampers si kechik. Cadangnya Dewi nak beli ayam sebab esok nak buat nasi ayam bukak posa. I pulak tak keje esok. Sementara, Dewi ada kat dalam Giant, I pun "cuci2 matalah" kat luar pasaraya tu sambil dok belek2 baju kurung yang "berogna-rogni" dan "pelbagai pesen" tuh. Tahun ni, I rasa untuk Hari Raya, I taknak belikan baju kurung untuk Mak Selayanglah. I nak beli blouse panjang ngan seluar panjang, biar nampak "kasual" sikit dan kalau nak gi jenjalan, boleh pakai blouse tuh. Tak sampai 20 minit, Dewipun "calling2" kata dia dah ada kat "cashier" tunggu "banker" jer datang bayor. I lah "banker" yang bertuah tuh ....Dalam perjalanan nak ke parking, we all "terlalu"lah kedai emas si apek "Poh Kong". "Jom Wi, kita masuk kejap, kita tengok jer dulu ... nanti akak dapat gaji baru kita beli". Huhhh, hampeh ... nak tahu, biasalah, dalam "nawaitu" tuh nak tengok2 jer, "terbeli"lah jugak. Sebenarnya, bukan untuk I, tapi untuk si Dewi. Si Dewi nih dah lama mengidam "gelang kaki loceng". So, I fikir dari alang2 bertanya tuh, baik terus beli, kira nih macam hadiah Hari Rayalah untuk dia. Tawar punya tawar dapatlah dalam 1,500 hengget. Dalam pada tuh, sempat jugak I suruh si tokey nih tolong tambah loceng kat gelang kaki I yang hubby bagi masa annivessary hari tuh. Nak tahu, I memang suka dengar bunyi loceng gelang kaki I, dah kira macam "trademark" I lah tuh, especially kat opis ....

No comments:

Post a Comment