Friday, August 6, 2010

Inilah dia Kak Wiwi

Inilah dia si Dewi, kesayangan si kechik I, Alea. Dialah jugak yang menjaga hal-ehwal dalam rumah I. Dari memasak, membasuh, mengemas hinggalah menjaga anak2. I salute pada orang yang sanggup merantau ke luar negara, tinggalkan anak/suami untuk mencari rezeki halal ... I sendiripun tak tahu sama ada sanggup berbuat demikian. Camnerpun, I bersyukur kerana mendapat pembantu yang baik dan harap2 kalau si Dewi ni dah balik ke kampung halamannya "for good" (takkan selama2nya nak duduk ngan I kannn), I akan dapat pembantu lain yang secekap Dewi nih. Tengok tuh, rumah I memang sentiasa bersih "tip top" dan dapur pulak berkilat2. Pada I, kalau orang baik dengan kita, kita akan berganda2 lagi baik dengan orang. I selalu cakap kat Dewi, nanti kalau balik Indon, boleh bukak restoran sebab Dewi nih cekap dalam hal masak memasak. Kalau ikut passport, Dewi nih akan balik tahun 2013, walaupun lambat lagi, kenkadang I risaulah jugak sebab I takut tak dapat pengganti sebaik dia, tambah2 lagi, si Alea memang rapat abih ngan si Dewi nih. Apa2pun, mesti cari Kak Wiwi dia dulu ... I pun kalau takda Dewi rasanya boleh "patah kaki tangan" dibuatnya ... Terima Kasih Dewi kerana sudi bekerja dengan kakak.

No comments:

Post a Comment