Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan datang lagi ...

Ramadhan datang lagi. Rasanya baru aje masuk tahun 2011, dan baru sahaja menyambut Hari Raya, tup2 dah nak puasa balik. See, how time flies ... cepat sungguh. Tapikan sebulan tuhpun rasa sekejap jer. Pejam celik, pejam celik, esok dah nak raya. Tahun ni, mcm tahun2 sebelumnya, berbuka puasa dah tentu kat ofis, except for weekends, balik rumah Mak Selayang. And seperti tahun2 sudah, memang I dah kontrak keje pada malam raya. Sedihkan, dengar takbir raya kat ofis jer. Nak buat camner, orang KL (sebab dah duduk KL dr kechik sampai besar w/pun lahir kat Perak), paling jauhpun balik Selayang jerlah. Mak Selayang mcm biasalah, mesti balik Perak walaupun dah takda sesapa kat sana. Kata Mak Selayang, dah jadi tradisi kot, mesti balik jugak sebab raya pertama tuh selalu nak jamu orang2 kampung. I jarang balik beraya kat Perak sebab malaslah tersangkut dalam jem, Penang (belah my fatherpun)pun, boleh dikira dengan jari sebelah tapak tangan. Anyway, berbalik kepada bulan ramadhan ... may this ramadhan be a month of blessings, a month full of forgivenesses and guidances for me and my family ... Ameen ....

No comments:

Post a Comment