Tuesday, August 30, 2011

Salam AidilFitri

Setelah sebulan berpuasa, maka tibalah kita menyambut Hari Raya, hari tanda kemenangan umat Islam menunaikan Rukun Islam yang ketiga iaitu - berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Sempena Hari Raya ini, I dengan rendah diri memohon ampun dan maaf kepada semua -- keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan dan semua yang mengenali diri ini andai kata terkasar bahasa dengan atau yang tidak disengajakan. Terutama sekali untuk hubby, anak2 dara I Soraya n Alea, "mummy mintak maaf kalau mummy ada marah2 you all berdua dan pada suami, mintak ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki dan halalkan segala makan dan minum serta wang ringgit". Kalau diikutkan raya tahun ni meriah sedikit sebab semua adik beradik akan berkumpul di Selayang berbanding tahun2 sebelum ini, raya pertama dan kedua akan diraikan di kampung, raya ketiga baru di KL. Tema tahun ni, gaya bebas, kaler ikut suka, tiada sedondon sebab agenda paling penting ialah sentiasa gembira di sisi keluarga tercinta ...

No comments:

Post a Comment