Friday, August 26, 2011

Tayar pancit

Aduhhh...lama sungguh tak hapdatekan blog I nih. Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat, tapi takda idea nak menulis. Nak tulis kenalah ada idea, kalau tak nanti, takde thrill kalau kita nak baca balik. Anyway, dekat2 nak raya nih, I rasa duit I mengalir non-stop, mengalahkan Sungai Klang. Memanglah, rezeki bulan nih mcm rezeki rimau. Dengan bonusnya, gaji (kenaikan gred) backdated dari bulan Januari, duit elaun LID, duit translations dan mcm2 lagi. Alhamdullilah, rasanya sejak 3-4 tahun lepas, rezeki tak pernah putus. Kalau tak banyak, sikitpun rezeki jugakkan. Itulah yang I cakap, semua nak pakai duit. Dok dalam sibuk kita nak raya, tetiba roadtax kereta pula nak mati 28 Ogos nih, itupun mat Bangla yang datang basuh kereta I tiga kali seminggu tu yg bagitahu. Kalau tak ... haram, sikitpun I tak sedar ... tahu bawak jer . Ingat lagi, dua tahun lepas, roadtax dah mati dua bulan, baru sedar, nasib baik tak kena saman .... elok jer masa roadtax mati tuh, bolehlah pulak pecut pegi Johor 2 jam setengah beb dah sampai. Kiranya nasib I memang baiklah, cuba tengah I pecut tuh, polis tahan, I rasa bukan saja kena saman, silap2 masuk jel lagi .... nauzubillah ... Tak abih pasal keter lagi, semalam tayar pulak pancit. Rasa2nya sepanjang I mendrive kereta, kereta I tak pernah pancit ... kalau angin takda, itu normallah sebab I mmg tak reti nak isi angin kereta. Tiap kali nak isi angin, itupun agaknya masa time servis baru isi angin, kalau takpun, kalau I nak drive jauh, I bawaklah gi regular workshop I tuh, suruh dorang isikan. Bateri keretapun sama jugak, bebudak mekanik cina nilah yang jadi macha I, tukang mengecheck. I part2 kereta nih, memang jaga sungguh, sebab I taknak jadi apa2 tengah jalan. Kereta I pancit nihpun, nasib baik I terperasan, itupun I baru abih shopping kat MidValley. Nasib baik jadi siang buta, kalau malam, haru jugaklah. Masa nampak tayar keter I tuh dah bengkak semacam, dah terbayang kat bijik mata I nih, akan melayanglah ratusan hengget lagi untuk ganti tayar baru. Cammana pun sebelum bawak gi workshop, kena ambik si kechik I kat sekolah dulu. Soalannya, sempat ker tayar tuh bertahan ... Nak taknak, call jugak sekolah Alea, suruh tunggu sampai mummy datang, lepas tuh call wokshop kereta. Alea, kalau lapar, makan bekal roti yang kak Dewi bekalkan. Lepas tuh, I pun drive slow2 n bila sampai wokshop, cina dah tunggu. I ingat lama, rupanya tak sampai setengah jam, dah siap. Bila mintak bil, hati dah berdebar2 dah, berapalah dorang nak caj I nih tapi rasanya macam tak mahal sebab tengok dorang tak tukarpun tayar tuh. Tokeh Cina tupun tunjuklah skru dua inci yg tikam tayar I tuh and lepas tuh dia kata kena 10 hengget, upah tampal jer. Laaa ... biar betul, 10 hengget jer ... alhamdullilah. By the way, roadtaxpun, hubby dah settlekan. Sekarang nih tinggal aircond rumah (5 unit) jer kena servis. Tak tahu lagi berapa ... kita tunggu saja siapa yang kena ... kenaaaaa .....

No comments:

Post a Comment