Monday, February 13, 2012

Berusahalah demi anak

Pasai apa yer, sejak dua tiga hari nih, rasa sedih jer. Agaknya, bila semakin matang, tambah2 dah jadi mak2 nih, hati nih rasa cepat sangat tersentuh, cepat sensitif. Harinih pulak, terbaca newspaper tentang seorang bapa yang begitu terdesak untuk membeli susu anaknya yang berusia dua tahun tergamak menculik seorang remaja 14 tahun sebelum membebaskannya tanpa sebarang kecederaan. Mintak duit tebusan RM50,000, tapi lepas negotiate dapat RM2000 tapi bapa tuh cuma ambil RM1,000 dan bakinya diserah balik. Kesiankan, I dapat bayangkan wajah bapa yang tak keruan itu. Harga susu yang 1kg tupun hampir cecah 50 hengget, dah terdesak sangat, tak tau nak cekau kat mana, itu yang kidnap orang tuh. Itulah kasih bapa kepada seorang anak, belum lagi kasih ibu kepada anak2. Paling tersentuh, bapa tuh siap lagi menghubungi keluarga remaja yang diculik untuk mengucapkan terima kasih dan mintak maaf. Sedih...sedih sangat. Rasanya, kalau I tahu kat manalah family miskin nih tinggal, harus I pegi, bawakan susu dalam 3-4 tin. I bagipun sebab kesian kat anak tuh dan si bapa/emaknya pulak, cubalah cari kerja sebab sampai bila nak jadi macam gituh. Ini baru susu anak, belum lagi cakap pasal sekolah dan belanja lain lagi. Entahlah, part anak2 nih, cepat betul sensitifnya. Biar kita tak makan asalkan anak makan, biarlah kita sakit, asalkan anak tak sakit, so I dapat rasa mcm mana susah hatinya bapa tuh bila anak kelaparan. Memang duit tidak boleh membeli kebahagian tetapi duit ini penting untuk kehidupan seharian. So, parents yang susah sangat tuh, sebenarnya hidup tidaklah sesusah mana kalau kita berusaha. Buat apa sahaja kerja asalkan halal. Pada I, tak payah hidup mewah2, ala kadarpun sudah mencukupi asalkan kita tak terbelenggu dengan apa2 masalah ataupun hutang piutang. Insyallah, ulat dalam batupun boleh hidup, apa tah lagi kita manusia yang diberi akal untuk berusaha. Rezeki ada di mana jua .... insyallah....

No comments:

Post a Comment